Anda di halaman 1dari 29

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 1 2014
i

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL JATI DIRI

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3. KATA PENGANTAR 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian vi vii viii

1 1 2 2

2 2

4 4 4 6 11-28

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional ialah satu mata pelajaran yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat menjadikan nilai-nilai universal sebagai panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti dan bermoral terhadap setiap keputusan serta tindakan yang dilakukan. Mata pelajaran ini juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahirankemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dengan pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu melahirkan modal insan yang berkemahiran. Murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-ROM, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,

murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 140 waktu setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Moral paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PENDIDIKAN MORAL

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)


Matlamat Modul Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang teguh kepada nilai universal berasaskan prinsip moral untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraaan negara serta masyarakat global. Objektif Modul

Di akhir modul ini, murid akan dapat;


1. 2. 3. 4. 5. . Mengenal pasti nilai-nilai universal berasaskan prinsip moral Mengamalkan budi pekerti mulia berasaskan prinsip moral Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan akauntabiliti Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial untuk kesejahteraan diri dengan keluarga,jiran,sekolah,masyarakat dan negara Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal dalam kehidupan seharian bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Moral memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai (kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu, menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk menghadapi abad ke-21.

FOKUS MATA PELAJARAN

PE NA A KU L A N M OR A L

INSA N BERA KHLA K M ULIA

PER A SAA N MO RA L

PE RL A K UA N M O R AL

i.

Penaakulan Moral Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif.

ii.

Perasaan Moral Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

iii.

Perlakuan Moral Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional digubal mengikut tema dan mengandungi tiga (3) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut :

TINGKATAN

TEMA

Diri, Keluarga dan Persahabatan

1 hingga 3

Diri, Komuniti dan Masyarakat

Moraliti, Peraturan dan Undang-Undang

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional adalah seperti berikut :

1. Kepercayaan Kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan secara tulus ikhlas. 3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 4. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 5. Harga Diri Memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. 6. Hemah Tinggi Beradab dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan sesama manusia. 7. Hormat Menghargai seseorang dan peraturan institusi sosial. 8. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

9. Kebebasan Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.

10. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. 11. Kejujuran Kewajipan bercakap benar bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

12. Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 13. Kerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. 14. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 15. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi.

16. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. 17. Patriotisme Bangga dan taat setia kepada negara. 18. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham.

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL Kemahiran Utama

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.

Kemahiran Pemikiran Kreatif

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. dalam

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral diri.

Kemahiran Mengkaji Masa Depan

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan dalam kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

Kemahiran Teknologi Maklumat

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

PENILAIAN Bagi mengukur pembelajaran murid dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral, pelbagai kaedah penilaian digunakan. Beberapa bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah ujian, tugasan individu dan berkumpulan, pemerhatian, senarai semak dan kerja amal.

Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan diberikan kepada perkembangan dan penguasaan kemahiran berfikir serta kemahiran belajar. Ini membolehkan murid membuat keputusan secara bijak dan rasional dalam menghadapi cabaran hidup. Kepelbagaian kecerdasan dan latar belakang murid perlu diambil kira bagi memupuk, mengukuh dan memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Usaha ini diharap membentuk insan yang peka kepada isu atau konflik yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan yang berlaku ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup.

PEMETAAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PROGRAM ASAS VOKASIONAL (PAV) TINGKATAN 1-3 BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL STANDARD KANDUNGAN 1. Membentuk kecemerlangan diri, keluarga dan persahabatan Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : Menyatakan, menceritakan, menyenaraikan, menyedari dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Cadangan Nilai: Nilai kepercayaan kepada Tuhan Nilai baik hati Nilai hemah tinggi Nilai hormat Nilai harga diri Nilai kasih sayang Nilai kesyukuran Nilai bertanggungjawab TINGKATAN 1 1.1 Mengenal pasti kepelbagaian agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia STANDARD PEMBELAJARAN TINGKATAN 2 1.1 Menghargai anugerah Tuhan TINGKATAN 3 1.1 Melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan masingmasing

1.2 Melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan diri

1.2 Membentuk perwatakan diri yang cemerlang

1.2 Membina kecemerlangan diri

1.3 Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

1.3 Melaksanakan cara hidup keluarga bahagia

1.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan.

1.4 Menjalin persahabatan dengan rakan sebaya

1.4 Menjalin persahabatan yang baik

1.4 Memuliakan persahabatan

2. Melaksanakan kecemerlangan diri dalam komuniti dan masyarakat Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : Menyatakan, menyenaraikan, menyedari, menunjukkan dan mengamalkan tanggungjawab diri.

TINGKATAN 1 2.1 Mengamalkan gaya hidup sihat

TINGKATAN 2 2.1 Membentuk diri menjadi remaja berhemah

TINGKATAN 3 2.1 Melibatkan diri dalam kegiatan sosial masyarakat

2.2 Mengekalkan kesejahteraan 2.2 Menghargai kepelbagaian perayaan di Malaysia hidup berjiran Cadangan Nilai: Nilai berdikari Nilai bertanggungjawab Nilai kerjasama Nilai patriotisme Nilai toleransi Nilai rasional Nilai kerajinan

2.2 Membina semangat kekitaan

2.3 Menjaga keselamatan kawasan kediaman

2.3 Menyumbang ke arah pembentukan masyarakat penyayang

2.3 Menyumbang ke arah melahirkan masyarakat cemerlang

2.4 Melaksanakan aktiviti kitar 2.3 Mengekalkan keindahan semula alam sekitar di tempat awam

2.4 Mengamalkan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Repair, Rethink)

3. Mematuhi moraliti, peraturan dan undang-undang Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : Menyatakan, menyenaraikan, menyedari, menceritakan, melaksanakan dan menunjukkan penghargaan kepada masyarakat sejagat. Cadangan Nilai: Nilai kasih sayang Nilai kerjasama Nilai kejujuran Nilai kesederhanaan Nilai keberanian Nilai bertanggungjawab Nilai kebebasan

TINGKATAN 1 3.1 Mengamalkan adab di rumah

TINGKATAN 2 3.1 Mengamalkan adab di tempat awam

TINGKATAN 3 3.1 Mengamalkan adab dalam majlis rasmi

3.2 Mengelakkan ketagihan yang membawa mudarat

3.2 Mengamalkan Etika Alam Siber

3.2 Menghindarkan diri daripada terlibat dalam jenayah juvenil

3.3 Mematuhi peraturan di sekolah

3.3 Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya

3.3 Mematuhi hak kebebasan bersuara

3.4 Mengamalkan peraturan keluarga

3.4 Menghormati norma kejiranan

3.4 Memelihara norma dalam komuniti

3.5 Mematuhi Hak KanakKanak

3.5 Menjauhi perlakuan rasuah

3.5 Mematuhi undangundang untuk kedamaian sejagat

TINGKATAN 1 : TEMA 1 DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1.1 Mengenal pasti kepelbagaian agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia

1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4

Menyatakan kepelbagaian agama di Malaysia. Menyatakan kepelbagaian kepercayaan di Malaysia. Menyatakan kesedaran kewujudan tempat ibadat bagi setiap agama di Malaysia. Melaksanakan amalan beribadat mengikut agama masing-masing.

1.0 Mengenal kecemerlangan diri, keluarga dan persahabatan

1.2 Melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan diri

1.2.1 1.2.2 1.2.3

Menyenaraikan ciri-ciri penampilan diri yang baik. Menyatakan kesedaran mempunyai penampilan diri yang baik. Mengamalkan penampilan diri yang baik dalam kehidupan seharian.

1.3 Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

1.3.1 1.3.2 1.3.3

Menyatakan tanggungjawab diri dalam keluarga. Menyatakan kesedaran tentang tanggungjawab dalam keluarga. Mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Menyenaraikan ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Menyatakan perasaan mempunyai rakan sebaya. Membina hubungan persahabatan yang baik dengan rakan sebaya.

1.4 Menjalin hubungan dengan rakan sebaya

1.4.1 1.4.2 1.4.3

TINGKATAN 1 : TEMA 2 DIRI, KOMUNITI DAN MASYARAKAT

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2.1 Mengamalkan gaya hidup sihat

2.1.1 2.1.2 2.1.3

Menyatakan cara mengamalkan gaya hidup sihat dalam komuniti kejiranan. Menyatakan kesedaran amalan gaya hidup sihat dalam komuniti kejiranan. Menunjukkan amalan gaya hidup sihat dalam komuniti kejiranan.

2.2 Mengekalkan kesejahteraan hidup berjiran

2.2.1 2.2.2 2.2.3

Mengenal pasti latar belakang jiran tetangga. Menyatakan kesedaran hidup berjiran yang baik. Mengamalkan cara hidup berjiran yang baik.

2.0 Mengaplikasikan kecemerlangan diri dalam komuniti dan masyarakat

2.3 Menjaga keselamatan kawasan kediaman tanggungjawab bersama

2.3.1 2.3.2 2.3.3

Menyatakan cara menjaga keselamatan kawasan kediaman. Menyatakan perasaan hidup dalam kawasan kediaman yang selamat. Mengamalkan cara menjaga keselamatan di kawasan kediaman.

2.4 Mengekalkan keindahan alam 2.4.1 Menyatakan cara-cara menjaga kebersihan di kawasan sekitar di tempat awam perniagaan. 2.4.2 Menyatakan kesedaran keperluan menjaga kebersihan di kawasan perniagaan. 2.4.3 Menunjukkan perlakuan positif terhadap pengabaian kebersihan di tempat awam.

TINGKATAN 1 : TEMA 3 MORALITI, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

3.1 Mengamalkan adab di rumah

3.1.1 3.1.2 3.1.3

Menyatakan adab di rumah. Menyatakan kesedaran beradab di rumah. Mengamalkan adab di rumah.

3.2 Mengelakkan ketagihan yang membawa mudarat

3.2.1 3.2.2 3.2.3

Menyenaraikan dengan jelas perlakuan yang menunjukkan ketagihan yang membawa mudarat. Menyatakan kesedaran menjauhi ketagihan yang membawa mudarat. Menjauhi ketagihan yang membawa mudarat.

3.0 Mematuhi moraliti, peraturan dan undang-undang

3.3 Mematuhi peraturan di sekolah

3.3.1 3.3.2 3.3.3

Menyatakan dengan jelas peraturan di sekolah. Menyatakan dengan jelas kesedaran mematuhi peraturan sekolah. Mematuhi dengan betul peraturan di sekolah.

3.4 Mengamalkan peraturan keluarga

3.1.1 Menyatakan norma tradisi keluarga. 3.1.2 Menyatakan kesedaran mengekalkan norma tradisi keluarga 3.4.3 Mengamalkan norma tradisi dalam keluarga.

3.5 Mematuhi Hak Kanak-Kanak

3.4.4 Menyatakan dengan betul hak asasi kanak-kanak. 3.4.5 Menyatakan kesedaran pengabaian hak asasi kanak-kanak. 3.4.6 Bersikap positif mempertahankan hak asasi kanak-kanak.

Terbitan:

20

Anda mungkin juga menyukai