Anda di halaman 1dari 6

................... .............

Lagu Apa Khabar


Manis bicara senyum nan indah,
Mata memandang tak pernah jemu,
Hamba datang ingin berkisah,
Di pentas cerita kita bertemu,
Bersemuka dengan sahabat ku.
Saya tanya apa khabar..
Saya tanya apa khabar semua..
Yang dimuliakan ;
Tuan pengerusi yang petah berbicara
Panel hakim yang arif sentiasa
Penjaga masa yang siap siaga

Mari bersama kita kenangkan


Kisah teladan di dalam Al - Quran
Unta mukjizat kisah pilihan

Pantun

Mari bersama kita dengarkan

Kawan Kawan yang di hormati sekalian.


Kisah unta mukjizat ini adalah pada zaman Nabi Salih a.s. Haa.Tahukah kawankawan siapakah Nabi Salih a.s ?
Nabi Salih a.s lahir dalam kalangan Kaum Tsamud. Baginda ialah anak kepada Ubaid
Bin Maseh. Baginda juga merupakan seorang hamba dan Rasul-Nya yang taat
dengan perintah Allah. Baginda datang bagi memikul tugas untuk menyeru
kaumnya agar menyembah Allah s.w.t dan bukannya berhala buatan tangan
tangan mereka. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam surah Hud : 61:

Yang bermaksud : Dan ( kami telah mengutuskan ) kepada kaum Tsamud saudara
mereka. Dia berkata : Wahai Kaumku ! Sembahlah Allah, sesekali tidak ada tuhan
bagimu selainNya.
kawan-kawan,
keturunan yang baik mampu menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat.
Sebagaimana contoh Tokoh Ibu Mithali di Negara kita iaitu Pn. Zaleha Binti Ibrahim.
Beliau telah Berjaya mendidik 12 orang anaknya dengan didikan agama sehingga
mempunyai pegangan agama yang kukuh dalam meneruskan kehidupan masing
masing.
Warga dewan yang dikasihi sekalian..
Kaum Thamud hidup dalam kemewahan.Hasil tanaman dan ternakan melimpah
ruah. Namun..
Angkuh dan sombong menguasai diri,
Nikmat Allah tidak diendahkan,
Berhala disembah perintah diingkari,

Sajak

Mereka lupa kurniaan Tuhan.

Firman Allah : Surah Al hijr Ayat: 82


Yang Bermaksud : Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai
tempat tinggal Dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).
Ingatlah rakan - rakan,
Janganlah kita bersifat sombong kerana segala rezeki,keselesaan dan kesenangan
yang kita kecapi pada hari ini adalah kurniaan Allah dan bersyukurlah dengan
Nikmat yang diberikan Oleh - Nya. Kekejaman dan kesombongan Israel terhadap
rakyat Palestin yang tidak bersalah dibunuh dan ditindas itu sangat zalim. Janganlah
kita bersifat sombong dan tamak sesama sendiri.
2

Lagu Suratan Atau kebetulan


Mereka asyik mempersoalkan,
Kebenaran atau kepalsuan,
Tetapi mereka terus keraguan,
Pada perintah tuhan.

Kawan-kawan..
Kaum Tsamud tetap berdegil
Menolak dakwah dan kebenaran
Cabaran di beri kepada baginda

Syair

Agar mendatangkan tanda kerasulan

Dengan kuasa Allah, tiba tiba, keluarlah seekor unta betina dari sebuah batu yang
besar di atas bukit. Unta betina itu muncul dalam keadaan bunting. Aneh sekali,
kagum, dan terpana kaum Tsamud menyaksikannya. Lalu, Nabi Allah Soleh A.S
menemui kaumnya lantas berkata sebagaimana yang terdapat dalam Al Quran
surah al Araf ayat 73 :


Yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang
nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai
keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). oleh itu, biarkanlah unta itu
mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya Dengan sesuatu
Yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya.
Ya Kawan-kawan,
Peringatan dan seruan nabi dipermainkan, dipandang remeh.Mereka tetap tidak
mahu beriman kepada Allah s.w.t bahkan menganggap peristiwa keluarnya unta
dari celah batu besar itu merupakan sihir yang dilakukan oleh Nabi Salih a.s.
3

Nabi Salih tetap tidak berputus asa. Sikap ini hendaklah kita contohi sebagaimana
musibah banjir yang luar biasa melanda pantai timur negara pada Disember yang
lalu. Mangsa-mangsa banjir yang terperangkap dalam kesejukan,kelaparan dan
tanpa bekalan makanan berhari-hari begitu tabah menghadapi ujian Allah.
Keangkuhan dan kesombongan merajai diri,
Nikmat Allah tidak diendahkan,
Peluang ditunggu hampir kini,

Pantun

Unta dibunuh tanpa belas kasihan

Pakatan jahat dibuat oleh Kaum Thamud terhadap unta Nabi Salih a.s di sahut oleh
Musyadda bin Muharij dan Gudar bin Salif yang menawarkan diri untuk membunuh
unta tersebut. Apa lagi ! Mereka segera bersiap sedia dengan panah dan pedang.
Peluang yang di tunggu kini hampir di depan mata.
Sebaik sahaja unta betina itu menghampiri mereka , Musyadda bin Muharij dengan
pantas melepaskan anak panahnya. Anak panah itu tepat menembusi perut unta
betina tersebut. Kejam sungguh mereka ! Haiwan malang itu terhoyong hayang
akibat luka parah.
Hadirin Sekalian, Allahu Akbar.. Allah Maha Besar,
Dengan Izin Allah SWT berteriaklah unta dengan teriakan yang amat kuat hingga
didengari oleh Nabi Salih. Fahamlah baginda bahawa unta betina itu telah dibunuh.
Nabi Salih a.s sangat sedih dengan apa yang berlaku.
Lagu Takdir Opick
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu Ya Rabbi
Ku Berserah Ku berpasrah..
Hanya padaMu Ya Rabbi

Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung. Kepada Allah baginda serahkan segala urusan seterusnya.

Kaum Tsamud degil orangnya


Sombong dan angkuh menghiasi diri
Amaran nabi tidak bermakna

Pantun

Azab Allah sudahlah pasti

Firman Allah : Al-Araf ayat:78


Maksudnya : Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah
mereka mayat-mayat Yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Ya kawan-kawan, apakah yang berlaku seterusnya ?


Satu gempa bumi yang dahsyat akhirnya telah memusnahkan seluruh daerah itu
beserta

penduduknya

yang

ingkar

kepada

Allah

s.w.t

dan

Rasulnya.

Subhanallah!!! Allah telah memberi kemenangan kepada orang-orang yang


beriman.
Ingatlah kawan-kawan,
Bersyukurlah dengan nikmat Allah dan yakinlah dengan azab Allah. Kejadian puting
beliung yang berlaku di Kedah baru-baru ini adalah satu peringatan dari Allah
kepada kita semua. Janganlah kita lalai dengan tanggungjawab kita di muka bumi
ini sebagai khalifah Allah.

Hadirin sekalian,
5

Dunia ini hanyalah pinjaman. Apabila yang Haq ingin mengambil haknya, sama samalah kita
sebagai hamba Allah SWT merenung kekhilafan kita. Semoga musibah yang melanda dunia
umumnya dan Negara khususnya menjadi iktibar kepada kita semua. Hal ini kerana perbuatan
dosa dan perkara mungkar yang dilakukan oeh sekelompok kecil masyarakat dapat
membinasakan keseluruhan masyarakat itu. Justeru itu, saya menyeru kepada sahabat
sahabat supaya sama sama memainkan peranan menjaga ummah ini dengan melakukan amr
makruf nahi mungkar sebelum Allah menurunkan bala yang lebih besar.
Warkah dikarang menyulam cinta
Pengganti diri berkirim khabar

Pantun

Akhir kata, tamatlah cerita


Ambil pengajaran jadikan ikhtibar

Sekian.
Wabilahhi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai