Anda di halaman 1dari 2

dari segi bentuk: KSSR lebih luas berbanding KBSR.

Jika KBSR, hanya 3 utama aspek diberi penekanan, iaitu Komunikasi, Perkembangan Diri Indivdu dan Manusia dengan alam sekelilingnya, tetapi kurikulum KSSR member penekanan kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap & nilai; Kemanusiaan, Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains & Teknologi;

dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang juga disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada kualiti pencapaian murid berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan, berbeza dengan KBSR yang menekankan perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

dari segi tumpuan/kandungan kurikulum: KSSR memberi tumpuan kepada penguasaan 4M berbanding 3M pada KBSR. Tahap satu (tahun 1 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 6) member tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M juga kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan pembelajaran Prasekolah melibatkan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul

Tentang kelemahan pula.. mungkin antara kekangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan KSSR adalah pencapian terhadap matlamat tertentu yang digariskan. Misalnya elemen nilai tambah, iaitu Kreativiti dan Inovasi; Keusahawanan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi mungkin sukar yang cuba diterapkan kepada murid di sesetengah sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan jurang perbezaan pendidikan yang ketara akibat perbezaan lokasi sekolah. Perbezaan yang dimaksudkan antaranya, ekuiti pendidikan, akses pendidikan serta tenaga pengajar (boleh rujuk entri: Isu-Isu Pendidikan di Malaysia dalam blog ni). Sebagai contoh, adalah mustahil untuk menerapkan kemahiran ICT kepada murid jika sekolah berkenaan tidak memiliki kemudahan ICT. Mengajar dunia sains dan teknologi tapi peralatan/makmal sains tiada.

Hendak mengajar kemahiran hidup bengkel tiada. Ringkasnya, matlamat untuk memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dalam KSSR mungkin sukar dicapai. Selain itu, seperkara lagi yang mungkin boleh diberi perhatian ialah tentang perubahan pada peruntukan masa dalam KSSR. Pengurangan masa subjek tertentu, misalnya Dunia Muzik (Pendidikan Muzik) mungkin boleh menjejaskan pengetahuan/kemahiran murid dalam bidang berkenaan. Walaupun unsur penerapan elemen muzik juga terdapat dalam m/pelajaran lain, tetapi pembelajaran melalui penggabungjalinan dan pembelajaran secara spesifik pada saya tetap mempunyai perbezaan.

Anda mungkin juga menyukai