Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN

Bil. 1.0 2.0 Pengenalan Laporan pemantauan dan penilaian Program Bersepadu Sekolah Sihat 3.0 4.0 5.0 6.0 Kekuatan dan Kelemahan Cadangan penambahbaikan Kesimpulan Rujukan 5 6 15 15 Perkara Muka Surat 1 2

1.0

Pengenalan

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS adalah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara program-program yang diadakan ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud Kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah. Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Pemantauan yang dijalankan adalah berjadual dan mengikut keperluan. Selepas pemantauan dibuat, penilai perlu mengisi borang penilaian untuk menilai tahap Kesihatan Sekolah. Aspek-aspek yang dapat meningkatkan tahap penilaian sekolah ialah dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang

bermanfaat seperti Hari Kesihatan, Pameran Kesihatan dan Kuiz Kesihatan. Segala aktiviti yang dijalankan perlu direkodkan supaya ianya boleh dijadikan rujukan pihak berkenaan. 2.0 Laporan pemantauan dan penilaian Program Bersepadu Sekolah Sihat

Pemantauan dan penilaian berterusan adalah perlu dilakukan dalam memastikan pelaksanaan PBSS dapat mencapai objektifnya. Pemantauan yang dijalankan di Sk Lupak, Beaufort meliputi beberapa aspek seperti Kuiz Kesihatan Sekolah, Rekod Kesihatan Murid, Rekod Rancangan Makanan Tambahan, Laporan Bulanan dan Tahunan serta Pengiktirafan. Hasil dapatan pemantauan yang dijalankan kemudiannya dinilai dengan menggunakan Borang Penilaian Untuk Anugerah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. a) Kuiz Kesihatan Sekolah Kuiz kesihatan sekolah merupakan salah satu daripada aktiviti wajib pihak sekolah kerana ianya bertujuan untuk menguji tahap dan kefahaman murid-murid berkaitan kesihatan diri dan persekitaran. Kuiz ini dijalankan pada peringkat sekolah dan seterusnya negeri. Pemenang-pemenang kuiz yang dijalankan akan diumumkan dan diletakkan pada papan kenyataan Kelab Kesihatan Sekolah. Kuiz yang dijalankan berbentuk objektif atau struktur mengikut keputusan jawatankuasa sekolah. Pemantauan yang dijalankan di SK Lupak mendapati sekolah ini menjalankan Kuiz Kesihatan Sekolah yang melibatkan keseluruhan murid SK Lupak. Program kuiz kesihatan ini diadakan setelah murid mendengar ceramah kesihatan bagi menentukan tahap pengetahuan dan kefahaman murid dalam penjagaan kesihatan diri.

Rajah 2.1: Contoh soalan Kuiz Kesihatan b) Rekod Kesihatan Murid Rekod kesihatan murid merupakan dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperolehi semasa murid berada dalam tempoh persekolahan. Dokumen ini merupakan rujukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang murid semasa alam persekolahan dan diberi secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui dokumen ini, guru serta ibu bapa dan penjaga murid dapat memantau dan meneliti tahap kesihatan murid serta mengetahui jenis pemeriksaan serta rawatan yang telah diterima oleh murid semasa berada di sekolah. Melalui pemantauan, didapati pihak sekolah telah melengkapkan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1). Selain itu, guru juga telah melengkapkan maklumat ukuran tinggi dan berat murid berserta maklumat-maklumat lain dalam RKM1.

Rajah 2.2: Buku Rekod Kesihatan Murid c) Rekod Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Rekod bagi RMT adalah dibawah seliaan guru penyelaras RMT yang dilantik oleh pihak sekolah. Antara maklumat yang terdapat dalam rekod rancangan makanan tambahan termasuklah : Maklumat murid yang menyertai RMT Rekod penyertaan murid

Setiap rekod disimpan oleh guru penyelaras RMT dan dibentangkan semasa mesyuarat pentadbiran sekolah.

Rajah 2.3: Contoh Rekod Rancangan Makanan Tambahan d) Laporan Bulanan dan Tahunan Laporan Bulanan mengandungi laporan berkaitan aktiviti yang dilaksanakan setiap bulan contohnya Laporan Bulan Januari, Februari dan seterusnya. Laporan ini disediakan oleh guru bertugas pada setiap minggu serta perlu pengesahan daripada guru besar. Laporan Tahunan pula mengandungi segala aktiviti yang telah dilaksanakan dalam tahun tersebut. Laporan ini biasanya dibentangkan semasa mesyuarat atau untuk rujukan pihak tertentu dan disediakan oleh Ketua Panitia dan ahli jawatankuasa yang terlibat.

Rajah 2.4: Contoh Laporan Guru Bertugas 6

Rajah 2.5: Laporan Unit Beruniform e) Pengiktirafan Pengiktirafan akan diberikan kepada individu, kelas atau sekolah. Pada peringkat sekolah, murid yang berjaya menjawab kuiz dangan markah tertinggi akan diiktiraf sebagai murid terbaik. Seterusnya akan mewakili sekolah untuk ke kuiz di peringkat daerah dan negeri. Bagi kelas yang cantik dan bersih akan diiktiraf sebagai Kelas Terbersih dan dijadikan kelas contoh di sekolah itu. Sekolah yang terbersih pula akan diiktiraf oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Pemantauan di SK Lupak mendapati pihak sekolah telah mengadakan pertandingan kelas tercantik dan terbersih dan memberikan pengiktirafan bagi setiap kelas. 3.0 Kekuatan dan Kelemahan

Pemantauan yang dijalankan mendapati pelaksanaan PBSS di sekolah ini pada tahap yang sederhana iaitu 65% dan mendapat anugerah gangsa dalam penilaian PBSS. Enam teras utama dalam PBSS iaitu polisi kesihatan sekolah, persekitaran fizikal sekolah, persekitaran sosial sekolah, penglibatan komuniti, kemahiran kesihatan diri dan perkhidmatan kesihatan sekolah dapat dilaksanakan tetapi secara tidak menyeluruh. Ahli jawatankuasa PBSS dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan memastikan segala isu berkaitan PBSS diselesaikan sebaik mungkin. Dari segi pelaksanaan, beberapa butiran yang terdapat dalam borang penilaian PBSS tidak dilengkapkan oleh pihak sekolah contohnya laporan yang tidak lengkap serta tiadanya

dokumentasi bagi kebanyakan aktiviti yang dijalankan. Penglibatan komuniti dalam PBSS juga agak terhad iaitu hanya melibatkan ahli PIBG serta agensi kerajaan sahaja. Kemahiran kesihatan diri agak kurang memuaskan kerana ceramah dan pameran kesihatan tidak dijalankan secara konsisten dan berkala. Ini menyebabkan murid kurang mendapat pendedahan mengenai penjagaan kesihatan diri. Kemudahan kesihatan di sekolah perlu dipertingkatkan memandangkan kesemua murid yang bersekolah adalah di bawah tanggungjawab dan jagaan pihak sekolah sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Selain daripada itu, pemantauan mendapati kurangnya komitmen dan kesungguhan warga sekolah dalam menjayakan PBSS sepenuhnya agar dapat mencapai matlamat yang ditetapkan. Ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan dikalangan guru jawatankuasa PBSS sekolah yang mengakibatkan program yang dirancang kurang mendapat sambutan dan tidak menepati objektif pelaksanaannya. Beban tugas juga menjadi faktor penting terhadap kejayaan PBSS. Pertindihan tugas dan tanggungjawab serta kekangan masa menyebabkan guru sebagai pelaksana PBSS memandang program ini secara sambil lewa dan tidak bersungguh. Keadaan ini menyebabkan program PBSS di sekolah ini tidak sempurna dan dapat dilihat melalui markah penilaian yang diperolehi. 4.0 Cadangan penambahbaikan

Dalam memastikan pelaksanaan PBSS di sekolah dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan, pihak sekolah disarankan agar memastikan kesemua enam teras utama dalam PBSS dilaksanakan mengikut ketetapan. Segala butiran seperti dalam borang penilaian PBSS perlu dipatuhi serta dilengkapkan sebaik mungkin. Ahli Jawatankuasa PBSS juga perlu bersikap lebih komited dan aktif dalam melaksanakan semua program serta memastikan komponen PBSS dilaksanakan dengan jayanya. Pihak sekolah juga perlu memastikan adanya penglibatan komuniti dalam PBSS terutamanya daripada agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan serta tidak terhad dengan penglibatan agensi kerajaan sahaja. Akhir sekali, kemudahan kesihatan di sekolah hendaklah dipertingkatkan contohnya dengan mewujudkan bilik sakit/ ruang sakit bagi murid yang tidak sihat, memastikan peti pertolongan cemas lengkap dan mudah diperolehi dalam saat kecemasan serta sentiasa diselenggara.

Lampiran 1 BORANG PENILAIAN UNTUK ANUGERAH PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) (Berdasarkan Tahap Usaha Dan Pencapaian Sekolah Dalam Menggalakkan Kesihatan Di Sekolah) Nama Kod : ............ : ............ Sekolah Sekolah Gred Daerah : ............ : ............ Sekolah Tarikh : ............ Penilaian Marka h Jumlah Markah Penuh yang Markah Diberi (26 markah)

Bil.

Butiran

1. 1. 1

Pengurusan PBSS Penubuhan Jawatankuasa (6 markah) 1.1.1 Ada jawatankuasa 1.1.2 Keahlian yang mencukupi 1.1.3 Mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun 1.1.4 Fail yang lengkap 1. 2 Penetapan Polisi Kesihatan Sekolah (6 markah) 1.2.1 Ada polisi 1.2.2 Cara penetapan (menggunakan pemerhatian maklum balas komuniti, data kesihatan dan agensi yang berkaitan) 1.2.3 Ada bukti (contoh: minit mesyuarat, laporan dan lainlain) 1. 3 Pelaksanaan Polisi Kesihatan Sekolah (8 markah) 1.3.1 Mempamerkan polisi 1.3.2 Mempamerkan polisi di tempat yang strategik 9

1.5 1.5 1.5 1.5

2 2

2 2

1.3.3 Ada pelan tindakan 1.3.4 Ada dokumentasi mengenai aktiviti yang dijalankan 1. 4 Pemantauan dan penilaian pelaksanaan aktiviti (3 markah) 1.4.1 Pengesahan oleh Pengetua atau Guru Besar 1. 5 Pelaporan (3 markah) 1.5.1 Laporan lengkap PBSS 1 dalam Fail PBSS *2 . Pelaksanaan PBSS yang Ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan 2. 1 Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah 2.1.1 Ada jawatankuasa (4 markah) 2.1.2 Pemilihan mengikut kriteria 2.1.3 Ada laporan/dokumen 2. 2 Program Susu Sekolah Rendah (4 markah) 2.2.1 Ada jawatankuasa 2.2.2 Pemilihan mengikut kriteria 2.2.3 Jadual kedatangan murid 2.2.4 Ada laporan/dokumen 2. 3 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (4 markah) 2.3.1 Sekolah telah melengkapkan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) 2.3.2 Guru telah melengkapkan ukuran tinggi, berat dan ujian penglihatan seperti dalam Buku RKM 1 2.3.3 Pemeriksaan murid oleh Pasukan Kesihatan Sekolah

2 2

3 (24 markah)

1 1 1

1 1 1 1

10

2.3.4 Laporan pemeriksaan kesihatan dihantar ke sekolah dalam tempoh sebulan 2. 4 Perkhidmatan Pergigian Sekolah (4 markah) 2.4.1 Telah melengkapkan Buku RKM 1 2.4.2 Telah menjalankan rawatan pergigian 2.4.3 Telah menjalankan tunjuk cara memberus gigi 2.4.4 Laporan pemeriksaan pergigian dihantar ke sekolah dalam tempoh sebulan 2. 5 Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) (4 markah) 2.5.1 Ada jawatankuasa 2.5.2 Ada aktiviti ke arah Program 3K 2.5.3 Menyertai Program 3K 2.5.4 Ada dokumentasi 2. 6 Sekolah Kawasan Larangan Merokok (4 markah) 2.6.1 Ada papan tanda 2.6.2 Papan tanda mengikut spesifikasi 2.6.3 Ada aktiviti pencegahan merokok 2.6.4 Ada dokumentasi 3. 3. 1 Persekitaran Fizikal Sekolah Kantin (4 markah) 3.1.1 Kebersihan kantin 3.1.2 Tempat memasak dan tempat membasuh

1 1 1 1

1 1 1 1

1 1 1 1 (14 markah)

0.5 0.5

11

3.1.3 Pengurusan stor 3.1.4 Pelupusan sisa makanan 3.1.5 Pakaian pengendali kantin dan sijil pengesahan kesihatan pengendali kantin 3.1.6 Hiasan luaran dan dalaman 3.1.7 Kemudahan membasuh tangan 3.1.8 Bahan jualan 3. 2 3.2.1 Kebersihan 3.2.2 Berfungsi 3.2.3 Sistem kawalan 3.2.4 Penjagaan kebersihan (sabun, pengelap tangan dan lain-lain) 3.2.5 Hiasan luaran dan dalaman 3.2.6 Tong sampah 3.2.7 Tempat membuang tuala wanita 3.2.8 Jadual penyelenggaraan 3. 3 Bilik Khas (4 markah) 3.3.1 Pejabat dan bilik guru 3.3.2 Makmal dan bengkel 3.3.3 Pusat Sumber 3.3.4 Bilik-bilik lain 3. Bilik Darjah (2 markah) Tandas (4 markah)

0.5 0.5 0.5

0.5 0.5 0.5

0.5 0.5 0.5 0.5

0.5 0.5 0.5 0.5

0.5 0.5 0.5 0.5

12

3.4.1 Bersih, dan susun atur perabot yang kemas 3.4.2 Jadual tugasan berkala 3.4.3 Hiasan luaran dan dalaman 3.4.4 Pencahayaan dan pengudaraan yang baik

0.5 0.5 0.5 0.5

3. 5

Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (2 markah) 3.5.1 Kedudukan tong-tong sampah yang strategik 3.5.2 Menggunakan karung plastik sampah 3.5.3 Penjagaan dan kawalan tempat pembuangan sampah 3.5.4 Sistem pelupusan yang sempurna 0.5 0.5 0.5 0.5 (10 markah)

4. 4. 1

Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah) Tanggapan Awal (3 markah) 4.1.1 Kebersihan persekitaran luar sekolah 4.1.2 Hiasan pintu masuk ke sekolah 4.1.3 Suasana persekitaran sekolah yang terkawal 4. 2 Landskap Dan Kegunaan Kawasan Alam Sekitar Sekolah (4 markah) 4.2.1 Susun atur (mempunyai maksud) 4.2.2 Berkonsepkan pendidikan 4.2.3 Tidak berbahaya 4.2.4 Kreativiti dan inovasi 4. 3 Penggunaan Kawasan (1 markah) 4.3.1 Kreativiti dan inovasi

1 1 1

1 1 1 1

13

4. 4

Program Bimbingan dan Kaunseling (2 markah) 4.4.1 Ada bilik/tempat yang sesuai untuk kaunseling 4.4.2 Rekod penggunaan 1 1 (10 markah)

5. 5. 1

Penglibatan Komuniti Dalam PBSS Penglibatan PIBG (2 markah) 5.1.1 Dalam Jawatankuasa PBSS 5.1.2 Dalam aktiviti sekolah 5. 2 Penglibatan Agensi Kerajaan Selain Daripada Kementerian Pendidikan Dan Kementerian Kesihatan Malaysia (2 markah) 5.2.1 Dalam Jawatankuasa PBSS 5.2.2 Dalam aktiviti sekolah 5. 3 Penglibatan Agensi Swasta (2 markah) 5.3.1 Dalam Jawatankuasa PBSS 5.3.2 Dalam aktiviti sekolah 5. 4 Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan/Badan (2 markah) 5.4.1 Ada (dengan bukti) 5. 5 Penglibatan Individu Dalam Aktiviti Sekolah (2 markah) 5.5.1 Ada (dengan bukti)

1 1

1 1

1 1

2 (10 markah)

6. 6. 1

Kemahiran Kesihatan Diri Bilangan Ceramah Mengenai Kemahiran Kesihatan Diri (3 markah) 6.1.1 1 4 6.1.2 5 9

1 1

14

6.1.3 10 atau lebih 6. 2 Jumlah Kelab/Persatuan yang Menggalakkan Kemahiran Kesihatan Diri (3 markah) 6.2.1 1 4 6.2.2 5 9 6.2.3 10 atau lebih 6. 3 Bilangan Pameran Kesihatan Secara Formal (2 markah) 6.3.1 1 6.3.2 2 atau lebih 6. 4 Kuiz Kesihatan/Hari Kesihatan (2 markah) 6.4.1 Kuiz Kesihatan 6.4.2 Hari Kesihatan/Minggu Kesihatan/Kem Kesihatan 7. 7. 1 Kemudahan Kesihatan Di Sekolah Bilik Sakit/Ruang Sakit (2 markah) 7.1.1 Bersih 7.1.2 Ada katil/tempat rehat 7.1.3 Ada kipas/pengudaraan yang baik 7.1.4 Buku daftar 7. 2 Peti Pertolongan Cemas (2 markah) 7.2.1 Berada di tempat yang strategik 7.2.2 Lengkap 7.2.3 Ada rekod

1 1 1

1 1

1 1 (6 markah)

0.5 0.5 0.5 0.5

0.5 0.5 0.5

15

7.2.4 Diselenggarakan dengan baik 7. 3 Bilik Pemeriksaan Kesihatan/Pergigian (2 markah) 7.3.1 Bersih 7.3.2 Ada bilik khas/bilik disediakan bila perlu 7.3.3 Pencahayaan dan pengudaraan yang baik 7.3.4 Ada kemudahan air JUMLAH Tandatangan Penilai Nama Jawatan

0.5

0.5 0.5 0.5 0.5 100 : .. : .. : .. : ..

a. *Jika sekolah tidak melaksanakan mana-mana polisi atas sebab-sebab tertentu seperti tidak layak menerima RMT, kaedah pengiraan markah adalah seperti berikut: (x/y) 24 x = Markah yang diberi y = Markah penuh bilangan polisi yang dilaksanakan b. Penganugerahan PBSS berdasarkan peratus pencapaian berikut: 90% 100% = Anugerah Emas 70% 89.9% = Anugerah Perak 50% 69.9% = Anugerah Gangsa c. Borang ini akan diguna pakai oleh Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan semasa membuat penyeliaan dan penilaian untuk Anugerah PBSS.

5.0

Kesimpulan

16

Program Bersepadu Sekolah Sihat adalah merupakan usaha murni pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti dapat dicapai. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah termasuklah guru, murid serta para ibu bapa bertanggungjawab memastikan agar PBSS dihayati dan dilaksanakan secara menyeluruh. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek serta mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan.

6.0

Rujukan

Bahagian Penjagaan Kesihatan Asas & Pembangunan (1994). Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah. Norazhan Che Lan (2009). Program Bersepadu Sekolah Sihat: Meteor Doc, Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Program Kesihatan Sekolah Sihat. http://www.scribd.com/doc/112924379/Program-Bersepadu-Sekolah-Sihat

17

Anda mungkin juga menyukai