Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / TAHUN 2011

KOD KURSUS : HBEF3103

TAJUK KURSUS : PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI

760226095092001

NO. KAD PENGNEALAN

760226 09 - 5092

NO. TELEFON

0138018931

E-MEL

rosfarizajaafar@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

HBEF3103

PENGENALAN MENGENAI TUGASAN


Pada semester ini, saya telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Apabila saya mempelajari subjek ini, saya dapat mengetahui bahawa
teknologi bukan hanya suatu ilmu pengetahuan dan juga bukan sejenis alat, sebaliknya
proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu, alat atau bahan itu
berkesan kepada pelajar pelajar.
Perancangan yang teliti dalam penyediaan sesuatu pengajaran amatlah penting
terutamanya ketika guru ingin memilih serta menggunakan media dalam pengajaran
mereka. Model ASSURE (Smaldina, E. Heinich, R & Molenda, M (2005) memberi
panduan kepada guru bagaimana media dipilih serta dapat digunakan secara lebih
berkesan dan bersesuaian dengan tahap profil pelajar.
ASSURE ialah akronim bagi perkataan Analyze (analisis ciri ciri pelajar),
State Objektif (menyatakan objektif), Select Methods, Media & material (memilih
kaedah, media dan bahan), Utilize Media & Materials ( menggunakan Media dan bahan),
Require Learner Participation (memerlukan penyertaan pelajar) dan Evaluate & Revise
(menilai & mengulangkaji)
Saya telah diberi tugasan yang berkaitan dengan konsep yang telah saya pelajari,
Saya diminta untuk menyediakan perancangan pengajaran pembelajaran berdasarkan
Model ASSURE. Berdasarkan model tersebut, saya dapat mengetahui cara yang terbaik
untuk merancang pengajaran yang menarik dan mengaplikasikan penggunaan media dan
memahami ciri ciri yang terkandung dalam model ASSURE.
Berdasarkan Model ASSURE tersebut, saya juga diminta merancang satu
rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah. Saya juga dibenarkan untuk memilih
mana mana huraian sukatan pelajaran. Sebelum saya memulakan tugasan ini, saya perlu
memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang sesuai dalam pengajaran tersebut.

HBEF3103

Saya juga perlu menggunakan penggunaan teknologi dalam penyediaan


rancangan pengajaran pembelajaran itu bersesuaian dengan subjek yang saya pilih.
Oleh itu dapat saya simpulkan disini, bahawa tugasan ini dapat memberi
pendedahan kepada saya untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan
teknologi yang ada dengan sebaik baiknya agar mutu pengajaran saya dapat
dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.

HBEF3103

MODEL ASSURE
Tajuk Pengajaran

: Kebersihan

Nama Guru

: Rosfariza bt Jaafar

Kelas

: 3 Jasmine

Kandungan Pengajaran : Kepentingan membuang sampah secara teratur dan penggunaan


tong sampah
Masa
BIL.
1

: 8.20 9.20 ( 60 minit )


ASSURE
A Analyze Leaner

MODEL
Dalam kelas saya ini terdiri daripada 35 orang

(Analisis Pelajar)

murid, di mana 15 orang daripadanya ialah murid


lelaki dan 20 orang lagi murid perempuan. Mereka
terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya iaitu 25
orang murid melayu, 5 orang murid Cina, 2 orang
murid India dan 3 orang murid Iban.
Murid - murid yang terdapat didalam kelas ini
terdiri dari murid murid yang sederhana cerdas
dari segi mental dan sosial serta tiada kecacatan
fizikal. Namun begitu,terdapat juga beberapa orang
murid yang berpotensi untuk maju sekiranya
dibimbing dengan baik.
Kebanyakan daripada mereka juga berasal dari
keluarga yang mempunyai pendapatan ekonomi
yang sederhana.Murid murid kelas ini juga tidak
menghadapi masalah dalam menyediakan
kelengkapan untuk belajar.

HBEF3103

Secara umumnya murid murid didalam kelas ini


mempunyai pengetahuan membaca dan menulis
perkataan dengan baik.
Kebanyakkan murid lebih suka kepada
pembelajaran yang menarik, berbanding dengan
pembelajaran yang formal.Mereka sukakan aktiviti
yang boleh melibatkan penglibatan murid.
Didalam kelas ini, murid murid boleh
diklasifikasikan kepada tiga jenis gaya
pembelajaran iaitu gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan pembelajaran kinestetik.
Secara keseluruhannya, 30% murid murid dalam
kelas 3 Jasmine ini belajar dengan gaya kinestetik,
30% daripadanya belajar secara audio dan 40% lagi
belajar dengan gaya pembelajaran visual. Disini
dapat di kelaskan bahawa murid lebih tertarik
untuk menonton sesuatu yang dipaparkan
berbanding dari mendengar ataupun melakukan
pergerakan aktiviti.
* Bilangan murid

: 35 orang

- murid lelaki 15 orang


- murid perempuan 20 orang
* Umur : 9 tahun
* Etnik
- Melayu 25 orang
- Cina 5 orang
- India 2 orang
5

HBEF3103

- Iban 3 orang
* Gaya pembelajaran
- Kinestetik 30%
- Audio - 30%
2

S State Objective

- Visual 40%
Pada akhir proses pengajaran murid dapat :

(Menentukan

- Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan

Objektif)

secara lisan
- Menyatakan isi penting secara bertulis mengenai
kepentingan membuang sampah secara teratur.
- Murid dapat menjawab soalan lembaran kerja
dengan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.

S Select Methods,

1.Penggunaan bahan yang maujud

Media and Materials


(Memilih kaedah,

- Tujuan bahan ini digunakan :

media dan bahan)


* Bahan maujud ini adalah sebuah tong sampah
yang bertulis Gunakan Saya dibahagian luar
badannya. Bahan ini digunakan semasa set
induksi.
* Bahan ini digunakan adalah bertujuan untuk
merangsang pemikiran murid agar berfikir
tentang kegunaan tong sampah tersebut. Pada
bahagian luar badan tong sampah tersebut ditulis
pekataan Gunakan Saya dengan menggunakan
dakwat yang berwarna putih, manakala
tulisannya pula adalah bersaiz besar agar dapat
dilihat oleh murid murid dengan lebih jelas
lagi.
* Guru meletakkan tong sampah tersebut
6

HBEF3103

dihadapan kelas dan meminta murid mengutip


sampah yang terdapat dalam kelas tersebut dan
membuangnya ke dalam tong sampah.
* Guru menggunakan bahan maujud adalah
bertujuan untuk menarik minat dan melatih
murid murid agar sedar akan kegunaan tong
sampah.Penggunaan bahan maujud ini adalah
lebih efektif jika dibandingkan dengan cara
guru menerangkan secara langsung kepada
murid.
- Cara menggunakan bahan :
* Guru meminta murid menamakan bahan yang
dibawanya. Kemudian guru menyuruh murid
mengutip sampah yang terdapat didalam kelas
untuk dibuang ke dalam tong sampah.
* Guru menyoal murid tentang kegunaan tong
sampah.Ramai murid yang berlumba lumba
untuk menjawab soalan yang diberikan.Guru
memilih salah seorang daripada murid tersebut
untuk menjawab soalan tersebut.
- Objektif pembelajaran
* Murid dapat mengetahui kegunaan tong sampah
apabila mereka diminta mengutip sampah yang
terdapat didalam kelas tersebut untuk dibuang
kedalam tong sampah.
7

HBEF3103

- Adakah ia menarik minat murid murid.


* Dengan menggunakan bahan maujud ini dapat
menarik perhatian murid murid dimana
mereka akan tertanya sesama sendiri tentang
aktiviti yang akan dijalankan oleh guru.Dengan
itu murid - murid akan memberi lebih
penumpuan pada pengajaran guru.
- Cara Media Diperolehi
* Tong sampah yang berwarna hitam ini boleh
didapati disekitar sekolah .Guru hanya
menggunakan cat yang berwarna putih untuk
ditulis pada bahagian luar badan tong sampah
tersebut.Tujuan guru menulis pada bahagian luar
badan tong sampah adalah untuk memberitahu
murid agar membuang sampah kedalam tong
sampah yang disediakan.
2. Penggunaan video
- Tujuan bahan ini digunakan
* Tayangan video disediakan adalah bertujuan
memberi kesedaran kepada murid supaya lebih
peka terhadap kebersihan persekitaran.Paparan
video tersebut menunjukkan pemandangan
sampah di luar tong sampah. Di samping itu,
paparan video itu pula disulami dengan muzik
8

HBEF3103

latar lebih menarik minat pelajar. .Paparan video


yang ditayangkan juga mengambarkan situasi
sebenar kehidupan mereka, dimana mereka
dapat mengetahui kesan kesan negatif
sekiranya mereka tidak menjaga kebersihan
alam sekitar.Murid murid juga diberi borang
tontonan video untuk menguji sejauh manakah
tumpuan murid murid terhadap video yang
dipaparkan kerana guru hanya akan memainkan
video tersebut sekali sahaja.
- Cara menggunakan bahan
* Guru menggunakan peralatan seperti komputer
riba dan projector (LCD). Video yang disimpan
dalam komputer riba dipancarkan ke layar dan
alat pembesar suara juga disediakan agar murid
murid dapat mendengar bunyi didalam video
dengan lebih jelas lagi.
- Objektif pembelajaran
* Dengan menggunakan tayangan video sebagai
bahan bantu mengajar ini, diharapkan agar
murid murid dapat memahami betapa
pentingnya membuang sampah didalam tong
sampah.Selepas tamatnya tayangan video
tersebut, guru mengedar borang tontonan,
dimana didalam borang tersebut terdapat
beberapa soalan yang perlu dijawab oleh
murid murid.
9

HBEF3103

- Adakah ia menarik minat murid murid


* Penggunaan media ini dapat menarik minat
murid murid kerana video tersebut
menunjukkan pemandangan sampah yang
dibuang diluar tong sampah dimana sampah
sampah tersebut dipenuhi dengan lalat yang
sememangnya suka pada kekotoran.Tayangan
video ini juga diiringi dengan irama muzik
supaya murid tidak merasa boring semasa
menonton video ini.Murid murid juga diarahkan
untuk menonton tayangan video dengan sepenuh
penumpuan agar murid dapat menjawab soalan
yang terdapat didalam borang tontonan video.
- Bagaimana ia dihasilkan
* Video ini diperolehi melalui muat turun
daripada internet. Alat pembesar suara juga
digunakan untuk menghasilkan bunyi yang
lebih jelas.
3. Penggunaan MS PowerPoint
- Tujuan bahan ini digunakan
* Bahan ini digunakan adalah bertujuan untuk
penyediaan lembaran kerja kepada murid murid agar mereka lebih berminat untuk
membuat lembaran kerja tersebut.Penyedian
10

HBEF3103

lembaran kerja dengan menggunakan papan


hitam atau papan putih kurang menarik dan agak
membosankan,menyebabkan guru cuba
menggunakan pendekatan ICT yang lebih
berwarna warni.
- Cara menggunakan bahan
* Guru menyediakan soalan - soalan lembaran
dengan mengunakan perisian Microsoft
PowerPoint.Lembaran kerja ini diberi didalam
kelas semasa langkah ketiga.Murid ditanya
secara individu. Sekiranya murid tersebut tidak
dapat menjawab, guru meminta murid lain untuk
membantu.
- Objektif pembelajaran
* Dengan menggunakan media ini sebagai bahan
bantu mengajar, guru berharap agar murid
menulis sekurang kurangnya empat ayat
tunggal dan ayat majmuk dalam borang
pengurusan grafik (lembaran kerja) tentang
keadaan bersih dan kotor di tiga tempat dalam
kawasan sekolah.
- Adakah ia menarik minat murid murid
* Penyediaan soalan dengan menggunakan peisian
Mikrosoft PowerPoint akan dapat menarik
perhatian murid murid selain sesi pengajaran
11

HBEF3103

juga akan menjadi lebih tersusun dan efektif.


- Bagaimana ia dihasilkan
* Soalan Bahasa Melayu telah dihasilkan sendiri
berpandukan buku teks Bahasa Melayu Tahun 3.
Guru juga memasukkan gambar gambar
animasi untuk menarik minat murid murid
untuk menjawab soalan soalan yang terdapat
4

U- Utilize Media and

di dalam slide PowerPoint ini.


1. Menyemak media dan bahan sebelum

Materials

menggunakannya.

(Menggunakan
Media Dan Bahan)

* Bahan Maujud
- Idea tentang penggunaan tong sampah sebagai
bahan maujud amat bertepatan dan ramai
rakan rakan yang ditanya, sependapat
mengatakan bahawa dengan penggunaan bahan
maujud ini murid murid akan menjadi lebih
berkeinginan untuk mengetahui apakah yang
akan dilakukan oleh guru dengan bahan tersebut
dan mereka akan memberi lebih perhatian dan
peka dengan arahan yang diberikan oleh guru.
* Bahan video
- Sebelum dipertonton kepada murid
murid,video ini turut ditunjukkan kepada rakan
guru untuk dinilai.Mereka berpendapat video ini
amat menarik kerana dapat memberi kesedaran
kepada murid murid tentang pentingnya
12

HBEF3103

menjaga kebersihan persekitaran supaya hidup


kita menjadi lebih sihat.
- Ada juga beberapa orang murid dari tahun 5
yang menonton mengatakan bahawa video ini
dapat memberi kesedaran bahawa setiap orang
perlulah bekerjasama dalam menjaga kebersihan
persekitaran.
* Bahan slide persembahan
- Lembaran kerja yang menggunakan slide
PowerPoint juga ditunukkan kepada rakan guru
untuk dinilai kebersanannya.Mereka
berpendapat penggunaan latar belakang,
haruslah menggunakan warna yang sesuai agar
tidak menenggelamkan tulisan yang sepatutnya
menjadi fokus utama.

2. Sediakan bahan/persekitaran untuk penggunaan


media
* Bahan Maujud
- Bahan maujud ini dibawa oleh guru semasa
masuk kedalam kelas dan di letakkan dihadapan
kelas.Sebelum memulakan pengajaran, guru
perlu memastikan murid murid berada
ditempat duduk masing masing. Kemudian
guru meminta murid memandang disekeliling
tempat duduk masing masing, sekiranya
13

HBEF3103

terdapat sampah, guru meminta murid


membuangnya kedalam tong sampah yang
diletakkan dihadapan kelas.
* Bahan video
- Bantuan daripada pembantu makmal komputer
sekolah dapat mempercepatkan lagi proses
penyediaan alat seperti komputer riba, projektor,
skrin layar putih dan pembesar suara agar semua
murid dapat menonton video dan dapat
mendengar suara dengan jelas.Perkara ini
penting sekali kerana murid murid perlu
menjawab soalan didalam borang tontonan
selepas tamatnya tayangan tersebut.
* Bahan slide persembahan
- Alat alat yang sama semasa penggunaan bahan
video turut diperlukan lagi seperti komputer
riba, projektor, skrin layar putih. Guru akan
menerangkan kepada murid sekiranya murid
tidak faham cara menjawab soalan
tersebut.Murid murid diminta duduk secara
individu dimana murid - murid yang rendah
ketinggian fizikal diminta duduk dibahagian
hadapan supaya semua murid dapat melihat
semua lembaran kerja yang dipaparkan itu. Guru
meletakkan murid murid secara individu
adalah bertujuan untuk menguji kefahaman
setiap murid.
14

HBEF3103

3. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar


* Bahan maujud
- Untuk menggunakan bahan maujud ini , murid
murid perlulah mengenali jenis bahan yang
dibawa masuk ke kelas oleh guru itu.Mereka
juga perlulah mempunyai kebolehan membaca,
dimana mereka perlu membaca tulisan yang
ditulis diluar badan tong sampah tersebut.
* Bahan video
- Sebelum menonton video tersebut ,murid
murid didedahkan dahulu berkenaan cara cara
mengisi borang tontonan video.Majoriti murid
murid dikelas ini telah menguasai kemahiran
membaca.Ini memudahkan mereka untuk
mengisi borang tersebut.
* Slide PowerPoint
- Slide PowerPoint ini ditayangkan semasa
langkah ketiga.Pada tahap ini murid murid
mampu membeza antara keadaan bersih dan
kotor serta tindakan yang perlu diambil untuk
memastikan kawasan persekitaran berada dalam
keadaan bersih.
5

R Require Learner

1. Bagaimana penglibatan murid semasa


15

HBEF3103

(memerlukan

penggunaan media ( apa yang murid buat?)

penyertaan pelajar)
* Bahan maujud
- Guru masuk ke dalam kelas tahun 3 Jasmine
dengan membawa sebuah tong sampah yang
bertulis Gunakan saya pada bahagian luar
badan tong sampah tersebut. Semua murid
diminta melihat disekeliling tempat duduk
masing masing jikalau terdapat sampah. Guru
meminta murid murid mengutip sampah
tersebut dan membuangnya ke dalam tong
sampah yang diletakkan di hadapan kelas.
Setelah murid selesai membuang sampah,guru
bertanya kepada mereka beberapa soalan. Murid
yang ingin cuba menjawab soalan tersebut akan
mengangkat. Guru memilih beberapa orang
murid untuk menjawab. Tujuan guru memilih
beberapa orang murid untuk menjawab soalan
adalah untuk menguji pengetahuan sedia ada
murid tentang penggunaan tong sampah.
Kemudian guru membuat ulasan tentang
jawapan jawapan yang di berikan oleh murid
dan mengaitkan aktiviti ini dengan tajuk
pelajaran.
* Bahan video
- Guru mengedarkan borang tontonan video
kepada murid. Mereka diberi masa selama 3
minit untuk menganalis soalan soalan
tersebut.Guru memberitahu kepada murid
16

HBEF3103

murid bahawa soalan tersebut hendaklah


dijawab setelah selesai menonton tayangan
video. Setelah habis menonton, murid murid
diberi masa selama 5 minit untuk melengkapkan
borang penilaian tontonan. Kemudian, murid
akan menyemak jawapan bersama sama guru
dan jika murid memerlukan penjelasan
mengenai soalan, guru akan menerangkan
kepada murid dengan lebih terperinci lagi.
* Slide PowerPoint
- Lembaran kerja diberikan kepada murid
menggunakan slide PowerPoint yang dipaparkan
dihadapan kelas.Guru memberi masa selama 15
minit kepada murid untuk menyelesaikan
lembaran kerja tersebut. Kemudian guru,
memilih beberapa orang murid untuk menjawab
soalan. Sekiranya murid tidak dapat menjawab
soalan, guru akan memberi penjelasan.
6

E Evaluate and

1. Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Revise ( menilai dan


mengulangkaji )

- Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan


secara lisan
- Menyatakan isi penting secara bertulis mengenai
kepentingan membuang sampah secara teratur.
- Murid dapat menjawab soalan lembaran kerja
dengan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
2. Untuk menilai bahan bahan media, murid
17

HBEF3103

murid diberi borang nilaian dan segala penilaian


yang dibuat oleh murid akan diambil perhatian
oleh guru untuk menambahbaikan pada masa
akan datang.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


18

HBEF3103

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3 Jasmine

Bilangan Murid

: 35 orang

Tema

: Kebersihan

Tajuk

: Kepentingan membuang sampah secara teratur

Tarikh

: 15 April 2011

Masa

: 8.20 pagi 9.20 pagi ( 60 minit )

Objektif

: Pada akhir pembelajaran murid dapat :


i. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan secara lisan
ii. Menyatakan isi penting secara bertulis mengenai
kepentingan membuang sampah secara teratur.
iii. Murid dapat menjawab soalan lembaran kerja dengan
menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.

Hasil Pembelajaran
i.

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat,sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1

Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan


menggunakan bahasa yang sesuai.

ii.

Membaca perkataan dan ayat dengan sebutan yang betul


Aras 2

Membaca pelbagai jenis ayat, memilih dan menggunakan kata

yang sesuai untuk menyatakan sesuatu


iii.

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan
teks tentang sesuatu tajuk
Aras 3

Membina ayat tentang sesuatu tajuk menggunakan ayat tunggal

dan ayat majmuk.


Kemahiran Bahasa

Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar


19

HBEF3103

Sistem Bahasa

Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk dan sebutan.

Ilmu

Bahasa Melayu, Kebersihan.

Nilai

Kebersihan,menghayati,menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT )


Kemahiran Berfikir

Membuat perbezaan,membuat inferens dan kemahiran


mengkategori.

Kemahiran Belajar

: Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai

: Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid murid dikelas ini telah menguasai kemahiran
membaca dengan baik.
Bahan Bantu Belajar

L LANGKAH

: Tong sampah, video, slide PowerPoint, kertas dan alat tulis.

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN
20

CATATAN

HBEF3103

DAN PEMBELAJARAN
i ) Murid memerhatikan tong

Set Induksi

Murid didedahkan

( 5 Minit )

dengan penggunaan

sampah yang bertulis

tong sampah secara

Gunakan Saya yang

teratur

dibawa oleh guru.

KB :

Murid diminta memerhati

Menghubungkait

ii )

BBB :
Tong sampah

disekelling tempat duduk


masing masing

Nilai :

sekiranya terdapat sampah

Peka terhadap

dan menyuruh murid

kebersihan

membuangnya kedalam

persekitaran

tong sampah yang dibawa


oleh guru.
iii ) Guru menjelaskan tujuan
aktiviti dan tajuk
pengajaran yang akan
1
( 25 Minit )

diajari pada hari itu.


Guru mengedarkan

KB :

video pemandangan

borang tontonan video

Memuat inferens dan

sampah diluar tong

kepada murid murid

menonton dan

sampah

yang mengandungi

mendengar dengan

beberapa soalan iaitu :

aktif.

Murid menonton

i)

a. Di manakah kamu perlu


membuang sampah?
b. Apakah keburukan jika
sampah tidak
dimasukkan dengan
baik ke dalam tong
sampah?
c. Jika kelas kamu kotor
21

BBB :
LCD, komputer riba.

HBEF3103

dan berbau, apakah


perasaan kamu ?
ii ) Murid diminta untuk
melihat tayangan video
dan menghayatinya
iii ) Selepas tamat tayangan
video tersebut murid
diminta untuk menjawab
soalan soalan yang
terdapat dalam borang
2
( 25 Minit )

tontonan video.
Murid diminta untuk

KB :

soalan lembaran

melihat paparan

Menghubungkait,menj

kerja dengan

powerpoint yang

ana idea.

menggunakan

mengandungi soalan

PowerPoint

lembaran kerja.

Guru menyediakan

i)

ii ) Murid diminta menjawab

Nilai :
Kesedaran tentang

secara individu untuk

pentingnya menjaga

menguji tahap kefahaman

kebersihan.

masing masing.
iii ) Beberapa orang murid
dipanggil untuk menjawab

BBB : Slide
PowerPoint

soalan soalan tersebut.


iv ) Guru menerangkan dengan
lebih teperinci mengenai
tajuk sekiranya masih ada
diantara mereka yang
i)

kurang memahami.
Guru terlebih dahulu

Aktiviti pengayaan

( 25 Minit )

iaitu memadankan

menanyakan kepada murid Menjana idea,

situasi dengan

sekiranya mereka masih


22

KB :
menghubungkait dan

HBEF3103

gambar yang sesuai

tidak memahami tajuk

membuat inferens.

pengajaran pada hari


tersebut.
ii ) Guru menyediakan latihan
pengayaan untuk

KP :
Intrapersonal,
interpersonal

menambahkan lagi
kefahaman murid murid

Nilai :

dalam tajuk tersebut.

Kesedarn tentang
pentingnya menjaga
kebersihan.
BBB :

Penutup
( 5 minit )

Murid digalakkan supaya

Kertas
BBB :

rumusan mengenai

mengumpul maklumat

Kertas

pengajaran yang

tambahan daripada bahan

telah diajar dan

bahan yang lain bagi

menanyakan soalan

menambahkan

kepada murid apa

pengetahuan mereka.

Guru membuat

yang telah mereka


pelajari.

i)

ii ) Murid juga menyatakan


nilai nilai murni yang
telah dipelajari pada hari

Guru juga
menanyakan nilai

tersebut.
iii ) Murid diminta membuat

nilai murni yang

penilaian dengan mengisi

terdapat semasa sesi

borang penilaian bahan

pengajaran dan

media yang diedarkan

pembelajaran

oleh guru.

RUMUSAN

23

HBEF3103

Sebagai kesimpulannya, dapat saya katakan disini bahawa pemilihan jenis media dan
bahan yang kosisten dengan objektif pengajaran adalah sangat penting.Tahap pencapaian
dan kebolehan murid juga memudahkan guru membuat pemilihan dan penilaian bahan
sumber pendidikan agar model ASSURE boleh diaplikasi dengan jayanya.
Saya juga bersyukur kerana tugasan yang diberikan ini dapat disiapkan dalam
masa

yang

ditetapkan

walaupun

terdapat

sedikit

kekangan

dalam

proses

menyempurnakan.

( JUMLAH PERKATAAN : 3,059 )

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI

24

HBEF3103

1.

Dr Ismail Zain ( Utusan Malaysia Online )

2.

Smaldino, S.E. & Rusell, J.D. Heinich, R. & Molenda, M. Instructional


Technology and Media for Learning, Edisi ke 8., Pearson Prentice Hall, New
Jersey,200

3.

Sharifah Alwiah Alsagoff. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka 1994.

4.

Poh Swee Hiang, Affandi Amran & Tajuddin Hassan. ( 1996 ). Pengurusan
sumber pengajaran dan pembelajaran.

5.

Timothy. J.Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D.R.


( 2006 ). Educational technology for teaching and learning ( 3 th ed. ). Ohio :
Merill Prentice Hall.

6.

Abdul Rahim Selamat (1990). Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur:


Fajar Bakti Sdn Bhd.

7.

Azaliana Azman. (n.d). Sistem Pengurusan E-Pembelajaran. [Online]. Available:


http://ww.kuitho.edu.my/pdp. [2009, April 27]

8.

Mok Soon Sang (2000). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur:


Kumpulan Budiman.

PENGAYAAN
Padankan ayat dengan gambar

25

HBEF3103

1.

Tandas di sekolah saya bersih

2. Sekolah itu cantik

3. Buang sampah ke dalam tong sampah

4. Sila jaga kebersihan kantin kita

5. Murid murid menyapu sampah di kawasan sekolah

26

Anda mungkin juga menyukai