Anda di halaman 1dari 15

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

TAJUK 5

Pengajaran makro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam Tilawah AlQuran Aqidah Ibadah Sirah Hadis Akhlak

Jawi

SINOPSIS Topik ini membincangkan tentang perancangan dan pelaksanaan kemahiran makro bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Para guru digalakkan menjalani latihan pengajaran makro untuk memupuk keyakinan diri ketika menggunakan strategi pengajaran baharu. Bagi bakal guru latihan ini amat membantu mereka mengendalikan sesi pengajaran dengan lancar dan berkesan. Mereka akan merasa lebih yakin menghadapi suasana bilik darjah yang sebenar ketika menjalani praktikum di sekolah, Diharapkan selepas penguasaan tajuk ini, para pelajar akan dapat merancang pengajaran dengan lebih baik dan tersusun dengan mengambil kira pelbagai aspek kemahiran. Kemahiran makro, akan membantu pelajar-pelajar sekelian membuat penilaian terhadap kebolehan diri dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Potensi diri boleh ditingkatkan dengan latihan-latihan peneguhan kemahiran yang dikendalikan dengan tersusun.

58

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menganalisis konsep kemahiran makro. 2. Mengenal pasti prinsip dan matlamat pengajaran makro.

3. Mengaplikasi kemahiran makro bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

3.1.3 KERANGKA TAJUK

PENGAJARAN MAKRO

Konsep

Perancangan

Matlamat

Perancangan Pendahuluan

Perancangan Penyampaian

Perancangan Penilaian

59

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

PENGAJARAN MAKRO PENGENALAN Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlu merancang dan

menyediakan langkah-langkah pengajaran dengan baik. Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai oleh murid jika guru menyediakan strategi pengajaran yang sesuai dengan mengambil kira kemahiran-kemahiran dan aktiviti-aktiviti yang bermakna.

PRINSIP PENGAJARAN MAKRO

Objektif Pengajaran

Refleksi dan Perbincangan

Bilangan Murid

PENGAJARA N MAKRO

Bahan Pengajaran

Strategi Pengajaran

Jangkamasa Pengajaran

60

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Antara prinsip pengajaran makro ialah: Objektif pengajaran dan pembelajaran Dalam pengajaran makro, guru mesti membina objektif yang merangkumi aras pengetahuan dan kebolehan pelajar. Bilangan pelajar Bilangan pelajar yang terlibat bergantung kepada jumlah pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari simulasi rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar. Strategi pengajaran Anda perlu mempelbagaikan teknik dan strategi supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Strategi perlu sesuai dengan tajuk dan kebolehan pelajar. Jangkamasa Pengajaran Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa antara 30 minit hingga 60 minit mengikut waktu sebenar pengajaran. Oleh itu, anda perlu bijak merancang

pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Bahan pengajaran Semasa pengajaran makro, anda perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, anda perlu menguasai sepenuhnya bahan atau isi pelajaran yang

61

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

hendak disampaikan serta perlu memberi tumpuan secara menyeluruh ketika menyampaikan pengajaran. Refleksi dan perbincangan Refleksi perlu dibuat selepas selesai melaksanakan pengajaran sebagai penilaian kendiri terhadap pengajaran anda. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Anda perlu membuat refleksi secara reflektif dan refleksif. Perkara yang perlu dinilai ialah pencapaian objektif, keberkesanan kaedah atau teknik yang digunakan, bahan bantu yang menyokong penyampaian isi pelajaran, disiplin kelas, pengurusan waktu dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki proses pengajarannya.

MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO Meningkatkan keyakinan diri Hasil daripada pengajaran makro dapat menambah keyakinan guru-guru baru untuk mengajar di dalam kelas yang sebenar. Anda akan lebih berkeyakinan untuk menyampaikan isi pelajaran, mengurus kelas serta berhadapan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Menguasai kemahiran mengajar Pengajaran makro juga membantu anda menguasai pelbagai aspek

kemahiran mengajar. Semua kemahiran mikro dapat dipraktikkan semasa pengajaran makro. Justru, guru akan benar-benar menguasai kemahiran tersebut serta berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di sekolah. 62

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Mempertingkatkan potensi guru Setiap guru mempunyai potensi tersendiri. Potensi boleh ditingkatkan melalui latihan. Memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan bercerita serta mempunyai unsur humor merupakan potensi diri yang penting sebagai medium dalam menyampaikan sesi pengajaran & pembelajaran dengan baik.

Mengatasi kelemahan guru Kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki melalui pengajaran makro. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekuliah dan pensyarah pembimbing, anda boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Mewujudkan kolaboratif dan semangat kekitaan Setiap sesi pengajaran makro, guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakannya. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai guru atau pelajar . Mereka perlu berkolaboratif secara matang untuk menambah baik kebolehan masing-masing. Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang di samping dapat meningkatkan rasa kekitaan yang tinggi.

APLIKASI PENGAJARAN MAKRO Pengajaran makro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahrankemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan 63

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping dapat memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

OBJEKTIF PENGAJARAN MAKRO Memahami ciri-ciri perancangan dan pengajaran makro Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan Mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah

SITUASI PENGAJARAN MAKRO Kelas sebenar Murid sebenar terdiri daripada 30 hingga 40 orang. Guru pelatih mengajar sepenuh masa 30 hingga 60 minit Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar dan pengurusan bilik darjah Situasi sebenar pengajaran Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan tersusun merupakan aspek penting untuk mencapai pengajaran berkesan. Guru juga dapat melibatkan murid secara optimum dalam pembelajaran di samping mengurangkan masalah disiplin.

64

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Persediaan Pengajaran Makro


i. Perancangan Pendahuluan Mengaitkan dengan topik yang akan diajar Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid Menstruktur objektif atau hasil pembelajaran

ii.

Perancangan Penyampaian Menentukan strategi pembelajaran dan pengajaran Merangka masa pengajaran bagi setiap fasa atau aktiviti Menentukan prinsip perkembangan isi yang tepat Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar atau sumber

iii.

Perancangan Penilaian Menentukan alat pengukur pencapaian pengajaran Menganalisis maklumalas Mengubah suai pendekatan, kaedah atau teknik

Perancangan pendahuluan merupakan pemilihan set induksi bagi menarik perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Set Induksi yang baik dapat menggalakkan pembelajaran murid dengan mengaitkan pelajaran yang lepas atau pengetahuan sedia ada murid. Unsur-unsur kehairanan juga dapat meningkatkan perasaan ingin tahu murid, kustru memotivasikan mereka untuk terus belajar. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Perancangan pengajaran penyampaian dengan bertujuan tersusun untu melalui memastikan langkah perkembangan yang

dilaksanakan

pengajaran

berperingkat-peringkat mengikut kesesuain model pengajaran yang digunakan. Dalam pengajaran KSSR misalnya, model kreatif terarah kendiri digalakkan agar dapat membentuk murid yang berfikir secara keritis dan kreatif. Guru juga perlu membuat anggaran masa yang tepat agar aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Langkah-langkah pengajaran yang dirancang melalui aktiviti yang tersusun mestilah berlaitan dengan objektif atau hasil pembelajaran. 65

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Is perlulah sesuai dengan dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu dipertingatkan dan dikembangkan secara koheren supaya murid membina

pembelajaran kendiri dengan lebih mudah. Ketika merancang pemeringkatan isi, guru boleh memilih prinsip-prinsip perkembangan isi yang sesuai seperti : daripada mudah kepada kompleks daripada yang sudah diketahui kepada belum diketahui daripada perkara dekat kepada yang jauh daripada khusus kepada umum daripada maujud kepada mujarad Pemilihan dan penentuan strategi yang sesuai ketika merancang membantu guru menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan. Kebjaksanaan guru memilih strategi akan menjamin kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif boleh memotovasikan serta menjadikan mereka berasa seronok untuk belajar. Guru juga harus merancang aktiviti pentaksiran untuk mengukur pencapaian objektif atau hasil pembelajaran. Aktiviti penilaian boleh dirancang dengan teliti melalui pemerhatian aktiviti, analisis kerja murid atau melalui ujian lisan, bacaan mahu pun penulisan. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Penutup merupakan bahagian terakhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam bahagian penutup guru membantu murid membuat rumusan dan kesimpulan isiisi penting melalui aktiviti soal jawab, lakaran peta pemikiran (i-think), peta minda atau pengurusan grafik yang sesuai. Guru juga digalakkan memberi aktiviti pengukuhan seperti menyanyi, bernasyid, bersalawat dan permainan ringkas yang menyeronokkan.

66

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang. Guru perlu membuat penilaian kendiri selepas tamat pengajaran. Refleksi bertujuan untuk muhasabah berkaitan kekurangan dan kekuatan diri. Kekurangan atau kelemahan perlu diperbaiki melalui perbincangan dan pembacaan secara ilmiah. Pandangan para ilmuan perlu diambil kira sebagai panduan untuk menambaik amalan pengajaran. Perkara-perkara yang perlu direnung dan dibuat refleksi ialah pencapaian objektif atau hasil pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran, penglibatan murid dalam pengajaran dan disiplin bilik darjah. Bidang atau komponen Pendidikan Islam Seolah Rendah
Tilawah AlQuran Aqidah Ibadah Sirah Hadis Akhlak Jawi

Rumusan Guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mempertingkatkan kemahiran

profesionalismenya. Kemahiran dalam pengajaran makro amat perlu dikuasai untuk kelangsungan pengajaran yang berkesan. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajarannya. Justru para guru perlulah sentiasa berusaha supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui aktiviti yang kreatif dan inovasif. Guru juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Usaha guru yang berteraskan kepada kajian dan

67

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

pembacaan

ilmiah

untuk

membuat

penambah

baikan

melalui

refleksi

akan

menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Insya Allah.

Perancangan Pengajaran

Pelaksanaan Pendahuluan --> Set Induksi --> perkembangan --> Pengukuhan --> Penilaian --> Penutup

Refleksi

Amali Pengajaran Makro

Sedialan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempoh satu masa pengajaran (30 minit). Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial / interaksi bersama pensyarah. Perancangan anda juga perlu mengandungi bahan bantu seperti yang dibincangkan dalam modul ini.

LATIHAN MINDA

Apakah perbezaan di antara latihan kemahiran pengajaran mikro dengan pengajaran makro. Jelaskan dalam bentuk jadual banding beza yang lengkap. . 68

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


1. Maklumat Am Tarikh/Hari Masa Kelas & Bilangan Murid Bidang/ Komponen Standard Kandungan Standard Pembelajaran Pengetahuan Sedia Ada Penggabungjalinan Perentasan Kurikulum Kemahiran Berfikir Mengklasifikasi maklumat (_______). Menyusun maklumat. (________) Membandingbeza antara ____________. Menganalisi maklumat. (___________) Mengaplikasi ilmu dengan situasi. (___________) Penerapan nilai Tekun menghayati bahan pengajaran Bekerjasama dengan rakan sepasukan Bertanggungjawab terhadap ilmu Menghormati orang lain Berani mengemukakan pandangan Prihatin terhadap penginayaan Bahan Bantu Mengajar Projektor LCD Laptop Video Kertas pendua Senarai semak Hasil Pembelajaran Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat: 1. Menyatakan __________dengan _____ setelah ________ 2. Menerangkan _________dengan _______ melalui ________ 3. Mengklasifikasikan _____ dengan ________ menggunakan _______. (Masihi) / (Hijrah) / (Hari) 1200-1300 (pagi/ t. hari/ petang) ( __ orang / Lelaki : ___ Perempuan : ___) Aqidah

69

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

1. Langkah Pengajaran Langkah Pendahuluan (2 minit) Isi Pelajaran Doa permulaan belajar Aktiviti PdP 1. Murid membaca doa permulaan pengajian. Fasa Persediaan Pemerhatian (Set Induksi) (__ minit) Soalan kerangka EQ: Apakah komponen kejadian manusia. UQ: Apakah keperluan sosial manusia? 1. bersoaljawab 2. saranan jawapan 3. merumus dan hubungkait dengan topik yang akan dibincangkan hari ini melalui bimbingan guru. Analisis (__ minit) 1. Maksud pahala ialah ganjaran baik kerana melakukan perbuatan kebajikan. 2. Maksud doa ialah balasan buruk kerana melakukan perbuatan jahat. 1. Tayangkan video 2. Merekodkan maklumat yang terdapat dalam video berdasarkan ingatan mereka. 3. berbincang dengan rakan bersebelahan untuk membanding jawapan masingmasing. 4. memberikan pandangan dan sumbangan idea Fasa Imaginasi Penjanaan Idea (___ minit) 1. Contoh perbuatan pahala: a. Menafkah keluarga b. Mengasihi ibu bapa Sintesis Idea (___minit) c. Menghafaz al-Quran d. Menderma organ e. Berniaga 2. Contoh perbuatan dosa: a. Melakukan 1. tayangan video -sumbangsaran 2. berbincang dengan pasangan Catatan

3. memberikan saranan 4. melengkapkan peta pemikiran/ peta minda yang mengaitan dengan diri murid.

70

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

muqaddimah zina b. Ponteng kerja c. Menyeludup d. Mengkhianati amanah e. Membuang bayi Fasa Perkembangan Penambahbaikan Kategori perbuatan: (___ minit) 1. S1 PAHALA (Solat) 2. S2 DOSA (Buka aurat) Penilaian (___minit) 3. S3 DOSA (Meniru ujian) 4. S4 PAHALA (Memberi sedekah) 5. S5 DOSA (Bergaduh) 6. S6 DOSA (Ambil Rasuah) 7. S7 PAHALA (menuntut ilmu) 8. S8 DOSA (Minum arak) 9. S9 PAHALA (Berzikir) 10. S10 DOSA (Mengumpat) 1. Guru menerangkan tatacara permainan aktiviti ini. 2. berbincang dalam kumpulan 3. Pelajar membentang hasil dapatan 4. Pelajar bersoaljawab dengan pembentang. Penilaian Guru memilih pelajar secara rawak berdasarkan kumpulan kecerdasan supaya menyatakan hukum perbuatan sama ada dosa atau pahala.

Fasa Tindakan Pelaksanaan (___minit) Rumusan P&P: 1. Maksud pahala dan dosa. Amalan Berterusan/ Penutup (___ minit) 2. Contoh perbuatan dosa dan pahala. Kognitif merumus isi pengajaran dengan bimbingan guru. Sosial Guru menasihatkan pelajar supaya rajin melakukan perbuatan baik untuk menambah pahala dan meninggalkan perbuatan jahat supaya terhindar daripada dosa.

71

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Catatan Refleksi: 1. Refleksi RPH

2. Refleksi Pelaksanaan

3. Refleksi Hasil Pembelajaran

4. Refleksi Persekitaran

72

Anda mungkin juga menyukai