Anda di halaman 1dari 3

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS 2011

LOG LAPORAN AKTIVITI UNIT: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TARIKH : 7 8 NOVEMBER 2011 MASA : 7.300 PG-1.00 PETANG HARI : ISNIN - SELASA PROGRAM Kursus Pertolongan Cemas TEMPAT Pusat Kegiatan Persatuan Bulan Sabit Merah ANJURAN Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Miri. OBJEKTIF 1. Murid dapat panduan tentang cara-cara melakukan pertolongan cemas 2 Murid dapat melakukan kemahiran amali melakukan pertolongan cemas. 3. Murid dapat merancang bantuan yang bakal diberikan apabila terjadinya kecemasan. BIL. MURID 128 orang pelajar PENCERAMAH / JEMPUTAN 1. EN JHON RUJUKAN / BAHAN 1. Bahan Paparan 2. Rakaman foto. 3. Patung, Kain anduh, ubat-ubatan CATATAN Program keseluruhan berjalan lancar. Pelajar mendapat pelbagai dan kemahiran melakukan pertolongan cemas. LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS 7 8 NOVEMBER 2011 1. PENDAHULUAN Kursus ini diberikah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan pertolongan cemas yang boleh dilakukan untuk membantu apabila keadaan kecemasan berlaku. 2. MATLAMAT Mendedahkan dan memahirkan pelajar berkaitan bantuan pertolongan cemas 3. OBJEKTIF 3.1 . Murid mendapat panduan tentang cara-cara melakukan pertolongan cemas 3.2 Murid dapat melakukan kemahiran amali melakukan pertolongan cemas. 3.3 Murid dapat merancang bantuan yang bakal diberikan apabila terjadinya kecemasan 4. TEMA PERTOLONGAN CEMAS DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA

5. KUMPULAN SASARAN Semua pelajar tahun 6 6. TARIKH 7 8 NOVEMBER 2011 7. TEMPAT Pusat Kegiatan Persatuan Bulan Sabit Merah 8. RUMUSAN KEHADIRAN : 8.1 Seramai 128 pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama 8.2 Seramai 5 orang guru pengiring yang hadir dan membantu mengawal murid dan penceramah dalam mengendalikan aktiviti dan kursus yang dilaksanakan. 1. Pn Masinah Bt Maidin 2. Cik Rafatun Addawiyah Binti Ruslan 3. Pn Rosnah bt. Gabut 4. Pn Linda bt. Sararuddin 5. Pn Norashimah bt. Iberahim

9. JADUAL PROGRAM Hari Pertama 7/11/11 (ISNIN) MASA PERKARA Tindakan Catatan 7.00-8.00 a.m Pendaftaran , Taklimat & Peraturan kursus Urusetia kursus Senarai kedatangan pelajar setiap kelas 8.00-10.00 am Pengenalan tentang kecemasan 10.00 -10.30 Rehat Urusetia kursus Mengedarkan makanan 10.30-12.30 pm Rawatan kecemasan - denyutan nadi - CPR - mangsa tecekik Penceramah Urusetia diminta membantu menlancarkan aktiviti kursus 12.30-1.00pm Penutup dan kesimpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling Hari Pertama 8/11/11 (ISNIN) MASA PERKARA Tindakan Catatan 7.00-8.00 a.m Pendaftaran , Taklimat & Peraturan kursus Urusetia kursus Senarai kedatangan pelajar setiap kelas 8.00-10.00 am Ikatan kain anduh Penceramah

10.00 -10.30 Rehat Urusetia kursus Mengedarkan makanan 10.30-12.30 pm Ubatan dan cara menangani kecemasan Penceramah Urusetia diminta membantu menlancarkan aktiviti kursus 12.30-1.00pm Penutup dan kesimpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling 10. PEBELANJAAN SEBENAR Bil Tarikh Perkara Kuantiti Harga Jumlah 1 7/11/2011 Nasi lemak ayam 128 pelajar RM 4 RM 512 2 8/11/2011 Mihun gorang dan telur 128 pelajar RM 4 RM 512 JUMLAH RM 1024 11. ANALISA PENILAIAN PROGRAM Melalui temubual yang dilakukan dikalangan peserta kursus, dapatlah dipastikan bahawa segala pengisian kursus amat bersesuai dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dalam mengendalikan rawatan awalan apabila berlakunya kemalangan dan kecemasan. Para pelajar diajar pelbagai teknik rawatan kecemasan seperti CPR, bantuan kepada mangsa tecekik, mengesan dan mengira denyutan nadi, ikatan kain anduh, rawatan kepada mangsa patah dan ubatan yang sesuai di berikan jika berlaku kecemasan. Pelajar juga dilihat berminat dan memberikan tumpuan sepanjang kursus berlangsung. Penggunaan patung, alatan kecemasan dan sebagainya membuatkan pelajar lebih menumpukan perhatian kepada perjalanan kursus. Pihak penceramah juga memberikan peluang kepada semua pelajar untuk melakukan latihan amali bagi memberikan pendedahan yang lebih praktikal kepada peserta. Peserta diminta menjalankan latihan amali dan dibantu dengan memberikan penerangan secara dua hala bagi memberikan lebih pemahaman kepada para pelajar. Ini dapat membantu pelajar lebih faham untuk mengendalikan rawatan kecemasan. 12. MASALAH YANG DIHADAPI Secara keseluruhanya, kursus ini dilihat amat berjaya dan penyertaan peserta mengalakkan dengan memberikan kerjasama kepada setiap aktiviti yang dilakukan. Namun terdapat 1 masalah iaitu kerosakan teknikal pada awal kursus dan ini menyebabkan kursus telah lewat diadakan selama 1 jam. 13. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN Masalah kerosakan teknikal tersebut diselasaikan dengan bantuan juruteknik pusat kegiatan PBSM dan kursus terus dilakukan dengan menambah 1 jam untuk mengantikan slot yang tertangguh. 14. KESIMPULAN DAN PENUTUP Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa kursus ini berjalan lancar dan berjaya dengan kerjasama pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan amat baik. Aktiviti dan kursus seperti ini akan dilakukan ditahun akan datang supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melakukan bantuan rawatan awalan apabila berlakunya kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai