Anda di halaman 1dari 3

1.

1)

CIRI-CIRI ADHD

2.3.1) Tingkat-Laku (Hiperaktiviti) Salah satu ciri yang ketara yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalah mereka yang kerap menggerakkan tangan atau kaki atau bergerak-gerak di tempat duduk. Sebagai contoh, jika dilihat dalam konteks kelas, golongan kanakkanak ini sering meninggalkan tempat duduk ketika mereka berada di kelas. Selain itu, mereka juga Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok. Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap Banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2.3.2) TEMPOH TUMPUAN YANG SINGKAT (social) Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

2.3.3) TINGKAH LAKU IMPULSIF (emosi) Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Seorang kanak-kanak ADHD boleh dikriteriakan menjadi a) PREDOMINANT INATTENTION

Kanak-kanak tersebut kurang memperhatikan terhadap segala-galanya dalam menjalankan aktivitinya. Anak tersebut sering tidak memperhatikan dan bahkan kadang-kadang melakukan kesilapan dalam melaksanakan aktivitinya baik di rumah mahupun di sekolahnya

Cenderung tidak memperhatikan terhadap segala-galanya Tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya secara langsung Mudah hilang tumpuan Mengalami kesukaran dalam mengikuti arahan yang berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti Selalu mengelakkan kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan kegiatan berfikir dalam waktu tertentu Sering kehilangan sesuatu yang berkaitan dengan aktiviti atau bahkan yang tidak berkaitan sama sekali

1. PREDOMINANT HYPERAKTIF IMPULSIF Anak melakukan aktivitinya selalu dalam kriteria "berlebihan". Anak selalu dalam keadaan gelisah dalam keadaan menunggu atau terlihat menggerakkan kaki dan tangan apabila sedang dalam keadaan duduk. Selalu tidak sabar atau tidak tenang ketika duduk Melakukan aktiviti melompat dan berlari dengan berlebihan dan kadang-kadang dalam situasi yang tidak membenarkan Selalu menghadapi kesulitan dalam menjalankan aktivitinya dengan tenang

Tidak boleh duduk diam Berbicara dengan berlebihan Kadang-kadang menjawab sebuah soalan walaupun soalan tersebut belum selesai untuk ditanyakan Tidak mahu menunggu atau menanti Selalu mengganggu lainnya baik ketika perbincangan mahupun ketika melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Demikian kriteria yang boleh membantu anda untuk mengenali ciri-ciri ADHD daripada kriteria di atas, anda boleh menggolongkan apakah anak anda termasuk ke dalam ADHD predominant Inattention atau ADHD Hiperaktif -Impulsif. atau mungkin termasuk ke dalam kedua-duanya.

Memahami Dan Membantu Kanak-kanak Dengan ADHD. Jika anda telah mengetahui bahkan yakin jika anak anda termasuk anak yang mengalami ADHD janganlah anda merasa berputus asa atau panik atau hal-hal yang bersifat negatif yang lain. Dalam hal ini berfikiran positif amat diperlukan, dan bukan hanya itu saja diperlukan komunikasi dengan kanak-kanak ADHD ini secara intensif. Selain itu juga terdapat rawatan dan terapi untuk kanak-kanak ADHD ini, dengan demikian anda tidak perlu takut jika penyakit ini tidak boleh diubati. Dengan segera mengetahui ciri-ciri ADHD pada kanakkanak, orang tua boleh melakukan rawatan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai