Anda di halaman 1dari 13

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA (__)

Kepada,

Setiausaha
Kelab Bolasepak / Persatuan / Syarikat

Tuan,

Dengan ini dimaklumkan bahawa semua Kelab / Persatuan / Syarikat yang ingin
mengambil bahagian dalam PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA
(_________) ( TIGA dlm SATU ) hendaklah menggunakan borang permohonan yang
dikeluarkan oleh Pihak Penganjur. Borang-borang ini hendaklah dipenuhi dengan
lengkap dan kemudian dihantar kepada:-

(_______________ alamat ____________)

Pada atau sebelum : _______ tarikh________

1. BORANG A ( Semua ruang dalam borang ini diwajibkan diisi dengan


lengkap )
2. BORANG B ( Pendaftaran Pemain. Seramai 20 orang pemain sahaja
dibenarkan )
3. BORANG C ( AKAUN KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT )
4. BORANG D ( Peraturan Pertandingan dan hadiah yang ditetapkan oleh
Penganjur )

“ MAJULAH SUKAN BOLASEPAK UNTUK NEGERI SABAH KHASNYA NEGARA AMNYA



BORANG A

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION – PFA (PERSATUAN


BOLASEPAK PUTATAN)

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm


SATU) 2008.

1. NAMA KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT:

2. ALAMAT KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT:

3. NAMA PASUKAN:

4. NAMA & ALAMAT PENGURUS PASUKAN :

NO. TEL (R): (O): (FAX):

5. NAMA & ALAMAT SETIAUSAHA:

NO. TEL (R): (O): (FAX):

6. WARNA JERSI: Sekurang-kurangnya dua set

(1) Tuan Rumah (Home): /

(2) Pelawat (Away): /

_________________________________
Tandatangan Setiausaha / Pengurus Pasukan.
BORANG B

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION – PFA (PERSATUAN


BOLASEPAK PUTATAN)

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm


SATU) 2008.

PENDAFTARAN PEMAIN

BI NAMA PEMAIN K/P T/TANGAN


L
1
2
3
4
5
6
7
8
9
1
0
1
1
1
2
1
3
1
4
1
5
1
6
1
7
1
8
1
9
2
0
_________________________________
Tandatangan Setiausaha / Pengurus Pasukan.

BORANG C

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION – PFA (PERSATUAN


BOLASEPAK PUTATAN)

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm


SATU) 2008.

AKAUN KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT

Setiausaha Pertandingan
( ____alamat/nama liga____)

Tuan,

JAMINAN PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN

Dengan ini Saya _____________________ bagi pihak Kelab/Persatuan/Syarikat


seperti di atas memberi jaminan bahawa Kami akan mematuhi segala Peraturan
dan Undang-undang Pertandingan ini. Kami juga memberi jaminan bahawa Kami
akan mengambil bahagian dalam semua Perlawanan seperti dalam jadual.

Jika Kami melanggar apa juga Peraturan dan Undang-undang dalam


Pertandingan ini atau tidak mematuhi jadual Pertandingan, Kami menerima apa
jua tindakan yang akan diambil oleh Penganjur.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

_____________________
Tandatangan Setiausaha/Pengurus Pasukan

Tarikh:
BORANG D

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION – PFA (PERSATUAN


BOLASEPAK PUTATAN)

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm


SATU) 2008.

PERATURAN PERTANDINGAN

1. NAMA PIALA
1.1 ( ____ PENGNJUR___) akan mengelolakan satu pertandingan yang
dinamakan Pertandingan Bolasepak PIALA (___nama piala___) di mana
penyertaan dibuka kepada ahli-ahli Kelab/Persatuan/Syarikat atau badan-
badan Pertubuhan atau Pasukan yang diundang dri masa ke semasa.
1.2 Piala-piala kemenangan serta CASH VOUCHER akan disediakan oleh pihak
Penganjur seperti berikut: -

A. DOUBLE KNOCKOUT CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 5,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 2,000.00 ( Adidas Hamper )
2. NAIB JUARA akan menerima RM 2,500.00 ( Cash Voucher )
+ RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

B. SUPER LEAGUE CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 7,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 2,000.00 ( Adidas Hamper )
2. NAIB JUARA akan menerima RM 3,500.00 ( Cash Voucher )
+ RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )
3. TEMPAT KETIGA akan menerima RM 2,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 500.00 ( Adidas Hamper )

C. FA CUP CHAMPIONSHIP
1. JUARA akan menerima RM 3,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 2,000.00 ( Adidas Hamper )
2. NAIB JUARA akan menerima RM 1,500.00 ( Cash Voucher )
+ RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

1.3 Hak kawalan dan Pengurusan Pertandingan ini pada keseluruhannya adalah
terletak kepada Majlis yang boleh memberi kuasa kepada Jawatankuasa
Pertandingan.
2. PENYERTAAN & BAYARAN PERTANDINGAN
2.1 Penyertaan & Yuran Pertandingan, Jawatankuasa Pertandingan atas arahan
Majlis akan menjemput penyertaan dari Ahli-ahli & juga lain lain Pasukan
yang sedemikian sebagaimana yang ingin diundang oleh Majlis & hendaklah
menetapkan tarikh tutup penyertaan ini.
2.2Yuran pembayaran bagi setiap Pasukan ialah RM 1,300.00
2.3Setiap Pasukan akan diberi Dua set Jersi ( TOP ONLY ) percuma oleh pihak
Penganjur. Semua Pasukan di mestikan memakai dua set Jersi ini di sepanjang
Pertandingan Double Knockout, Super League & FA Cup.

3. FORMT PERTANDINGAN BAGI DOUBLE KNOCKOUT


CHAMPIONSHIP
3.1 Cabutan Undi akan dibuat di dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan.
Kedudukan sebuah Pasukan akan di tentukan melalui undian.

3.2 Undian akan dibuat untuk Perlawanan permulaan & semua Jadual akan
diedarkan kepada semua Pengurus Pasukan di dalam Mesyuarat ataupun
seminggu sebelum Perlawanan bermula.

3.3 Pasukan yang menang & kalah Perlawanan pertama akan dibagikan kepada
Kumpulan A & B. Pasukan yang menang akan berada di Kumpulan A, manakala
yang kalah akan berada dalam Kumpulan B. Untuk Perlawanan kedua yang
membabitkan Kumpulan A & B, Pasukan yang kalah akan keluar dari
Pertandingan seterusnya.

4. FORMAT PERTANDINGAN BAGI SUPER LEAGUE


CHAMPIONSHIP

4.1 Lapan Pasukan yang teratas dalam Liga Double Knockout Championship
dalam Kumpulan A & B layak ke Pertandingan Liga Super ini.

4.2 Undian semula akan dibuat untuk menentukan Pasukan dalam kedudukan
A,B,C & D.

4.3 Format Pertandingan adalah Pertandingan Liga Kumpulan. 2 Pasukan teratas


dalam Kumpulan layak ke Pertandingan suku akhir.

4.4 Juara Kumpulan akan bertemu Naib Juara Kumpulan dalam sistem Kalah Mati
dan Pasukan yang menang akan seterusnya bertanding dengan sistem yang
sama bagi menentukan 2 Pasukan teratas. Pasukan ini akan bertanding dalam
Pertandingan Akhir untuk menentukan Juara dan Naib Juara. Pasukan yang kalah
dalam Pertandingan tersebut akan bertemu untuk menentukan tempat Ketiga
dan Keempat.

4.5 Tiga mata akan diberikan untuk menang, satu mata untuk seri & tiada mata
untuk kalah. Sekiranya mana mana pasukan gagal bermain pada sesuatu
perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi tiga mata dengan jaringan mata
dua gol kosong. Jika terdapat mana-mana pasukan digantung atau menarik diri
dari pertandingan atas apa sebab juapun mata & jaringan gol yang masuk atau
kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidaklah diambilkira.

4.6 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, pasukan yang didapati
memperolehi bilangan mata yang sama, maka perbezaan gol akan menjadi
penentu iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol “ MASUK
“ dengan jaringan gol “ KENA “ hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol
yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih
juga seri, pasukan yang telah memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak
dalam pertandingan liga hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika
masih juga seri, kedudukan seri itu hendaklah diselesaikan menurut cara yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

5. FORMAT PERTANDINGAN BAGI FA CUP


CHAMPIONSHIP
5.1 Undian akan dibuat menentukan Pasukan dalam 1 hingga 60.

5.2 Format Pertandingan Piala FA ini adalah Kalah Mati ( Knockout ).

6. WARNA JERSI PASUKAN & TEMPAT PERTANDINGAN


6.1 Pasukan tuan rumah ( nama pasukan yang tercatit lebih awal ). Sekiranya
terdapat persamaan warna pakaian & dengan syarat tuan rumah memakai
sebagaimana yang mereka isytiharkan dalam Borang A, maka pasukan tuan
rumahlah yang menukar warna pakaian mereka.

6.2 Tempat pertandingan ialah Padang Sukma ( A, B, C, & D ) di Likas atau lain-
lain padang yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan
Jawatankuasa Pertandingan atas keputusan yang dibuat adalah muktamad.

7. UNDANG UNDANG PERMAINAN


7.1 Undang undang permainan hendaklah mengikut undang undang yang
berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak
Antarabangsa & diterbitkan oelh Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ).

7.2 Sekurang kurangnya 15 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap tiap


pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain utama & simpanan
serta nombor jersi mereka di dalam borang yang telah disediakan.

7.3 Mana mana tiga orang pemain dari lima pemain simpanan boleh digantikan
dalam masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana mana pemain
yang kean ganti ini tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut
termasuk pengambilan tendangan dari tanda penalti.

7.4 Ketua setiap pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di
lengan kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan digantikan maka lilitan lengan
tersebut diberi pula kepada pemain yang mengambilalih sebagai ketua pasukan.
Pemakaian “ SHIN GUARD “ adalah diwajibkan.

7.5 Tidak lebih 12 pemain serta Pegawai yang disenaraikan sahaja boleh
menduduki bangku pasukan bersebelahan padang permainan di mana mana
perlawanan.

8. MASA PERLAWANAN
Masa permainan ialah 45 minit bagi separuh masa pertama & kedua. Rehat ialah
5 minit kecuali dengan izin Pengadil.

9. WAKTU & HARI BERMULA SESUATU PERLAWANAN


Semua perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Sepakmula
bagi hari Sabtu ialah jam 3.15 petang. Sepakmula bagi hari Ahad ialah jam 3.00
petang. Waktu & hari sepakmula juga boleh diubahsuai oelh pihak Penganjur, jika
perlu.

10. TENDANGAN DARI TANDA PENALTI


Tendangan dari tanda penalti, jika diberikan hendaklah mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Lembaga Antarabangsa.

11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN


Sekiranya Pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai utnuk permainan
disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal hal yang tidak dijankakan,
perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan
dihentikan akibat hal hal di luar kawalan kedua du pasukan, maka perlawanan
yang ditunda atau dihentikan itu akan dilangsungkan dalam minggu itu juga.

12. PENDAFTARAN & KELAYAKAN PEMAIN


12.1 Hanya Kelab/Peratuan, badan sukarela yang berdaftar & bermastautin di
mana mana daerah di Sabah boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

12.2 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada 20 orang


pemain yang menyertai pertandingan ini. Pendaftaran hendaklah dibuat dalam
borang ditentukan ( BORANG B ) & hendaklah menyertakan nama penuh,
nombor kad pengenalan serta tandatangan tiap tiap pemain yang memberi
persetujuan untuk bermain bagi pasukan yang berkenaan.
12.3 Pemain pemain tambahan boleh didaftarkan pada bila bila masa untuk
mencukupi maksimanya seramai 20 orang pemain andainya pendaftaran asal ini
kurang dri 20 orang pemain. Tambahan pemain hanya boleh dibuat sekurang-
kurangnya 7 hari sebelum pemain berkenaan boleh menyertai dalam sesuatu
perlawanan.

12.4 Sekiranya timbul sebarang kemusykilan atau pertikaian berhubung dengan


taraf mana mana pemain, maka perkara tersebut hendaklah dirujukan kepada
Jawatankuasa Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad.

12.5 Seseorang pemain yang telah didaftarkan dengan sebuah pasukan &
didaftarkan di pasukan tempat ia bekerja, pemain tersebut mestilah
mengutamakan pasukan majikan & pasukan pertama yang mendaftarkan
namanya bolehlah mencari penganti.

12.6 Pegawai pegawai atau Pemain pemain yang masih


menjalani hukuman penggantungan oelh FAM, SAFA atau
mana mana cawangan SAFA tidak dibenarkan menyertai
kejohanan ini.

12.7 Jawatankuasa Pertandingan boleh menolak


pendaftaran mana mana pemain tanpa memberi sebab.

13. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

Sekiranya kurang dari 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang
apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu
yang diiklankan, maka pasukan yang mempunyai 10 orang pemain atau lebih di
padang hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong
( 2-0 ). Jika kedua dua pasukan tidak dapat menurunkan 10 orang pemain atau
lebih apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada
waktu yang diiklankan,maka Pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut
kepada Jawatankuasa Pertandingan yang akan mengambil tindakan yang
difikirkan patut.

14. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


14.1 Sekiranya mana mana pasukan menarik diri dari pertandingan selepas
penyertaan ditutup & sebelum pertandingan bermula tanpa mendapat kelulusan
terlebih dahulu dari Majlis, maka pasukan tersebut boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM500.00 & boleh dihalang menyertai pada musim berikutnya.

14.2 Sekiranya sesebuah pasukan tidak melaporkan diri untuk sesuatu


perlawanan kecuali dalam hal bencana alam & sebab sebabnya kemudian
diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan , atau jika Pasukan tersebut enggan
meneruskan pertandingan atau meninggalkan padang sebelum tamat
perlawanan, maka pasukan yang ingkar itu hendaklah dianggap telah kalah &
kemenangan diberi kepada lawannya dengan jaringan gol dua kosong atau lebih
sekiranya itulah jaringan golnya pada saat meninggalkan padang. Pasukan
tersebut boleh disekat daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan
untuk tempoh yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan & boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM500.00 atau kedua dua sekali. Mana mana
Pegawai atau pemain yang terbukti telah membantu atau bersubahat melakukan
apa apa kesalahan di bawah peraturan ini adalah bersalah kerana khianat &
boleh dikenakan penggantungan atau denda ataupun kedua dua sekali.

14.3 Kalaupun seseorang pengadil telah membuat kesilapan dalam taksiran


undang undang permainan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga
Persatuan Bolasepak Antarabangsa, tetapi pasukan yang berkenaan hendaklah
bermain sehingga tamat perlawanan & boleh membuat rayuan terhadap
keputusan tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan & keputusannya adalah
muktamad.

14.4 Jawatankuasa Pertandingan hendaklah bertanggungjawab atas segala


urusan padang & penyediaan bola yang hendaklah mematuhi undang undang
permainan.

15. KAWALAN KESELAMATAN & KELAKUAN PEMAIN,


PEGAWAI & PENONTON
15.1 Semua pasukan bertanggungjawab atas:
(a) Kelakuan baik para Pegawai, Pemain & Penyokong.
(b) Mengambil lengkap keselamatan, lengkap pencegahan untuk
menentukan tiada
Kejadian yang tidak diingini terjadi.

15.2 Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib mendapati pasukan cuai menjalankan


tanggungjawab ini, maka Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengambil
tindakan tatatertib yang sesuai yang antara lainnya termasuk:-

(a) Teguran keras


(b) Denda
(c) Pembatalan keahlian
(d) Penggantungan para pemain atau para pegawai yang
bertanggungjawab atas
Kejadian tersebut untuk tempoh tertentu.
(e) Melarang untuk mengikut liga anjuran Kelab / Persatuan / Syarikat
bagi tempoh
Tertentu.
(f) Atau lain lain tindakan yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Tatatertib.

16. TINDAKAN TINDAKAN TATATERTIB


16.1 Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah selaras mengikut apa yang
digariskan dalam peraturan peraturan tatatertib FAM.

16.2 Tindakan tatatertib akan diambil ke atas pemain yang tidak menggunak “
SHIN GUARD” atau jersi yang tidak kemas apabila dilaporkan oleh pengadil.
17. BANTAHAN
17.1 Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah
dihantar secara bertulis kepada Setiusaha Penganjur & hendaklah diterima
dalam tempoh 24 jam selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan disertai
dengan bayaran Wang tunai RM300.00 yang akan dikembalikan jika
bantahan itu berjaya.

17.2Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan


mengenai perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di
padang permainan.

18. PENGAWAL PERTANDINGAN


18.1 Jawatankuasa pengadil akan melantik pengadil, penjaga garisan & pengadil
simpanan dari kalangan pengadil kebangsaan & Negeri dari Daerah Kota
Kinabalu yang berdaftar dengan SAFA untuk mengadili semua perlawanan.

18.2 Sekiranya mana mana pegawai Pertandingan tidak hadir pada waktu yang
diiklankan bagi permainan sesuatu perlawanan, maka kedua dua pasukan
hendaklah setelah berunding melantik seorang pengganti untuk mengambil
tempat Pegawai Pertandingan yang tidak hadir itu. Jika timbul apa apa
pertikaian, keputusan pemeriksaan perlawanan adalah muktamad.

18.3 Pengadil bagi setiap perlawanan hendaklah membuat laporan dalam


borang yang disediakan & laporam tersebut hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Penganjur dalam tempoh 48 jam setlah tamat setiap perlawanan.

19. KEMALANGAN

19.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang


kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kecurian barangan persendirian
peserta.

19.2 Semua pasukan dinasihatkan/digalakkan membawa kotak keselamatan


masing masing.

20. HAL HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN


Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini atau soal perbezaan
taksiran hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang
keputusannya adalah muktamad.

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION – PFA (PERSATUAN


BOLASEPAK PUTATAN)

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm


SATU) 2008.

1. NAMA & PIALA KEMENANGAN

A. DOUBLE KNOCKOUT CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 5,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 2,000.00 ( Adidas Hamper )
2. NAIB JUARA akan menerima RM 2,500.00 ( Cash Voucher )
+ RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

B. SUPER LEAGUE CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 7,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 2,000.00 ( Adidas Hamper )
2. NAIB JUARA akan menerima RM 3,500.00 ( Cash Voucher )
+ RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )
3. TEMPAT KETIGA akan menerima RM 2,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 500.00 ( Adidas Hamper )

C. FA CUP CHAMPIONSHIP
1. JUARA akan menerima RM 3,000.00 ( Cash Voucher )
+ RM 2,000.00 ( Adidas Hamper )
2. NAIB JUARA akan menerima RM 1,500.00 ( Cash Voucher )
+ RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

Anda mungkin juga menyukai