Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 2 Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi.

Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya !". Perancangan pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan. Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain pendidikan mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor#sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan adalah satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan negara.$urikulum dan kokurikulum di sekolah atau %ni&ersiti adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun '('(.Pendidikan yang bermula di peringkat asas sekolah rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian "inggi merupakan proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan insan yang sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai pembangunan yang mapan.

Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi indi&idu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. )engan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui pendidikan seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya membangunkan keluarga, masyarakat dan negara. Matlamat ini adalah selari dengan matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh *alsafah Pendidikan $ebangsaan +*P$, iaitu- Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi indi&idu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. %saha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sebagaimana yang terdapat dalam *alsafah Pendidikan $ebangsaan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk perkembangan secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan akan membangun insan yang berketrampilan. )alam usaha mencapai matlamat ini perkembangan unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara terasing atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan ini perlu berlaku serta bersepadu dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada "uhan. Penekanan yang dilakukan terhadap mana#mana satu unsur sahaja akan melahirkan indi&idu yang tidak seimbang. *P$ menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk indi&idu dan negara. $edua#dua tujuan adalah sselaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita#cita negara. Salah satu elemen yang terkandung dalam *P$ adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada "uhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. .erilmu dan

berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri#ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam *P$ ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berperanan bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. *ungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan merupakan satu proses dan akti&iti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. *P$ juga melihat indi&idu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. "ujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri indi&idu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan indi&idu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara..erdasarkan *P$, jelas bahawa tujuan pendidikan dalam konteks pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ija/ah atau diploma sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab. )alam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. %saha ini bagi membetuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi. $etinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap indi&idu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada usia muda remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonism yang boleh membawa kepda akti&iti sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya# foya dan lain#lain. 0ejala tersebut perlu dibenteras dan langkah#langkah perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak danmejadi semakin berleluasa. 1usteru, pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap dapat membendung gejala soosial daripada terus menular. Oleh kerana pendidikan akan melahirkan indi&idu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani maka potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional, membuat keputusan yang tepat

dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan secara kritis akan kesan#kesannya. $ekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi, menjadikan sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan sama#sama membina negara maju. Modal insan ialah suatu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan dan peningkatan tamadun negara. Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai 2awasan '('( yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produkti&iti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke '3. 4genda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. 1usteru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. "eras pertama Pelan nduk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. $eupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. !abaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara 5glokal6 yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan. Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. )i samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat + !", dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan

masyarakat..idang

pendidikan

bukan

sahaja

dapat

melahirkan

modal

insan

yang

berpengetahuan, kuat fi/ikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai#nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai#nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang dikehendaki untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan modal insan yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana kemajuan negara dalam semua aspek. Pewujudan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang kepakaran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian menjadi tunjang yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana kekayaan negara.

Anda mungkin juga menyukai