Anda di halaman 1dari 11

TUTORIAL 2 Asal usul Kaum Brunei

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

Etnik Brunei adalah salah satu kaum minoriti di Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan, Membakut, Beaufort, Negara Brunei Darussalam dan terdapat juga di Lawas dan Limbang Sarawak. Asal usul etnik ini di Sabah sangat berkait rapat dengan sejarah Kesultanan Brunei. Suatu masa dahulu, sebelum kedatangan penjajah British di Sabah, Sabah merupakan salah satu jajahan takluk Kesultanan Brunei. Oleh sebab itulah terdapatnya etnik Brunei di Sabah. Sabah mula terpisah Kesultanan Brunei pada 11 Ogos 1865 apabila konsul Amerika, Charles I. Moses menubuhkan American Trading Company di Ellena (Kimanis), Sabah. Ini diikuti lagi dengan penjajahan British, Jepun, British Colony dan akhirnya sehinggalah penyertaan Sabah dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Kelahiran Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu, maka adalah diperlukan untuk membersihkan atau dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah di bawah tanggungjawab jururawat, bidan, bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan menyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit dan dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih. Sunat atau Sunnah memberi ucapan tahniah dan menggembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak. Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada ibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak. Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Selain itu, disunatkan juga untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja. Salah satu hikmah atau kelebihan melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar. Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma atau tamar, selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal atau Muazzin, Ulama, Syeikh dan sebagainya, dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar. Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik. Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai. Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali. Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahirannya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga dikenali sebagai kerak kepala dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan, bercukur menggalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir. Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi lebih afdhal atau yang lebih baik dilakukan pada hari ketujuh sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain. Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah. Atucara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti menggunting rambut bayi, Nasyid, selawat, bacaan Al-Quran, solat sunat syukur, bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran. Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung. Makanan dan minuman turut diberikan kepada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu. Sunat berkhatan. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki. Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat yakni sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah.Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah. Para saintis moden telah menggalakkan khatan kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS. Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan. Bagi kes kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan keatas, pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim. Sesetengah Ulama juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak berkhatan adalah dihukum bunuh. Bagi melaksanakan ibadah berkhatan ini, pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran.

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

Perkhawinan Perkahwinan sememangnya lumrah pada setiap manusia sejak zaman dahulu lagi di serata dunia. Namun yang membezakannya adalah cara perlaksanaan atau konsep sesuatu adat tersebut.Tidakketinggalan juga Negara kita mempunyai keunikan tersendiri dalam sesebuah majlis. Di antara majlis dalam adat perkahwinan Melayu Brunei yang sering dilangsungkan adalah majlis merisik, majlis akad nikah, malam berjaga-jaga, majlis berbedak,majlis berpacar, majlis bersanding dan majlis berambil-ambilan. Sebelum berlakunya majlis perkahwinan, terdapat satu adat berjarum-jarum yang dinamakan adat Merisikyang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Brunei. Selalunya mengikut adat ini, wakil keluarga lelaki yang biasanya terdiri dari dua orang lelaki atau perempuan yang sudah berumur pergi merisik ke rumah keluarga peermpuan yang bakal dipinang.Sehubungan itu, bagi masyarakat Melayu Brunei wakil yang datang membawa sebentuk cincin sebagai tanda pembuka mulutsebagai tanda pinangan dari wakil pihak lelaki untuk menandakan bahawa pihak perempuan itu sudah berpunya. Setelah itu mereka akan menetapkan hari perkahwinan dan majlis-majlis seterusnya untuk memudahkan segala urusan. Akad nikah merupakan perkara yang paling penting dalam setiap perkahwinan. Tanpa berakad nikah, tentunya pasangan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin akan gagal bergelar suami dan isteri. Rukun nikah yang menjadikan perkahwinan menjadi kenyataan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi, ijab dan Kabul. Majlis akad nikah biasanya diadakan di rumah pengantin lelaki. Tetapi ada juga yang menyelanggarakan di rumah perempuan, tertakluk pada persepakatan dan persetujuan kedua-dua belah pihak. Pengantin lelaki yang melafazkan 'kabul' iaitu jawapan daripada ijab jurunikah mestilah jelas kedengaran. Jikalau kurang jelas, terpaksalah diulang semula ijab dan kabul. Apabila keduadua saksi berpuas hati dan mengesahkan kabul pengantin lelaki tadi, barulah proses berakad nikah itu sempurna. Majlis akad nikah ini bukan sahaja diadakan oleh puak jati Melayu Brunei, malah ia dilakukan oleh Puak jati Tutong, Belait, Kedayan, Dusun ,Murut dan Bisaya yang beragama Islam akan berkembangnya dakwah islam di serata negeri. Selesai majlis akad nikah, barulah majlis-majlis yang lain dilaksanakan. Pada zaman sekarang, terdapat sedikit perbezaan setelah melaksanakan akad nikah, pengantin terus melangsungkan persandingan bagi tujuan untuk memudahkan segala urusan, memendekkan jangka masa dan mengurangkan pembaziran dari belanjawan perkahwinan.

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

Dalam masyarakat Melayu Brunei majlis Malam berjaga-jaga adalah sebagai perlambangan hidup kekeluargaan yang intim dan amat rapat. Menerusi aktiviti malam berjaga-jaga ini, yang kebiasaannya diadakan seminggu sebelum menjelangnya Majlis bersanding atau selepas sempurnanya majlis akad nikah. Keluarga bakal pengantin akan mengadakan pelbagai kegiatan pada sebelah malam. Di antara tujuan untuk malam berjaga-jaga itu ialah untuk merapatkan hubungan keluarga dan memberi kesempatan kepada semua golongan bersuka ria, sesuai dengan majlis perkahwinan. Permainan yang sering diadakan ialah seperti permainan catur, dam, kapit dan pasang. Di samping itu ada juga acara penambangan syair dan berdiang dangan. Majlis Malam Berjagajaga ini masih dipraktikkan hingga sekarang. Namun ada sedikit perubahan pada segi permainan yang diadakan. Sekarang majlis Malam Berjaga-jaga sering diadakan karaoke, tiket bertuah, lotto, sejuta makna, kuiz-kuiz dan sebagainya. Majlis berbedak dalam masyarakat Melayu Brunei juga dikenali sebagai Malam Masuk Berbedak. Majlis ini berbeza sedikit daripada majlis Berbedak Mandi, kerana jemputan yang diundang lebih ramai daripada majlis berbedak mandi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Majlis ini agak meriah dan diadakan di kedua-dua rumah bakal pengantin. Mula-mula diadakan di rumah bakal pengantin perempuan, selepas itu baharulah diadakan di rumah bakal pengantin lelaki. Pada kebiasaannya keperluan untuk majlis ini bagi bakal pengantin perempuan ialah bedak lulut, bedak malam, segangsa , bunga-bungaan, langsir, dian empat pucuk, dian kecil dua kotak, dan pakaian persalinan seperti kain putih, tuala dan kain baju yang disediakan oleh keluarga bakal pengantin perempuan. Bapa bakal pengantin merupakan orang yang mula-mula sekali membedaki bakal pengantin dan selepas itu diikuti oleh bakal bapa mentua. Apabila kaum lelaki membedaki, baharulah giliran perempuan memulakannya dengan didahului oleh ibu bakal pengantin dan ibu mentua bakal pengantin. Namun majlis ini sudah tidak berapa lagi diadakan pada malam hari pada zaman sekarang. Perubahan Ini ialah untuk memudahkan kaum kerabat yang tinggal jauh menghadirkan diri ke rumah pengantin. Apa yang penting, Majlis Berbedak ini ialah untuk memberi seri wajah kepada bakal pengantin sewaktu melaksanakan majlis persandingan. Majlis berpacar merupakan acara yang tidak kurang pentingnya di dalam masyarakat Melayu tradisional di negara Brunei. Di Semenanjong Malaysia, majlis ini dipanggil sebagai majlis berinai. Di negara kita majlis ini dilakukan sekali saja, iaitu pada sebelah malam sehari sebelum menjelangnya Hari Persandingan. Majlis ini dilakukan secara berasingan di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Di dalam majlis tersebut, upacaranya hanya dihadiri oelh

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

sebilangan kecil orang-orang tua dan ahli keluarga yang terdekat. Di dalam upacara itu, pengantin akan duduk di sisi katil bilik dengan kedua-dua belah kaki dihanjurkan ke hadapan. Orang yang akan memulakan upacara itu adalah kedua ibu bapa bakal pengantin dan diikuti oleh para jemputan. Setelah selesai memacari pengantin, pacar-pacar yang diletakkan itu akan ditambah dengan pacar-pacar yang baru agar lebih tersusun. Perkara ini dilakukan oleh pengangun dengan dibantu oleh beberapa perempuan yang lanjut usia. Pacar-pacar yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki itu boleh dibuka dalam masa 2 atau 3 jam. Akhir sekali, pacar merupakan sebuah lambang bagi dua pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Di dalam adat perkahwinan puak Melayu Brunei , satu upacar yang mesti dilaksanakan sehingga ke hari ini dikenali sebagai Majlis bersanding. Adat tersebut diadakan bagi memperlihatkan pasangan yang sudah berkahwin dan untuk memeriahkan lagi suasana perkahwinan dengan pakaian yang cantik, berwarna-warni dan sebagainya. Majlis bersanding juga sentiasa diiringi hadrah dan lagu-lagu yang berirama perkahwinan bagi mengambil rasa kemeriahan majlis tersebut. Pada masa dahulu, majlis persandingan ini sering diadakan dengan gotong-royong saudara mara , jiran-jiran dan sahabat handai. Namun, sekarang sudah berbeza, zaman semakin berkembang, urusan permakanan kebanyakan dilakukan dengan mengupah catering untuk mengendalikan permakanan. Di dalam pihak pengantin lelaki, pengatin lelaki akan ikut berziarah bersama bapa pengantin. Berbeza dengan pengantin perempuan yang hanya di bilik menunggu kedatangan pengantin lelaki. Apabila pihak pengantin lelaki sampai, acara persandingan dimulakan dengan tiga kali pusingan, selawat dan doa dan diteruskan dengan persandingan. Adat 'berambil-ambilan' diamalkan oleh puak Melayu Brunei dan dilakukan pada malam selepas persandingan yang dilangsungkan pada siang harinya di rumah pengantin perempuan. Adat ini dilakukan dengan pihak pengantin lelaki menghantar beberapa talam yang berisi makanan seperti nasi, lauk-pauk, dagig dan sayur-sayuran ke rumah pengantin perempuan. Hantaran tersebut menjadi hindgan makan malam kedua-dua pengantin. Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan mengambil isterinya dan terus membawa ke pelaminan untuk upacara bersanding. Tujuannya adalah untuk memberi peluang pada pihak pengantin lelaki menyaksikan persandingan tersebut. Adat ini juga boleh mewujudkan gurau senda serta usik mengusik kerana kedua pengantin akan diusik oleh sanak saudara mereka atau jemputan yang hadir dan menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah dengan kata-kata yang melucukan.

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

Selepas majlis bersuap-suapan, kedua pengantin akan menziarahi kedua ibu bapa mereka dan semua sanak saudara yang hadir dalam upacara itu. Adat ini bukan sahaja dipraktikkan oleh puak jati Melayu Brunei, malah Puak Jati Brunei yang lainnya seperti puak Kedayan, puak Dusun, puak Murut, puak Bisaya yang beragama Islam.

Kematian Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuan. Pertamanya, keluarga si mati akan menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati. Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali mati syahid) . Proses memandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati. Ianya meliputi membersihkan seluruh bahagian badan si mati menggunakan kapur barus dan mengeluarkan sisa-sisa perkumuhan dari tubuhnya. Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama yang menyatakan bahawa si mati perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam keadaan bersih. Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini mendukung maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan melibatkan

penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan tersebut. Sesudah jenazah dikafankan, jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda yang diliputi kain bertulisan ayat-ayat suci al-Quran. Jenazah kemudiannya dibawa ke masjid atau surau berhampiran untuk disolatkan. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu. Mayat dengan kerandanya itu dimasukkan ke dalam kubur yang disedia. Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di kepala. Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Seterusnya upacara membaca talkin dan menbaca doa kepada si mati akan dijalankan oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas talkin

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

dan doa habis dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur . Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh.

Pantang larang Dalam kesusasteraan tradisional Brunei, terdapat banyak pantang-larang yang dipatuhi akan tegahannya sama ada jika sesuatu tegahan dilanggar akan dijatuhkan hukuman ke atas si pelaku atau hanya dilarang sahaja tanpa dijatuhkan sebarang hukuman. Perkara ini tergantung pada situasi tertentu sama ada larangan itu adalah dari raja atau dari rakyat. Jika larangan itu dibuat oleh raja, maka hukuman akan dijatuhkan kepada si pelaku yang melanggar larangan tersebut menurut undang-undang yang telah ditetapkan. Begitu juga sebaliknya, jika larangan itu adalah berasal atau dibuat oleh rakyat sendiri, tiada hukuman akan dijatuhkan kepada si pesalah malah terdapat ia hanya sebagai sekadar larangan yang mungkin saja terselit banyak motif disebalik larangan tersebut. Pantang larang yang boleh dilihat berdasarkan Hukum Kanun Brunei ialah seperti larangan kepada rakyat biasa daripada memakai sebarang pakaian yang berwarna kuning. Kerana menurut kepercayaan orang Melayu amnya dan orang Brunei khasnya, warna kuning memiliki unsur mana yang juga mengandung kekuatan atau kekuasaannya yang tersendiri. Pendek kata, warna kuning adalah milik atau kepunyaan raja yang tidak boleh dimiliki atau dipakai oleh rakyat biasa. Jika larangan ini dilanggar, maka hukuman bunuh akan dijatuhkan ke atas si pelakunya. Berikut diperturunkan Fasal dalam Hukum Kanun Brunei tentang larangan kepada rakyat daripada memakai pakaian yang berwarna kuning. Jika sekiranya larangan itu dilanggar, maka hukuman bunuh akan diberikan ke atas pelakunya. Fasal yang pertama pada menyatakan adat majlis segala raja dan pakaian segala raja dan segala larangannya raja itu dipakai segala rakyat itu. Maka ketahui olehmu bahawa tiada harus dipakai seperti kekuningan pada orang besar-besar itu, jikalau dipakai oleh orang lain dengan tiada anugerah itu, dibunuh hukumnya itu. Perkara ini dikukuhkan lagi berdasarkan serangkap pantun Brunei yang menyatakan ketinggian darjat warna kuning. Warna kuning digunakan untuk kenaikan raja sahaja yang digambarkan begitu pantas serta sakti.

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

Lancang Kuning tangkas dan laju Kenaikan raja yang amat sakti Jika dipandang sepintas lalu, belum terasa senang di hati.

Selain pantang larang tentang tegahan rakyat dari memakai sebarang pakaian yang berwarna kuning, terdapat juga tegahan lain yang boleh membawa hukuman bunuh seperti larangan kepada rakyat dari melanggar perintah raja. Perkara ini juga tergambar dalam Hukum Kanun Brunei dalam bab kedua Fasal yang kedua pada menyatakan hukum bahasa segala raja-raja itu lima perkara. Tiada dapat kita menurut kata ia melainkan dengan titah tuan kita juga. Pertama 7 titah, kedua patik, ketiga murka, keempat kunia, kelima anugerah. Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia dan jikalau hamba raja mengatakan dia dibunuh hukumannya. jikalau orang lain digucuh. Selain pantang larang yang dibuat oleh golongan atasan, terdapat juga pantang larang yang dibuat oleh rakyat biasa. Pantang larang sebegini hanya melarang masyarakatnya dari melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak lazim untuk dilakukan atau sumbang di mata masyarakat untuk dilakukan. Di sebalik larangan tersebut, terungkap motif-motif yang tertentu. Umpamanya pantang larang yang berbunyi berabai rambut semasa memasak menjauhkan rezeki. Pantang larang ini ditujukan kepada semua orang khususnya kepada perempuan yang sedang memasak. Larangan ini dibuat adalah semata-mata bertujuan menghindari dari sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti dengan rambut yang berabai, dikhuatiri rambut jatuh ke dalam masakan. Jika masakan atau makanan sudah bercampur dengan rambut, dengan sendirinya ia dianggap kotor dan orang hendak makan akan berasa kambang liur dan mungkin akhirnya makanan itu dibuang begitu sahaja sehinggalah berlaku pembaziran. Sebagai pengajaran, pantang larang ini merupakan peringatan daripada orang tua-tua agar anak-anaknya supaya sentiasa berkeadaan bersih dan kemas ketika memasak. Agama kita juga menitikberatkan soal kebersihan dalam kehidupan kita. Dari contoh-contoh di atas ternyata kesusasteraan tradisional Brunei menggambarkan nilai sosial dan budaya masyarakat Brunei. Pantang-larang yang tergambar lewat karya-karya sastera tradisional Brunei merupakan salah satu nilai budaya yang

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

menggambarkan masyarakat Brunei yang sememangnya memiliki sistem kehidupan yang beradat dan berperaturan demi menjaga kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Kesesuaian patang larang pada masa kini Bagi pantang larang untuk pemakaian pakaian berwarna kuning, dimana rakyat yang dilarang mengenakan pakaian yang berwarna kuning. Menurut pantang larang kaum Brunei, rakyat yang memakai pakaian berwarna kuning akan dihukum bunuh. Pantang larang ini kurang sesuai diamalkan pada zaman atau era kini, ini kerana kuning juga merupakan warna yang banyak digunakan dalam fesyen-fesyen pemakaian terkini. Sepatutnya, semua individu layak memakai apa sahaja warna pakaian yang dikehendakinya. Ini adalah bagi memenuhi kehendak dan keselesaan pengguna dan pembeli pakaian. Oleh itu, semua orang layak mengenakan pakaian berwarna kuning. Disamping itu, kita juga seharusnya menghormati warna kuning itu sendiri kerana ia adalah warna kebesaran DiRaja. Seterusnya, pantang larang menderhakai atau melanggar perintah raja. Pantang larang ini masih relevan dan sesuai diamalkan sehingga hari atau zaman ini. Ini bersesuaian dengan Negara dan negeri melayu yang taat setia kepada raja dan pemerintah. Semasa menghadap baginda raja, adab-adab dan istiadat perlulah diambil berat. Antaranya termasuklah bahasa yang digunakan perlulah hamba atau patik dan sebagainya yang sesuai. Sesungguhnya kedudukan raja perlulah diambil berat kerana bagindalah yang menguruskan kerajaan, mengambil berat hal-hal dan kesulitan yang dihadapi rakyat dan memikirkan cara atau kaedah meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjamin keselamatan Negara atau negeri pimpinannya. Selain itu, pantang larang berabai rambut semasa memasak akan menjauhkan rezeki. Pantang larang ini juga masih relevan. ini bagi memastikan kebersihan masakan yang dimasak itu terjamin dari sebarang bendasing atau kotoran. Orang perempuan dilarang berabai rambut semasa memasak adalah kerana dikhuatiri akan jatuh rambutnya yang gugur itu nanti ke dalam masakan. Ini pastinya akan menyebabkan masakan tersebut terjejas dari aspek kebersihan dan mungkin juga rasa makanan itu sendiri. Selain itu, ini juga bagi mengelakkan orang yang makan makanan tersebut tidak akan berasa mual atau jijik terhadap makanan yang dimasak. Sekiranya mereka mual atau jijik terhadap makanan tersebut, pastinya makanan tersebut akan dibuang kerana tiada yang ingin memakannya. Ini akan mendorong kepada berlakunya pembaziran. Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan yang tidak baik dan harus dihindari. Kaum Brunei sememangnya amat menitikberatkan kebersihan dan kesopanan dan apa jua

TUTORIAL 2

MOHD GHADAPI BIN JUA

EDU 3106

perkaran yang dilakukan. Sememangnya pantang larang ini amat sesuai dan masih relevan diamalkan sehingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai