Anda di halaman 1dari 177

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

KERJA ASAS PEMBINAAN


TINGKATAN 1 2014

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL UMUM PRA-VOKASIONAL

KERJA ASAS PEMBINAAN


TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3. KATA PENGANTAR 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian vi vii viii

1 1 1 1

2 2

4 4 4 4 5 6-10

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.
1

PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 20 waktu seminggu selama 4 minggu menjadikan keseluruhan 80 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Kejuruteraan Awam paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

KERJA ASAS PEMBINAAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Standard Kerja Asas Pembinaan adalah untuk menyediakan murid menjadi modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif seiring dengan perkembangan teknologi, mengamalkan elemen pendidikan kewangan dan keusahawanan serta berkeupayaan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pembinaan. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat; 1. Mengamal peraturan keselamatan mengikut SOP bengkel dan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Act-OSHA). 2. Merekabentuk tanda keselamatan di bengkel. 3. Mengguna peralatan kerja asas pembinaan. 4. Meneroka kegunaan kayu sebagai bahan binaan. 5. Menghasil produk berasaskan kayu untuk dekorasi dalaman. 6. Membuat kerja penyambungan paip PVC. 7. Mengamal pendidikan kewangan dan keusahawanan dalam membuat anggaran kuantiti dan kos. 8. Mengaplikasi teknologi maklumat (IT) dalam kerja asas pembinaan. Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang kejuruteraan awam memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah 4

Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

STANDARD KANDUNGAN 1.0 MENGAMALKAN KESELAMATAN DIRI DAN PERATURAN KESELAMATAN MENGIKUT STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP) BENGKEL DAN OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT (OSHA). 1.1

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

Mengamalkan keselamatan diri dan 1.1.1 Menyatakan keselamatan diri berkaitan kesihatan, pakaian, bengkel mengikut Standard fizikal dan sikap.(kemahiran komunikasi). Operational Procedure (SOP) bengkel 1.1.2 Menyatakan amalan keselamatan bengkel mengikut SOP dan keperluan Occupational Safety bengkel dan keperluan OSHA. and Health Act (OSHA). (kemahiran membuat keputusan). 1.1.3 Menyenaraikan peralatan keselamatan dan kegunaannya berdasarkan keperluan. (mengumpul maklumat) 1.1.4 Menyatakan amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin. (kemahiran komunikasi). 1.1.5 Mengamalkan etika kerja dan budaya keselamatan diri dengan mengambil perlindungan diri insuran/takaful. (kemahiran pengurusan kewangan)

2.0 MEREKABENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL.

2.1

Mengenal pasti jenis alat dan bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik.

2.1.1 Menamakan jenis alat dan bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik. (kemahiran komunikasi) 2.1.2 Menyenaraikan jenis peralatan dan bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik. (kemahiran mengumpul maklumat) 2.1.3 Memilih peralatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk asas lukisan teknik. (kemahiran membuat keputusan)

2.2

Mengenal pasti jenis rekabentuk logo keselamatan.

2.2.1 Menyenaraikan jenis rekabentuk logo keselamatan.)(kemahiran merancang). 2.2.2 Memilih jenis rekabentuk logo keselamatan berdasarkan jenis logo. (kemahiran membuat keputusan).

STANDARD KANDUNGAN 2.3

STANDARD PEMBELAJARAN Mengenal pasti bentuk binaan geometri asas.

KRITERIA PENCAPAIAN 2.3.1 Menyenaraikan bentuk binaan geometri asas. (kemahiran memilih) 2.3.2 Melakar bentuk binaan geometri asas untuk menghasilkan logo. (kemahiran menulis)

2.4

Meneroka jenis logo keselamatan menggunakan Teknologi Maklumat. Mengenal pasti alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

2.4.1 Menghasilkan buku skrap mengikut jenis logo keselamatan dengan lengkap dan kemas.(kemahiran mendokumentasi) 3.1.1 Menyenaraikan alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip dengan betul. (kemahiran mengumpul maklumat) 3.1.2 Menyatakan fungsi alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip dengan betul. (kemahiran komunikasi berkesan)

3.0 MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN UNTUK KERJA BINAAN.

3.1

3.2

Mengenal pasti fungsi alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

3.2.1

Memilih alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip dengan betul. (kemahiran membuat keputusan).

3.2.2 Menggunakan alat tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip berdasarkan fungsi dengan betul. (kemahiran mengaplikasi teknologi). 4.0 MENGHASILKAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU. 4.1 Mengenal pasti kategori kayu yang digunakan sebagai bahan binaan. 4.1.1 Menyatakan kategori kayu yang digunakan sebagai bahan binaan. (kemahiran komunikasi berkesan) 4.1.2 Menyenaraikan jenis kayu yang digunakan sebagai bahan binaan. (kemahiran mengumpul maklumat). 4.2 Mengenal pasti jenis bahan berasaskan kayu. 4.2.1 Menyatakan jenis bahan berasaskan kayu.(kemahiran komunikasi berkesan) 4.2.2 Menyenaraikan jenis bahan berasaskan kayu. (kemahiran mengumpul maklumat) 7

STANDARD KANDUNGAN 4.3

STANDARD PEMBELAJARAN Mengenal pasti kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan. Meneroka kegunaan kayu sebagai bahan binaan dengan menggunakan Teknologi Maklumat. Mengenal pasti langkah kerja menghasilkan bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

KRITERIA PENCAPAIAN 4.3.1 Menyatakan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan. (kemahiran membuat keputusan). 4.4.1 Menghasilkan buku skrap tentang kegunaan kayu sebagai bahan binaan dengan lengkap dan kemas.(kemahiran mendokumentasi) 5.1.1 Menyediakan bahan dan peralatan untuk menghasilkan bingkai gambar berdasarkan panduan kerja. (kemahiran merancang dan mengurus) 5.1.2 Merancang tanda pada bahan kerja. (kemahiran mengaplikasi) 5.1.3 Memotong bahan menggunakan alat tangan dan mesin. (kemahiran mengaplikasi) 5.1.4 Memasang bingkai gambar kayu menggunakan kaedah penyambungan kayu.(kemahiran mengaplikasi). 5.1.5 Membuat kerja kemasiapan. (kemahiran aplikasi) 5.1.6 Mengamalkan keselamatan, etika kerja dan budaya kitar semula yang baik di bengkel. (kemahiran mengaplikasi teknologi hijau)

4.4

5.0 MENGHASILKAN BINGKAI GAMBAR KAYU UNTUK DEKORATIF DALAMAN.

5.1

5.2

Menyediakan anggaran kos bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman. Mengkormersialkan bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

5.2.1 Membuat pengiraan anggaran kos untuk mendapatkan kos bahan, kos upah dan anggaran harga jualan. (kemahiran mengira/kemahiran mengurus kewangan) 5.3.1 Mempamerkan bingkai gambar kayu yang telah dihasilkan. (kemahiran merancang dan mengurus) 5.3.2 Menghasilkan risalah produk mengikut kreativiti. (kemahiran berfikir) 5.3.3 Mengedarkan risalah produk kepada orang ramai. (kemahiran 8

5.3

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN merancang)

KRITERIA PENCAPAIAN

5.3.4 Membuat pengiklanan menggunakan teknologi maklumat. (kemahiran mengaplikasi TMK) 6.0 MEMBUAT KERJA PENYAMBUNGAN PAIP PVC. 6.1 Mengenal pasti jenis paip. 6.1.1 Menyenaraikan jenis paip. (kemahiran mengumpul maklumat). 6.1.2 Membezakan jenis paip berdasarkan bahan yang digunakan untuk membuat paip. (kemahiran membuat keputusan) 6.2 Mengenal pasti proses kerja penyambungan paip PVC. 6.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan untuk kerja penyambungan paip PVC berdasarkan panduan kerja. (kemahiran mengurus) 6.2.2 Merancang tanda sambungan pepasang dan paip PVC.(kemahiran mengaplikasi) 6.2.3 Memotong paip menggunakan alatan tangan.(kemahiran mengaplikasi) 6.2.4 Memasang paip dengan kaedah penyambungan menggunakan simen pelarut.(kemahiran membuat keputusan 6.2.5 Memeriksa sambungan paip PVC.(kemahiran membuat penilaian) 6.2.6 Mengamalkan keselamatan, etika kerja dan budaya kitar semula yang baik di bengkel. (kemahiran mengaplikasi teknologi hijau)

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 1

KERJA ASAS PEMBINAAN

2014
i

ii

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL UMUM PRA-VOKASIONAL

KERJA ASAS PEMBINAAN


TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii iii iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum KementerianPendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isikan dengan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv iv

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3. PENDAHULUAN a. Objektif Modul b. Kandungan Modul 4. MODUL PEMBELAJARAN UNIT 1 : AMALAN KESELAMATAN UNIT 2 : REKABENTUK TANDA KESELAMATAN UNIT 3 : ALATAN TANGAN KERJA BINAAN UNIT 4 : KAYU SEBAGAI BAHAN BINAAN UNIT 5 : PRODUK KAYU DALAM HIASAN DEKORATIF UNIT 6 : KERJA PAIP

vi vii

1 2

4 18 50 70 91 111

v v

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA

Negara kita Malaysia

mendukung

cita-cita hendak

mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat nya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, Malaysia yang dan

bertanggungjawab

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

viii

Modul Kerja Asas Pembinaan

MODUL KERJA ASAS PEMBINAAN 3


PENDAHULUAN Modul ini memberi pendedahan kepada murid pengetahuan dan kemahiran asas tentang kerja pembinaan yang merangkumi aspek amalan keselamatan, rekabentuk tanda keselamatan, penggunaan alatan tangan, penggunaan kayu sebagai bahan binaan, hiasan dekoratif dan kerja perpaipan. Semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif yang diperolehi murid melalui modul ini adalah bertujuan untuk menyediakan murid menjadi modal insan yang berketerampilan, berkemahiran, kreatif dan inovatif seiring dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan kearah negara maju dan berpendapatan tinggi.

OBJEKTIF MODUL Modul ini membolehkan murid : 1. Mengamalkan peraturan keselamatan mengikut SOP bengkel dan keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, (Occupational Safety and Health Act-OSHA). 2. Merekabentuk tanda keselamatan di bengkel. 3. Menggunakan peralatan kerja asas pembinaan. 4. Memahami bentuk binaan geometri asas. 5. Meneroka kegunaan kayu sebagai bahan binaan. 6. Menghasilkan produk berasaskan kayu untuk dekorasi dalaman. 7. Membuat kerja penyambungan paip PVC. 8. Mengamalkan nilai keusahawanan dalam membuat anggaran kuantiti dan kos. 9. Mengaplikasikan Teknologi Maklumat (IT) dalam kerja asas pembinaan.

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN MODUL Modul ini mengandungi 6 unit pembelajaran. UNIT 1 : AMALAN KESELAMATAN Dalam Unit 1, murid dapat mengamalkan keselamatan diri dan peraturan keselamatan mengikut SOP (Standard Operational Procedure) bengkel dan OSHA (Occupational Safety and Health Act).

UNIT 2 : REKABENTUK TANDA KESELAMATAN Dalam Unit 2, murid merekabentuk tanda keselamatan di bengkel yang merangkumi jenis alat dan bahan, jenis rekabentuk logo keselamatan, bentuk binaan geometri satah dan meneroka jenis logo keselamatan menggunakan teknologi maklumat. UNIT 3 : ALATAN TANGAN KERJA BINAAN Dalam Unit 3, murid di ajar untuk mengenal pasti alatan tangan berdasarkan kategori dan pemilihan alat tangan berdasarkan fungsi dan jenis kerja. UNIT 4 : KAYU SEBAGAI BAHAN BINAAN Dalam Unit 4, murid di ajar untuk mengenalpasti kategori kayu sebagai bahan binaan, jenis bahan berasaskan kayu, kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan. Murid juga berpeluang untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai sumber mendapatkan bahan bagi menghasilkan buku skrap berkaitan kayu. UNIT 5 : PRODUK KAYU DALAM HIASAN DEKORATIF Dalam Unit 5, murid dapat menghasilkan bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman berdasarkan panduan kerja. Menyediakan bahan dan peralatan merancang tanda, memotong bahan dan membuat kerja kemas siapan. Dalam unit ini juga murid dapat menyediakan anggaran kos bingkai gambar kayu dan kaedah yang digunakan untuk mengkomersialkan bingkai gambar kayu.

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 6 : KERJA PAIP Dalam Unit 6, murid dapat mempelajari jenis paip berdasarkan bahan buatan paip. Murid juga berpeluang melakukan kerja penyambungan paip PVC berdasarkan panduan kerja untuk menyediakan bahan dan peralatan, merancang tanda, memotong paip, memasang paip dan memeriksa sambungan paip PVC.

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 1 : AMALAN KESELAMATAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1 Mengamalkan keselamatan diri dan keselamatan bengkel mengikut SOP (Standard Operational Procedure) bengkel dan keperluan OSHA (Occupational Safety and Health Act).

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.1.1 Menyatakan amalan keselamatan bengkel mengikut SOP bengkel dan keperluan OSHA. 1.1.2 Menyatakan keselamatan diri berkaitan kesihatan, pakaian, fizikal dan sikap. 1.1.3 Menyenaraikan peralatan keselamatan dan kegunaannya berdasarkan keperluan. 1.1.4 Menyatakan amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin. 1.1.5 Mengamalkan keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik di bengkel.

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang selamat ataupun terhindar daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA Occupational Safety and Helth Act 1994) pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Media elektronik : Internet http://www.hse.gov.uk/ http://www.premierautoworkers.com/solutions/personal-protectiveequipment-ppe.htm Radio Television Berita

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan Buku yang berkaitan

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

1.0 Definisi keselamatan

1.1 Suatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan, kecederaan atau kerugian (kehilangan). (R.J. Eifler et. Al., 1970,1)

2.0 Definisi Standard Operating Procedure (SOP) :

2.1 Arahan yang menerangkan langkahlangkah yang harus diikuti dalam melakukan sesuatu kerja, menggunakan sesuatu peralatan dalam kawasan kerja tertentu.

3.0 Occupational Safety and Health Act (OSHA) 3.1 Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. 3.2 Merupakan akta yang bertujuan: - Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. - Melindungi keselamatan atau kesihatan orang lain, selain daripada pekerja yang berada di tempat kerja. - Mempromosikan persekitaran tempat kerja yang bersesuaian dengan kehendak fizikal dan mental pekerja.

4.0 Langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel :

4.1 Pastikan kawasan kerja sentiasa kemas dan bersih. Letakkan kembali peralatan ke tempat asal selepas digunakan. Bersihkan lantai selepas tamat melakukan kerja di bengkel. Pastikan wayar penyambung tidak berselirat. Kemas dan bersihkan meja kerja selepas digunakan. Simpan bahan mudah terbakar ditempat yang selamat. Pastikan tiada halangan di kawasan laluan. 6

Modul Kerja Asas Pembinaan

4.2 Pastikan mesin dan peralatan berfungsi dengan baik. Sentiasa memastikan mesin dan peralatan diselenggara secara berkala. Menyelenggara mesin dan peralatan yang rosak. Pastikan tiada kebocoran pada wayar elektrik. Pastikan pelindung keselamatan pada mesin dalam keadaan yang baik dan berfungsi. Baca dan fahamkan panduan menggunakan mesin dan peralatan. Mematuhi arahan keselamatan setiap mesin dan peralatan.

4.3 Gunakan peralatan keselamatan tambahan mesin jika perlu. Gunakan kayu penolak semasa mengendalikan mesin pemotong kayu. Gunakan jig. Gunakan feeder roller.

4.4

Sentiasa mementingkan keselamatan diri sendiri. Memberikan tumpuan semasa melakukan kerja. Jangan mengendalikan mesin dan peralatan ketika lapar, dahaga, letih, marah. Sikap berdisiplin semasa berada di bengkel.

4.5 Sentiasa bersedia Bekerja secara berkumpulan. Ilmu pertolongan cemas. Mengetahui nombor yang patut dihubungi jika berlaku kecemasan atau kemalangan. Memastikan peti kecemasan berada pada tempat yang mudah dicapai. Mengetahui laluan kecemasan. Tidak panik semasa kecemasan atau kemalangan.

Modul Kerja Asas Pembinaan

5.0 Peraturan keselamatan di bengkel

Gambarajah 1.1 : Peraturan Keselamatan Bengkel

6.0 Keperluan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) 6.1 Pengenalan PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan / aksesori yang direka cipta untuk perlindungan daripada bahaya di tempat kerja. Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindung

pekerja dari risiko bahaya semasa kerja yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. PPE seperti topi keselamatan, sarung tangan, kasut keselamatan dan sebagainya. 8

Modul Kerja Asas Pembinaan

Penggunaan PPE yang sesuai dan betul adalah mustahak. Disamping itu, pengguna juga perlu menyelenggara dan memastikan PPE di dalam keadaan yang baikm, bersih dan selamat.

Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas dan pekerjaan adalah penting. Majikan dan pekerja haruslah memahami tujuan, kegunaan dan had perlindungan PPE.

Peralatan tersebut mestilah tidak diubahsuai atau ditanggalkan walaupun ianya mungkin tidak selesa dipakai (kadangkala peralatan perlindungan diri tidak selesa dipakai, mungkin kerana cara pemakaian yang tidak betul.

6.2 Jenis-jenis PPE Perlindungan Kepala Perlindungan Muka Perlindungan Mata Perlindungan Pendengaran Perlindungan Pernafasan Perlindungan Tubuh Perlindungan Tangan Perlindungan Kaki Perlindungan Jatuh

Modul Kerja Asas Pembinaan

Jenis-jenis PPE

Peralatan PPE Topi keselamatan

Fungsi Melindungi kepala dari benda keras, pukulan dan benturan terjatuh dan terkena arus elektrik.

Perlindungan Kepala

Perlindungan Muka

Pelindung muka/perisai muka

Memberi perlindungan kepada muka dan mata.

Cermin mata keselamatan Perlindungan Mata

Memberi perlidungan kepada mata.

Pelindung telinga Perlindungan Pendengaran

Melindungi telinga dari kebisingan yang melampau.

Pelindung hidung dan mulut Perlindungan Pernafasan

Melindungi mulut dan hidung daripada menyedut habuk dan kotoran.

Pakaian keselamatan Perlindungan Tubuh

Melindungi pakaian daripada rosak dan terkena serpihan tajam.

Sarung tangan keselamatan Melindungi tangan untuk Perlindungan Tangan memegang benda yang panas, tajam dan untuk mengecat.

10

Modul Kerja Asas Pembinaan

Kasut keselamatan Perlindungan Kaki

Melindungi kaki daripada terpijak benda tajam, kabel elektrik dan lantai yang licin.

Tali pinggang keselamatan Perlindungan Jatuh

Melindungi diri dari terjatuh semasa melakukan kerja di tempat yang tinggi.

6.3 Contoh penggunaan PPE

Gambarajah 1.2 : Pakaian Keselamatan

11

Modul Kerja Asas Pembinaan

7.0 MENGGUNAKAN MESIN-MESIN KERJA KAYU DI BENGKEL

7.1 TINDAKAN SEBELUM Memahami panduan penggunaan mesin yang akan digunakan. Memastikan mesin di dalam keadaan yang selamat. Menggunakan peralatan kelengkapan pelindung keselamatan yang sesuai dengan kerja yang akan dilakukan. Pastikan segala peralatan keselamatan pada mesin atau alat berfungsi dengan baik. Pastikan tiada bendasing pada mesin. Pastikan tiada bendasing pada bahan kerja. Pastikan jarak selamat dan kedudukan yang betul sebelum mengendalikan mesin. Matikan mesin sebelum menjalankan kerja-kerja yang lain. Pastikan cahaya dan udara yang mencukupi semasa bekerja. Kawasan kerja mestilah sentiasa. - Tidak terganggu pada laluan utama. - Cahaya yang mencukupi. - Pengudaraan yang mencukupi.

7.2 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

Jangan memakai pakaian yang ketat. Jangan memakai tali leher. Jangan memakai barang perhiasan diri semasa melakukan kerja di bengkel seperti gelang, cincin dan sebagainya. Jangan memakai sarung tangan semasa mengendalikan mesin gergaji, mencanai, pemotong kayu dan sebagainya. Jangan tinggalkan mesin tanpa pengawasan. Jangan tinggalkan mesin sebelum ianya benar-benar berhenti Jangan cuba menghentikan putaran mata pisau sebelum mesin dimatikan. Jangan bergurau semasa bekerja. 12

Modul Kerja Asas Pembinaan

7.3 PERKARA YANG PERLU DIPATUHI

Mengikuti arahan daripada guru atau pembantu bengkel yang bertugas. Sentiasa mematuhi peraturan sedia ada sepanjang berada di dalam bengkel. Memahami dan mematuhi tanda-tanda keselamatan di bengkel.

Maksud Perkataan

a. SOP Standard Operating Procedure b. OSHA - Occupational Safety and Health Act c. PPE - Personel Protective Equipment

13

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN

Peralatan termasuk tetapi tidak terhad kepada : a) Kertas A4 b) Komputer c) Cakera video keselamatan, d) LCD projector dan Skrin e) Pensil f) Pemadam g) Pembaris h) Pensil warna i) Marker j) Gunting k) Gam l) Kertas keras.

TUGASAN

1. 2. 3.

Menghasilkan peta minda/ carta. Menghasilkan senarai semak keselamatan bengkel. Taklimat insurans/takaful tentang perlindungan diri untuk murid-murid.

LANGKAH KERJA

Langkah kerja termasuk tetapi tidak terhad kepada :

1. Menonton visual berkaitan peraturan keselamatan di tempat kerja dan visual penggunaan peralatan keselamatan. 2. Dengan menggunakan kertas A4, a. Senaraikan tiga contoh kemalangan di tempat kerja berpandukan kepada visual. 14

Modul Kerja Asas Pembinaan

b. Senaraikan tiga sebab berlakunya kemalangan di tempat kerja berpandukan kepada visual. c. Senaraikan empat peralatan keselamatan berpandukan kepada visual. d. Membina peta minda/carta berkaitan aspek keselamatan mengikut kumpulan. e. Menghasilkan senarai semak keselamatan bengkel.

3. Taklimat insurans/takaful tentang perlindungan diri yang disampaikan oleh wakil insurans/takaful. a. Mendengar taklimat yang disampaikan. b. Mengemukakan soalan berkaitan dengan insurans/takaful. c. Memilih untuk mengambil insurans atau takaful. d. Mengisi borang permohonan dan menyerahkan kepada wakil insurans/takaful. e. Merancang pengurusan kewangan yang boleh didapati hasil daripada keuntungan dalam insurans/takaful dengan membuat pelaburan, simpanan dan lain-lain lagi.

15

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
1. Rajah dibawah menunjukkan pemakaian peralatan keselamatan di bengkel. Isikan tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan. APRON KESELAMATAN KASUT KESELAMATAN TOPI KESELAMATAN SARUNG TANGAN PELINDUNG TELINGA PELINDUNG PERNAFASAN CERMIN MATA KESELAMATAN

16

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
2. Lengkapkan peta minda dibawah berdasarkan visual keselamatan di tempat kerja.

Langkah keselamatan di tempat kerja

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL

Keselamatan Diri

17

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 2 : MEREKA BENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL


STANDARD PEMBELAJARAN: 2.1 Mengenal pasti jenis alat dan bahan yang di gunakan untuk asas lukisan teknik.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 3.1.1 Mengenal pasti jenis alat dan bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik. 2.1.2 Menyenaraikan jenis peralatan dan bahan yang digunakan untuk asas lukisan teknik. 2.1.3 Memilih peralatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk asas lukisan teknik.

18

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN

Alat dan bahan dalam lukisan teknik merupakan suatu pendekatan asas bagi memberi pemahaman awal kepada murid mempelajari asas lukisan teknik. Pemilihan dan penggunaan alatan dan bahan yang betul dan sesuai adalah penting untuk menghasikan lukisan yang betul, tepat dan berkualiti.

Media elektronik : Internet http://www.slideshare.net/lani849/002-peralatan-lukisan-teknik http://www.slideshare.net/hamdangulam/bab3-lukisan-teknik http://www.slideshare.net/Jailanihs/04-tanda-simbul Radio Television Berita

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan Buku yang berkaitan

19

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

1.0 Peralatan asas untuk lukisan teknik

Gambarajah 2.1: Alat-Alat Lukisan Teknik

20

Modul Kerja Asas Pembinaan

Gambarajah 2.2 : Pembaris

Gambarajah 2.3 : Templet

2.0 Pensel Terdapat tiga jenis pensel yang biasa digunakan. 2.1 Pensel kayu Boleh di dapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan mata. Kekerasan mata dinyatakan dengan huruf dan nombor pada hujung batang pensel. Mata pensel terbahagi kepada 18 gred iaitu EXB(paling lembut)

sehingga 9H( paling keras).

i. 2B Lembut sesuai untuk garisan keratan dan huruf tajuk.Sesuai untuk lukisan lakaran. ii. HB Sederhana lembut untuk garisan binaan, garis sembunyi dan tulisan. Sesuai untuk lukisan persembahan. iii. 2H Keras sesuai untuk garisan binaan dan garisan sembunyi.

Gambarajah 2.4 : Pensil

21

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.2 Pensel mekanikal Menggunakan mata grafit berdiameter 0.3 mm hingga 0.7 mm dan matanya boleh diganti. Pensel mekanik yang biasa di gunakan

berdiameter 0.5 mm.

Gambarajah 2.5 : Pensil Mekanikal

3.0 Kertas 3.1 Kertas lukisan Kertas berwarna putih sesuai untuk lakaran bebas dan lukisan teknik menggunakan pensel, pena.warna air dan sebagainya.

Gambarajah 2.6 : Kertas Lukisan

22

Modul Kerja Asas Pembinaan

3.2 Kertas grid. Berwarna putih atau biru, lutsinar dan agak licin. Kertas ini di lukis dengan menggunakan pensil, pena lukisan,pena felt dan sebagainya.

Gambarajah 2.7 : Kertas Grid 3.3 Kertas isogrid Berwarna putih atau kuning, lutsinar dan licin. Kertas ini sesuai untuk lakaran awal dalam menggunakan pensel, sebagainya. pena lukisan dan

Gambarajah 2.8 : Kertas Isogrid

23

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN

Peralatan termasuk tetapi tidak terhad kepada : m) Kertas A4 n) komputer o) Cakera video Lukisan Teknik p) LCD projector dan Skrin q) Pensil r) Pemadam s) Pembaris

TUGASAN

1. Menamakan peralatan lukisan teknik yang di pamerkan. 2. Menamakan bahan-bahan lukisan teknik yang di pamerkan. 3. Mengkategorikan bahan lukisan teknik dan peralatan lukisan teknik.

LANGKAH KERJA

Langkah kerja termasuk tetapi tidak terhad kepada :

a. Menonton visual berkaitan dengan bahan dan peralatan lukisan teknik.

b. Dengan menggunakan kertas A4 dan berpandukan bahan dan peralatan


lukisan teknik yang dipamerkan. a. Menamakan peralatan lukisan teknik yang di pamerkan. b. Menamakan bahan-bahan lukisan teknik yang di pamerkan. c. Mengkategorikan bahan lukisan teknik dan peralatan lukisan teknik.

24

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN

1. Gambar dibawah menunjukkan peralatan lukisan teknik. Isikan tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan. JANGKA LUKIS PAPAN TEMPLET BULAT JANGKA TOLOK SESIKU T

SET SESIKU

PEMBARIS

25

Modul Kerja Asas Pembinaan

2. Padankan gambarajah kertas lukisan di bawah sepertimana yang telah dipelajari.

KERTAS GRID

KERTAS LUKISAN

KERTAS ISOGRID

26

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 2 : MEREKABENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL


STANDARD PEMBELAJARAN: 2.2 Mengenal pasti jenis rekabentuk logo keselamatan.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 2.2.1 Menyenaraikan jenis rekabentuk logo keselamatan. 2.2.2 Memilih jenis rekabentuk logo keselamatan berdasarkan jenis logo.

27

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Logo merupakan rekaan grafik yang telah diringkaskan dengan tujuan untuk memperkenalkan imej sesuatu pertubuhan, syarikat,atau organisasi. Sesetengah logo pula menggunakan simbol imej untuk menerang atau memperagakan sesuatu kumpulan seperti tanda sukan, amaran dan maklumat. Logo amaran keselamatan sangat penting kepada penggunapengguna makmal, bengkel dan kilang perindustrian kerana mereka amat terdedah kepada risiko keselamatan diri dan harta benda.

Media elektronik : Internet http://www.freewebs.com/khbdua/lteknik.htm www.safety sign http://www.google.com.my/search?q=safety+signage Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

28

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

JENIS LOGO Logo merupakan suatu gubahan berbentuk grafik yang ringkas, dipermudahkan dari bentuk atau rupa asal. Terdapat empat jenis logo :

1.0 Logo Huruf Logo huruf digubah dari huruf atau muka taip untuk menghasilkan imej logo. Ada yang digubah dari perkataan dan juga singkatan perkataan (initial). Contoh :

29

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.0 Logo Representasi Reka bentuk logo ini berdasarkan objek benda atau objek alam semulajadi. Ada logo yang digubah hanya menggunakan imej dan ada juga menggabungkan muka taip dan imej dengan tujuan untuk menghasilkan satu logo yang kukuh.

Contoh :

3.0 Logo Huruf dan Representasi

Logo ini adalah logo korporat yang dibuat dalam dua bentuk iaitu logo huruf dan logo representasi. Kedua-kedua bentuk ini digabungkan untuk menjadi satu logo. Contoh :

30

Modul Kerja Asas Pembinaan

4.0 Logo simbol Logo simbol menyamai dengan logo representasi. Logo ini menggunakan simbol imej untuk menerangkan sesuatu kumpulan atau tanda sukan, amaran keselamatan dan maklumat.

Contoh :

Simbol Memakai Kasut Keselamatan

Simbol Dilarang Merokok

Simbol Memakai Sarung Tangan

Simbol Memakai Simbol Keselamatan Pelindung muka dan hidung

Simbol Bahan Mudah Terbakar

Simbol Memakai Pelindung Mata

Simbol Memakai Pelindung Telinga

Simbol Memakai Topi Keselamatan

31

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Gambar atau sampel jenis - jenis logo : i. Logo huruf, Logo Representasi, Logo huruf dan Representasi dan Logo Simbol.

Gambar atau sampel jenis- jenis logo keselamatan : ii. Logo Simbol Amaran Keselamatan

TUGASAN 1. Menyenaraikan jenis-jenis logo berdasarkan rekabentuk. 2. Memilih dan menyatakan maksud logo keselamatan.

LANGKAH KERJA 1. Pelajar dikehendaki membentuk beberapa kumpulan dengan 4 hingga 5 orang pelajar setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki :
i. Menyenaraikan jenis-jenis logo berdasarkan rekabentuknya dari sampel

yang diberikan.
ii. Memilih logo keselamatan dari sampel yang diberikan dan menyatakan

maksud

logo tersebut.

iii. Membuat pembentangan maklumat yang diperolehi.

32

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
1. Senaraikan empat jenis logo berdasarkan rekabentuknya .
A. B. C. D.

2. Nyatakan maksud logo berdasarkan Gambarajah Logo Keselamatan yang diberikan. Logo Keselamatan Maksud Logo

33

Modul Kerja Asas Pembinaan

34

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 2 : MEREKA BENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL


STANDARD PEMBELAJARAN: 2.3 Mengenal pasti bentuk binaan geometri asas.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 2.3.1 2.3.2 Mengenal pasti bentuk binaan geometri asas. Melakar bentuk binaan geometri asas untuk menghasilkan logo.

35

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN

Lukisan Teknik juga dikenali sebagai lukisan kejuruteraan merupakan cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lain lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan. Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen seperti penghasilan sebuah logo.

Media elektronik : Internet http://www.freewebs.com/khbdua/lteknik.htm www.safety sign http://www.google.com.my/search?q=safety+signage Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

36

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

1.0 JENIS GARISAN

1.1 Garisan mendatar Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan panjang kertas

Gambarajah 2.1 : Cara melukis garis mendatar

1.2 Garisan menegak Garis menegak ialah garisan yang selari dengan lebar kertas

Gambarajah 2.2 : Cara melukis garis menegak

37

Modul Kerja Asas Pembinaan

1.3 Garisan bersudut Garis mendatar ialah garisan yang condong dan mempunyai sudut-sudut tertentu. Garisan bersudut 45 , 30 dan 60 boleh dihasilkan dengan menggunakan set sesiku.

Gambarajah 2.3 : Cara melukis garis bersudut 30

Gambarajah 2.4 : Cara melukis garis bersudut 45

38

Modul Kerja Asas Pembinaan

1.4 Garisan tepi Garisan yang dikenali sebagai garisan sempadan. Dilukis dengan pensil H atau B.

Gambarajah 2.5 : Garisan Tepi

1.5 Garisan Benda Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda.

Gambarajah 2.6 : Garisan Benda

1.6 Garisan Lakaran Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek.

Gambarajah 2.7 : Garisan Lakaran

39

Modul Kerja Asas Pembinaan

1.7 Garisan dimensi Garisan yang halus dan mempunyai anak panah dihujungnya. Digunakan untuk menunjukkan panjang, lebar dan tinggi sesuatu objek.

Gambarajah 2.8 : Garisan Dimensi

40

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.0

BENTUK GEOMETRI

2.1 Bulatan Dilukis dengan menggunakan jangka lukis.

Diameter dan jejari bulatan

Melukis bulatan dengan jangka lukis

2.2 Segi tiga Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

Segi tiga sama

Segi tiga tepat

Segi tiga dua sama

2.3 Segi empat Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

Segi empat tepat

Segi empat sama

41

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Alatan dan bahan lukisan teknik : Bahan Alat Lukisan : Kertas Grid, Kertas Isogrid dan Kertas Lukisan : Papan Lukisan, Sesiku T, Set Sesiku, Jangka Lukis, Pensil

TUGASAN 1. Melakar jenis-jenis garisan. 2. Menyenarai bentuk-bentuk binaan geometri asas. 3. Melakar bentuk binaan geometri asas. 4. Menghasilkan logo keselamatan yang mudah dari binaan geometri asas

LANGKAH KERJA 4. Menyediakan bahan dan peralatan untuk kerja lakaran geometri asas berdasarkan panduan kerja. 5. Mengenal pasti dan melakar jenis-jenis garisan. 6. Melakar bentuk bulatan, segitiga dan segiempat. 7. Menghasilkan logo keselamatan yang mudah berdasarkan binaan geometri asas. 8. Pembentangan dan penambahbaikan.

42

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
1. Namakan bentuk geometri asas di bawah.

43

Modul Kerja Asas Pembinaan

2. Namakan bentuk geometri asas yang terdapat dalm logo di bawah.

44

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 2 : MEREKA BENTUK TANDA KESELAMATAN DI BENGKEL


STANDARD PEMBELAJARAN: 2.4 Meneroka jenis logo keselamatan menggunakan teknologi maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 2.4.1 Menghasilkan buku skrap mengikut jenis logo keselamatan yang lengkap dan kemas. 2.4.2 Membentangkan buku skrap yang lengkap dan jelas.

45

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Perkembangan pesat teknologi maklumat kini adalah seiring dengan bertambah rencamnya kehidupan. Segala arahan, tanda dan maklumat perlu

disampaikan dengan cepat dan seringkas yang mungkin. Oleh itu reka bentuk simbol atau reka tanda telah menjadi salah satu keperluan penting untuk

melancarkan urusan harian manusia yang sentiasa sibuk.

Simbol atau logo tanda keselamatan yang dipamerkan di luar dan dalam bengkel perlulah dipatuhi sepenuhnya oleh murid dan guru demi memastikan keselamatan diri dan harta benda terpelihara kerana bengkel adalah merupakan tempat yang sering berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Melalui penyediaan buku skrap logo keselamatan bengkel ini diharap dapat mendidik dan menyedarkan murid akan betapa pentingnya setiap logo keselamatan yang dipamerkan itu perlu dipatuhi sepanjang masa mereka berada di bengkel. Media elektronik : Internet http://www.freewebs.com/khbdua/lteknik.htm www.safety sign http://www.google.com.my/search?q=safety+signage Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

46

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

CONTOH - CONTOH LOGO/SIMBOL KESELAMATAN BENGKEL

Simbol Memakai Sarung Tangan

Simbol Memakai Pelindung Mata

Simbol Memakai Kasut Keselamatan

Simbol Memakai Pelindung muka dan hidung

Simbol Dilarang Menyalakan Api

Simbol Memakai Pelindung Telinga

47

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bahan : Keratan logo keselamatan bengkel yang dikumpulkan dari internet, majalah, risalah, keratan akhbar atau gambarfoto. Peralatan : Kertas putih dan warna saiz A4. Alat tulis seperti Gam, gunting, pensil warna, pensil, pen, stapler dan pembaris.

TUGASAN 1. Menghasilkan buku skrap yang mengandungi LIMA jenis logo keselamatan bengkel dan kepentingannya terhadap keselamatan pengguna di dalam bengkel. 2. Membentangkan hasil kandungan buku skrap secara lisan.

LANGKAH KERJA 1. Menyediakan bahan dan peralatan yang berkaitan . 2. Membuat pemerhatian untuk mengumpul logo dari sumber maklumat berkaitan. 3. Memilih, memotong dan menampal keratan logo.di atas kertas putih bersaiz A4. 4. Menyatakan maksud dan kepentingan bagi setiap logo tersebut. 5. Melabel muka hadapan buku skrap (kertas A4 berwarna) dengan butiran berikut : a. Tajuk b. Nama Murid c. Nombor Kad Pengenalan d. Tingkatan e. Tahun

48

Modul Kerja Asas Pembinaan

9. Isi Kandungan mestilah mengandungi : a. Pendahuluan Menyatakan kepentingan logo keselamatan secara umum. Menyenaraikan Peraturan Keselamatan Bengkel secara umum. b. Menampal keratan LIMA jenis logo keselamatan bengkel dan melabelkan maksud setiap jenis logo tersebut. c. Penutup Ucapan terima kasih serta sumber rujukan.

49

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 3 : MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN UNTUK KERJA BINAAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 3.1 Mengenalpasti alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

3.1.1 Menyenaraikan alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip dengan betul. 3.1.2 Menyatakan fungsi alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip dengan betul.

50

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Dalam kerja pembinaan terdapat pelbagai alatan tangan serta yang boleh digunakan mengikut jenis kerja sama ada kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip. Peralatan yang digunakan ini berperanan membantu pekerja membuat sesuatu projek dengan cepat dan selamat.

Media elektronik : Internet Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Manual yang berkaitan

51

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA Dalam binaan bangunan, peralatan tangan dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kegunaan dalam kerja kayu, kerja bata dan kerja paip. 1.0 Alatan kerja kayu Alatan tangan bagi kerja kayu terdiri daripada empat kategori iaitu : 1.1 1.2 1.3 1.4 Alat menanda dan merancang tanda Alat mengepit dan menyangga Alat memotong dan menebuk Alat menukul dan memutar

1.1

Alat menanda dan merancang tanda


a. Pita ukur keluli - digunakan untuk mengukur jarak b. Pisau penanda - digunakan untuk mengukur jarak

c. Sesiku L - digunakan untuk menguji ketepatan kerja-kerja pemasangan tanggam dan menanda garisan bersudut tepat

d. Tolok penanda - digunakan untuk membuat garisan selari dengan tepi kayu.

52

Modul Kerja Asas Pembinaan

1.2

Alat Mengapit dan menyangga


a. Ragum meja - digunakan untuk mengapit atau menyangga bahan kerja supaya kerja mengetam, menggergaji, menggerudi dan memahat menjadi mudah. b. Apit panjang - digunakan dalam pemasangan tanggam, pemidang pintu dan tingkap serta pemasangan lantai dan dinding kayu

c. Apit G - digunakan untuk mengapit dua keping kayu yang bercantum pada permukaannya.

d. Kakatua - digunakan untuk mencabut paku dan memotong dawai

1.3

Alat memotong dan menebuk


b. Ketam pelicin - digunakan untuk mengetam permukaan kayu sehingga licin.

a. Ketam kasar - digunakan untuk mengetam permukaan kayu kepada saiz yang dikehendaki.

c. Gergaji kerat - digunakan untuk memotong kayu melintang ira. Mempunyai mata berbentuk pisau.

d. Gergaji belah - digunakan untuk membelah kayu sepanjang ira. Mempunyai mata berbentuk pahat.

53

Modul Kerja Asas Pembinaan

e. Gergaji puting dan gergaji bajang - digunakan untuk membuat puting dalam kerja membuat tanggam.

f. Gergaji lengkung halus - digunakan untuk membuat keratin lengkung pada papan lapis atau kayu nipis.

g. Pahat peraut - digunakan untuk mengemas potongan kerja tanggam.

h. Pahat pelubang - digunakan untuk menebuk lubang dalam kerja tanggam.

54

Modul Kerja Asas Pembinaan

1.4

Alat menukul dan memutar


b. Tukul Warrington - digunakan untuk kerja halus terutamanya dalam pembuatan perabut.

a. Tukul kuku kambing - digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku.

c. Ganding kayu - digunakan untuk mengetuk pahat dan kerja pemasangan tanggam.

d. Pembenam paku - digunakan untuk membenam kepala paku.

e. Pemutar skru - digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru.

f. Gerudi tangan - digunakan untuk menebuk lubang dalam pembinaan dan pembuatan perabut.

55

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.0

Alatan kerja bata


b. Sudip kemas ikat - digunakan untuk mengemaskan sambungan mortar ufuk dan tegak.

a. Sudip bata - digunakan untuk menyebarkan mortar semasa kerja menerap bata.

c. Pemaras keluli - digunakan untuk menampal mortar pada tembok atau lantai dalam kerja melepa.

d. Pemaras kayu pendek - digunakan untuk memadat dan meratakan mortar lepaan secara kasar.

e. Pemaras kayu panjang - digunakan untuk meratakan mortar lepaan pada permukaan yang luas.

f. Bekas pemegang mortar - digunakan untuk meletakkan mortar dalam kerja melepa.

56

Modul Kerja Asas Pembinaan

g. Tukul bata - digunakan untuk memangkas bata dan kerja membuang lebihan mortar pada tembok.

h. Penyodok - digunakan untuk kerja membancuh mortar atau konkrit.

i. Bantalan - digunakan untuk memotong bata atau batu semasa kerja membina tembok.

j. Alat aras spirit - digunakan untuk menguji keadaan pugak dan ufuk.

k. Tolok lapisan - digunakan untuk menentukan kedudukan lapisan bata dan ketebalan mortar dalam kerja menurap bata.

i. Sesiku pemidang - digunakan untuk menguji sudut tepat dalam pembinaan daun pintu, tingkap dan pembinaan tembok.

57

Modul Kerja Asas Pembinaan

3.0

Alatan kerja paip


b. Pemotong paip beroda - digunakan untuk memotong paip besi bergalvani.

a. Pemotong paip pvc - digunakan untuk memotong paip PVC dengan tepat dan kemas.

c. Gergaji besi - digunakan untuk memotong paip PVC, paip bergalvani dan paip polimer.

d. Perengkoh paip - digunakan untuk mencengkam atau memutar paip besi bergalvani dalam kerja pemasangan paip.

e. Sepana boleh laras - digunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat.

f. Ragum paip yoke - digunakan untuk mengapit paip semasa kerja memotong atau membuat ulir luar.

58

Modul Kerja Asas Pembinaan

g. Kikir bulat - digunakan untuk membuang gerigis dalam batang paip selepas dipotong.

h. Kikir rata - digunakan untuk membuang gerigis pada bahagian luar batang paip selepas dipotong.

59

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

TUGASAN Secara berkumpulan, senaraikan alatan tangan yang digunakan untuk melaksanakan kerja berikut : i. ii. iii. iv. Membuat tanggam Memotong bata Membancuh mortar Merancang tanda dan memotong paip besi bergalvani.

LANGKAH KERJA 1. Bahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mengenalpasti jenis alatan tangan mengikut jenis kerja. 3. Menamakan alatan tangan dan fungsinya untuk kerja tersebut. 4. Pembentangan dan perbincangan.

60

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
1. Menyenaraikan jenis alatan bagi kerja mengapit dan menyangga. a. b. c. ..................................................................... ..................................................................... .....................................................................

2. Nyatakan perbezaan kegunaan alatan tangan berikut : i. Pahat pelubang .......................................................................................... .......................................................................................... ii. Pahat peraut .......................................................................................... ..........................................................................................

3. Menyatakan alatan tangan bagi kerja menggaul mortar dan melepa. i. .................................................... ii. .................................................... iii. .................................................... iv. ....................................................

4. Menyatakan alatan tangan untuk pemotong paip PVC dan besi bergalvani i. .......................................................... ii. ......................................................... iii. ........................................................

61

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 3 : MENGGUNAKAN ALATAN TANGAN UNTUK KERJA BINAAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 3.2 Menggunakan alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata,kerja konkrit dan kerja paip.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 3.2.1 Memilih alatan tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip dengan betul. 3.2.2 Menggunakan alat tangan untuk kerja kayu, kerja bata, kerja konkrit dan kerja paip berdasarkan fungsi dengan betul.

62

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Dalam melaksanakan sesuatu projek, pemilihan alatan tangan yang betul sangat penting bagi memastikan kerja yang akan dilakukan mudah, kemas dan selamat. Pemilihan alatan tangan yang tidak sesuai pula akan mengakibatkan masa kerja bertambah, peningkatan kos, hasil kerja yang kurang sempurna dan boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna alatan tersebut.

Media elektronik : Internet Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Journal Manual yang berkaitan

63

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

1.0

Penggunaan alatan tangan

Bagi melaksanakan sesuatu projek, keupayaan seseorang memilih dan menggunakan alatan tangan yang betul adalah sangat perlu bagi memastikan tugasan tersebut dapat dihasilkan dengan sempurna dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Keupayaan menggunakan alatan tangan ini merupakan gabungan antara pengetahuan dan kemahiran berpandukan jenis kerja yang akan dilakukan.

Seperti yang kita sedia maklum, dalam binaan bangunan terdapat pelbagai alatan tangan yang umum dan khusus berdasarkan jenis kerja sama ada kerja kayu, kerja bata dan konkrit serta kerja paip. Oleh yang demikian, kemahiran menggunakan setiap alatan tangan tersebut merupakan suatu proses membina kemahiran dan pengalaman yang berterusan.

Contoh kerja dan jenis alatan tangan i. Kerja kayu menghasilkan sebuah meja kecil

Peralatan : 1. 2. 3. 4. 5. Pita ukur Apit panjang Berus Ketam pelicin Apit F atau apit pendek

6. Pemutar skru 7. Sesiku L 8. Pensel tukang 9. Tukul kuku kambing 10. Gergaji jig

64

Modul Kerja Asas Pembinaan

ii. Kerja bata memotong bata

Peralatan : 1. Pemotong bata mudah alih 2. bantalan 3. Tukul besi (club hammer) 4. Tukul bata (brick hammer)

iii. Kerja konkrit membancuh konkrit atau mortar

Peralatan : 1. Papan mortar (mortar board) 2. Penyodok (shovel) 3. Baldi jurubina (bucket) 65

Modul Kerja Asas Pembinaan

iv. Kerja paip memotong dan membenang paip besi bergalvani

Peralatan : 1. 2. 3. 4. Gergaji besi Pemotong paip beroda Kikir rata Kikir bulat 5. Pelulas 6. Alat pembenang luar 7. Ragum paip yoke

66

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA
TUGASAN Secara individu, kamu dikehendaki menyediakan satu tanggam temu tetingkat. Untuk melaksanakan tugasan tersebut, kamu dikehendaki menyediakan bahan dan alatan serta melakukan tugasan yang berikut : Peralatan : Pita ukur keluli, pisau penanda, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji puting, tukul kuku kambing, ragum meja. Bahan : Kayu ( 22 mm x 44 mm x 180 mm ) dan paku 25 mm

Langkah Kerja : Tanggam temu tetingkat

i. Merancang tanda tetingkat pada satu hujung kayu dengan sesiku L.

ii. Menggergaji bahu tetingkat separuh daripada ketebalan kayu.

67

Modul Kerja Asas Pembinaan

iii. Menggergaji tetingkat.

iv. Mencantumkan tanggam dan mengukuhkannya dengan menggunakan paku.

v. Menguji ketepatan sambungan dengan sesiku L.

68

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
3. Berdasarkan gambar alat tangan berikut, nyatakan jenis kerja pembinaan yang sesuai berdasarkan kegunaannya.

69

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 4 : MENGHASILKAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU


STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1 Mengenal pasti kategori kayu yang digunakan sebagai bahan binaan.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 4.1.1 Menyatakan kategori kayu yang digunakan sebagai bahan binaan. 4.1.2 Menyenaraikan jenis kayu yang digunakan sebagai bahan binaan.

70

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Tahukah murid-murid kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika?

Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu,kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain.

Media elektronik : Internet http:// Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

71

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

1.0

KAYU-KAYU TEMPATAN Kayu-kayan tempatan dikelaskan kepada 4 kumpulan utama iaitu : (a) Kumpulan kayu keras yang berat. Contoh jenis kayu adalah cengal, balau/selayan batu, kekatong, merbau, tembusu dan resak.

(b)

Kumpulan kayu keras sederhana berat. Contoh jenis kayu adalah kapur, kempas, keruing dan tualang.

(c)

Kumpulan kayu keras yang ringan. Contoh jenis kayu adalah jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah.

(d)

Kumpulan kayu yang lembut. Contoh jenis kayu adalah dammar minyak, geronggang, petai, pulai, sesendok, terap dan terentang.

2.0

KEGUNAAN KAYU-KAYAN TEMPATAN Jadual di bawah menunjukkan kegunaan kayu mengikut pengkelasan kayu. Kumpulan Nama 1. Cengal Balau Kegunaan Kapal, rangka, ukiran kayu. Jambatan, cerucuk, gelegar, lantai dan perabot. Kerja hiasan, parket, perabot, venier dan pemegang alat. Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu dan tingkap. Pembinaan berat, lantai parket dan perabot.

2. (A) Keras dan berat 3.

Merbau

4.

Resak

5.

Tembusu

Jadual 4.1 : Kegunaan Kayu 72

Modul Kerja Asas Pembinaan

Kumpulan

Nama

1. Kempas (B) Keras dan sederhana 2. Keruing berat 3. Kapur 4. Tualang

Kegunaan Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan, parket, almari, cerucuk dan pemegang alat. Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori. Kekuda, rasuk dan tiang. Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot. Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, siling dan perabot. Pembinaan ringan, lantai, vernier, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel. Hiasan perabot, dinding dalam dan panel. Almari, panel dan perabot. Perabot, panel, parket dan susur tangga. Panel hiasan, vernier, papan lapis, perabot, bingkai gambar, ukiran, pensel dan patung.

1. Nyatoh (C) Keras dan ringan

2. Meranti

3. Ramin 4. Sepetir 5. Kayu getah (D) Kayu lembut 1. 2. 3. 4. 5. Damar minyak Jelutong Geronggang Petai Pulai

Jadual 4.1 : Kegunaan Kayu

73

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Gambar dan sampel jenis - jenis kayu : Kayu keras berat, kayu keras sederhana berat, kayu keras ringan dan kayu lembut. Bahan/Kertas Aktiviti dan alatan TMK yang berkaitan : Sampel jenis-jenis kayu, kertas A4 putih, alat menulis, video tayangan.

TUGASAN 1. Menyatakan kategori kayu yang digunakan sebagai bahan binaan. 2. Menyenaraikan jenis kayu yang digunakan sebagai bahan binaan.

LANGKAH KERJA 3. Murid-murid dikehendaki menyatakan kategori kayu setelah mendengar penjelasan daripada guru melalui tayangan video. 4. Setiap murid dikehendaki menyenaraikan jenis kayu berdasarkan kategori kayu yang dinyatakan di atas.

74

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
3. Nyatakan kategori kayu.
i. . ii.. iii. iv.

4. Padankan jenis kayu mengikut kategori seperti rajah di bawah.

Jenis Kayu

Kategori Kayu

Kempas

Kayu Keras Berat

Balau

Kayu Keras Sederhana Berat

Meranti

Kayu Keras RIngan

Cengal

Kayu Lembut

Damar Minyak

Kayu Keras Berat

75

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 4 : MENGHASILKAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU


STANDARD PEMBELAJARAN: 4.2 Mengenal pasti jenis bahan berasaskan kayu.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 4.2.1 Menyatakan jenis bahan berasaskan kayu. 4.2.2 Menyenaraikan jenis bahan berasaskan kayu.

76

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Kayu balak yang telah diproses dijadikan tiang, beroti, rasuk dan papan mengikut saiz yang tertentu. Kayu balak juga dihasilkan dalam bentuk produk lain seperti : (a) Papan lapis (b) Papan serpihan (c) Papan gentian

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

77

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

Penggunaan kayu dalam industri pembinaan amat meluas dan mendapat permintaan yang tinggi. terdapat pelbagai jenis bahan berasaskan kayu yang digunakan dalam industri pembinaan.

1.0

Papan Lapis

Gambarajah 4.1 : Papan Lapis Papan lapis diperbuat daripada lapisan kayu nipis venir yang dilekatkan dengan perekat (glu) secara bertindih berselang-seli. Bilangan lapisannya ganjil, iaitu sama ada tiga, lima atau tujuh lapisan. Kayu yang digunakan untuk membuat papan lapis adalah daripada jenis kersa sederhana berat dan kayu keras ringan seperti mengkulang, kapur, keruing, meranti, merawan dan nyatuh. Papan lapis digunakan untuk membuat perabot, kotak bentuk, dinding dan lantai.

78

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.0

Papan Serpihan (Chip Board)

Gambarajah 4.2 : Papan Serpihan 3.0 Merupakan satu daripada bahan yang digunakan oleh tukang kayu untuk menghasilkan kerja hiasan dalaman yang berkualiti. Papan serpihan mudah dikerjakan. Ketahanannya berdasarkan ketebalannya.

Papan Gentian (Papan Patikel) dan Medium density Fibre Board (MDF)

Gambarajah 4.3 : Papan Gentian Merupakan kepingan papan yang dikenali sebagai lignoselulosa yang dilekatkan dengan damar tiruan atau perekat organic. Jenis papan partikel atau papan gentian adalah terdiri daripada i. Papan Serau ii. Papan Gentian Keras (Hard Board)

79

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Gambar dan sampel jenis bahan berasaskan kayu: Papan Lapis Papan serpihan Papan gentian

Bahan/Kertas Aktiviti dan alatan TMK yang berkaitan : A4 putih, alat menulis, video tayangan.

TUGASAN Mengenal jenis bahan berasaskan kayu

LANGKAH KERJA 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan maklumat bahan yang disenaraikan. 3. Kenalpasti dan namakan setiap kepingan bahan yang diberikan. 4. Namakan jenis bahan berasaskan kayu dan namakan jenis bahan yang digunakan.

80

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 4 : MENGHASILKAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU


STANDARD PEMBELAJARAN: 4.3 Mengenal pasti kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 4.3.1 Menyatakan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan.

81

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN

Kayu merupakan bahan asas utama yang dipilih dalam sesetengah pembinaan. Walau bagaimanapun, pelbagai factor yang perlu di ambil kira sebelum membuat pilihan untuk menjadikan kayu sebagai bahan binaan. Ia bergantung kepada keadaan dan persekitaran binaan tersebut.

Pengguna boleh membuat penilaian sendiri untuk memilih kayu sebagai bahan binaan pilihannya.

Media elektronik : Internet Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan.

82

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

KEBAIKAN KAYU Mempunyai nisbah kekuatan mampatan sehingga 25 N/mm2 Mempunyai ketumpatan sehingga 1100 kg/m3 Senang dikerjakan seperti di potong, dirata dan dipaku berbanding bahan lain. Penebat haba dan elektrik yang baik Mempunyai rupa dan kemasan yang menarik. Senang diperoleh Lebih tahan lasak jika diawet dan sesuai digunakan dalam semua keadaan. Mempunyai pelbagai kegunaan. Harga murah Tahan lasak

KEBURUKAN KAYU Mudah terbakar Mudah mengalami kecacatan dan kerosakan akibat perubahanm cuaca. Mudah diserang serangga dan kulat jika proses pengawetan tidak dilakukan dengan baik.

83

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bahan/Kertas Aktiviti dan alatan TMK yang berkaitan : A4 putih, alat menulis, video tayangan.

TUGASAN 1. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan.

LANGKAH KERJA 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan ditugaskan mengadakan lawatan ke persekitaran sekolah. 3. Kenalpasti bahan binaan daripada kayu. 4. Catatkan kebaikan dan keburukan bahan binaan yang telah dilihat. 5. Bincangkan kebaikan dan keburukan bahan binaan daripada kayu.

84

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
Tandakan ( ) keburukan kayu sebagai bahan binaan.

1.

(a) Mudah terbakar

(b) Mempunyai ketumpatan sehingga 1100 kg/m3.

(c) Tidak tahan pada perubahan cuaca.

(d) Mudah diserang serangga dan kulat jika tidak diawet dengan baik.

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan kayu mempunyai rupa dan kemasan yang menarik? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

85

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 4 : MENGHASILKAN BUKU SKRAP BERKAITAN KAYU


STANDARD PEMBELAJARAN: 4.4 Meneroka kegunaan kayu sebagai bahan binaan dengan menggunakan Teknologi Maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 4.4.1 Menghasilkan buku skrap tentang kegunaan kayu sebagai bahan binaan dengan lengkap dan kemas.

86

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN

Perkembangan pesat teknologi maklumat masa kini telah banyak memberikan banyak faedah kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Dengan emnggunakan teknologi maklumat, murid akan mendapat lebih banyak pengetahuan berkaitan kayu dengan lebih banyak dan terkini. Secara tidak langsung akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan murid di luar bilik darjah.

Melalui penyediaan buku skrap kegunaan kayu sebagai bahan binaan ini pelajar akan dapat mengetahuan lebih banyak info dan teknologi terkin berkaitan kayu sebagai bahan binaan. Selain itu, juga pelajar juga akan dapat mengetahui kegunaan kayu yang jarang digunakan oleh tukang kayu atau juru bina di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi maklumat juga murid dapat melihat proses dan kegunaan kayu secara lebih jelas dengan bantuan video-video yang berkenaan.

Media elektronik : Internet Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal 87

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA
CONTOH KEGUNAAN KAYU SEBAGAI BAHAN BINAAN

88

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN Bahan : Nota berkaitan kegunaan kayu sebagai bahan binaan yang dikumpulkan dari internet, majalah, risalah, keratan akhbar atau gambar foto.

Peralatan

Kertas putih dan warna saiz A4, Gam Alat tulis seperti gunting, pensil warna, pensil, pen, stapler dan pembaris.

TUGASAN Menghasilkan buku skrap berkaitan kegunaan kayu sebagai bahan binaan.

LANGKAH KERJA 1. Menyediakan bahan dan peralatan yang berkaitan . 2. Membuat terokaan dan pemerhatian untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan menggunakan teknologi maklumat. 3. Memilih, memotong dan menampal keratan berkaitan kegunaan kayu di atas kertas putih atau berwarna bersaiz A4. 4. Melabel muka hadapan buku skrap (kertas A4 berwarna) dengan butiran berikut : a. Tajuk b. Nama Murid c. Nombor Kad Pengenalan d. Tingkatan

89

Modul Kerja Asas Pembinaan

5. Isi Kandungan mestilah mengandungi: a. Pendahuluan Menyatakan kepentingan kayu sebagai bahan binaan. b. Menampal keratan kayu yang boleh dijadikan contoh berkaitan kegunaan kayu. c. Penutup Ucapan terima kasih serta sumber rujukan.

90

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 5.0 : MENGHASILKAN BINGKAI GAMBAR KAYU UNTUK DEKORATIF DALAMAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 5.1 Mengenal pasti langkah kerja menghasilkan bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 5.1.1 Menyediakan bahan dan peralatan untuk menghasilkan bingkai gambar berdasarkan panduan kerja. 5.1.2 Merancang tanda pada bahan kerja. 5.1.3 Memotong bahan menggunakan alat tangan dan mesin. 5.1.4 Memasang bingkai gambar kayu menggunakan kaedah penyambungan kayu. 5.1.5 Membuat kerja kemasiapan. 5.1.6 Mengamalkan keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik di bengkel.

91

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Dekoratif dalaman merupakan aspek yang penting bagi sesebuah bangunan. Terdapat beberapa elemen dalam dekoratif dalaman seperti kemasan pada dinding, kemasan lantai, gubahan bunga, hiasan dinding dan sebagainya. Bingkai gambar kayu merupakan salah satu elemen yang penting dalam dekoratif dalaman. Murid akan mempelajari kemahiran asas dalam kerja membina dan memasang kemasan serta aksesori hiasan dalaman menggunakan teknologi semasa. Di dalam unit ini, murid dikehendaki menghasilkan bingkai gambar kayu mengikut panduan kerja.

Media elektronik : Internet http://www.scribd.com/doc/29049228/Reka-Bentuk-Dan-PenghasilanProjek-Bingkai-Gambar-Foto http://www.scribd.com/doc/29094742/Reka-Bentuk-Dan-PenghasilanProjek Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

92

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA Langkah kerja membina bingkai gambar kayu

AMALAN KESELAMATAN

Keselamatan di bengkel merupakan aspek yang penting ketika menjalankan kerja-kerja bengkel. Keselamatan ini perlu di amalkan sepanjang kerja di bengkel.

PENYEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN

Bahan dan peralatan yang di sediakan mestilah bersesuaian dengan kerja yang hendak dijalankan.

MERANCANG TANDA

Kaedah merancang tanda pada bahan mesti tepat mengikut ukuran yang telah ditetapkan supaya bahan tersebut boleh digunakan pada projek

MEMOTONG

Cara memotong adalah membuat tandaan dengan meletakkan mata gergaji pada bahagian yang hendak dibuang sebelum kerja memotong.

MEMASANG

Setiap pemasangan produk mesti dilakukan dengan teliti supaya tidak mengalami sebarang kerosakan yang akan menyebabkan kerugian.

KEMASIAPAN

Kemasiapan mesti dilakukan pada proses terakhir untuk mendapatkan hasil produk kemas, bersih dan cantik. Setelah siap, produk boleh dipasarkan.

93

Modul Kerja Asas Pembinaan

PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL 1. Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel kerja yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. 2. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:a) Keselamatan am, b) Keselamatan diri dan rakan,

Keselamatan Am. 1. Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. 2. Rambut mestilah pendek dan kemas. 3. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. 4. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. 5. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. 6. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. 7. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel kerja. 8. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel

Keselamatan Diri Dan Rakan 1. Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. 2. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, 3. Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. 4. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja. 5. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. 6. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas. 7. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel kerja. 8. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. 9. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel kerja.

94

Modul Kerja Asas Pembinaan

Rajah di bawah menunjukkan etika berpakaian semasa bekerja di bengkel

95

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN Bahan : Kayu bertetingkat (saiz yang bersesuaian), papan lapis, paku panel, perekat Polivinil Asetat (PVA), kertas las dan.kertas A4.

Peralatan: Pensel, pembaris keluli, sesiku L, gergaji puting, tukul Warrington, penahan tepi, ragum meja, apit-G, ragum kakak tua.

TUGASAN Membuat bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

LANGKAH KERJA Langkah 1 Menyediakan bahan dan peralatan untuk menghasilkan bingkai gambar berdasarkan panduan kerja.

Pensel

Sesiku-L

Pita Ukur

Gergaji Puting

Tukul Warrington

Ragum Meja

96

Modul Kerja Asas Pembinaan

Langkah 2 Merancang tanda pada bahan kerja.

Ukur dan tanda kayu tetingkat mengikut ukuran yang telah dinyatakan pada lakaran yang telah dibuat.

Dengan menggunakan sesiku-L, buat satu garisan yang bersudut tepat pada tanda yang telah diukur.

Ukur dan tanda papan lapis mengikut ukuran yang telah dinyatakan pada lakaran yang telah dibuat.

Langkah 3 Memotong bahan menggunakan alat tangan dan mesin.

Menggunakan apit-G atau ragum meja untuk memudahkan kerja menggergaji bahan kayu.

Potong bahagian kayu yang telah ditanda tadi dengan gergaji puting.

97

Modul Kerja Asas Pembinaan

Potong papan lapis dengan gergaji putting pada garisan yang telah ditanda tadi.

Langkah 4 Memasang bingkai gambar kayu menggunakan kaedah penyambungan kayu.

Memasang bingkai kayu tersebut dengan menggunakan perekat Polivinil Asetat (PVA) dan paku panel. Langkah 5 Membuat kerja kemasiapan.

Memaku paku panel pada bahan kerja

Gosok permukaan kayu dan papan lapis yang telah dipasang dengan menggunakan kertas las sehingga licin dan rata.

98

Modul Kerja Asas Pembinaan

Langkah menyapu syelek

Sapu satu lapisan syelek pada permukaan kayu. Biarkan syelek kering.

Kemudian , sapu beberapa lapisan Gosok permukaan kayu syelek untuk mencantikkan dengan kertas las terpakai. lagi warnanya.

Contoh bingkai gambar yang dihasilkan setelah kerja-kerja kemasiapan dilakukan.

99

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
1. Senaraikan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bingkai gambar kayu. a. b. c.

2. Padankan peralatan di bawah mengikut kegunaannya.

Digunakan untuk mengukur.

Digunakan untuk menanda.

Digunakan untuk menguji ketepatan kepersegian.

Digunakan untuk memotong.

100

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 5.0 : MENGHASILKAN BINGKAI GAMBAR KAYU UNTUK DEKORATIF DALAMAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 5.2 Menyediakan anggaran kos bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 5.2.1 Membuat pengiraan anggaran kos untuk mendapatkan kos bahan, kos upah dan anggaran harga jualan.

101

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Anggaran kuantiti dan kos ialah kerja taksiran yang dibuat untuk mendapatkan keperluan bahan dan harga bagi sesuatu projek pembinaan. Bagi menyediakan anggaran kuantiti dan kos sesuatu projek pembinaan, kaedah dan unit ukuran perlulah ditentukan agar proses penilaian mata benda dari lukisan kerja dapat dijalankan dengan lancar.

Pembinaan kadar kos ialah proses untuk menentukan kos bagi sesuatu projek. kadar kos terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, kos bahan, kos upah dan anggaran harga jualan. Dalam unit ini, murid perlu membuat anggaran kos untuk mendapatkan kos bahan, kos upah dan anggaran harga jualan.

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

102

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

Pembinaan kadar kos ialah proses untuk menentukan kos bagi sesuatu projek. pengukuran mata benda perlu ditentukan harganya untuk mendapatkan anggaran keseluruhan kos projek. Setiap kos untuk sesuatu mata benda merangkumi kos seperti rajah yang ditunjukkan di bawah.

JENIS KOS Kos Bahan

ASAS PENGIRAAN KOS Kos asal bahan Kos penghantaran Kos penyimpanan Kos pembaziran

Kos Upah

Gaji pekerja

Kos Pengurusan Dan Keuntungan bil air

Pembayaran bil elektrik dan

keuntungan

Kos Dan Asas Pengiraan

Contoh pengiraan kos bagi penghasilan bingkai gambar. Bina kadar kos bagi pembinaan bingkai gambar kayu yang telah di hasilkan

MAKLUMAT RUJUKAN Kos Bahan Kayu Paku Glu Kos Upah Gaji pekerja Kos Pengurusan Dan Keuntungan

= RM = RM = RM

4.00 0.50 0.50

= RM = 30 %

3.00 103

Modul Kerja Asas Pembinaan

Penyelesaian 1. Kos Bahan Kayu Paku Glu Jumlah Kos Bahan = RM = RM = RM = RM 4.00 0.50 0.50 5.00

2. Kos Upah Gaji pekerja sehari = RM 3.00

3. Kos Pengurusan dan keuntungan = = (kos bahan + kos upah) (RM 5.00 + RM 3.00)

= RM 2.40

4. Harga jualan = kos bahan + kos upah + kos pengurusan dan keuntungan Kos Bahan Kos Upah Kos Pengurusan Dan Keuntungan HARGA JUALAN = RM = RM = RM = RM 5.00 3.00 2.40 10.40

104

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN Kertas A4 Pensel atau Pen Mesin kira.

TUGASAN 1. Membuat anggaran kos bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman.

LANGKAH KERJA 1. Membuat pengiraan kos bahan. 2. Membuat pengiraan kos upah. 3. Membuat pengiraan kos pengurusan dan keuntungan. 4. Menentukan harga jualan.

105

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN

1. Lengkapkan rajah di bawah

KADAR KOS

2. Lengkapkan rajah di bawah

Kos Upah

RM 12.00

Kos Bahan

RM 3.00

Kos Pengurusan Dan Keuntungan

RM 4.50

HARGA JUALAN

RM ______

106

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 5.0 : MENGHASILKAN BINGKAI GAMBAR KAYU UNTUK DEKORATIF DALAMAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 5.3 Mengkomersialkan bingkai gambar kayu untuk dekoratif dalaman OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 5.3.1 Mempamerkan bingkai gambar kayu yang telah dihasilkan. 5.3.2 Menghasilkan risalah produk mengikut kreativiti. 5.3.3 Mengedarkan risalah produk kepada orang ramai. 5.3.4 Membuat pengiklanan menggunakan teknologi maklumat.

107

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Bingkai gambar kayu yang telah dihasilkan boleh di pasarkan oleh murid itu sendiri. Oleh itu, murid dikehendaki mempamerkan bingkai kayu, membuat risalah dan mengedarkan risalah serta mempromosikan produk dengan menggunakan media masa, media elektronik atau media cetak.

Media elektronik : Internet http://www.facebook.com http://www.friendster.com Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

108

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA Sesebuah produk yang dihasilkan perlu dipasarkan. Terdapat pelbagai kaedah untuk memasarkan produk tersebut sama ada melalui media cetak atau media elektronik.

1. Senarai contoh promosi yang boleh digunakan untuk mengpromosikan hasil bingkai gambar kayu.

2. Senarai media elektronik yang boleh digunakan untuk mempromosikan bingkai gambar kayu yang telah dihasilkan.

www.facebook.com

www.friendster.com

www.blogger.com

www.twitter.com 109

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN Bingkai gambar kayu yang telah disiapkan. Internet. Kertas warna, pensel warna

TUGASAN 1 1. Mempromosikan bingkai gambar kayu yang telah dihasilkan.

LANGKAH KERJA 1 Mempamerkan bingkai gambar kayu yang telah dihasilkan. 2 Menghasilkan risalah produk mengikut kreativiti. 3 Mengedarkan risalah produk kepada orang ramai. 4 Membuat pengiklanan menggunakan teknologi maklumat.

TUGASAN 2 (Elemen Pengurusan Kewangan) 1. Menguruskan kewangan hasil jualan produk yang dipromosikan.

LANGKAH KERJA : 1. Mengira hasil jualan yang diperolehi. 2. Mengira hasil keuntungan (Untung Bersih) 3. Menggunakan hasil keuntungan jualan produk sebagai modal pusingan untuk menghasilkan produk baru. 4. Menyimpan jumlah keuntungan keseluruhan untuk wang simpanan dan pelaburan.

110

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 6 : MEMBUAT KERJA PENYAMBUNGAN PAIP PVC


STANDARD PEMBELAJARAN:
6.1

Mengenal pasti jenis paip.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 6.1.1 Menyenaraikan jenis paip. 6.1.2 Membezakan jenis paip berdasarkan bahan yang digunakan untuk membuat paip.

111

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Sistem bekalan air di rumah memerlukan beberapa bahan perpaipan, bahan penyambungan, bahan pemasangan dan juga kelengkapan perpaipan seperti pili, tangki simpanan air, tangki simbah dan perangkap. Pemasangan kelengkapan paip yang dilakukan berbeza mengikut jenis paip yang digunakan. Segala maklumat mengenai jenis paip yang digunakan dalam sistem bekalan air di rumah boleh diperolehi melalui beberapa saluran.

Media elektronik : Internet http://sweetlearning.wikispaces.com/file/view/Kerja+Paip.ppt Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

112

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

SISTEM BEKALAN AIR 1. Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua iaitu: a. Sitem bekalan terus b. Sistem bekalan tidak terus

2. Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk kegunaan bilik air dan tandas.

Gambarajah 6.1 : Sistem bekalan air tidak terus

A = paip bekalan B = meter air C = paip perkhidmatan D = paip perkhidmatan E = kunci paip

F = tangki simpanan air G = tab mandian dan tandas H = tab sinki cuci tangan I = sinki dapur J = paip agihan

113

Modul Kerja Asas Pembinaan

JENIS-JENIS BAHAN PERPAIPAN

Bahan-bahan perpaipan merupakan bahan yang sangat penting dalam kerjakerja pemasangan sistem bekalan air. Terdapat pelbagai jenis bahan perpaipan di pasaran, yang sering digunakan. Antaranya ialah paip besi bergalvani (Galvanised Iron), klorida polivinil (PVC) dan polietilena (PE). 1.0 Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron GI )

Gambarajah 6.2 : Paip Besi Bergalvani-GI Dibuat daripada besi galvani Ciri-cirinya : i. ii. iii. iv. v. vi. Tahan lasak Tidak mudah patah Berat Tahan haba tinggi Boleh berkarat Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

114

Modul Kerja Asas Pembinaan

Paip BG jenis ini dikelaskan dan mempunyai kod warna tertentu serta mempunyai kegunaan seperti dalam Jadual 6.1. Kelas A B C Kod Warna Perang/Co klat Biru Kegunaan Paip limpah dan pengalihudaraan tangki simpan Paip agihan

Merah Paip perkhidmatan Jadual 6.1: Pengkelasan Paip BG

Kebaikan paip besi bergalvani: (i) Senang didapati (ii) Kuat dan dapat menanggung tekanan yang kuat (iii) Saiz yang boleh didapati 6-150 mm

Kelemahan paip besi bergalvani: (i) Mudah berkarat (ii) Memerlukan kerja yang lebih seperti membenang (iii) Harga agak mahal

115

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.0

Paip Klorida Polivinil (PVC)

Gambarajah 6.2 : Paip Polyvinyl Chloride-PVC Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride) Ciri-ciri : i. ii. iii. iv. v. Murah Ringan Tidak tahan panas Mudah patah dan pecah Dijual dalam dua gred ketebalan

116

Modul Kerja Asas Pembinaan

3.0

Paip Polietilena (PE)

Gambarajah 6.3 : Paip Polietilena-PE Paip getah tiruan hitam (HDPE) Ciri-ciri : i. ii. iii. iv. Tahan karat Tidak mudah patah Mudah disambung dan mudah ditanggalkan Liat, elastic dan boleh lentur

Maksud Perkataan a. Kerja penyambungan b. Paip PVC c. Jenis paip

117

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Gambar dan sampel jenis - jenis paip : Paip Besi Bergalvani (Galvanised Iron GI ), Paip Klorida Polivinil (PVC) dan Paip Polietilena (PE).

Bahan/Kertas Aktiviti dan alatan TMK yang berkaitan : Sampel jenis-jenis paip, kertas A4 putih, alat menulis dan marker.

TUGASAN 1. Menyenaraikan jenis paip. 2. Membezakan jenis paip berdasarkan bahan yang digunakan untuk membuat paip.

LANGKAH KERJA 1. Pelajar dikehendaki membentuk beberapa kumpulan dengan 4 hingga 5 orang pelajar setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki : i. Menyenaraikan jenis-jenis paip. ii. Membezakan jenis paip berdasarkan sampel paip yang diberikan (3 sampel jenis paip) dari segi warna, bahan dan kegunaan. iii. Melakukan pembentangan maklumat yang diperolehi.

118

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
1. Senaraikan tiga jenis paip.
a. b. c.

2. Nyatakan ciri-ciri paip berdasarkan gambar yang diberikan Gambar Ciri-ciri

119

Modul Kerja Asas Pembinaan

UNIT 6 : MEMBUAT KERJA PENYAMBUNGAN PAIP PVC


STANDARD PEMBELAJARAN:
6.2

Mengenal pasti proses kerja penyambungan paip PVC

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 6.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan untuk kerja penyambungan paip PVC berdasarkan panduan kerja. 6.2.2 Merancang tanda sambungan pepasang dan paip PVC. 6.2.3 Memotong paip menggunakan alatan tangan. 6.2.4 Memasang paip dengan kaedah penyambungan menggunakan simen pelarut. 6.2.5 Memeriksa sambungan paip PVC. 6.2.6 Mengamalkan keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik di bengkel.

120

Modul Kerja Asas Pembinaan

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Pada pelajaran yang lepas, murid telah mempelajari ciri-ciri paip PVC. Dalam kerja penyambungan paip PVC, ia lebih mudah dilaksanakan jika berbanding dengan penyambungan paip BG. Murid akan mempelajari bahan penyambungan, alatan tangan dan kaedah penyambungan paip PVC. Selain daripada itu maklumat mengenai kerja penyambungan paip PVC boleh diperolehi melalui beberapa saluran

Media elektronik : Internet http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.com/2009/07/paip-asas.html http://www.scribd.com/doc/18584363/Nota-Kerja-Paip-2 http://www.scribd.com/doc/27248636/KERJA-PAIP Radio Television

Media cetak: Surat khabar Majalah Brosur Journal Manual yang berkaitan

121

Modul Kerja Asas Pembinaan

KANDUNGAN/FAKTA

KAEDAH PENYAMBUNGAN PAIP POLIVINIL KLORIDA (PVC) 1.0 Bahan-bahan Penyambungan i. Paip PVC

ii. Simen pelarut

iii. Penyuai soket injap

iv. Penyuai soket PT

122

Modul Kerja Asas Pembinaan

v. Siku 90o sama PVC

vi. Soket pengecil PVC

vii. Kunci paip PVC

viii. Pili paip PVC

123

Modul Kerja Asas Pembinaan

2.0

Alat Tangan i. Pita ukur

ii. Sesiku gabung

iii. Gergaji besi

iv.

Pemotong paip PVC

124

Modul Kerja Asas Pembinaan

v.

Kikir rata

vi.

Spana boleh laras

3.0

Menyambung Paip PVC i. Dengan menggunakan gergaji besi atau pemotong PVC, potong batang paip PVC mengikut ukuran yang dikehendaki. Buang gerigis dengan menggunakan kikir rata. ii. Bersihkan batang paip PVC dengan kain atau sapukan bendalir pembersih. iii. Pada hujung kedua-dua bahagian paip tandakan bahagian yang akan dibuat sambungan. iv. Sapukan simen pelarut dengan menggunakan berus. Bagi menjaga keselamatan diri, jangan menggunakan jari v. Sambungkan paip PVC dengan menolak paip masuk sambil memutarkannya. Tetapkan sambungan paip tersebut dengan menetapkan kedudukan yang telah ditandakan tadi. Pasangkan kunci paip PVC dan pili paip PVC akhir sekali bersihkan simen pelarut yang berlebihan dengan menggunakan kain. vi. Periksa sambungan paip supaya tiada kebocoran.

125

Modul Kerja Asas Pembinaan

4.0

Langkah Keselamatan (a) Ketika menggunakan simen pelarut, jangan menghidu kerana bau dan bahan simen pelarut adalah beracun. (b) Simpan simen pelarut di tempat yang selamat selepas menggunakannya

Maksud Perkataan

a. Proses b. Kerja penyambungan c. Paip PVC

126

Modul Kerja Asas Pembinaan

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Kertas Aktiviti Bahan

: :

Lukisan Kerja Penyambungan Paip Paip PVC, simen pelarut, pita PTFE, penyuai soket injap, penyuai soket PT , siku 90o sama PVC, soket pengecil PVC, kunci paip PVC dan pili paip PVC.

Alat Tangan

Pita ukur, sesiku gabung, gergaji besi, pemotong paip PVC, kikir rata dan spana boleh laras,.

TUGASAN 1. Membuat kerja penyambungan paip PVC berdasarkan lukisan kerja yang dibekalkan.

LANGKAH KERJA 1. Menyediakan bahan dan peralatan untuk kerja penyambungan paip PVC berdasarkan panduan kerja. 2. Merancang tanda sambungan pepasang dan paip PVC. 3. Memotong paip menggunakan alatan tangan. 4. Memasang paip dengan kaedah penyambungan menggunakan simen pelarut. 5. Memasang pili paip dengan kaedah penyambungan menggunakan pita PTFE. 6. Memeriksa sambungan paip PVC.

127

Modul Kerja Asas Pembinaan

LATIHAN
2. Tandakan ( / ) pada peralatan yang betul dan tandakan ( X ) pada peralatan yang salah dalam kerja penyambungan paip.

128

Modul Kerja Asas Pembinaan

3. Nyatakan kegunaan bagi setiap peralatan di bawah : i.

_________________________________________________

ii.

__________________________________________________

iii.

__________________________________________________

iv.

__________________________________________________

129

Anda mungkin juga menyukai