Anda di halaman 1dari 5

Posts Tagged Masalah Senario Murid Kelas Belakang Part 2 9 Mei 2009cikguTinggalkan komen Salam sejahtera..

. Murid kelas belakang majoritinya bermasalah dari segi intelek. Sebab itu guru dapat lihat perbezaan personaliti mereka berbanding dengan murid kelas hadapan. Murid kelas belakang rata-ratanya mempunyai daya taakul dan keupayaan intelek seperti kanakkanak berusia di bawah usia sebenar mereka. Jika murid itu darjah lima, mungkin corak pemikiran mereka seperti darjah tiga. Sebab itu jika kita mengarahkan mereka supaya melakukan sesuatu kerja rumah, kekerapan mereka bertanya soalan yang sama terhadap guru dalam satu-satu masa adalah sangat tinggi. Murid kelas belakang biasanya berlagak pandai. Mereka ada dalam kategori yang berikut :

tidak kisah pemalu malas tidak banyak berfikir pendiam tidak tahu apa yang berlaku dalam situasi semasa mudah khayal suka berangan lambat matang banyak cakap pakaian ada yang kurang kemas mudah lupa tidak jujur

Jika ada guru yang mengajar kelas belakang di mana semua muridnya boleh bersikap matang dan cerdik, itu satu perkembangan yang baik. Namun, disesetengah sekolah, bukan semua murid kelas belakang, cerdik. Inilah yang menjadi masalah utama kepada guru yang mengajar kelas tersebut. Bagaimana hendak mengatasi masalah ini bergantung kepada kekuatan mental dan psikologi guru, sikap dan keinginan serta keazaman tinggi yang ditunjukkan.

Sekian,

NORHAIDI BIN SARPONEN Teachers Department 2004- 2008 Rate this:

Rate This Categories:Pend.Pemulihan, PengetahuanLabel:cara mengatasi, lambat, Masalah, murid malas, Pemulihan, senario Masalah Guru Pemulihan Bahagian Akhir. 5 Mei 2009cikgu3 comments Salam sejahtera, Jika sebelum ini saya telah menyatakan masalah guru Pemulihan dari sudut masalah komunikasi dan perhubungan. Kali ini saya ingin menyambung masalah yang dihadapi oleh guru Pemulihan berhubung pelaksanaan tugas guru Pemulihan di sekolah yang sentiasa menjadi halangan. * Masalah Pelaksanaan Tugas. Secara umumnya, guru Pemulihan dikehendaki menjalankan lima peranan pemulihan seperti yang berikut : 1. Penilaian termasuk menjalankan Ujian Saringan dan Diagnostik serta menyimpan rekod. 2. Perskriptif termasuk menjalankan program individu murid lambat, mengadakan bengkel Pemulihan di peringkat sekolah.

3. Khidmat bantu termasuk membantu guru biasa mengubahsuai aktiviti dan bahan pengajaran, dan menunjuka ajar mereka 4. Teknik mengajar kanak-kanak yang lambat. 5. Mengajar termasukla mengajar secara berpasukan sekiranya keadaan memerlukan. Perhubungan yang erat dan mesra termasuk menghubungi ibu bapa untuk mendapatkan maklumat tentang anak masing-masing. Apa yang dinyatakan di atas lahir dari cara saya berfikir sahaja. Namun, anda boleh mengurang atau menambah lagi peranan guru Pemulihan di atas. Apa pun, hakikatnya, kebanyakan peranan di atas sukar dilakasanakan jika ibu bapa itu sendiri tidak memberi kerjasama yang padu. Saya sendiri hadapi kesukaran untuk merekod data murid dari pelbagai aspek kerana ibu bapa kurang memberi sambutan terhadap masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Pernah ada sepasang suami isteri menghantar anak mereka kepada saya dan berkata, cikgu, anak saya ni memang degil. Tak nak belajar. Saya pun dah tak tahu nak buat apa... Sedih dan terguris jiwa saya apabila mendengar kata-kata tersebut. Mungkin inilah akibat terlalu memanjakan anak hinggakan nak bertegas pun tak boleh. Saya faham dan terima kenyataan ini. Maklumlah, mereka juga manusia biasa yang membuat kesilapan. Begitu juga saya. Saya tidak boleh membandingkan kemahiran yang dimiliki dengan mereka. Jika ibu bapa tersebut meminta saya melakukan baik pulih enjin lori, sudah tentu saya menyerah kalah kerana saya tiada kepakaran tersebut. Begitulah halnya dengan program Pemulihan. Saya sentiasa mengesyorkan kepada ibu bapa yang kerap berjumpa dengan saya berhubung masalah anak masing-masing supaya mendapatkan nasihat daripada doktor. Apabila anak mereka sudah melalui beberapa siri ujian tertentu, doktor berkenaan akan mengeluarkan satu laporan. Salinan perubatan itu amat penting sebagai rujukan di masa hadapan dan dijadikan panduan oleh setiap Guru Pemulihan bagi merancang pelaksanaan tindakan berkualiti dalam proses pembelajaran kelak. Kadang-kadang, tugas guru Pemulihan terbatas kerana tugas mengajar murid cuma lapan waktu seminggu. Ada juga guru pemulihan yang bukan opsyen terpaksa menerima tugas ini. Ada guru yang tidak menjalankan tugas sebagai guru pemulihan dengan sebaik mungkin. Kesemua pandangan ini perlu diambil kira. Adalah tidak adil sekiranya saya bercakap akan kekurangan sesuatu pihak sahaja. Apa pun isu yang timbul berhubung pelaksanaan Program Pemulihan di sekolah, semua pihak perlu bertanggungjawab dan sentiasa saling bekerjasama demi menjamin keberkesanan program yang dirancang. Sebarang pertanyaan atau perkongsian pendapat, sila hantarkan EMAIL anda kepada saya.

Terima kasih Sekian,

NORHAIDI SARPONEN Mantan Guru Pemulihan 2004-2008 Rate this:

Rate This Categories:Pend.PemulihanLabel:bahagian akhir, email, ibu bapa, Masalah, Palaksanaan tugas Masalah Guru Pemulihan Part 1 27 April 2009cikgu4 comments Salam sejahtera, Topik kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua tentang masalah yang ditanggung oleh guru Pemulihan Khas. Pada bulan lalu, saya ada berkongsi cerita dan pengalaman kerja masing-masing dengan beberapa rakan sekerja. Kami membincangkan isu berkaitan masalah yang melanda guru Pemulihan di sesetengah sekolah. Hasil perbincangan dan perkongsian pengalaman, dapatlah saya rumuskan bahawa sesetengah guru Pemulihan (bukan semua) di sesetengah sekolah (bukan semua) di seluruh Malaysia mungkin menghadapi masalah berikut : 1. Masalah beban kerja 2. Masalah kemudahan fizikal 3. Masalah perhubungan dengan Guru Besar, guru biasa, ibu bapa dan Pegawai Pemulihan.

4. Malah Pelaksanaan Tugas

Masalah Beban Kerja

Mengikut surat pekeliling yang diedarkan, guru Pemulihan dikehendaki mengajar sebanyak 990 minit seminggu tidak termasuk 120 minit yang diperuntukkan untuk persediaan dan panduan. Guru Pemulihan juga dikehendaki memberi tumpuan terhadap murid tahun 1 hingga 3 (sistem lama kini murid tahap 1 atau tahun 2 3 sahaja. Murid tahun 4-6 dimasukkan dalam program PROTIM) Mengikut kajian yang dijalankan, guru Pemulihan telah dibebankan dengan terlalu banyak kerja yang tiada kaitan dengan tugas mereka. Ada guru Pemulihan diberi peranan lain sebagai setiausaha sukan sekolah, ditugaskan mengajar subjek PJK, Muzik, Matematik, Bahasa Melayu, menggantikan guru pra-sekolah yang cuti bersalin dan banyak lagi. Akibat daripada tugas-tugas yang terlalu banyak ini, maka kadang-kala tugas guru Pemulihan banyak yang tergendala. Apabila sudah banyak tergendala, maka kerja kelas Pemulihan secara langsung akan terganggu dan terjejas. Pada kebiasaannya, guru Pemulihan lebih kerap diberikan kelas ganti kerana ada guru yang tidak hadir. Akibatnya, guru Pemulihan mengalami amat banyak gangguan dalam usahanya membetulkan anak didiknya yang bermasalah. Pada pendapat saya , guru Pemulihan boleh menjadi guru ganti dengan syarat kelas yang diganti tidak bertindih dengan jadual mengajar pada hari tersebut. Guru Pemulihan juga mempunyai pilihan untuk menolak jawatan yang dianggap membebankan dan mengganggu tugas utama di Kelas Pemulihan. Walau bagaimana pun, cara menolak jawatan itu perlulah dengan menggunakan budi bicara yang profesional. Sekian,

Anda mungkin juga menyukai