Anda di halaman 1dari 29

www.cikgutim.

com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

7 Perisian Pendidikan

Abad Ke-21
Yang Patut Dicuba & Diterokai Potensinya
1

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Prakata

aporan khas ini dihasilkan untuk mengkongsikan beberapa aplikasi komputer yang berpotensi untuk digunakan dalam pendidikan kita. Di sini, Cikgu Tim telahpun memilih 7 aplikasi komputer yang jarang kita gunakan tetapi harus dicuba dan diterokai oleh rakan-rakan guru sekalian, iaitu: Office Timeline Wordle YawnBuster Deskshare My Screen Recorder Mindomo ClassMarker TimeToast

Cikgu Tim memilih aplikasi di atas berdasarkan nilai potensi dan kesesuaian harga. Ini adalah untuk memastikan aplikasi yang terpilih boleh digunakan dan mampu digunakan oleh rakan-rakan guru dan anak-anak murid kita. Memang ada banyak aplikasi yang sangat bagus, tetapi harganya terlalu tinggi sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit. Cikgu amat tidak menggalakkan untuk menggunakan aplikasi komputer yang terlalu mahal. Di pasaran internet, bukan semua aplikasi komputer percuma. Boleh dikatakan majoriti (>90%) memerlukan kita membayar. Jadi, kepada rakan-rakan guru sekalian, jangan pula terus menolak untuk menggunakan suatu aplikasi yang meminta bayaran. Cuba guna dahulu, bukankah kebanyakan aplikasi ini menawarkan tempoh percubaan tanpa bayaran? Selepas tamat tempoh, jika rasa tidak sesuai, stop sahaja, jangan gunakannya lagi. Laporan ini bukanlah laporan untuk mengajar cara menggunakan setiap aplikasi di atas, sebaliknya laporan ini bertujuan untuk mendedahkan rakan-rakan guru tentang aplikasi yang jarang dipandang tetapi wajar dicuba dan diterokai potensinya. Akhir kata, semoga laporan ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea tentang aplikasi komputer yang boleh digunakan dalam PdP. Cikgu Tm di sini mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan ini.

Blog FanPage Youtube Channel

=> http://www.cikgutim.com => http://www.facebook.com/cikgutim2610 => https://www.youtube.com/thom0411

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

1) OFFICE TIMELINE

Laman Web Rasmi Bayaran Saiz Fail Installer Saiz Program

: http://www.officetimeline.com : Percuma tanpa obligasi untuk Free Version Satu kali bayaran USD39 (RM124.80) untuk Plus Version : 14.1MB : 26.6MB

ffice Timeline merupakan program add-on PowerPoint yang digunakan untuk membina timeline (garis masa) bagi suatu projek atau suatu peristiwa. Office Timeline mampu menghasilkan timeline yang cantik dan kelihatan profesional dengan mudah dalam PowerPoint 2007 dan 2010.

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Berikut merupakan beberapa sampel timeline yang dihasilkan dengan Office Timeline.

Sampel timeline 1

Sampel timeline 2

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Sampel timeline 3

Sampel timeline 4

Untuk melihat lebih banyak sampel timeline daripada Office Timeline, sila klik http://www.officetimeline.com/gallery.aspx.

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Keistimewaan Office Timeline: Percuma tanpa obligasi Award-winning Membina timeline dengan Timeline Wizard Menawarkan pelbagai stail timeline yang menarik Membekalkan template untuk memudahkan kerja Membina timeline daripada data Microsoft Excel Mengubahsuai warna timeline dengan theme PowerPoint Mengubah warna, bentuk dan stail dengan bebas dan mudah Klik http://www.officetimeline.com/features.aspx untuk melihat keistimewaan lain.

Penggunaan Office Timeline Dalam Konteks Pendidikan: Merancang aliran kerja projek, program, rancangan dan aktiviti dengan sistematik dan kemas. Mempersembahkan kronologi peristiwa dalam timeline supaya pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas (cth: sejarah menuntut kemerdekaan Malaysia, perkembangan plot dalam novel). Sebagai tugasan pelajar untuk menandakan peristiwa yang berlaku (misalnya plot tentang perjalanan Phileas Fogg dalam novel Around The World In 80 Days) mengikut turutan tarikh dan masa. Contoh Penggunaan Office Timeline Untuk Subjek Prinsip Perakaunan:

Contoh Penggunaan Office Timeline dalam Prinsip Perakaunan

www.cikgutim.com Aktiviti PdP:

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Semasa taklimat Tugasan Projek Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dijalankan, timeline ini diedarkan kepada pelajar sebagai rujukan dan untuk memudahkan pemantauan proses kerja. Timeline ini mudah dibaca kerana tarikh, aktiviti dan tempoh masa bagi setiap komponen dinyatakan dengan jelas.

Rekomendasi Cikgu Tim: Cikgu sendiri mendapati Free Version sudah cukup power dan cikgu berasa tidak perlu membeli Plus Version kecuali jika anda berasa ada keperluan untuk menggunakan fungsi-fungsi tambahan Office Timeline seperti import data dari Microsoft Excel, memuatkan banyak milestone, mengubah format tarikh, dan sebagainya. Dari segi potensinya, add on ini lebih dominan dari segi perancangan, pengurusan dan pemantauan projek. Walaubagaimanapun, dengan kreativiti masing-masing, add on ini masih boleh digunakan dalam PdP dalam kelas. Kesimpulan daripada Cikgu Tim: Apa salahnya kita muat turun free version dan belajar menggunakannya? Manalah tahu nanti ada tempatnya boleh kita gunakan.

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

2) WORDLE

Laman Web Rasmi Bayaran

: http://www.wordle.net : Percuma tanpa obligasi

ordle merupakan satu aplikasi dalam talian yang boleh menukar suatu petikan kepada word cloud yang cantik. Wordle bukanlah add on bagi PowerPoint, tetapi boleh digunakan bersama dengan PowerPoint secara kreatif untuk meningkatkan keberkesanan PdP dalam kelas. Perkataan-perkataan dalam word cloud adalah pelbagai saiz, ada yang besar dan ada yang kecil. Saiz tulisan suatu perkataan bergantung kekerapan perkataan berkenaan muncul dalam petikan. Semakin kerap perkataan itu muncul dalam petikan, semakin besar saiz tulisannya dalam word cloud.

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Berikut merupakan beberapa sampel word cloud yang dihasilkan oleh Wordle.

Sampel Wordle 1

Sampel Wordle 2

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Sampel Wordle 3

Sampel Wordle 4

Untuk melihat lebih banyak sampel Wordle, sila klik pada http://www.wordle.net/gallery?start=7287524

10

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Keistimewaan Wordle Percuma Mudah digunakan Tidak perlu muat turun installer Dihasilkan secara dalam talian (online) Word cloud yang dihasilkan cantik dan menarik Memberikan nilai estetika kepada penulisan pelajar Stail word cloud boleh diubah-ubah dengan mudah Dibekalkan kod HTML untuk embed dalam blog atau website

Penggunaan Wordle Dalam Konteks Pendidikan Membantu mengenal pasti tema utama petikan Sebagai alat untuk menghasilkan ringkasan petikan Memperkenalkan perkataan baru dalam petikan Melatih pelajar menghubungkaitkan perkataan untuk membina konsep atau makna Melatih pelajar untuk mereka cerita berdasarkan word cloud yang dipaparkan di kelas Menukar penulisan pelajar kepada word cloud dan memberikannya nilai estetika

Contoh Penggunaan Wordle Dalam Subjek Prinsip Perakaunan

Contoh Word Cloud Prinsip Perakaunan

11

www.cikgutim.com Aktiviti PdP:

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Cikgu Tim memulakan set induksi bagi subtopik konsepkonsep perakaunan dengan word cloud ini. Daripada pemerhatian cikgu, semasa word ini ditayangkan, pelajar tertarik dan memberikan tumpuan yang baik. Word cloud ini dikatakan berjaya engage pelajar dan perjalanan PdP pada hari itu sungguh lancar dan memuaskan.

Rekomendasi Cikgu Tim: Word cloud merupakan alat yang jarang digunakan dalam PdP di kalangan guru Malaysia. Pada pandangan umum, word cloud ini sekadar hiasan atau grafik semata-mata. Tetapi, pada pendapat Cikgu Tim, word cloud merupakan alat pengajaran yang cukup bagus untuk engage pelajar kerana dua sebab: cantik dan kreatif. Cikgu Tim amat menggalakkan guru-guru supaya cuba menggunakan word cloud dalam PdP. Cikgu mencadangkan Wordle ini digunakan untuk menghasilkan word cloud kerana tidak perlu muat turun dan install apa-apa. Word cloud dapat dihasilkan dengan pantas dan kita boleh mengubah stail dan warna mengikut kreativiti sendiri.

12

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

3) YAWNBUSTER

Laman Web Rasmi Bayaran

: http://www.yawnbuster.com : Percuma dalam tempoh 14 hari percubaan Satu kali bayaran USD99 (RM316.80) untuk YawnBuster Essential Satu kali bayaran USD99 untuk Competitive Games Pack Satu kali bayaran USD99 untuk Training Games Pack Satu kali bayaran USD79 untuk Business Activities Pack Satu kali bayaran USD299 (RM956.80) untuk semua pakej di atas

awnBuster merupakan satu program add on PowerPoint yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan semua pelajar dalam kelas melalui aktiviti-aktiviti interaktif secara berkumpulan. YawnBuster perlu dimuat turun dan install dalam PowerPoint. Aktiviti-aktiviti yang dihasilkan dengan YawnBuster adalah menarik dan memberikan nafas baru kepada persembahan PowerPoint yang selama ini dianggap membosankan dan tidak mencabar.

13

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Antara aktiviti yang boleh dihasilkan dengan YawnBuster adalah seperti berikut (klik pada link dalam kotak untuk melihat demo setiap aktiviti): YawnBuster Essential Show of Hands Brainstorm Key Takeaways Sequence Point of View Quiz Show Bingo Spider Web Competitive Games Pack Reach The Top Mine The Gold Rapid Fire Feud Game Show Bet, Answer And Win Spin The Wheel Training Games Pack Answer Or Deal Grader Game Show Treasure Hunt Million Dolar Quiz Letter Pool Hangman Business Activities Pack Parking Lot Express Brainstorm Brainstorm And Prioritize T-Chart Mind Map

14

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Keistimewaan: Pembinaan aktiviti interaktif menjadi lebih mudah Aktiviti yang dihasilkan dapat melibatkan semua pelajar Tidak memerlukan kemahiran teknikal tentang HTML dan flash Pilihan aktiviti yang disediakan cukup pelbagai dan menarik

Keburukan: Harganya terlalu mahal bagi rakyat Malaysia Tempoh percubaan agak singkat iaitu 14 hari sahaja

Penggunaan YawnBuster Dalam Konteks Pendidikan Menyediakan dan menjalankan aktiviti set induksi, sesi pengukuhan dan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah Membantu dalam sesi sumbang saran

Rekomendasi Cikgu Tim: Biarpun kos untuk memiliki add on ini agak tinggi, tetapi cikgu kira ada nilai potensinya dari segi menghidupkan suasana PdP yang menyeronokkan dan menarik. Cikgu sendiri sangat merekomen add on ini, anggaplah YawnBuster ini sebagai satu bentuk pelaburan terhadap anak-anak murid kita. (P/S: Cikgu Tim kini sedang berusaha untuk mengumpul modal untuk membeli add on ini ) Cara paling mudah untuk membeli YawnBuster? Kongsi modal dengan rakan guru yang lain

15

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

4) DESKSHARE MY SCREEN RECORDER 4.0

Laman Web Rasmi Bayaran

Saiz Fail Program

: http://www.deskshare.com/screen-recorder.aspx : Percuma dalam tempoh 30 hari percubaan Satu kali bayaran USD49.95 (RM159.84) untuk My Screen Recorder Satu kali bayaran USD99.95 (RM319.84) untuk My Screen Recorder Pro : 25.6MB

eskshare My Screen Recorder merupakan aplikasi komputer yang digunakan untuk merakam aktiviti yang berlaku pada skrin komputer, termasuk audio dan rakaman suara. Aplikasi ini merupakan alternatif terbaik kepada Camtasia Studio yang mahal. Walaupun fungsi My Screen Recorder kurang lengkap berbanding dengan Camstasia Studio, tetapi untuk kegunaan rakaman yang biasa, My Screen Recorder adalah lebih daripada cukup. My Screen Recorder sesuai untuk menghasilkan video tutorial menggunakan komputer. Jika anda menggunakan My Screen Recorder untuk membuat rakaman video tutorial, anda perlu ada mikrofon komputer untuk merakam suara anda. Selain itu, anda juga boleh merakam aktiviti skrin tanpa mikrofon, audio dari komputer akan dirakam. Ataupun, anda boleh marakam audio daripada komputer dan daripada mikrofon sekali.

16

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Contoh Video Yang Dihasilkan Dengan My Screen Recorder 2 video tutorial ini dihasilkan oleh Cikgu Tim sebagai bahan pembelajaran kendiri bagi pelajar semasa cikgu berkursus dan semasa cikgu menjadi guru pengiring ke pertandingan dan aktiviti luar sekolah. Anda bolehlah klik pada link yang disertakan di bawah setiap video untuk melihat kualiti suara dan video yang dihasilkan dengan My Screen Recorder.

http://youtu.be/_Ilp-D_6ByA

http://youtu.be/RVvm6k4uDB8

17

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Potensi Penggunaan My Screen Recorder Menghasilkan video tutorial untuk ditayangkan semasa guru meninggalkan kelas atas urusan rasmi Menghasilkan video tutorial untuk dimuatkan dalam blog dan website peribadi Merakam kursus-kursus dalam talian untuk tontonan kemudian Sebagai satu bentuk tugasan untuk pelajar menerangkan suatu projek atau pembelajaran dalam video

Keistimewaan: Mesra pengguna, iaitu mudah digunakan. Kualiti suara dan video yang dihasilkan adalah baik. Video boleh dihasilkan dalam pelbagai format video Customer Support cukup pantas dan memuaskan Harganya amat berpatutan berbanding dengan aplikasi yang lain di pasaran

Kelemahan: Masa loading untuk membuka aplikasi agak lama Tiada fungsi zoom in dan zoom out Kualiti rakaman animasi (wayang, kartun, dll) kurang memuaskan

Rekomendasi Cikgu Tim Bagi rakan-rakan guru yang selalu meninggalkan kelas atas urusan rasmi sekolah, Cikgu Tim amat menggalakkan anda supaya mempertimbangkan untuk membuat video tutorial untuk ditayangkan semasa ketiadaan anda di dalam kelas. Bagi mereka yang berjinak-jinak untuk menyediakan BBM dalam talian, cikgu adalah 100% merekomen My Screen Recorder ini sebagai alat untuk membuat video. Di negara barat, video tutorial merupakan antara media PdP yang paling popular dan yang paling digemari. Kalau kita sebagai guru di Malaysia ingin memulakan langkah untuk memasuki pendidikan abad ke-21, inilah aplikasi pertama yang patut dicuba dan diterokai. Percayalah kepada Cikgu Tim, membuat rakaman video tutorial akan memberikan pengalaman baru dan kepuasan apabila pelajar mendapat manfaat daripada video-video yang dihasilkan.

18

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

5) MINDOMO

Laman Web Rasmi Bayaran

: http://www.mindomo.com/ : Percuma untuk free version (1 project, 3 maps) $3 sebulan untuk Basic Version (1 user, 5 projects) $15 sebulan untuk Classroom Version (25 users, 5 projects) $8 untuk Academic Version (1 user, 5 guests, 5 projects)

indomo merupakan aplikasi dalam talian yang digunakan untuk menghasilkan peta minda dengan mudah. Mindomo boleh menghasilkan peta minda yang bukan sahaja kemas, malah juga dapat menginterasikan multimedia, hyperlink, nota ringkas, tugasan, emoticon dan komen. Dengan ada Mindomo, kita tidak perlu lagi bersusah payah melukis peta minda di Word atau di PowerPoint, kini hanya dengan klik dan sedikit typing sahaja sudah boleh menghasilkan peta minda yang canggih.

19

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Paparan di atas merupakan lembaran kerja Mindomo dan sebuah peta minda Prinsip Perakaunan yang sedang dalam proses pembinaan.

Untuk melihat peta minda yang telah disiapkan untuk Cikgu Tim, sila klik sini untuk melihatnya. (Peta minda ini merupakan testing, sekadar ingin mencuba Mindomo; ini bukan peta minda yang perfect)

Keistimewaan Mindomo Membina peta minda dengan mudah Mengintegrasikan multimedia seperti gambar dan video Harganya berpatutan Peta minda yang dihasilkan mudah dikongsi di internet

20

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Potensi Mindomo Dalam Konteks Pendidikan Bergantung kepada usaha dan kreativiti guru, Mindomo sebenarnya boleh digunakan bersama-sama dengan iThink yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika guru dan pelajar sanggup sama-sama kongsi duit untuk membayar Mindomo Classroom Version, PdP berkonsepkan iThink akan menjadi lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Guru boleh menyediakan nota-nota dalam bentuk peta minda dengan menggunakan Mindomo. Selain itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti seperti pertandingan peta minda Mindomo di kalangan pelajar. Bagi pelajar pula, Mindomo boleh digunakan untuk membina peta minda atau iThink untuk membantu pembelajaran mereka.

Rekomendasi Cikgu Tim Cikgu Tim sendiri telah mencuba Mindomo Free Version, sekarang sedang memikirkan dan merancang aktiviti PdP yang boleh menggunakan Mindomo. Cikgu mendapati potensi penggunaan adalah luas. Cikgu Tim 100% menyokong rekomendasi terhadap Mindomo.

21

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

6) CLASSMARKER

Laman Web Rasmi Bayaran

: http://www.classmarker.com/ : Percuma untuk 100 kali ujian dengan fungsi tertentu dinyahaktifkan USD198 (RM633.60) untuk 400 kali ujian sebulan selama setahun Boleh juga membeli Credit Pack (sila klik sini untuk maklumat lanjut)

lassMarker merupakan satu platform ujian dan peperiksaan dalam talian. ClassMarker tidak perlu dimuat turun dan tidak perlu install ke dalam komputer. Segala soalan, data, maklumat ujian dan keputusan pelajar disimpan secara virtual, iaitu ClassMarker boleh diakses tanpa kekangan masa dan tempat, selagi terdapat capaian internet.

22

www.cikgutim.com Contoh Paparan Soalan Ujian ClassMarker

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Paparan di atas merupakan salah satu soalan kuiz yang telah disediakan oleh Cikgu Tim sebagai latihan tambahan untuk pelajar Prinsip Perakaunannya. Untuk menjawab kuiz, pelajar boleh mengakses kuiz tersebut dengan laptop, smartphone dan tablet yang mempunyai sambungan internet.

23

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Paparan di atas merupakan contoh keputusan pelajar setelah selesai menjawab soalan. Pelajar boleh mengetahui jumlah skor, jumlah masa yang diambil untuk menghabiskan soalan dan juga jawapan betul bagi setiap soalan yang dijawab beserta komen pemeriksa.

24

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Paparan di atas merupakan contoh keputusan setiap pelajar yang menjawab soalan.

Paparan di atas merupakan contoh statistik bagi soalan-soalan yag dijawab oleh pelajar.

25

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Keistimewaan ClassMarker Mudah digunakan Platform untuk membina soalan ujian dan peperiksaan Tempat simpanan koleksi soalan secara maya Markah atau skor dijana secara automatik selepas pelajar selesai menjawab soalan Soalan-soalan beserta jawapan dan komen pemeriksa boleh dicetak oleh guru dan pelajar Sijil boleh disediakan untuk cetakan pelajar Sebagai alat untuk membuat analisis item Boleh membina soalan objektif, subjektif dan esei Boleh menetapkan tarikh peperiksaan, masa menjawab dan had masa menjawab Mudah embed ke dalam blog tanpa perlu mengetahui hal-hal teknikal Boleh memasukkan gambar dan video dalam soalan Boleh membuat branding sendiri

Kelemahan ClassMarker Paparan gambar kurang memuaskan Harganya agak tinggi Hasil cetakan soalan kurang memuaskan guru perlu adjust semula kedudukan soalan supaya nampak kemas

Rekomendasi Cikgu Tim ClassMarker merupakan salah satu aplikasi pendidikan yang paling digemari pleh Cikgu Tim, biarpun terdapat beberapa kelemahan. Cikgu mula menggunakannya sejak September 2013 di kalangan pelajar cikgu, dan pada bulan Oktober 2013, kuiz Prinsip Perakaunan cikgu, yang dikenali sebagai CABARAN CIKGU TIM dibuka kepada semua pelajar Prinsip Perakaunan dari seluruh Malaysia. Bagi mereka yang ingin cuba membuat web-based examination, Cikgu Tim merekomen ClassMarker kerana pakej langganannya cukup pelbagai dan ClassMarker tidak menghadapi masalah selama cikgu menggunakannya.

26

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

7) TIMETOAST

Laman Web Rasmi Bayaran

: http://www.timetoast.com/ : Percuma tanpa had masa (fungsi tertentukan dinyahaktifkan) $5.99 sebulan untuk Basic Version $8.99 sebulan untuk Pro Version Klik sini untuk membandingkan version (sign in dengn FaceBook)

imeToast merupakan satu aplikasi dalam talian yang boleh digunakan untuk membina timeline bagi suatu peristiwa mengikut turutan tarikh. Berbeza dengan Office Timeline, TimeToast tidak membina timeline dalam PowerPoint, sebaliknya membina secara dalam talian. Timeline yang dihasilkan oleh TimeToast adalah interaktif dan cantik. Semua nota dalam timeline boleh diubah menjadi nota dalam bentuk jadual yang mudah difahami.

27

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Paparan dalam bentuk Timeline

Paparan dalam bentuk nota

Klik sini untuk melihat contoh timeline yang dihasilkan oleh Cikgu Tim.

28

www.cikgutim.com

Pendidikan Abad Ke-21: Kreativiti Dalam PowerPoint

Keistimewaan TimeToast: Timeline yang dihasilkan bersifat interaktif dan menarik Sesuai dijadikan bahan ulangkaji bagi subjek Sejarah Timeline yang dihasilkan mudah dikongsikan di internet Kelemahan: Bayaran bulanan agak membebankan dari segi kewangan

Rekomendasi Cikgu Tim: TimeToast amatlah mudah digunakan dan timeline yang dihasilkan mudah untuk dikongsikan di internet. Cikgu merekomen TimeToast Free Version kerana bayaran bulanan versi lain amat berat dan Free Version memang sudah cukup untuk kegunaan kita di dalam bilik darjah, tidak perlu upgrade ke level yang lebih tinggi.

29

Anda mungkin juga menyukai