Anda di halaman 1dari 22

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

TAJUK 3

Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam Konsep Elemen/Kemahiran asas

3.1.1 SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang kemahirankemahiran yang perlu dikuasai sebagai pelengkap kepada proses

pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Lapan kemahiran diperkenalkan dan perlu dikuasai oleh bakal guru sebelum melalui pengajaran makro dan menjalani latihan praktikum di sekolah. Terdapat pelbagai kemahiran yang disenaraikan dalam kemahiran mikro. Namun dalam modul ini, kemahiran-kemahiran yang akan dibincangkan ialah set induksi, menerang, menyoal, menggunakan papan tulis, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan bahan sumber pengajaran & pembelajaran dan penutup. Diharapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu pelajar-pelajar sekelian memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran mikro bagi mumudahkan penyampaian isi kandungan di samping dapat memotivasikan murid untuk belajar. Penguasaan kemahiran mikro juga membantu guru mencapai objektif pengajaran dan murid mendapat hasil pembelajaran secara terarah dan berkesan .

3.1.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menganalisis konsep kemahiran mikro. 2. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro. 3. Mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro..

28

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

3.1.3 KERANGKA TAJUK

PENGAJRAN MIKRO

Konsep Set Induksi

Kemahiran

Menerang

Menyoal

Menggunakan papan tulis Variasi rangsangan

Peneguhan

Penggunaan bahan bantu mengajar

Penutup

PENGENALAN Pengajaran mikro perlu diaplikasikan sepenuhnya dalam usaha

menghasilkan guru permulaan yang berkesan. dan manfaat pendekatan pengajaran mikro

Memandangkan kepentingan dalam membentuk guru

berkemahiran mengajar Pendidikan Islam, 29

maka latihan demi latihan perlu

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

dijalankan bagi guru menguasainya. Bukan sahaja persediaan bagi guru permulaan bahkan disarankan kepada guru-guru terlatih melaksanakannya dengan tujuan menambah baik amalan pengajaran. PENGERTIAN Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini bermakna pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk memupuk kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran serta

mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan. KONSEP Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, yakni tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Setiap sesi pengajaran mikro merupakan pembimbing. latihan dan bimbingan perlu diberikan oleh

TUJUAN

Membolehkan guru menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan berkesan melalui bimbingan.

Membolehkan guru meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.

Guru dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan bermakna. Merangsang keinginan untuk membaiki dan meningkatkan potensi diri melalui perbincangan bersama pembimbing dan rakan-rakan.

Meningkatkan keyakinan dan kesediaan guru menghadapi kelas sebenar. 30

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Menghasilkan guru yang mencintai pengalaman dan perkongsian ilmu,

profesyen perguruan melalui

Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro Menurut Alien, D. dan Kyan, K. pengajaran mikro mempunyai lima peringkat iaitu merancang, praktikal, mengulas atau komen, merancang semula, mengajar semula dan membuat komen sekali lagi. Proses pengajaran mikro adalah sepert berikut:-

Guru berbincang dengan pembimbing mengenai perkara-perkara yang terlibat dalam kemahiran pengajaran mikro yang ia akan aplikasikan. Kemudia dia akan menyediakan satu rancangan untuk pengajaran itu - Peringkat merancang

Guru mengajar pelajaran mikronya kepada sekumpulan rakannya seramai 5 hingga 10 orang. Guru akan mengajar selama 5 hingga 10 minit. Apabila tamat, murid atau rakannya akan meninggalkan bilik pengajaran mikro peringkat praktikal.

Guru dan pembimbing menganalisa pengajaran mikro , Guru diberi peluang mengeluarkan pendapat, perbincangan kritis, penyelia sebagai pembimbing, penggalak dan penggerak membolehkan guru menyedari kekuatan dan kelemahan pengajarannya. peringkat mengulas

Kemudian guru diberi masa untuk menyediakan rancangan pengajarannya yang baru dengan membuat perubahan-perubahan yang difikirkan perlu peringkat mengajar semula

Guru akan mengajar sekali lagi kemahiran pengajaran mikronya, tetapi kali ini kepada kumpulan rakannya yang lain - peringkat ulangan pengajaran.

31

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Perkara yang penting dalam pengajaran mikro 1. Pelajar yang telah menguasai sesuatu kemahiran mikro tidak perlu ulang latihan pengajarannya. 2. Pelajar yang belum menguasai sesuatu kemahiran mikro perlu

memperbaiki perancangan dan mengulangi pengajarannya . 3. Pengajaran mikro boleh dibuat di institut dengan menggunakan kaedah simulasi. 4. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya. 5. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat

berasingan dengan isi pelajaran. 6. Perakam video mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan. 7. Jika pengajaran menggunakan perakam video, panduan penilaian dan penaksiran tidak lagi diperlukan. 8. Walaubagaimanapun ia boleh digunakan bersama untuk menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis. Kemahiran Pengajaran Mikro Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-

kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan

pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri. Pelajar dilatih dari aspek kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal serta membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran makro dengan berkesan. 32

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran:

Set induksi Penerangan Penyoalan Papan Tulis Variasi rangsangan Peneguhan Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup

KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memulakan sesuatu pelajaran. Guru akan cuba menarik perhatian dan mengekalkan minat murid serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar dengan seronok. Pada setiap sesi pengajaran, guru perlu menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru juga perlu memandu muridnya kearah mencapai objektif pembelajaran serta membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman sedia ada. i. Menarik perhatian dan

Guru boleh menggunakan intonasi suara, gerakgeri, gerak isyarat

pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk mencetus minat pelajar atau pelbagai corak intraksi yang lain. ii. Mewujudkan motivasi

Guru boleh memotivasikan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan semangat serta kesungguhan ketika memulakan sesi pengajaran. 33 Guru boleh

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

juga mencetuskan naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti yang menghairankan pelajar. Justru pelajar akan merasa tertarik dan ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan sesuatu perkara itu. iii. Menstruktur bagi tugasan yang akan diberikan kepada

Guru menentukan had

muridnya, seperti Hari ini kamu akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan

menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencadangkan beberapa gaya penulisan atau memberikan soalan-soalan yang membantu murid mencari isi cerita. iv. Membuat perkaitan

Membuat perbandingan dan perbezaan, seperti ketika mengajar waktu-waktu solat, guru boleh membandingkan jadual waktu solat di Semenanjung Malaysia dengan di Sabah atau Sarawak. Guru juga boleh merujuk kepada situasi

semasa atau pengetahuan sedia ada pelajar untuk membuat perkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari. Set induksi yang berkesan ialah, 1. Bermakna kepada murid. Set insuksi hendaklah sesuai dengan tahap murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.

Rancang satu sesi pengajaran mikro bagi mana-mana bidang Pendidikan Islam. Anda dikehendaki mengelolakan sesi pengajaran mikro bagi kemahiran set induksi. 34

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN MENERANG Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Memberi

penerangan dengan tepat dan berkesan merupakan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. seperti : a. b. c. Pentakrifan - menjelaskan sesuatu isu Penerangan - menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah. Sebab - pemberian alasan Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman

i.

Penerangan berstruktur

Menjelaskan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang terlibat. Menggunakan contoh perkara yang dititik beratkan ialah mudah,

berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat. Membuat kesimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam

penerangannya.

Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan

yang berkesan (Brown) ii. Penerangan penyampaian

a. Penggunaan penyampaian yang jelas Guru menerangkan sesuatu dengan aspek pada satu masa, dan atau

memfokuskan ilastrasi.

semula

menggunakan

ringkasan

Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan

berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.

35

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

b. Penggunaan penekanan variasi rangsangan Guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan sesuatu. dengan

Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan

sewajarnya. c. Penggunaan penekanan Menekankan petunjuk, perkaitan dan keutamaan menggunakan

perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh: Petunjuk Perkaitan Keutamaan Tiga bidang utama. Ini membawa kepada Dengan ini. penerangan dengan jelas. Elakkan

d. Jauhkan kekaburan Beri .. dan lain-lain, . dan sebagainya

menggunakan perkataan seperti :

.. dan yang sama sepertinya e. Sekuens - guru boleh menggunakan pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul.

f. Maklum balas - penerangan guru janganlah terlalu panjang lebar. Guru perlu mendapat maklum balas daripada murid. Beri peluang murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat mereka. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan. 36

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

iii.

Menerang menggunakan Contoh Dengan Mengilustrasi

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid untuk menyemak sesuatu idea atau konsep yang diajar telah difahami atau tidak. Contoh yang baik ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contoh dengan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya. iv. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini. Pendekatan generalisasi Pendekatan deduktif: peraturan/ prinsip/ generalisasi diikuti dengan contoh v. Jenis-jenis contoh dalam menerang induktif : contoh diikuti dengan peraturan/ prinsip/

a. Contoh mudah - guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. b. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep - menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan. c. Contoh ingin tahu menggunakan contoh yang boleh membangkitkan

naluri ingin tahu dan minat murid. d. Media yang sesuai - menggunakan media yang sesuai dengan

kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar. e. Pendekatan - memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. 37

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

f. Penglibatan murid - murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model

Sediakan satu contoh rancangan pengajaran mikro bagi kemahiran menerang bagi mana-mana bidang Pendidikan Islam.

KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini perlu dirancang dengan baik serta

diberi penilaian yang sewajarnya oleh guru semasa peroses pembelajaran dan pengajaran. Soalan-soalan yang dilontarkan hendaklah bermula dari aras

rendah kepada soalan yang memerlukan pemikiran kritis dan membina kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dengan betul dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan tahap pencapaian murid. Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro 1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir. 2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu. 3. Guru perlu merancang soalan-soalan utama sebelum pengajaran dimulakan. 4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan meneliti jawapan murid. serta meningkat

38

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

i.

Penyoalan yang mudah atau asas

a. Pembentukan soalan Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. b. Fokus Guru hendaklah menyoal soalan yang umum dahulu supaya dapat melibatkan ramai murid. Soalan difokuskan kepada satu tugasan sahaja. Setelah maklumat yang diperlukan mula diperolehi, guru

bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. c. Arah Guru mengemukakan soalan kepada semua murid dalam kelas. Berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil namanya. Guru boleh juga menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala ke arah murid yang hendak disoal. d. Penyebaran Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. e. Pemberitahuan Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjukkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu

mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.

39

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

ii.

Penyoalan yang kompleks A) Peringkat-peringat aras soalan

Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya. a. Ingat semula Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumatmaklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. b. Kefahaman Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. c. Aplikasi Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. d. Analisis Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa buktibukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. e. Penilaian Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. f. Sintesis Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea.

40

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

B)

Jenis-jenis Soalan

a. Penyungkilan Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. b. Soalan penjelasan Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat. c. Soalan Penyokongan Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya. d. Soalan Persetujuan Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. e. Soalan Contoh Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang

menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Sediakan tiga contoh penyoalan yang mudah atau asas dan penyoalan kompleks mengikut aras yang berbeza.

41

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan coral interaksi dan teknik penyampaian. Latihan dalam

kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

Pergerakan

Aktiviti Fizikal

Gesture

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN Penggunaan Pancaindera

Nada Suara

Penglibatan Murid - Lisan

i.

Pergerakan Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepanjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada

pelajaran.

Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang

kerap kerana perlakuan ini akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. 42

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

ii.

Gerakgeri semulajadi guru (gesture) Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian

murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan yang tidak bermakna seperti mengelipkan mata atau mengelengkan kepala akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. iii. Mengubah nada pertuturan Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi

dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. iv. Penglibatan murid secara lisan Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. v. Penggunaan Pancaindera Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran serta menambah kesan penyampaian maklumat kepada mereka. vi. Aktiviti Fizikal Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktiviti yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.

43

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Panduan Variasi Rangsangan yang berkesan a. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. b. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran. c. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. d. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.

Pilih mana-mana bidang pendidikan Islam, sediakan satu perancangan pengajaran mikro bagi kemahiran variasi rangsangan mengintegrasikan elemen-elemen dalam variasi rangsangan. dengan

KEMAHIRAN PENEGUHAN Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk menulis kepala, syabas memuji dalam murid buku kerana murid ini memberi kerana akan jawapan kerja yang yang baik, telah kepada

menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau

disempurnakan.

Peneguhan

seperti

membawa

perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . kelas. Bidang utama dalam peneguhan: i. Peneguhan lisan Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh

44

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti baik, ya, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, Guru juga boleh mengulang jawapan murid atau mengembangkannya kepada yang lebih sempurna. ii. Peneguhan gerakgeri Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang ikhlas, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, contoh: dan

menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu

menepuk tangan. Guru juga perlu memandang murid yang berkata dan menulis jawapan murid di papan tulis. iii. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan

mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. iv. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya atau mengusap kepala jika sesuai (sama jantina). v. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan muridnya kerana menghasilkan kerja yang baik. vi. Peneguhan ganjaran Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid

sekolah rendah guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya pelajarannya. untuk menggalakkan murid meningkat maju dalam

45

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Peneguhan yang berkesan: i. Kemesraan dan semangat Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. ii. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya. iii. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat. iv. Kefahaman murid tentang peneguhan Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.

Sediakan beberapa contoh peneguhan secara lisan, gerak geri, dampingan, sentuhan, aktiviti dan ganjaran. Contoh yang anda berikan perlu menunjukkan ciri peneguhan yang berkesan.

46

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR Guru memerlukan bahan bantu mengajar untuk menyampailan isi pelajaran dengan lebih berkesan. Melalui penggunaan alat atau bahan murid pula dapat mencerap maksud yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah.

i.

Prinsip Memberikan pengukuhan Menarik Memberi rangsangan

ii.

Kesesuaian sesuai dengan objektif Sesuai dengan isi kandungan Digunakan pada masa sesuai Menggunakan warna yang menarik

iii.

Cabaran Mencetuskan idea Menggerakkan aktiviti Menjadi bahan soal jawab Menjadi bahan perbincangan Timbul rasa ingin tahu

iv.

Kejelasan Dapat dilihat dengan jelas Dapat didengar dengan jelas Maklumat yang dipapar jelas Maklumat ringkas, padat dan jitu Saiz bersesuaian

v.

Penggunaan berfungsi Membantu pemahaman Meningkatkan kemahiran Memudahkan pengajaran Memudahkan pembelajaran Kejelasan fakta 47

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

KEMAHIRAN PENUTUP Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;i. Menegaskan semula perkara-perkara penting. a. Menegaskan perkara utama, fakta penting - ingat semula dan kaji semula ( boleh melibatkan murid ) b. Menegaskan semula melalui ringkasan teguran akhir,

ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula telah dijalankan.

aktiviti yang

c. Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi rangsangan murid. ii. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognitif). Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid kognitif) iii Kaitan pelajaran dengan kehidupan social Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid (rumusan sosial). iv. Cadangan aktiviti lanjutan a. Kaitkan dengan kognitif membuat latihan,membuat projek telah memahami isi pelajaran hari ini, (rumusan Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat

baru dan menjalankan kajian. b. Perkaitan sosial peneguhan dan menimbulkan perasaan kejayaan dengan menyatakan peringkat kejayaan murid,

menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.

48

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

c. Galakan

motivasi

kemesraan

dan

semangat

untuk mengekalkan minat. Penutup yang berkesan: 1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid. 2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran. 3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami. 4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan. 5. Mengukur pembelajaran murid. 6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

Rumusan Kemahiran mikro merupakan teknik pengajaran yang dipermudahkan dari segi skop dan organisasi untuk mengajar sesuatu kemahiran. Setiap bakal guru perlu menguasainya sebagai persediaan menguasai kemahiran mengajar disamping dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri guru itu sendiri. LATIHAN MINDA

Pengajaran mikro merupakan pengajaran praktikal yang

dipermudahkan dari aspek skop dan organisasi.


Kaitkan bagaimana kemahiran mikro membantu guru melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah dengan baik?

49

Anda mungkin juga menyukai