Anda di halaman 1dari 29

Mohd Ariffin Bin Salleh JAPIM IPG KPM

Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian ditanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada dibawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata : kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah SWT serta dibenarkan oleh para Rasul.

Setelah

Nabi Muhammad dibangkit dari kubur jibril akan datang kepada beliau dengan membawa seekor Buraq. Israfil pula datang membawa bersama bendera mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga. Seterusnya beliau menyambung lagi; Jibril akan menyeru, wahai dunia! Dimanakah kubur Muhammad SAW?

Bumi

akan berkata ;sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW. Rasulullah bersabda lagi: lalu diangkat tiang-tiang cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikan berada di atas kubur.

Israfil

bersuara, Wahai roh yang baik! Kembalilah ketubuh yang baik! Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda telah membuang tanah diatas kepala dan janggutnya. Baginda melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada bangunan. Baginda menangis sehingga mengalir air mata ke pipi. Inilah tangisan pertama Nabi di akhirat!

Jibril

berkata kepadanya, Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu disisi Allah ditempat yang luas. Baginda SAW bertanya, Kekasihku Jibril! Hari apakah ini? Jibril menjawab, Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat.(mahsyar) Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah SWT.

Baginda

SAW bersabda, kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku! Jibril berkata, apakah kamu lihat dihadapanmu? Baginda SAW bersabda, bukan seperti itu pertayaanku. Jibril berkata, adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpancak diatasmu?

Baginda

SAW bersabda, Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka? Jibril berkata. Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu! Baginda SAW bersabda. Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.

Jibril

berkata kepada Baginda SAW, Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah kehadapan Tuhanmu! Jibril datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril berkata kepadanya. Wahai buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah SWT?. Sudahkah Allah perintahkan kepadamu agar mentaatinya?

Buraq

berkata: Aku tahu semua itu. Akan tetapi aku ingin Dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum Dia menunggangku. Baginda SAW bersabda; kepada Buraq, Ya, sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu. Setelah berpuas hati, buraq membenarkan Baginda menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh mata memandang.

Apabila

Nabi Muhammad berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, Malaikat Israfil menyeru, wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh

telah diletakkan didalam tanduk atau sangkakala. Diadalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada didalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging, kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah

SWT berfirman, wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita. Malaikat Israfil menjerit, wahai roh-roh yang telah hancur ! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan dihadapan Tuhan Semester alam.

Allah

SWT berfirman, Demi keagongan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!. Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah SWT. Rohroh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pun terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi

SAW duduk dipadang pasir Baitulmaqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang bertebangan, 70 umat berdiri, umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu Umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril menyeru, wahai sekelian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah SWT.

Umat-umat

datang didalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya, di mana umatku? Jibril berkata, wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir. Apabila Nabi Isa a.s. datang, Jibril menyeru, Tempatmu! Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril menangis.

Jibril

bertanya, Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad? Nabi Muhammad SAW pula bertanya, Dimana umatku? Jibril berkata, Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan. Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya, Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa? Jibril berkata,Lihatlah mereka wahai Muhammad!

Apabila

Nabi Muhammad melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat dengan baginda dengan apa yang telah Allah SWT memuliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan Nabi SAW. Baginda juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, Wahai Muhammad

Air

mata mereka mangalir di pipi. Orang yang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi SAW bersabda, Wahai umatku. mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis. Ketika mereka didalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru, Dimana Jibril? Jibril berkata, Jibril di hadapan Allah, Tuhan semester alam.

Allah

SWT berfirman dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, dimana umat Muhammad? Jibril berkata, mereka adalah sebaik umat. Allah SWT berfirman, wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihku Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanku. Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata, wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT.

Nabi

Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata, sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT. Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah SWT. Nabi Muhammaad SAW memimpin mereka sabagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju mengadap Allah swt. Allah berfirman, Wahai hambaku ! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaku, tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa

Hamba-hmba

Allah terdiam. Allah berfirman. Hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku. Dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapku. Wahai Jibril pergi kepada Malik, penjaga Neraka. Katakanlah kepadanya bawakan Jahannam!. Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga Neraka itu lalu berkata, wahai Malik! Allah memerintahkanmu agar membawa Jahannam

Malik

bertanya, apakah hari ini? Jibril menjawab, Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Malik berkata, wahai Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluknya? Jibril menjawab, Ya Malik bertanya. Dimanakah Muhammad dan umatnya?

Malik

bertanya, Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahannam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah? Jibril berkata. Aku tidak tahu. Malik menjerit ke arah mereka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiangtiangnya yang keras, kuat dan panjang. Api nyalaanya sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (menangis)

Air

mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih.. RASULULLAH MEMBELA UMATNYA.,.,.. (BERSAMBUNG)

Tidak

sukar memasukinya tetapi perlu berusaha. Ibnu Abbas r.a berkata, nabi telah bersabda; Syurga mempunyai 8 pintu:

Pintu pertama ; tertulis lailahaillallah Muhammadur Rasulullah. Ini adalah pintu masuk para nabi, orang yang mati syahid dan dermawan Pintu kedua ; pintu masuk bagi orang yang mengerjakan solat dengan sempurna dan menjaga wuduknya.

Pintu ketiga ; pintu masuk bagi orang-orang yang mengeluarkan zakat bagi hartanya Pintu keempat ; bagi orang yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat mungkar Pintu kelima ; bagi orang yang menahan diri dari mengikuti nafsu syahwatnya Pintu keenam ; bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah Pintu ketujuh; bagi orang yang berjuang di jalan Allah Pintu kelapan; bagi orang memejam matanya daripada segala prkara haram, mereka berbuat kebaikan dan berbakti kepada kedua orang tuanya derta menjalinkan silaturahim

Rukun

Islam Rukun Iman Hubungan dengan Allah Hubungan dengan manusia Hubungan dengan alam

Anda mungkin juga menyukai