Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN A : TUGASAN 1

1.0)

PENDAHULUAN Setiap kanak-kanak adalah istimewa mengikut keperibadian masingmasing. Mereka memiliki potensi yang berbeza-beza daripada kanak-kanak yang biasa sama ada dari segi keperluan mahupun perhatian. Antara kanak-kanak golongan ini terdapat yang perlu diberikan perhatian yang lebih disebabkan beberapa faktor yang dialami oleh mereka dan kanak-kanak seperti ini selalunya akan disedikan satu aliran pendidikan yang diberi nama sabagai Pendidikan Khas. Hal ini kerana teknik pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak tersebut adalah berbeza mengikut tahap kanak-kanak tersebut. Secara ringkas, Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.

1.1 Definisi Pendidikan Khas Menurut Hallahan dan Kaufman dari buku beliau yang bertajuk Teaching children with learning disabilities: Personal perspectives, Pendidikan khas diberi definisi sebagai pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 1976). Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar

daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu secara umumnya Pendidikan Khas dikenal erti sebagai kaedah-kaedah yang direka khusunya untuk membantu dan memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau yang kurang upaya. Hal ini merupakan salah satu program aliran pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta social yang mana mereka tidak mengalami perkembangan yang normal dan biasa.

1.2 Golongan Kanak-Kanak yang Terlibat Kanak-kanak istimewa ini adalah berbeza dan lebih unik darpada kanak-kanak biasa di luar sana. Golongan ini istimewa dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria sebagai contoh pendengaran ataupun

penglihatan, ciri-ciri saraf dan ototatau fizikal sama ada dari aspek tingkah laku , sosial-emosi seperti keupayaan berkomunikasi yang serba kekurangan sehinggalah ke keperluan-keperluan yang dipraktikkan oleh seorang kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di sekolah. Dalam golongan ini, terdapat jenis kategori yang dialami oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, ADHD dan juga bermasalah pendengaran. Oleh itu, wujudnya pendidikan aliran Pendidikan Khas supaya perkembangan golongan kanak-kanak ini boleh berkembang dan mencapai kemampuan yang semaksimum mungkin.

2.0)

ADHD

2.1)

Pengenalan Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau lebih dikenali sebagai

Kecelaruan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan atau ADHD telah lama dikenalpasti oleh masyarakat di negara kita. Terdapat pelbagai pendapat

dan pandangan mengenai kanak-kanak golongan ini serta sebab saintifik yang menyebabkan terjadinya ADHD ini. Secara umunya, ADHD

merupakan gangguan yang kurangnya perhatian dan hiperaktiviti iaitu berlebihan dalam melakukan sebuah aktiviti. Golongan yang terlibat dalam hal ini, senang dikenalpasti dan jelas dipamerkan dalam bentuk tingkahlaku yang nyata. Terdapat kajian mengatakan bahawa antara tiga hingga lima peratus daripada kanak-kanak mempunyai ADHD. Kejadian ini sering terjadi pada kanak-kanak yang masih berada di prasekolah dan awal. Hal ini menjadikan sukar untuk kanak-kanak mengawal tingkah-laku mereka dan memberi perhatian kepada sesuatu perkara. Pertama kali ADHD digambarkan adalah daripada Dr. Henrich Hoffman iaitu pada tahun 1845 yang merupakan seorang doktor yang sering menulis buku mengenai perubatan dan juga psikiatri yang kebanyakkannya berkaitan dengan kanak-kanak

2.2)

Punca ADHD

Seseorang yang menghidap ADHD akan memberi masalah kepada orang tua ataupun pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga kanakkanak tersebut seperti penjaga dan ibu bapa. Hal ini kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif terhadap sesuat. Biasanya sesetengah individu, mereka sering dillabelkan sebagai seorang kanakkanak yang nakal. Selain itu, menurut sesetangah pihak, mereka mengatakan bahawa ADHD ini akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usa lapan atau sembilan tahun. Selepas itu, kanak-kanak ini dijangka tidak mustahil untuk menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang dalam bidang pelajaran. Menurut The Tole Acupuncture and Herbal Medical Centre Sdn Bhd., mereka membuat kajian bahawa punca kejadian ini terjadi

disebabkan oleh rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan boleh menjadi penyebab masalah kelakuan hiperaktif ini kepada kanak-kanak. Perkara ini telah ditunjukkan melalui ujian mereka yang menerangkan bahawa kanak-kanak yang menghidap ADHD memiliki tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. Ini terbukti bahawa rawatan yang tidak teratur boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada ADHD. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, persoalan yang sering dialami oleh para ibu bapa yang memiliki kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah seperti Mengapa aku? Apa salahnya aku? Adakah aku punca anak ini menghidap penyakit ini? Namun persoalannya adakah semuanya silap ibu bapa itu sendiri? Terdapat beberapa fakta menarik yang membuktikan bahawa ADHD boleh muncul terutamanya disebabkan lebih kepada faktor dalaman daripada luaran. Hal ini kerana kebanyakkan bukti menunjukkan punca ADHD ke arah bidang genetik. Perkara ini bukan untuk mengatakan bahawa faktor persekitaran tidak boleh mempengaruhi keterukan penyakit itu, dan terutamanya tahap

kemerosotan dan penderitaan kanak-kanak itu mungkin mengalami, tetapi bahawa faktor-faktor seperti seolah-olah tidak menimbulkan keadaan dengan sendirinya. Sejak beberapa dekad yang lalu, ahli-ahli sains telah tampil dengan teori-teori yang mungkin tentang apa yang menyebabkan ADHD. Antara teori-teori ini telah membawa kepada buntu, beberapa saluran baru yang menarik penyiasatan. Para pengkaji sains masih bersungguh-sungguh mengkaji punca yang sebenarnya dalam mengenalpasti punca dan cara yang terbaik untuk merawat ADHD. Mereka sedang mencari lebih banyak bukti bahawa ADHD tidak berpunca dari persekitaran rumah, tetapi dari sebabsebab biologi. Mengetahui ini boleh mengeluarkan beban bersalah besar daripada ibu bapa yang mungkin menyalahkan diri mereka untuk tingkah laku anak mereka.

Sejak beberapa dekad yang lalu, ahli-ahli sains telah tampil dengan teori-teori yang mungkin tentang apa yang menyebabkan ADHD. Antara teori-teori ini telah membawa kepada buntu, beberapa saluran baru yang menarik penyiasatan.

2.2.1) KESAN PERSEKITARAN Salahs satu faktor yang dapat menghuraikan mengapa ADHD terjadi pada seseorang adalah daripada faktor persekitaran. Kajian para pengkaji menunjukkan hubungan yang mungkin antara penggunaan rokok dan alkohol semasa mengandung dan risiko untuk ADHD dalam keturunan kehamilan itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, ia adalah yang terbaik semasa hamil untuk mengelakkan diri daripada rokok dan penggunaan alkohol. Selain itu, satu lagi agen alam sekitar yang boleh dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi ADHD adalah tahap plumbum dalam badan kanakkanak prasekolah muda. Sejak plumbum tidak lagi dibenarkan dalam cat dan biasanya ditemui hanya dalam bangunan lama, pendedahan kepada tahap toksik tidak adalah seperti lazim kerana ia adalah sekali. Kanakkanak yang tinggal di bangunan-bangunan lama di mana plumbum masih wujud dalam paip atau cat plumbum yang telah dicat lebih mungkin berisiko. 2.2.2) KECEDERAAN OTAK Selain itu, terdapat juga teori lain yang mempengaruhi kewujudan ADHD pada kanak-kanak. Teori itu adalah mereka yang mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian otak mereka. Sesetengah kanakkanak yang telah mengalami kemalangan yang membawa kepada kecederaan otak mungkin menunjukkan beberapa tanda-tanda tingkah

laku yang sama dengan ADHD, tetapi hanya peratusan kecil kanak-kanak dengan ADHD telah didapati telah mengalami kecederaan otak trauma.

2.2.3) Penambahan dalam Makanan Dan Gula Kanak-kanak sering dikaitkan dengan makanan-makanan manis. Namun, jika dilihat semula, para pengkaji kanak-kanak mengatakan bahawa gangguan perhatian disebabkan oleh gula halus atau bahan tambahan makanan, atau bahawa gejala ADHD diburukkan lagi dengan gula atau makanan tambahan. Pada tahun 1982, Institut Kesihatan Kebangsaan diadakan persidangan konsensus saintifik untuk

membincangkan isu ini. Perkara ini telah mendapati bahawa sekatan diet membantu kira-kira 5 peratus daripada kanak-kanak dengan ADHD, kebanyakannya kanak-kanak muda yang mempunyai makanan

allergies.Satu kajian yang lebih terkini tentang kesan gula pada kanakkanak, menggunakan gula satu hari dan pengganti gula pada hari-hari ganti, tanpa ibu bapa , kakitangan, atau kanak-kanak yang mengetahui di mana bahan sedang digunakan, tidak menunjukkan kesan ketara gula pada tingkah laku atau pembelajaran. Jika dilihat dalam sudut yang berbeza, ibu kanak-kanak yang merasakan kanak-kanak memiliki alahan dengan gula, mereka diberikan aspartame sebagai pengganti gula. Setengah ibu diberitahu anak-anak mereka diberi gula, separuh bahawa anak-anak mereka diberikan aspartame. Ibu-ibu yang menyangka anak-anak mereka telah menerima gula undian mereka sebagai lebih hiperaktif daripada kanak-kanak lain dan lebih kritikal tingkah laku.

2.2.4) GENETIK Merujuk pada satu sumber yang dikenalpasti, gangguan pada perhatian sering dijalankan dalam keluarga, jadi terdapat berkemungkinan menjadi pengaruh genetik. Kajian menunjukkan bahawa 25 peratus daripada saudara terdekat dalam keluarga kanak-kanak ADHD juga mempunyai ADHD, manakala kadar adalah kira-kira 5 peratus dalam penduduk. pengajian umum menunjukkan kembar kini menunjukkan bahawa pengaruh genetik yang kuat wujud dalam gangguan.Penyelidik terus mengkaji sumbangan genetik ADHD dan untuk mengenal pasti gen yang menyebabkan seseorang menjadi mudah terdedah kepada ADHD. Sejak penubuhannya pada tahun 1999, Perhatian Deficit Hyperactivity Disorder Molekul Genetik Rangkaian telah berkhidmat sebagai satu cara untuk penyelidik untuk berkongsi penemuan mengenai pengaruh genetik mungkin pada ADHD.

2.3)

CIRI-CIRI ADHD

2.3.1) Tingkat-Laku (Hiperaktiviti) Salah satu ciri yang ketara yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalah mereka yang kerap menggerakkan tangan atau kaki atau bergerak-gerak di tempat duduk. Sebagai contoh, jika dilihat dalam konteks kelas, golongan kanakkanak ini sering meninggalkan tempat duduk ketika mereka berada di kelas. Selain itu, mereka juga aktif berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok. Mereka seringkali menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap oleh kerana mereka banyak bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2.3.2) Sosial Dari segi sosial pula iaitu hubungan kanak-kanak ini dengan orang sekeliling seperti ketika bersama keluarga, guru dan rakan-rakan amat kurang.Pertama kerana kanank-kanak ini sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butirbutir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Mereka selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas. Hal ini kerana mereka kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti. Selain daipada itu, mereka kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.

2.3.3) Emosi Daripada aspek emosi kanak-kanak ini seringkali kurang sabar dan menghadapi masalah ketika menunggu giliran contohnya ketika proses pembelajaran mereka akan selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan. Hal ini akan menyebabkan gangguan atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain. Namun begitu, kanak-kanak seperti ini juga selalunya dapat mengawal emosi dengan baik oleh kerana seperti yang dibincangkan dahulu mereka mempunyai masalah untuk memberi tumpuan oleh itu apabila mereka sedang diberi pengajaran mereka tidak akan mengambilnya sacara serius maka ia tidak akan menganggu emosi mereka namun begitu faktor ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut payah untuk dinasihatkan.

CEREBRAL PALSY a) Apa itu cerebral palsy? Kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy sering dikenali sebagai golongan kanak-kanak CP. Golongan kanak-kanak yang memiliki kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otototot sama ada menggerakkan badan dan sebagainya. Kecacatan otak dan saraf otot ini sering berlaku iaitu sebelum, semasa dan selepas peringkat kelahiran. Perkara ini sering dikaitkan juga semasa perkembangan otak yang berkembang pesat ketika tempoh itu. Secara umumnya, Cerebral Palsy adalah suatu keadaan dimana penderitanya mengalami buruknya pengendalian otot, kekakuan, kelumpuhan serta mengalami gangguan fungsi saraf lainnya. CP bukanlah merupakan suatu penyakit dan tidak bersifat progresif (penderita tidak semakin memburuk dan juga tidak semakin baik). Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams dan Cheryl Lepper (2005), kemalangan otak yang disifatkan sebagai cerebral palsy akan muncul sebelum mencapai umur 16 tahun. Terdapat 1.5 peratus hingga 2.7 peratus per 1000 orang yang mengidap cerebral palsy di negara membangun. Hal ini merupakan jumlah yang lebih tinggi berbanding di negara yang sedang membangun yang mana fakta ini tidak berubah sejak tahun 1960. Walaupun sudah ada ubatan moden di pasaran, namun masih terdapat peningkatan 20 peratus pengidap cerebral palsy kerana kesalahan semasa merawat bayi yang lahir tidak cukup berat (Bhusnan, Paneth, & Kiely 1993) serta bayi yang lahir dengan berat di bawah 2.5 kg (Rosen & Dickinson, 1992). Jumlah cerebral palsy menjadi semakin tinggi kerana penurunan kadar kematian bayi yang sangat kecil, apabila mereka terselamat . Menurut Deborah Deutsch Smith (1998), cerebral palsy terdiri daripada sindrom yang berkaitan dengan pergerakan dan postur badan. Ia berlaku biasanya disebabkan oksigen yang tidak mencukupi ke otak semasa pertumbuhan iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Sesetengahnya mengalami cerebral palsy selepas umur mereka menjangkau tiga tahun. Cerebral palsy bukanlah suatu jangkitan tetapi merupakan keadaan seseorang yang lumpuh akibat kerosakan di bahagian otak. Ia juga tidak dapat

sembuh sepenuhnya. Mereka akan mengalami satu ciri sahaja atau akan mengalami gabungan beberapa ciri iaitu pergerakan yang tersentak-sentak, kekejangan otot, pergerakan yang tidak sekata, kekurangan fungsi otot. Mereka juga akan mengalami masalah percakapan. Mereka juga mengalami masalah kekurangan pencaindera, masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. b) Punca-Punca

i)

SEBELUM KELAHIRAN Menurut sesawang http://wstefanus.wordpress.com/2007/11/19/about-

degenerative-disease/, beberapa penulis yang bernama Roger Pierangelo dan George Giuliani (2007), sebanyak tujuh puluh peratus kesa yang melibatkan cerebral palsy berlaku sebelum kelahiran dapat memberi gangguan

perkembangan otak yang normal. Perkara ini terjadi kerana kekurangan udara oksigen yang sampai ke otak bayi semasa dalam kandungan merupakan salah satu punca yang ketara yang boleh menyebabkan cerebral palsy kepada kanakkanak. Selain itu, jangkitan dalam rahim ibu yang menyerang ketika bayi dalam kandungan dan telah menyerang masuk ke bahagian otak bayi juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya cerabral palsy. Sebagai contoh, penyakitan yang sering ibu-ibu mengandung jangkit ialah infeksi, sypilis, rubela, dan typhus abdominolis. Tambahan pula, si ibu berkemungkinan besar terdedah pada persekiran yang tercemar dan bertoksik seperti asap rokok mahupun asap kilang. Cerebral palsy juga boleh disebabkan ibu yang mengalami pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung, Ibu yang sedang mengandung mengalami trauma (kecelakaan) yang dapat mengakibatkan terganggunya pembentukan sistem syaraf pusat misalnya ibu jatuh dan perutnya mengalami hentakan yang kuat dan secara kebetulan mengganggu kepala bayi serta merosakkan sistem saraf pusat bayi di dalam kandungan.

ii)

SELEPAS KELAHIRAN

Meningitis iaitu jangkitan kuman diselaput otak serta Jaundis yang teruk iaitu demam kuning, boleh menyebabkan kerosakan otak. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan

penganiayaan fizikal juga boleh mengakibatkan cerebral palsy. Menurut Janet Lerner, Carol Mardell- Czudnowski and Dorothea Goldenberg (1987), cerebral palsy merupakan kecacatan yang banyak berlaku kepada kanak-kanak di sekolah. Ia merupakan kecacatan kekal yang disebabkan oleh kerosakan pada neurologi yang terdapat sistem saraf pusat. Ia disebabkan oleh kecederaan semasa proses kelahiran, kecederaan kepada kepala, otak atau radang tulang belakang, terkena keracunan, jaundis, kekurangan pengaliran darah ke otak.

c) Ciri-ciri a) Fizikal Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. Berikut adalah perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak celebral palsy sejak dari dalam kandungan hingga ke usia 8 tahun.Bagi kanak-kanak dari lahir sehingga sepuluh bulan. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa seperti meniarap, duduk, mengensot dan lain-lain lagi. Seterusnya pada sebelas bulan, kanka-kanak ini akan mula merangkak namun tidak mahu berjalan dan mereka sering berdiri di hujung-hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah untuk bertapak.

Manakala, apabila mereka mencecah satu tahun, mereka masih belom lagi boleh berjalan dan anggota tubuh mereka masih berasa lembik. Golongan kanak-kank ini ada satu tabiat yang sering mereka lakukan iaitu tabiah menahan nafas disamping

berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekinya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti. Perkara ini akan menyebabkan muka mereka bertukar menjadi biru dan pucat.
.

Seterusnya, apabila mereka berumur lapan tahun, kanak-kanak ini masih belum lagi boleh bercakap. Dari segi fizikalnya, ada sesetengah daripada mereka yang mengalami pergerakan yang sangat terhad termasuk tidak berkeupyaan berubah posisi dari baring untuk duduk tanpa bantuan. Mereka memerlukan sokongan fizikal untuk duduk. Ada yang langsung tidak berkeupayaan untuk berjalan dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Bagi mereka yang berkerusi roda, ada yang boleh menolak kerusi roda sendiri, ada yang memerlukan bantuan untuk menolak di tempat-tempat tertentu sahaja dan ada yang memerlukan sepenuh bantuan untuk menolaknya.

b) Kognitif Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi kognitif yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai

contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur enam tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk

menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

c) Tingkahlaku

Kanak-kanak yang mengaami cerebral palsy memiliki tingkah laku yang hampir sama dengan kanak-kanak lain di luar sana. Hal ini kerana kadang-kala, golongan kanak-kanak cerebral palsy mempunyai gejala seperti tidak dapat berjalan, tidak dapat berbicara, tidak dapat makan, dan tidak dapat bermain seperti anak-anak pada umumnya. Cerebral palsy bukanlah penyakit yang progresif. Cerebral palsy juga tidak dapat dikatakan sebagai penyakit yang dapat disembuhkan. Walaupundengan berbagai kaedah penyembuhan seperti pendidikan, terapi dan teknologi, seseorang dengan cerebral palsy dapat mempunyai produktif hidup yang baik. Cerebral palsy bukanlah sebuah penyakit yang menular dan penyakit ini tidak semakin parah. Kanak-kanak celebral palsy jenis spastic dapat dikesan dari simptom-simptom yang ditunjukkan :

a) Masalah pernafasan Kanak-kanak golongan cerebral palsy sering mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

b) Kesukaran sewaktu makan Kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

c) Masalah tidur. Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

d) Masalah pertuturan dan pendengaran Kanak-kanak golongan ini tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan babbling sound. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya. Kanakkanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

d) Sosial Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanakkanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RUMUSAN Sebagai penutup dan rumusan, kanak-kanak istimewa seperti golongangolongan ini perlu diberi perhatian yang lebih dan seimbang agar mereka dapat terus berkembang dari segi kognitif, sosial, tingkah laku dan sebaginya. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan, kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi beberapa masaah dan kekurangan dalam bebereapa aspek dalam pembelajaran yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan bahawa setiap kanakkanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi mengatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka. Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanakkanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid khas ini.

Anda mungkin juga menyukai