Anda di halaman 1dari 12

Contoh-contoh gambar warna Bagaimana warna mempengaruhi mood

Warna boleh mempengaruhi kehidupan, psikologi dan emosi manusia. Warna juga menjadi bentuk komunikasi tanpa lisan yang mendedahkan mesej secara segera dan lebih bermakna. Contohnya: merah bererti bahaya dan putih lambang kesucian. Terdapat beberapa warna utama yang boleh memberikan kesan kepada kesihatan dan mood. Setiap warna memancarkan panjang gelombang tenaga yang berbeza dan mempunyai kesan yang berlainan.
Menurut pakar psikik dan psikologi, warna digunakan dalam pelbagai aspek penyembuhan menerusi sejumlah kaedah berbeza. Ini termasuk meditasi dan hipnosis, pemakaian warna untuk memberi impak kepada mood, penggunaan warna dalam kediaman dan sebagainya.

Warna

Mampu meningkatkan nafsu makan disyorkan meletakkan makanan di atas pinggan berwarna biru. Boleh melambatkan denyut nadi dan suhu badan lebih rendah. Warna yang menenangkan dan diyakini mampu mengatasi imsomnia, kecemasan, tekanan darah tinggi dan migrain.

Dikaitkan dengan dunia alam. Menenangkan dan santai. Boleh membantu orang yang sering berasa tegang. Mengimbangkan emosi, mencipta keterbukaan antara kita dan orang sekeliling. Berkait dengan cakra jantung sehingga dipercayai membantu masalah emosional seperti cinta, kepercayaan dan kasih sayang. Penyelidik mengatakan warna hijau boleh meningkatkan kemampuan membaca pelajar (kesan ketenangan dari warna ini).

Tahukah Anda?
Apabila seseorang doktor itu ingin melakukan pembedahan kepada pesakit, doktor itu akan menukar baju berwarna hijau. Adakah anda tahu mengapa doktor memakai baju berwarna hijau? Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat bendabenda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.

Paling berkesan untuk merangsang dan meningkatkan tenaga fizikal. Meningkatkan peredaran darah dan kereaktivan darah itu sendiri. Mengukuhkan motivasi Membangkitkan emosi dan mencipta perasaan kegembiraan . Juga dianggap sebagai tuntutan dan sikap agresif.

Merangsang fungsi tubuh, seperti aliran hempedu dan cara kerja hati. Berkaitan dengan intelektual dan proses mental. Mampu merangsang otak serta membuat kita lebih berwaspada dan tegas.

Warna hangat dan mesra yang membuat orang berasa selesa. Meningkatkan metabolisme, menguatkan paru-paru, limpa dan pankreas.

Memberikan aura kebebasan dan keterbukaan.

Boleh memberi ketenangan dan inspirasi

Memberi rasa kedukaan, gelap, berkarektor serta mendominasi.

Kesimpulan
Pemilihan warna penting dalam kehidupan seharian kita kerana dapat mengubah emosi dan perasaan seseorang. Setiap warna yang berbeza memberi kita pelbagai rasa seperti panas, dingin, nyaman, tenang, malas, sedih, bahagia, ceria dan sebagainya. Impak warna dalam kehidupan memang tidak boleh kita nafikan. Malah melalui warna kegemaran seseorang itu juga kita dapat menelah karektornya.

Anda mungkin juga menyukai