Anda di halaman 1dari 2

Kavitha Bahu Reddy Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban Negeri Sembilan

Pn.Maznah Manan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Seremban Negeri Sembilan 08 FERRUARI 2012

Puan, Memohon Kelas Gantian Sempena BIG Merujuk perkara diatas, saya dari PISMP Unit Pengajian Bahasa Tamil Semester 1,ingin memohon kelas gentian sempena program Bina Insan Guru(BIG) yang diadakan pada 30 Januari 2012 hingga 02 Februari 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada pengetahuan puan, program ini dianjurkan oleh institut ini sendiri bagi pelajar-pelajar yang telah memasuki Program Ijazah Sarjana Muda.

2. Program ini telah disertai oleh dua unit iaitu Unit Pengajian Bahasa Tamil dan Unit Sains. Pesertanya adalah sebanyak 46 orang iaitu 26 peserta daripada Unit Pengajian Bahasa Tamil dan 20 peserta daripada Unit Sains. Pesertanya adalah daripada berbilang kaum. Program ini diadakan selama empat hari tiga malam bertempat di Port Dickson.

3. Untuk makluman puan,kelas patut diadakan pada 01 Februari 2012 pada pukul 11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari. Oleh sebab kami terlibat dalam program tersebut maka saya memohon untuk kelas gantian yang dicadangkan pada 21

Februari 2012 bersamaan dengan hari Selasa. Saya berharap bahawa puan dapat member jawapan yang baik bagi permohonan ini.

4. Akhir kata, besarlah harapan saya agar permohonan ini dapat perhatian yang sewajarnya daripada puan. Kerjasama puan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, Teima Kasih.

Yang Benar, KAVITHA BAHU REDDY Pelajar BT 1

Anda mungkin juga menyukai