Anda di halaman 1dari 1

SJK(T) LADANG JIN SENG ,34350 KUALA KURAU , PERAK

1.8 USAHA YANG DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI 4 DAN 5 BINTANG

1. Program Banyak Membaca - Program ini adalah untuk semua murid dikendalikan oleh guru
kelas masing-masing.Pelajar digalakkan membaca seberapa banyak buku dan dicatat dalam
borang-borang khas yang mana akan dianalisis pada tiap-tiap akhir bulan untuk mengetahui
jumlah buku yang dibaca oleh setiap menentukan murid yang banyak membaca. Insentif dalam
bentuk hadiah diberi.Program bacaan ini dijalankan setiap hari persekolahan pada pukul 7.15
pagi hingga 7.40pagi.

2. Anotasi Buku - Aktiviti ini untuk semua murid Tahun 1 hingga 6. Murid-murid digalakkan
membaca seberapa banyak buku pada setiap bulan dan membuat ulasan dengan format yang
seragam di dalam buku NILAM. Ulasan-ulasan ini akan diperiksa oleh guru untuk menentukan
bahawa murid-murid benar-benar membaca. Analisis akan dibuat pada tiap-tiap bulan untuk
menentukan jumlah buku yang dibaca secara individu dan kelas. Buku yang dibaca adalah
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

3. Khemah Membaca - Khemah Membaca diadakan pada setiap tahun untuk murid-murid
Tahun Satu hingga Enam. Dalam aktiviti ini mereka akan didedahkan dengan teknik membaca,
kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Di akhir kursus para peserta akan
membuat pameran dan persembahan serta diberi sijil penyertaan.

4. Kuiz Bestari - Kuiz ini untuk Tahun 4 hingga 6. Soalan-soalan akan dikemukakan pada setiap
bulan dan murid-murid akan mengembalikan jawapan pada tarikh yang ditetapkan. Soalan
soalan yang dikemukakan merangkumi tajuk-tajuk berkaitan dengan Bahasa, Sejarah,
Matematik dan isu-isu semasa. Urus setia akan membuat semakan jawapan dan menentukan
pemenang.

5. Aktivity Bahasa Inggeris - Spelling Bee , Action song , Choral speaking ,Book review ,Story
telling ,Recite rhymes /poem,quiz ,debate and public speaking

Anda mungkin juga menyukai