Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMMUALAIKUM..

YANG DIMULIAKAN BARISAN PANEL HAKIM YANG ARIF LAGI BIJAKSANA, YANG DIHORMATI PENJAGA MASA, GURUGURU DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEKALIAN. SAYA WASIMAH ROHIDA AKAN MENCERITAKAN SEBUAH CERITA YANG BERTAJUK..

JANJI SANG MUSANG


Pada suatu petang, Sang Monyet berjalan-jalan mencari makanan. Sudah tiga hari ia tidak makan. Dirinya merasa sangat lemah. Tiba-tiba, ia ternampak setandan pisang yang telah masak. Alangkah gembiranya hati Sang Monyet. Sang Monyet pun terus mengambil setandan pisang yang masak itu untuk dimakan. Dia hanya memakan sedikit sahaja dan sebahagian lagi untuk dibawa pulang. Cukuplah sekadar alas perutku yang lapar ini, katanya dalam hati. Keluargaku juga sedang kelaparan. Tentu mereka gembira jika aku membawa pisang ini pulang, fikir Sang Monyet lagi. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba, Sang Musang datang menghampirinya. Wahai Sang Monyet, pinjamkan aku sesikat pisang. Perutku sangat lapar. Aku berjanji akan menggantikan pisang itu nanti dalam tempoh dua bulan, rayu Sang Musang. Tiga empat kucing berlari, Mana nak sama sikucing belang, Pisang sesikat boleh ku beri, Jangan lupa bayar hutang. Baiklah, awak mesti ganti pisang ini dalam tempoh dua bulan, kata Sang Monyet lalu memberikan sesikat pisang kepada Sang Musang. Sang Musang pun terus menikmati buah pisang yang dipinjamnya daripada Sang Monyet tadi. Hehehehe!! Berjaya juga aku menipu Sang Monyet yang bodoh itu, kata Sang Musang. Sang Musang makan sekenyang-kenyangnya sehingga tertidur. Setelah cukup tempoh dua bulan, Sang Monyet berjumpa dengan Sang Musang untuk menuntut buah dipinjamkannya dahulu. Wahai Sang Monyet, aku membayar hutang kepada kamu kerana tempohnya belum Sang Musang. pun datang pisang yang tidak dapat cukup, kata

Bukankah sekarang ini sudah cukup dua bulan? beritahu Sang Monyet lagi. Awak tidak tahu mengirakah Sang Monyet? Cuba tengok di atas tu, masih satu bulan, kata Sang Musang membuat helah sambil menunjuk kearah bulan penuh diatas langit. Sang Monyet berasa tertipu, lalu berjumpa Sang Kancil untuk mengadili masalah yang dihadapi. Tolonglah aku wahai Sang Kancil, Sang Musang telah menipu aku. Buah pisang yang dipinjamnya daripada aku tidak dibayar sebagaimana janjinya, beritahu Sang Monyet. Ia terus menceritakan tentang helah Sang Musang itu kepada Sang Kancil. Baiklah, malam ini kamu panggil Sang Musang dan bawanya ke sebatang sungai. Aku akan adili aduan kamu itu, beritahu Sang Kancil. Pada malam itu, datanglah Sang Monyet dan Sang Musang ke tepi sebatang sungai. Sang Kancil bertindak selaku hakim. Benarkah kamu tidak mahu membayar hutang pisang yang dijanjikan itu wahai Sang Musang? tanya Sang Kancil. Dengan rasa yakin Sang Musang menjawab, bagaimanakah saya mahu membayarnya, sedangkan tempohnya ialah dua bulan. Tetapi, sekarang masih satu bulan.. Cuba lihat di atas tu, bukankah masih satu bulan? Sang Musang lalu menunjuk kearah bulan yang sedang mengambang penuh ketika itu. Baiklah, cuba awak lihat didalam air sungai itu, apa yang kamu nampak? Tanya Sang Kancil kepada Sang Musang. Sang Musang dan Sang Monyet terkejut kerana ternampak satu bulan lagi didalam air sungai itu. Bukankah sekarang sudah dua bulan? Kamu patut membayar balik hutang kamu kepada Sang Monyet, kata Sang Kancil dengan tegas. Dengan perasaan malu akhirnya Sang Musang membayar hutangnya dan memohon maaf atas perbuatannya menipu Sang Monyet. Sang Monyet pula berterima kasih kepada Sang Kancil yang bijaksana itu. Pengajaran yang dapat dihuraikan disini ialahBerjanji biarlah ikhlas dan jangan suka berbohong kerana berbohong itu boleh membawa kepada perbuatan mencuri. Sebelum saya mengundur diri, saya akan menyampaikan serangkap pantun. SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN BERDURI, BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA MENCURI. SEKIAN , TERIMA KASIH

BIL TARIKH

MULA

TAMAT

MASA

CATATAN

Anda mungkin juga menyukai