Anda di halaman 1dari 20

NG KAE HUEY NOOR SUZIANA ISMAIL MASTURA MD ZIN

M2012200 M2012200 M20122001666

Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta berupaya memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan dan rintangan serta sanggup mengendalikan dorongan hati dan emosi. Emosi yang stabil diperlihatkan secara zahir melalui perwatakan yang tenang dan berfikiran waras.

Menurut Kamus Dewan (1999), kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal untuk berfikir dan mengerti. Emosi pula membawa maksud perasaan atau jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan lain-lain. Kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang luas dan ada kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan intelektual.

Kejayaan seseorang individu, secara keseluruhanya sebanyak 20% bergantung pada tahap Kecerdasan Intektual (IQ), manakala sebanyak 80% bergantung kepada keberkesanan seseorang mengurus dan mengawal emosi (EQ). Kecemerlangan akademik memainkan peranan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan tetapi ianya tidak menjamin seseorang itu dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik.

Individu yang cemerlang memiliki kelebihan berbanding dengan individu lain dalam mengawal emosi. Mereka mampu melaksanakan tugasan yang sukar tanpa bersungut dan rasa terbeban, boleh menjalinkan kerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat hidup dan matlamat organisasi. Ringkasnya kecerdasan emosi boleh mempengaruhi keupayaan individu untuk menguasai cabaran dan tekanan dalam persekitaran.

Tuntutan dan beban tugas menjadikan para guru tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan tidak bekerja boleh mewujudkan tekanan kepada guru. Keadaan ini ditambah lagi dengan perubahan dan tuntutan dalam sistem pendidikan masa kini. Bukti-bukti penyelidikan juga menunjukkan kebanyakan guru menghadapi kesukaran mengubah kebiasaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan

Guru yang mencapai tahap kecerdasan emosi yang baik bukan sahaja dapat mengawal emosi dirinya sebagai seorang guru di sekolah tetapi juga dapat mengaplikasikannya untuk pelbagai faedah. Pertama, kecerdasan emosi boleh digunakan untuk membuat pertimbangan dan amaran terhadap perkara yang sepatutnya diberikan tumpuan.

Kedua, penguasaan kecerdasan emosi yang baik boleh digunakan untuk menggalakkan penyertaan, membuat pilihan dan keputusan. Ketiga, kecerdasan emosi boleh digunakan untuk membina proses kognitif tertentu, seperti membina emosi yang positif bagi menjana kreativiti, pemikiran integratif dan penyebab induktif.

Pakar-pakar bidang perkembangan guru seperti Burden (1990), Fuller (1969), Glathorn dan Fox (1996) serta Hall dan Loucks (1978) bersetuju tumpuan guru adalah pemboleh ubah penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan juga gerak balas guru bagi melaksanakan sesuatu inovasi atau perubahan kurikulum dengan berkesan.

Peranan yang dimainkan oleh Majlis Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dalam membangunkan modal insan guru menerusi penerapan kemahiran insaniah di peringkat institusi-institusi pendidikan guru telah berjaya melahirkan guru-guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

identifikasi Kesetiaan KOMITMEN BEKERJA

penglibatan

Komitmen guru dalam bekerja banyak dipengaruhi oleh polisi pengurusan atasan sekolah dan suasana kerja (Baron & Greenberg, 1990). Guru yang terbeban oleh terlalu banyak tugas bukan akademik akan menghilangkan komitmen kerja berbentuk profesional (Ball & Goodson, 1985). Menurut Meyer & Allen (1993) pula, pekerja dengan komitmen afektif yang kuat, cenderung bertahan terhadap pekerjaannya kerana keinginannya sendiri, sementara pekerja dengan komitmen berterusan yang tinggi akan bertahan dengan pekerjaannya kerana keperluan manakala pekerja dengan komitmen normatif yang kuat akan terus bertahan terhadap pekerjaannya kerana kewajipan.

Kecerdasan

emosi bukanlah faktor penentu utama tahap komitmen bekerja guru. Kecerdasan emosi yang tinggi tidak bermakna akan menghasilkan komitmen kerja yang tinggi. Ini kerana banyak faktor lain perlu diberi perhatian dalam meningkatkan komitmen kerja seperti yang diutarakan oleh tokohtokoh motivasi.

Peranan

pentadbir, budaya organisasi, kesihatan pekerja dan sikap pekerja juga perlu diberi perhatian. Aliran trend semasa terhadap kecerdasan emosi dan komitmen bekerja juga perlu diberi perhatian kerana terdapat dapatan kajian yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh kecerdasan emosi dan komitmen bekerja yang mungkin telah tidak lagi bersesuaian dengan keadaan semasa.

Boyatzis (2001) berpendapat individu yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi berupaya membangunkan keperluan kerjaya yang berterusan, pembangunan personel dan membantu orang lain. Mohd. Azhar (2004) pula menyatakan kecerdasan emosi dapat menampung banyak sifat yang membuat seseorang itu menjadi manusiawi. Mohd. Najib (2002), kecerdasan emosi yang tinggi di kalangan guru amat penting dalam melaksanakan proses perundingan dengan pelajar agar proses pendidikan menjadi lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Syafrimen

(2007) yang mendapati bahawa faktor demografi seperti sekolah, jantina dan umur adalah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tahap penguasaan kecerdasan emosi seseorang guru kaunseling.

Profesion keguruan adalah satu profesion yang mulia. Bagi menjamin profesion ini sentiasa dipandang mulia, maka para guru perlulah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi serta mempunyai komitmen bekerja yang tinggi. Kecerdasan emosi yang tinggi membolehkan para guru bertingkah laku sewajarnya sebagai seorang guru dan senantiasa berada di dalam keadaan stabil dan seterusnya berupaya membangunkan potensi pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tanpa mengira mata pelajaran atau tahap kesukaran yang ditemui ketika berhadapan dengan pelajar.

Sejauh mana seseorang pekerja atau ahli dalam sesebuah organisasi itu dapat menerima matlamat dan nilai organisasi sebagai diri sendiri Ini akan mewujudkan rasa komitmen di antara ahli dengan organisasinya. Secara tidak langsung suasana ini membuatkan pekerja bersedia dan rela untuk menyumbangkan usaha dan tenaga meliputi psikologi

Kesediaan dan kesudian untuk menyumbangkan usaha meliputi psikologi dalam melaksanakan tugas Kerjasama antara pihak pengurusan atau rakan sekerja

Keinginan yang kuat mengekalkan keahlian dalam organisasi meliputi perasaan kecintaan terhadap organisasi Tahap kesetiaan yang rendah akan mengakibatkan sesebuah organisasi mengalami turnover dan brain-drain yang akhirnya melemahkan organisasi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai