Anda di halaman 1dari 10

FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN (Ringkasan)

1. Kata alu-aluan kepada para hadirin

RINGKASAN FORMAT

4. Penutup

KARANGAN JENIS UCAPAN

2. Kata-kata penghadapan contoh: "hadirin yang dihormati"

3. Isi-isi ucapan

FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN

1. Pengenalan Dimulakan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza daripada karangan jenis syarahan dan ceramah. Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan masingmasing. Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

2. Isi Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan. Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian. Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

3. Penutup Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat . Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan. Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah

CONTOH SITUASI:

Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari tersebut 1. Pendahuluan Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

2. Isi Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan kepada guru yang akan bersara. Isi-isi ucapan merangkumi : Latar belakang guru yang akan bersara. Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai. Pengalaman Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru

Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi baru. Contoh : Hadirin yang dihormati Sudara-saudari sekalian

3. Penutup

Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur diladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Protokol Panggilan Hormat

PANGKAT/GELARAN Yang di-Pertuan Agong

CARA MENGALAMATKAN Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Raja Muda/Tengku Mahkota Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar/Ketua Menteri Menteri/Timbalan Menteri Wakil Rakyat/Adun Ahli Dewan Negara/Senator

Tuan Yang Terutama Duli Yang Teramat Mulia Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Senator

PANGKAT/GELARAN Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri Pegawai Kewangan Negeri Penasihat Undang-undang Negeri

CARA MENGALAMATKAN Yang Berhormat

Ketua Hakim Negara Hakim Besar/Hakim Mufti Kadi Haji/Hajjah Ustaz/Ustazah Pengetua/Guru Besar Profesor/Profesor Madya

Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk Sahibussamahah Tan Sri /Datuk Sahibulfadilah Tuan Kadi Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah Yang Berbahagia Yang Berusaha Yang Berbahagia

Contoh Karangan Jenis Ucapan

Yang saya muliakan saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, guru-guru, para ibu bapa dan hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita semua dapat berkumpul dalam dewan yang permai ini bersempena dengan program anak dan masa depan. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan mengenai sikap terlalu memilih kerjaya yang mengundang kepada pengangguran. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Kemantapan pemikiran bergantung kepada keteguhan hati dan sikap individu tersebut. Pengangguran yang kian bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan adalah berpunca daripada sikap keluarga itu sendiri. Ibu bapa adalah asas sesebuah institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga adalah orang yang wajib kita hormati kerana tanpa mereka siapalah kita? Tanpa ibu bapa yang mengasuh minda sejak kecil ke arah kebaikan, dapatkah kita menikmati hidup sebagaimana kini? Majoroti penganggur amat tertekan dengan sikap keluarga mereka yang terlalu menumpukan sesuatu perkara tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri. Ibu bapa yang terlalu memaksa anaknya supaya mencari pekerjaan yang dipandang tinggi oleh orang lain menyebabkan anaknya hilang daya untuk berfikir secara rasional. Seperti yang kita maklum bahawa berfikiran secara rasional amat penting dalam menjamin masa depan individu dan individu itu mampu mendukung negara ke peringkat antarabangsa dan memartabatkan tanah air mereka. Hari ini kesalahan jenayah yang melibatkan golongan penganggur mengikut statistik polis meningkat dengan mendadak. Masalah ni sebenarnya berpunca daripada sikap dan peranan ibu bapa mereka sendiri yang bulat hati dalam memilih pekerjaan untuk anaknya. Sidang hadirin yang penuh visi,

Selain itu, sistem politik negara juga menjadi punca kepada masalah pengangguran. Melalui parti-parti politik yang ada dalam negara, ramai graduan yang sanggup mengenepikan tawaran demi kepentingan parti politik yang lebih senangi. Sistem politik sepatutnya tidak menyumbang masalah kepada negara kerana ia hanyalah bertujuan untuk memantapkan sistem pentadbiran dan menegakkan hak-hak rakyat. Individu tidak harus terlalu taksub dengan bidang politik. Jika ramai individu pandai menjaga diri dan membawa diri dalam bidang ini, sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran yang sentiasa menjadi masalah bagi negara ini. Hadirin yang saya hormati, Masalah dalam revolusi ekonomi yang tidak menentu juga menjadi penyebab kepada meningkatnya masalah pengangguran. Ekonomi negara yang baik amat diutamakan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Pengurusan yang tidak sistematik boleh menyebabkan ramai orang ditimpa masalah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Majikan yang terlalu inginkan kemewahan sanggup mengenepikan graduan-graduan yang mempunyai kreadibiliti yang tinggi dengan mengambil pekerja asing. Sikap ini seharusnya dielakkan bagi memberi jalan kepada orang tempatan yang dibaratkan seperti melukut di tepi gantang, walaupun berada di negara sendiri. Kita sepatutnya berpegang kepada yang benar dan hindarkan diri dari sikap tamak. Marilah kita berfikir sejenak sambil menimbau kembali pada zaman kita dijajah oleh orang asing disebabkan oleh sikap masyarakat pada zaman dahulu yang kurang berpangetahuan. Adakah anda semua terfikir betapa seksanya hidup di dalam negara sendiri tetapi ditadbir oleh masyarakat asing. Ini amat berkaitan dengan sikap pihak pengurusan pekerjaan yang mementingkan aliran wang masuk. Tidakkah kita berasa kecewa dengan sikap segelintir orang seperti ini? Dapatkah anda rasakan semangat orang-orang Melayu yang berikhtiar membebaskan diri daripada penjajah? Rujuk semula kepada penganggur, dapatkah penganggur menempis semangat putus asa dan menimba kembali semangat jati diri yang hampir dikaburi permasalahan yang pelbagai? Tanpa gabungan peranan orang lain dan penganggur itu sendiri, semangat tersebut amat sukar dicapai. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga. Hadirin yang saya kasihi,

Selain itu, prosedur untuk mendapatkan pekerjaan juga amat ,menyusahkan bagi mereka yang tiada kecelakan hati. Sememangnya, kita harus memandang ke hadapan dan tidak sama sekali menoleh ke belakang kerana jika menoleh ke belakang walaupun hanya sekali dan untuk pertama kali, kita akan berada jauh daripada apa yang diimpikan. Penganggur seharusnya tidak mudah putus asa dan rajinlah seperti semut dalam mencari perkerjaan. Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan persefahaman dan saling bergantungan antara satu sama lain seperti dakwat dengan keras. Dengan itu, wujudlah semangat cintakan negara dan apabila wujudnya semangat tersebut, semestinya setiap individu itu tidak mahu negara mereka ditmpa bencana. Tuntasnya, saya berharap agar anda semua akan berusaha dengan lebih tekun demi masa depan. Sebelum saya mengundur diri suka saya sampaikan serangkap pantun. Ramai penganggur hidup melata; Kerana pendirian tidak tetap; Sikap masyarakat bukan semata-mata; Kerana banyak penyelesaian belum terungkap.

Sekian, terima kasih

REFLEKSI
Assalamualaikum....

Alhmandullillah. Bersyukur saya kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Teras Bahasa Melayu ini dengan baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mazri selaku pensyarah Teras Bahasa Melayu yang telah banyak memberi idea dan tunjuk ajar yang menjadi panduan kepada saya dan rakan-rakan dalam menyempurnakan tugasan ini. Pelbagai kesulitan telah saya tempuhi sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Antaranya adalah kesulitan dalam membezakan jenis-jenis ucapan berdasarkan situasi yang berbeza. Selain daripada itu, saya juga megalami masalah dalam mencari kelemahan dan kekuatan sesuatu ucapan. Dengan penghasilan kerja kursus ini saya dapat menimba pelbagai ilmu baru yang amat berguna untuk masa hadapan. Ini juga membantu saya dalam melakukan persediaan untuk menempuh alam perguruan. Selain itu, daripada tugasan ini saya dapat menerokai dangan lebih mendalam mengenaicara melafazkan ucapan dengan betul dan membuat penyeusaian dengan sidang pendengar. Ini membantu saya dalam memantapkan kefahaman dan ilmu pengetahuan saya yang akan saya jadikan benteng untuk bertempur di medan peperiksaan akhir semester. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan manfaat kepada semua dalam menjalani kehidupan sebagai anak Malaysia.

Yang ikhlas,

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)

Anda mungkin juga menyukai