Anda di halaman 1dari 11

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

66
PENGGUNAAN KAEDAH PRO SPREADS DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA TERBUKA JAWI
Norsyuhada binti Ramli & Rahim bin Mohamed Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG
Kampus Dato' Razali Ismail r2_ajim@yahoo.com & rahim@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca suku kata terbuka jawi dengan menggunakan kaedah PRO SPREADS.
Responden kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 Ghazali Sekolah
Kebangsaan Manir yang telah dikenalpasti lemah dalam membaca jawi.
Instrumen pemerhatian, temu bual, ujian pra dan pasca serta soal selidik telah
digunakan. Kajian dimulakan dengan mengadakan pemerhatian, temu bual dan
soal selidik. Seterusnya, ujian pra ditadbir sebelum intervensi dijalankan. Setelah
menjalankan intervensi, ujian pasca I ditadbir dan penambahbaikan terhadap
intervensi dilakukan. Intervensi kedua dilakukan sebelum ujian pasca II
dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada nilai min dalam ujian
pasca I (38%) dan ujian pasca II (84%) berbanding dengan ujian pra (14%).
Berdasarkan dapatan kajian, penggunaan kaedah PRO SPREADS dapat membantu
murid menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka jawi dengan lebih baik.
Kajian ini boleh diteliti oleh pihak yang berkaitan agar dapat diaplikasikan dalam
pengajaran jawi di sekolah.
Kata kunci: kemahiran membaca, suku kata terbuka, kaedah PRO SPREADS
PENDAHULUAN
Semasa pengkaji mengajar tajuk Suku Kata Terbuka dan Tertutup bagi bidang Jawi di dalam kelas
2 Ghazali, pengkaji mendapati sebilangan besar murid dari kelas tersebut tidak dapat membaca
jawi dengan baik. Pengkaji telah mengemukakan lima perkataan pada papan hitam. Perkataan
tersebut mengandungi tiga suku kata yang terdiri daripada suku kata terbuka dan suku kata
tertutup. Pengkaji kemudiannya meminta murid-murid mengeja dan membaca perkataan yang
diberi. Pengkaji mendapati mereka tidak dapat membaca perkataan yang dikemukakan dengan
betul. Mereka hanya sekadar meneka perkataan yang dikemukakan tanpa mengejanya terlebih
dahulu.
Daripada pemerhatian, terdapat murid yang masih tidak mengenal huruf jawi. Ada juga dalam
kalangan mereka yang sudah mengenal huruf jawi, tetapi masih lemah dalam mengeja suku kata.
Mereka bukan sahaja lemah dalam mengeja suku kata tertutup, malah mereka juga lemah dalam
mengeja suku kata terbuka.
Daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat
ramai murid di dalam kelas tersebut yang tidak dapat membaca suku kata terbuka jawi dengan
betul. Pengkaji yakin bahawa jika murid dapat menguasai kemahiran
membaca suku kata terbuka, murid seterusnya akan dapat menguasai suku kata tertutup dengan
lebih mudah dan mampu membaca satu perkataan jawi dengan baik.
Bertitik tolak daripada masalah ini, pengkaji merasakan perlu mengambil inisiatif untuk
membantu murid-murid menguasai suku kata terbuka jawi dengan lebih baik kerana pengkaji
yakin apabila murid dapat membaca suku kata terbuka, murid akan dapat menguasai suku kata
tertutup dengan lebih mudah dan mampu membaca satu perkataan jawi dengan baik.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
67
Berdasarkan kajian dan laporan Awang Mohamad Amin (1989, seperti yang dinyatakan dalam
Siti Adawiah Din, 2012), penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca jawi adalah
lemah. Kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Zaki Muda (1996) di mana 6%
responden berada pada tahap lemah dari segi kemahiran membaca jawi, 18% responden lemah
dari segi kemahiran menulis jawi.
Abdullah bin Nurdin Asis (2009) menyatakan bahawa kemahiran membaca bermula dari
mengenal, mengecam dan menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca
perkataan, ayat seterusnya petikan atau karangan. Kajian yang dibuat oleh beliau yang bertajuk
"Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga
Suku Kata Terbuka KV+KV+KV" dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan
kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV+KV dan mengubah amalan pengajaran guru ke
arah pendekatan yang lebih baik melalui aktiviti-aktiviti latih tubi menyebut suku kata
KV+KV+KV, nyanyian dan bacaan bergred. Dapatan kajian menunjukkan prestasi dari segi
kemahiran murid membaca perkataan KV+KV+KV.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, ujian pra dan soal selidik bagi
tujuan tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa
isu yang berkaitan dengan masalah ini:
1. Murid tidak dapat membaca perkataan jawi dengan baik
2. Murid tidak dapat membaca suku kata terbuka jawi dengan betul
3. Ada dalam kalangan murid yang tidak mengenal dan mengingat huruf jawi
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
mengeja dan membaca suku kata terbuka jawi dengan betul.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk:
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi bagi murid
sasaran setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS
2. Melihat perbezaan skor ujian pra dan pasca dalam membaca suku kata terbuka jawi bagi
murid sasaran setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah kaedah PRO SPREADS dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
suku kata terbuka jawi bagi murid sasaran?
2. Adakah terdapat perbezaan skor ujian pra dan pasca dalam membaca suku kata terbuka
jawi bagi murid sasaran setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS?
KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini adalah lima orang murid Tahun 2 Ghazali Sekolah Kebangsaan Manir.
Sekolah ini terletak berdekatan pasar Manir, Kuala Terengganu. Murid-murid membesar
dalam persekitaran kehidupan peniaga-peniaga. Responden kajian terdiri daripada empat orang
murid lelaki dan seorang murid perempuan. Tahun 2 Ghazali merupakan kelas ketiga daripada
tiga kelas Tahun 2. Pencapaian murid di dalam kelas ini agak lemah. Semua responden adalah
berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dari aspek pencapaian jawi, kelima-lima responden
adalah lemah dalam membaca jawi. Kecatatan fizikal tidak dialami oleh kesemua responden.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
68
TINDAKAN
Pengkaji telah memilih model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988) dalam
melaksanakan penyelidikan tindakan ini (Rajah 1).

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan yang Dijalankan (Model Penyelidikan
Tindakan Kemmis & McTaggart, 1988)
KITARAN 1
Mereflek 1
Melalui refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dilalui, pengkaji
berjaya mengenalpasti masalah sepanjang mengajar murid tahun 2 Ghazali. Pengkaji
mendapati masih ada dalam kalangan murid yang tidak dapat membaca suku kata terbuka jawi.
Mereka seringkali membuat kesalahan mengeja dan membaca jawi. Masih ada murid yang
tidak mengenal huruf jawi. Pengkaji merasakan bahawa murid-murid ini perlu mempelajari
jawi dari asas lagi. Oleh itu, pengkaji ingin melakukan intervensi ke atas murid-murid ini agar
dapat membantu mereka menguasai jawi dengan lebih baik.
Merancang 1
Setelah membuat refleksi ke atas masalah yang dihadapi, proses kedua yang dijalankan oleh
pengkaji adalah merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Pengkaji
telah melakukan tinjauan literatur, menentukan objektif dan
persoalan kajian, menentukan sampel dan juga instrumen-instrumen kajian. Dorongan kuat untuk
mengatasi masalah yang timbul merangsang pengkaji sehingga tercetusnya idea menghasilkan
kaedah PRO SREADS iaitu gabungan perkataan menyebut (pronounce), mengeja (spell),
membaca (read) dan menyanyi (sing) dalam menarik minat murid-murid membaca jawi di
samping dapat membantu mereka membaca jawi dengan lebih baik.
Bertindak 1
Setelah merancang tindakan intervensi, pengkaji telah melaksanakan intervensi bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. Tindakan dilaksanakan sebaik sahaja persetujuan mengenai tajuk kajian
disahkan oleh penyelia pembimbing dan jadual pelaksanaan intervensi telah diluluskan oleh guru
kelas responden. Prosedur-prosedur tindakan termasuklah pengumpulan data, penganalisaan data

mereflek
v J

>
mereflek
V y
\
memerhati

Kitaran 1
r ^ merancang
v y

( \ memerhati
Kitaran 2 C \ merancang
v y

< \ bertindak
v >
7


bertindak

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
69
dan pelaksanaan intervensi ke atas responden telah dijalankan mengikut apa yang telah
dirancangkan bagi memastikan proses kajian berjalan dengan baik dan segala maklumat yang
diperlukan dapat dikumpul. Bahan bantu mengajar (BBM) bagi kaedah PRO SPREADS
digunakan sepanjang sesi rawatan berjalan.
Memerhati 1
Pada peringkat ini, pengkaji akan memerhatikan kesan intervensi ke atas responden setelah
rawatan diberikan. Segala data yang diperoleh akan direkodkan dan dianalisis. Perbandingan
keputusan ujian pra dan pasca direkod dalam bentuk jadual dan graf. Bagi pemerhatian pula,
pengkaji akan mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah sepanjang
PdP. Pengkaji seterusnya melakukan pemantauan untuk melihat keberkesanan intervensi yang
telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sekiranya keputusan tidak memberangsangkan, maka pengkaji akan memulakan kitaran sekali
lagi sehingga masalah dapat diselesaikan.
KITARAN II
Dalam kajian ini, pencapaian responden selepas intervensi masih belum mencapai tahap yang
diinginkan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji telah membuat sedikit penambahan kepada kaedah
yang digunakan. Keadaan ini membawa pengkaji kepada kitaran kedua dalam kajian ini.
Mereflek II
Pada kitaran pertama, pengkaji telah melihat peningkatan dalam pencapaian kemahiran membaca
suku kata terbuka jawi responden setelah intervensi dijalankan. Namun begitu, hasil daripada
intervensi pertama masih tidak mencapai sasaran yang dikehendaki oleh pengkaji. Oleh itu,
pengkaji merasakan perlu membuat sedikit penambahbaikan ke atas intervensi yang telah
dijalankan.
Merancang II
Pengkaji telah membuat penambahbaikan terhadap kaedah PRO SPREADS. Pengkaji akan
mengadakan pertandingan dan memberikan peneguhan positif kepada responden agar responden
lebih berusaha mencapai kejayaan dalam PdP yang diajar.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
70
Bertindak II
Pengkaji membuat penambahbaikan terhadap kaedah PRO SPREADS. Pengkaji telah
mengadakan pertandingan membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka jawi kepada
responden. Peneguhan positif diberikan kepada responden yang dapat membaca dengan betul.
Dengan cara ini, responden dilihat bersungguh-sungguh semasa PdP yang berlangsung.
Memerhati II
Pengkaji mendapati penglibatan responden lebih aktif berbanding semasa intervensi pertama yang
dijalankan. Pencapaian responden dalam membaca suku kata terbuka jawi semakin meningkat.
Pada kitaran kedua, pengkaji mendapati kaedah PRO SPREADS yang ditambahbaik dengan
aktiviti pertandingan dan peneguhan positif dapat meningkatkan minat serta kesungguhan
responden seterusnya dapat meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi dalam
kalangan responden. Pengkaji telah berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh. Oleh itu, kitaran
yang seterusnya tidak dijalankan.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi bagi murid sasaran
setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS
Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian dan temu bual untuk mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
1. Pemerhatian:
Rajah 2 menunjukkan analisis pemerhatian berdasarkan item dalam jadual 1 bagi melihat
peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi bagi responden setelah
menggunakan keadah PRO SPREADS.

Rajah 2: Analisis Pemerhatian bagi Mengenalpasti Pencapaian Kemahiran Membaca
Suku Kata Terbuka Jawi
10
0
80
60
40
20
Sebelum Rawatan
Selepas Rawatan I
Selepas Rawatan II
0
80

40

0
Item 3 0 40 80
0
1

"
D
o
Q.
0
1

C
C
40
20
0

E
Item 4
0 20
40
0
1

Q.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
71
Jadual 1: Item Pemerhatian bagi Mengenalpasti Pencapaian Kemahiran Membaca Suku Kata
Terbuka Jawi
___________________________________ Item ______________________
1. Dapat menyebut huruf tunggal jawi _____________________________
2. Dapat mengeja suku kata terbuka pertama sahaja __________________
3. Dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka jawi
4. Dapat membaca bahan bacaan dalam tulisan jawi __________________
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, pengkaji telah memfokuskan kepada item 2 dan 3.
Bagi item 2 mendapati sebelum sesi rawatan, 40% responden dapat mengeja suku kata terbuka
pertama sahaja. Akan tetapi selepas sesi rawatan, peratus responden meningkat kepada 60%
selepas sesi rawatan I dan 100% selepas sesi rawatan II. Seterusnya bagi item 3 iaitu membaca
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka jawi, hasil pemerhatian mendapati tiada
responden yang dapat membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka jawi dengan
betul sebelum rawatan. Namun begitu, peningkatan terus berlaku setelah sesi rawatan di mana
selepas sesi rawatan I dijalankan, peningkatan sebanyak 40% dicatatkan dan selepas sesi rawatan
II, peningkatan terus berlaku kepada 80%.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan dari segi penguasaan kemahiran
membaca suku kata terbuka jawi dalam kalangan responden setelah sesi rawatan.
2. Temu bual:
Pengkaji turut menggunakan instrumen temu bual bersama responden untuk melihat
peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi bagi responden setelah
menggunakan keadah PRO SPREADS. Jadual 2 menunjukkan hasil temu bual yang telah
dijalankan berdasarkan soalan-soalan dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 2: Jumlah Taburan Analisis Temu Bual Penguasaan Jawi oleh 5 Responden

Soalan Sebelum Sesi
Rawatan
Selepas Sesi
Rawatan I
Selepas Sesi
Rawatan II

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1 3 2 4 1 5 0
2 2 3 3 2 5 0
3 0 5 2 3 5 0
4 0 5 1 4 2 3
5 - - 3 2 5 0
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
72
1 Adakah kamu dapat menyebut huruf tunggal jawi?
Adakah kamu boleh membaca suku kata terbuka pertama jawi dengan baik?
Adakah kamu boleh membaca perkataan/ ayat yang mengandungi suku kata
terbuka jawi dengan baik?
3 Adakah anda boleh membaca bahan bacaan dalam tulisan jawi? _______________
Adakah penggunaan kaedah PRO SPREADS membantu kamu membaca suku kata
terbuka jawi dengan lebih baik?
Bagi melihat dengan lebih jelas lagi peningkatan yang berlaku, pengkaji telah
mempersembahkan taburan analisis temu bual kepada graf. Rajah 3 menunjukkan bilangan
responden yang bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh pengkaji.
2

a
o
Q.
c
c
M
.
2

I Sebelum Sesi Rawatan

Selepas Sesi Rawatan I

Selepas Sesi Rawatan

Rajah 3: Taburan Analisis Temu Bual Penguasaan Jawi Berdasarkan Soalan
Pengkaji telah memfokuskan kepada soalan 2 dan 3. Analisis daripada soalan 2 mendapati 2
orang responden boleh membaca suku kata terbuka pertama jawi sebelum sesi rawatan. Jumlah
Bil
Jadual 3: Soalan Temu Bual Penguasaan Jawi oleh Responden
Soalan

5
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
4
3
2
1
0

3 2 0 0 0
4 3 2 1 3

5 5 5 2 5

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
73
ini meningkat kepada 3 orang setelah sesi rawatan I dan 5 orang setelah sesi rawatan II. Bagi
soalan 3 pula mendapati tiada responden yang boleh membaca perkataan/ ayat yang
mengandungi suku kata terbuka jawi dengan baik sebelum rawatan. Peningkatan berlaku
setelah sesi rawatan I iaitu sebanyak 2 orang dan jumlah ini bertambah kepada 5 orang setelah
sesi rawatan kedua dijalankan.
Hasil dapatan menunjukkan kaedah PRO SPREADS dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca suku kata terbuka jawi bagi murid sasaran.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
74
Melihat perbezaan skor ujian pra dan pasca bagi murid sasaran setelah menggunakan
kaedah PRO SPREADS
Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra dan pasca untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Ujian yang dijalankan adalah berbentuk lisan. Pengkaji telah membuat dua kitaran
bagi kajian ini. Rajah 4 menunjukkan analisis pencapaian responden dalam ujian pra, pasca I
dan pasca II yang telah dijalankan ke atas responden.

100 90 80 70 60 50 40 30
20 10 0
Ujian Pra Ujian Pasca I
Ujian Pasca II
Rajah 4: Analisis
Pencapaian
Responden dalam
Ujian Pra, Pasca I dan
Pasca II

Berdasarkan rajah di atas, semua responden mencatatkan markah dari 0% hingga 30% semasa
ujian pra. Peningkatan markah berlaku di dalam ujian pasca I setelah intervensi yang pertama
dijalankan. Hasil dapatan ujian pasca 1 mendapati berlaku peningkatan markah oleh semua
responden iaitu daripada 20% hingga 50%.
Oleh kerana dapatan kajian masih belum mencapai sasaran pengkaji, pengkaji telah membuat
kitaran kedua di mana penambahbaikan daripada intervensi yang kedua dijalankan ke atas
responden. Setelah intervensi kedua dijalankan, peratusan markah responden semakin
meningkat iaitu daripada 60% sehingga 100% di dalam ujian pasca II.
Daripada hasil ujian-ujian di atas menunjukkan peningkatan di mana ujian pra mencatatkan
min skor sebanyak 14% dan ujian pasca I mencatatkan min skor sebanyak 38%. Peningkatan
turut dicatatkan dalam ujian pasca II iaitu sebanyak 84%. Perbezaan min skor ujian pasca II
berbanding ujian pra adalah sebanyak 70%.
Peningkatan markah yang berlaku menunjukkan objektif telah tercapai.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi bagi murid sasaran
setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS


so
O
S
O
O
m

m

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
75
Bagi melihat peningkatan responden dalam membaca suku kata terbuka jawi, pengkaji
menggunakan instrumen pemerhatian dan temu bual. Sebelum penggunaan kaedah PRO
SPREADS, responden didapati lemah dalam membaca suku kata terbuka jawi. Setelah
menggunakan kaedah ini, penguasaan responden didapati telah meningkat.
Kajian ini juga selari dengan kajian yang dijalankan oleh Abdullah bin Nurdin Asis (2009)
yang menyatakan bahawa kemahiran membaca bermula dari mengenal, mengecam dan
menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca perkataan, ayat seterusnya
petikan atau karangan. Aktiviti-aktiviti latih tubi menyebut suku kata KV+KV+KV, nyanyian
dan bacaan bergred dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan prestasi dari segi kemahiran
murid membaca perkataan KV+KV+KV.
Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian tindakan yang dijalankan oleh Wan Nor Shahida
binti Wan Johari (2010) yang telah menggunakan kaedah nyanyian berkinestatik yang
melibatkan lagu-lagu dan pergerakan-pergerakan tertentu. Dapatan kajian mendapati
responden mampu membaca rangkai kata jawi yang mudah dengan betul dengan menggunakan
kaedah nyanyian berkinestatik ini. Kaedah nyanyian yang digunakan hampir sama dengan
kaedah PRO SPREADS yang digunakan oleh pengkaji di mana unsur nyanyian diselitkan
dalam kaedah PRO SPREADS.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata
terbuka jawi bagi murid sasaran setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS.
Melihat perbezaan skor ujian pra dan pasca dalam membaca suku kata terbuka jawi bagi
murid sasaran setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan ketara dalam pencapaian
markah oleh kelima-lima responden selepas kaedah PRO SPREADS diperkenalkan dalam PdP
jawi. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan di mana ujian pra mencatatkan min skor
sebanyak 14% dan ujian pasca I mencatatkan min skor sebanyak 38%. Peningkatan terus
dicatatkan dalam ujian pasca II iaitu sebanyak 84%. Perbezaan min skor ujian pasca II
berbanding ujian pra adalah sebanyak 70%.
Dapatan di atas bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan Fries (1963: 230) dalam buku
Linguistic and Reading berpendapat bahawa huruf-huruf harus diajar terlebih dahulu supaya
pelajar dapat mengenali persamaan dan perbezaan bentuk-bentuk huruf dalam mengenal
perkataan.
Maria Montessori pada tahun 1964 (Kenedy 1981: 13) turut memperkenalkan Kaedah
Montessori dalam pengajaran membaca permulaan. Dalam kaedah ini, terdapat dua perkara
yang penting dalam pengajaran bacaan. Pertama adalah mengenal huruf abjad sepenuhnya dan
kedua adalah menjalani suatu rancangan bacaan yang telah sedia disusun oleh guru. Dalam
kaedah ini, kanak-kanak perlu mengenal huruf abjad terlebih kemudian baharulah mereka
mengikuti pelajaran membaca. Pelajaran dimulakan dengan mengenal bentuk-bentuk huruf,
menulis dan seterusnya membunyikan huruf-huruf. Akhirnya bunyi bunyi huruf digabungkan
untuk menyebut perkataan. Kanak-kanak perlu menguasai sesuatu peringkat sebelum
meneruskan peringkat berikutnya.
Kaedah-kaedah di atas adalah selari dengan kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji. Hasil
daripada kajian menunjukkan kejayaan dalam melihat perbezaan ujian pra dan pasca bagi
murid sasaran setelah menggunakan kaedah PRO SPREADS.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013
76
RUJUKAN
Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke Arah Penggunaan yang Lebih Meluas dan
Berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937-941.
Abdillah Nurdin Asis. (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-ayat yang
Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV. Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak.
Abdul Razak Abdul Hamid, Mokhtar Mohd. Dom. (1988). Penasihat Sidang Pengarang Yunus
Maris. Belajar Tulisan Jawi. Learn Jawi (Edisi Ketujuh). Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Hamdan Abdul Rahman. (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Husin. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca, Kaedah dan Teknik Membaca.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Syabudin Tamsir. (1985). Jawi Untuk Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti.
Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Wan Nor Shahida Wan Johari. (2010). Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata
Terbuka Jawi Bagi Murid Tahun 1 Firdaus Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer Melalui
Kaedah Nyanyian Berkinestetik. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail,
Kuala Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai