Anda di halaman 1dari 2

Keseimbangan kadar bunga dan pendapatan terpacai pada titik E0 pada kadar bunga R0 dan

pendapatan Y0. Apabila cukai bertambah, maka pendapatan benar pengguna akan berkurang. Ini
menyebabkan keluk IS beralih ke kiri dari IS0 ke IS1. Apabila keluk beralih ke kiri ini akan menyebabkan pendapatan turun ke Y1 dan menyebabkan permintaan terhadap urusniaga akan berkurang. Hal ini membuatkan pengguna akan menggunakan sebahagian wang mereka untuk membeli bon kerana menjangkakan harga bon akan meningkat pada masa hadapan. Apabila ini berlaku, harga bon akan meningkat dan kadar bunga akan menurun dari R0 ke R1 sehingga mencapai titik keseimbangan baru di E1

Rajah 1 menunjukkan pelaburan kurang sensitif terhadap kadar bunga manakala rajah 2 menunjukkan pelaburan lebih sensitive terhadap kadar bunga kerana kecerunannya adalah berbeza. Semakin curam keluk IS semakin berkesan pelaburan terhadap kadar bunga.

Jika kerajaan melaksanakan dasar moneteri berkembang iaitu menambah penawaran wang di dalam pasaran wang, maka keluk LM akan beralih ke kanan dari LM0 ke LM1. Apabila penawaran wang bertambah, maka kadar bunga akan jatuh dari r0 ke r1 dan menyebabkan pendapatan meningkat. Pertambahan bekalan wang akan menyebabkan orang ramai membeli bon dan menyebabkan harga bon meningkat. Kadar bunga akan semakin menurun. Apabila kadar bunga menurun pelaburan akan meningkat dan menyebabkan pendapatan meningkat semula dan permintaan wang meningkat Rajah 1 menunjukkan dengan penurunan kadar bunga yang sangat banyak, pendapatan yang meningkat hanya sedikit sahaja manakala rajah 2 menunjukkan dengan dengan penurunan kadar bunga yang sedikit, pendapatan meningkat dengan banyak. Oleh itu, semakin curam keluk IS semakin tidak sensitive pelaburan terhadap kadar bunga.

Anda mungkin juga menyukai