Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENGURUSAN DIRI

TINGKATAN 1

i
ii
DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL UMUM PRA-VOKASIONAL

PENGURUSAN DIRI
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv
KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. KATA PENGANTAR viii

4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1

5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)


6.1 Matlamat Modul 4
6.2 Objektif Modul 4
6.3 Fokus Modul 4
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 4
6.5 Organisasi Standard Kurikulum 5
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian 6-17

v
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii
Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

viii
PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional


Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan
bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional


Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada.
Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam
bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran
generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam
kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan
inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta
menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi


Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula
kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard


Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan
bagi setiap Standard Pembelajaran.

1
PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 50 jam setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Ekonomi Rumah Tangga paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah
menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat
perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P


Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya
kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin
ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik
darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan
dapat diaplikasikan.

2
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PENGURUSAN DIRI

3
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

Matlamat Modul
Kurikulum Standard Pengurusan Diri bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran menguruskan diri, bahan,
peralatan serta tempat kerja dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga dengan yakin, kreatif, berfikiran ke arah teknologi dan
keusahawanan,agar dapat menjadi insan berketerampilan bagi meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.

Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat;
1. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembentukan imej kendiri.
2. Membentuk identiti dan imej kendiri yang positif.
3. Mengenal pasti bahan dan alatan menjaga kebersihan diri dan tempat kediaman.
4. Mengenal pasti bahan dan peralatan untuk aktiviti memasak dan menjahit.
5. Memilih, mengguna dan menyenggara alatan dengan teknik yang betul.
6. Menyediakan hidangan seimbang untuk diri dan keluarga.
7. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan kebersihan serta keselamatan semasa bekerja di bengkel.
9. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Ekonomi Rumah Tangga dalam kehidupan harian.
10. Mengamalkan budaya kerja yang baik dalam aktiviti keusahawanan dan berkomunikasi dengan berkesan.

Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang ekonomi rumah tangga memberi penekanan kepada asas
pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal
dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan
menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
 Pendekatan modular berasaskan kompetensi
 Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
 Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
 Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
 Pembelajaran masteri
 Integrasi TMK merentas kurikulum
 Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
 Lawatan industri
 Pengurusan kewangan berhemah

4
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2
hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang
pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard
Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni
yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki
dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai
dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara
aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana
dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan
elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya
menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

5
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN

1.0 MENGURUS DIRI 1.1 Mengurus diri dari aspek 1.1.1 Menyatakan sifat fizikal dan personaliti diri dengan tepat.
fizikal, personaliti, minat, bakat, 1.1.2 Menyenaraikan sifat fizikal dan personaliti diri dengan
kebolehan, kelebihan dan berpandukan edaran yang disediakan.
1.1.3 Menyenaraikan minat dan bakat diri.
kelemahan diri.
1.1.4 Menerangkan langkah-langkah untuk memupuk minat dan
mengembangkan bakat diri dengan betul.
1.1.5 Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan diri dengan jelas.
1.1.6 Menghargai dan mengurus diri dengan baik untuk menarik minat
pelanggan apabila menceburi bidang keusahawanan.

1.2 Mengamalkan kebersihan 1.2.1 Memilih dan menggunakan alatan yang sesuai untuk menjaga
dan penampilan diri dari kebersihan diri.
aspek rambut, muka, 1.2.2 Memilih dan menggunakan bahan untuk membersih diri
gigi, kuku dan badan. dengan betul.
1.2.3 melaksanakan aktiviti amalan kebersihan diri seperti yang
diarahkan.
1.2.4 Mempamerkan penampilan diri yang kemas dan bersikap positif.

1.3 Mengamalkan postur badan 1.3.1 Menerangkan maksud postur badan.


semasa berdiri, berjalan dan 1.3.2 Membincangkan kepentingan menjaga postur badan yang betul.
duduk. 1.3.3 Menunjuk cara postur badan yang betul semasa berdiri, berjalan
dan duduk.
1.3.4 Mengamalkan postur badan yang betul semasa berdiri,
berjalan dan duduk.

1.4 Mengamalkan komunikasi 1.4.1 Menyenaraikan ciri-ciri positif dan negatif semasa berkomunikasi.
berkesan. 1.4.2 Melakonkan dialog yang disediakan dengan suara, gaya dan
memek muka yang betul.
1.4.3 Mengamalkan cara pertuturan dan pergaulan yang sopan.

6
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.5 Mengurus ruang tempat 1.5.1 Menamakan jenis ruang tempat kediaman mengikut fungsi.
Kediaman. 1.5.2 Menyenaraikan jenis alatan dan bahan untuk membersih
ruang dengan betul.
1.5.3 Memilih dan mengguna alatan dan bahan untuk membersih
ruang mengikut kesesuaian.
1.5.4 Membersih ruang menggunakan alatan dan bahan yang sesuai.
1.5.5 Membersih dan menyimpan alatan mengikut prosedur.
1.5.6 Mengamalkan penjagaan tempat kediaman supaya sentiasa
bersih, kemas dan teratur.

2.0 MENGURUS 2.1 Mengenal pasti fungsi carta 2.1.1 Menerangkan kegunaan dan kepentingan carta organisasi di
BENGKEL organisasi. bengkel dengan jelas.
2.1.2 Menyediakan carta organisasi bengkel dengan lengkap.

2.2 Mengamalkan kebersihan 2.2.1 Menyediakan jadual tugas berkumpulan mengikut giliran.
bengkel. 2.2.2 Melaksanakan tugas pembersihan mengikut jadual yang
ditetapkan.

2.3 Mematuhi peraturan bengkel. 2.3.1 Menyenaraikan peraturan bengkel dengan betul.
2.3.2 Mematuhi peraturan keselamatan di bengkel.

2.4 Mengenal pasti punca dan kaedah 2.4.1 Menyenaraikan punca kemungkinan berlaku kebakaran di ruang
mencegah kebakaran. dapur dan di bengkel jahitan.
2.4.2 Menyatakan bahan yang boleh digunakan untuk memadam api
kebakaran.
2.4.3 Memadankan jenis pemadam api dengan punca kebakaran.

2.5 Mengenal pasti kegunaan peti 2.5.1 Menyenaraikan bahan dan alat dalam peti pertolongan cemas.
pertolongan cemas. 2.5.2 Menyatakan fungsi bahan dan alat dalam peti pertolongan
cemas.

7
STANDARD KRITERIA PENCAPAIAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN

2.6 Mengenal pasti kemalangan dan 2.6.1 Menyatakan jenis serta sebab berlaku kemalangan dan
kecederaan ringan serta rawatan. kecederaan ringan di bengkel.
2.6.2 Melakukan rawatan kecederaan ringan secara simulasi.

3.0 MENYEDIA DAN 3.1 Mengenal dan mengguna 3.1.1 Menamakan peralatan di dapur mengikut kegunaan.
MENYAJI/ peralatan kecil dan besar 3.1.2 Menyenaraikan peralatan memasak mengikut kegunaan.
MENGEPEK di dapur. 3.1.3 Memilih dan menggunakan peralatan memasak mengikut
MAKANAN kesesuaian.
3.1.4 Menyenaraikan peralatan menghidang mengikut kegunaan.
3.1.5 Memilih dan menggunakan peralatan menghidang mengikut
kesesuaian.
3.1.6 Menyenaraikan alat berteknologi semasa menyediakan
makanan.
3.1.7 Memilih dan menggunakan alat berteknologi dengan teknik
yang betul.
3.1.8 Membersih dan menyimpan alatan berteknologi.

3.2 Menyedia, memasak, 3.2.1 Menyatakan maksud hidangan seimbang.


menghidang dan menilai 3.2.2 Menyediakan bahan dan alatan memasak.
hidangan seimbang. 3.2.3 Memasak hidangan mengikut resepi.
3.2.4 Menghidang dan menghias makanan mengikut kesesuaian.
3.2.5 Menilai hasil masakan mengikut kriteria penilaian makanan.
3.2.6 Menikmati hidangan mengikut etika di meja makan.
3.2.7 Membersih dan menyimpan alatan.
3.2.8 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan rakan.
3.2.9. Mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan di dapur.

3.3 Mengurus projek jualan 3.3.1 Merancang projek jualan masakan secara berkumpulan.
masakan. 3.3.2 Memilih hidangan masakan mengikut menu sarapan/minum
pagi/minum petang.
3.3.3 Memilih dan membaca resepi masakan sarapan/minum
pagi/minum petang.
8
STANDARD KRITERIA PENCAPAIAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN

3.3.4 Membuat senarai bahan masakan mengikut pilihan resepi.


3.3.5 Menyukat dan menimbang bahan dengan tepat.
3.3.6 Membuat pengiraan kos masakan.
3.3.7 Menyedia, memasak, mengepek makanan mengikut kreativiti
dan menjual kepada warga sekolah/komuniti.
3.3.8 Mengamalkan pertuturan yang sopan semasa berurusan dengan
pelanggan.
3.3.9 Mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan di dapur.

4.0 MENJAHIT 4.1 Menamakan peralatan dan bahan 4.1.1 Melabelkan alatan dan bahan jahitan dengan betul.
ARTIKEL MUDAH jahitan. 4.1.2 Memadankan alatan dan bahan jahitan mengikut kegunaan.
4.1.3 Memilih dan menggunakan alatan dan bahan mengikut
kesesuaian kerja.

4.2 Menjahit jahitan asas. 4.2.1 Menamakan jenis jahitan asas dengan betul.
4.2.2 Menjahit contoh jahitan asas dengan cara yang betul.

4.3 Menjahit artikel mudah. 4.3.1 Menyenaraikan jenis artikel mudah dengan betul.
4.3.2 Memilih artikel mudah yang akan dihasilkan.
4.3.3 Mengukur menggunakan pita ukur dengan tepat.
4.3.4 Menghasilkan artikel mudah mengikut langkah yang betul dan
kreativiti murid.
4.3.5 Membuat pengiraan kos artikel jahitan.
4.3.6 Mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan semasa
menjahit.

9
10

Anda mungkin juga menyukai