Anda di halaman 1dari 3

ERTAS KERJA

MAJALAH TUNAS BAHASA


Tajuk

Penerbitan Majalah "Tunas Bahasa"


Pendahuluan / Latar belakang
Membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang saling berkait. Di sekolah, belum ada
bahan bacaan yang ditulis secara khusus untuk murid-murid. Maksudnya, bahan bacaan
yang berkaitan dengan diri dan persekitaran murid SK Changkat Jering, yang merangkumi
rakan-rakan, guru-guru dan sekolah mereka. Juga, belum ada saluran untuk murid-murid
berkarya (menulis) secara bermakna. Bahan-bahan yang akan dimuatkan di dalam majalah
ini adalah seperti puisi, cerpen dan berita-berita semasa. Semua bahan-bahan ini akan
dihasilkan oleh murid-murid sendiri.
Matlamat
Majalah "Tunas Bahasa" bertujuan untuk mengisi ruang bahan bacaan yang bermakna
kepada murid-murid dan membuka saluran untuk mereka menulis.

Objektif

Untuk menyediakan bahan bacaan yang mudah yang berkaitan dengan murid dan sekolah;

Untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid melalui bahan bacaan yang berkaitan dengan
rakan-rakan, guru-guru dan sekolahnya sendiri;
Untuk menyediakan saluran untuk murid-murid dan hasil-hasil tulisan yang baik dapat dikongsi oleh pelajarpelajar lain;
Untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Rasional
Minat membaca dan berkarya di kalangan murid-murid SK Changkat Jering masih di peringkat sederhana. Antara faktor
yang menyebabkan keadaan demikian ialah kerana kurangnya aktiviti membaca dan menulis di kalangan murid-murid
di luar bilik darjah.
Jawatankuasa

Penasihat
Tn Hj Zamani b Abu Bakar,
Guru Besar
Pengerusi
Tn Hj Ahmad Salleh b Hj Mohammad,
Penolong Kanan Pentadbiran
Pengurus Projek
Pn Badarieh bt Said,
(Ketua Pengarang)
Ketua Panitia
Setiausaha
Pn Jemilah bt Jaafar
Ahli Jawatankuasa

Semua guru Bahasa Melayu


Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Changkat Jering dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Strategi

Pra-Penerbitan
1 Dikumpul karya murid-murid.
2 Jawatankuasa menilai dan memilih karya-karya yang sesuai.
3 Majalah ditaip menggunakan perisian MS Publisher.
4 Bacaan peruf untuk semakan dari segi ejaan dan susunletak.
5 Majalah dicetak.

Pasca-Penerbitan
1 Senaskah Majalah Tunas Bahasa diedarkan ke semua kelas - setiap keluaran - untuk dipamerkan di Papan
Kenyataan Kelas.
2 Senaskah juga dipamerkan di Papan Kenyataan Bahasa Melayu untuk tatapan umum.
3 Murid-murid juga boleh memiliki naskah peribadi Majalah Tunas Bahasa dengan memesan kepada guru
Bahasa Melayu kelas masing-masing. Murid cuma perlu membayar kos untuk fotostat bahan berkenaan.
4 Murid-murid boleh membaca Majalah Tunas Bahasa pada masa-masa senggang mengikut kemampuan
masing-masing.

Keterangan Projek
Majalah enam halaman ini mempunyai ruangan-ruangan tetap seperti berikut:

Berita-berita semasa

Cerpen

Sajak

Pantun

Ruangan Info - Tahukan Anda

Ruangan Tokoh Pelajar

Bicara Buku - kelolaan Penyelaras Pusat Sumber

Pesan Guru - kata-kata nasihat dari Guru Besar

Kosa Kata

Halaman Aktiviti - kuiz

Jadual Pelaksanaan
Majalah "Tunas Bahasa" diterbitkan sebanyak tiga kali dalam setahun:

April

Julai

Oktober

Bahan / Sumber
Bahan-bahan yang terbitkan di dalam majalah adalah hasil tulisan murid-murid dan guru-guru SK Changkat Jering.
Bahan-bahan terpilih adalah tertakluk kepada suntingan dan pembetulan oleh Ketua Pengarang, Tunas Bahasa.
Kewangan
Perbelanjaan untuk pelaksanaan projek bagi setahun adalah seperti berikut:

Kertas komputer RM10.00 x 1 rim

Dakwat printer RM70.00

Fotostat menggunakan kertas berwarna 20 set Majalah Tunas Bahasa (6 muka surat) RM12.00 x 3 keluaran
=36.00
Jumlah: RM116.00 (Ringgit Malaysia: Seratus enam belas sahaja)

Instrumen Penilaian
Satu soalselidik digunakan sebagai instrumen penilaian. Soalselidik berkenaan diberikan kepada 20 orang murid yang
dipilih secara rawak. Soalselidik akan diberi selepas program dilaksanakan.
Penutup
Kejayaan program majalah "Tunas Bahasa" ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan tulisan daripada muridmurid dan guru-guru. Diharapkan dengan adanya majalah "Tunas Bahasa" ini, dapatlah menyajikan bahan bacaan yang
bermakna kepada murid-murid di samping membuka saluran untuk mereka menulis secara kreatif.

Anda mungkin juga menyukai