Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN

Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS adalah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara program-program yang diadakan ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempenkempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud Kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1

PROJEK GOTONG ROYONG PERDANA

Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat. Di kawasan sekolah, ia boleh mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Projek Gotong Royong Perdana dalam tahun 2011 ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar juga akan dapat memupuk semangat bantu-membantu dan tolong-menolong terutamanya ketika menghadapi kesusahan. Daripada gotong royong ini juga, ia akan mewujudkan sikap sayang-menyayangi dan semangat muhibah di antara pelajar. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

2.0 2.1

TUJUAN Memohon kelulusan daripada pihak-pihak yang berkenaan.

2.2 Memohon peruntukan dan bantuan kewangan daripada pihak-pihak yang berkenaan. 2.3 Memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai program yang akan dijalankan.

3.0

NAMA PROGRAM Projek Gotong Royong Perdana 2011

4.0

TEMA PROGRAM

Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita

5.0

MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikan mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan serta mampu memartabatkan nama sekolah.

6.0

OBJEKTIF

6.1

Umum

6.1.1 Menyahut seruan kerajaaan malaysia untuk membasmi penularan wabakwabak pendermik dikalangan rakyat Malaysia melalui aspek amalan pengurusan kesihatan dan kebersihan. 6.1.2 Menyahut seruan Kementerian Pelajaran malaysia menerapkan amalan budaya sekolah bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat. 6.1.3 Menyemai mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera semasa melaksanakan pekerjaan dan pembelajaran disamping mengukuhkan ikatan ukhwah sesama manusia.

Anda mungkin juga menyukai