Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PAMERAN PENCEGAHAN DADAH 2013

Pada tarikh 26 September 2013, kelas kami, 2PISMP TESL 1 telah menghadiri sebuah pameran yang bertemakan Bahaya Dadah. Pameran ini telah diadakan di Perpustakaan IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek sempena minggu Intergriti yang berlangsung dari 23 26 September 2013. Pameran yang bertemakan Bahaya Dadah ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga IPG terutamanya para pensyarah dan para bakal guru IPG Teknik mengenai bahaya dadah, kesan dan juga akibat apabila menglibatkan diri dengan dadah. Pameran ini juga mendedahkan kehidupan banduan-banduan di penjara termasuklah program dan hukuman yang dijalani oleh mereka. Kami telah diberi pendedahan oleh dua orang pegawai penjara yang berwibawa iaitu Encik Ahmad Tarmizi dan juga Encik Muhammad. Mereka merupakan pegawai dari Penjara Lama Seremban, Negeri Sembilan. Mereka telah menyediakan pelbagai maklumat dan informasi yang sangat padat dan berguna seperti hukuman-hukuman yang dijalani oleh banduan, keadaan yang dialami oleh para banduan selepas hukuman dan juga program yang disediakan oleh pihak penjara untuk para banduan. Pihak penjara telah menyediakan pelbagai risalah yang bermanfaat mengenai program dan kerjaya banduan serta arah tuju para banduan selepas keluar penjara. Pada hari pameran tersebut, kami juga telah berpeluang menyaksikan tali gantung dan rotan sebenar yang pernah digunakan oleh para pegawai semasa menjalankan hukuman. Encik Muhammad telah menerangkan tentang proses dan teknik penggunaan tali gantung dan rotan dalam menjalankan hukuman. Beliau mengatakan bahawa tiga jenis rotan yang telah dipamerkan ini mempunyai beberapa perbezaan iaitu dari segi penggunaan rotan. Bagi rotan yang paling nipis, ia digunakan untuk para juvana dan wanita; jenis yang kedua pula digunakan untuk kes-kes yang berkaitan dengan masalah syariah seperti minuman keras, manakala rotan yang paling tebal digunakan kesalahan yang berat seperti mengedar dadah dan pecah amanah.

Selepas itu, Encik Muhammad menerangkan lagi mengenai hukuman gantung yang dijalani oleh para banduan di penjara. Beliau mengatakan bahawa hukuman gantung dijatuhkan mengikut hukuman mandatori yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Pihak penjara telah menetapkan kod baju yang berbeza warna dimana selaras digunakan oleh seluruh penjara di Malaysia. Baju-baju tersebut diguna untuk membezakan tempoh mereka beradah di penjara. Walaubagaimanapun, tempoh tersebut boleh disingkatkan jika banduan mengikut peraturan dan berkelakuan baik. Seterusnya kami beralih pula kepada Encik Ahmad Tarmizi yang telah menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh para pengunjung. Antara soalan yang menjadi isu ialah kehidupan bagi banduan wanita yang hamil dipenjera. Kami difahamkan bahawa banduan yang hamil ini akan melahirkan anak mereka di dalam sel penjara mereka dengan bawah pengawasan doktor dan beberapa orang warden penjara. Bayi yang yang dilahirkan ini dipanggil sebagai anak penjara. Oleh kerana anak tersebut dilahirkan di penjara. Ada juga soalan mengenai kes-kes berat yang terbaru, antaranya ialah seorang anak yang membunuh ibunya. Kami juga bertanya akan suasana ketika mengawasi penjara, kami difahamkan bahawa satu blok penjara akan diawasi oleh seorang warden dan warden ini akan sentiasa diugut dan dikacau oleh para banduan namun mereka perlu tegas dan bermain dengan emosi mereka supaya mereka gentar dengan para warden yang mengawas pada masa tersebut. Kami juga didedahkan dengan keadaan penjara yang berbeza dimana penjara Negeri Sembilan iaah penjara lama dan keadaannya berbeza dengan penjara Kajang yang lebih moden. Akhir sekali, kami berasa masa kami tidak terbuang menghadiri pameran ini kerana banyak pengetahuan baru yang kami dapat. Kami mengharapkan pameran sebegini akan diadakan lagi supaya kami sentiasa didedahkan dengan pengetahuan umum dan diambil iktibar.

Anda mungkin juga menyukai