Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MATEMATIK

TINGKATAN 4
DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MATA PELAJARAN ALIRAN KEMAHIRAN

MATEMATIK
TINGKATAN 4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Copyright © 2016 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2016

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok
E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3. KATA PENGANTAR

4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)


6.1 Matlamat Modul
6.2 Objektif Modul
6.3 Fokus Modul
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
6.5 Organisasi Standard Kurikulum
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada
abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah,
iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat
patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif
industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang
telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.
PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional


Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia
melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional


Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini
bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja
tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan
kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas
kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,
murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta
menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi


Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi
yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard


Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi
setiap Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 64 jam setahun.

Guru berlatar belakang opsyen Matematik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana
yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat
dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P


Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih
belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif
dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P
supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

MATEMATIK
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

Matlamat Modul

Menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang keseluruhan konsep yang berkaitan dengan Nombor dan
Operasi, Ukuran dan Geometri, Perkaitan, dan Statistik. Kurikulum modul ini bertujuan untuk membentuk individu yang
mempunyai pemikiran matematik, dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan
bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam
kehidupan harian.

Objektif Modul

Di akhir modul ini murid dapat:


1. Memahami definisi, konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Ukuran dan
Geometri, Perkaitan, dan Statistik.
2. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu :
 membuat anggaran dan penghampiran ;
 mengukur dan membina ;
 mengumpul dan mengendali data ;
 mewakilkan dan mentafsir data ;
 mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik ;
 menggunakan algoritma dan perkaitan ; dan
 menyelesaikan masalah .
3. Mengaplikasi kemahiran asas penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang berkaitan dengan
Nombor dan Operasi, Ukuran dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
4. Berkomunikasi secara matematik.
5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah.
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan
masalah.
8. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
Fokus Modul

Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Matematik memberi penekanan kepada asas pengetahuan
berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan
menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan
menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

 Pendekatan modular berasaskan kompetensi
 Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
 Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
 Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
 Pembelajaran masteri
 Integrasi TMK merentas kurikulum
 Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
 Lawatan industri
 Pengurusan kewangan berhemah
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 4
hingga 5.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran
tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini
merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai
dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke
kompleks, sungguh pun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubah suai mengikut kesesuaian
dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan
kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi
menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai
Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan,
kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan
negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. NOMBOR 1.1 Memahami konsep nombor 1.1.1 Membilang, membaca dan menulis nombor bulat.
bulat.
Memahami konsep 1.1.2 Mengenal pasti nilai tempat dan nilai setiap digit dalam nombor
nombor dan menguasai bulat.
operasi asas nombor. 1.1.3 Membundarkan nombor bulat.

1.2 Menerangkan dan 1.2.1 Melengkapkan garis nombor yang diberi yang mengandungi
membandingkan integer. integer positif dan integer negatif.
1.2.2 Melengkapkan urutan nombor menggunakan integer positif dan
integer negatif.
1.2.3 Menentukan dan menyatakan nilai integer terbesar dan nilai
integer terkecil daripada set integer yang diberi.
1.2.4 Menyusun integer secara turutan menaik dan turutan menurun.

1.3 Menerangkan dan 1.3.1 Membaca dan menulis perpuluhan sehingga perseribu.
membandingkan perpuluhan
1.3.2 Membandingkan dua nilai perpuluhan yang diberi menggunakan
positif dan perpuluhan
simbol > atau <.
negatif.
1.3.3 Menentukan nilai perpuluhan terbesar dan nilai perpuluhan
terkecil daripada set perpuluhan yang diberi.
1.3.4 Menyusun perpuluhan dalam tertib menaik dan menurun.

1.3.5 Membundarkan perpuluhan :


a) kepada nombor bulat yang terhampir ;
b) sehingga kepada tiga tempat perpuluhan.

1.4 Membuat pengiraan 1.4.1 Menambah nombor bulat, integer dan perpuluhan,
melibatkan empat operasi
1.4.2 Menolak nombor bulat, integer dan perpuluhan,
asas.
1.4.3 Mendarab nombor bulat, integer dan perpuluhan,
1.4.4 Membahagi nombor bulat, integer dan perpuluhan,
1.4.5 Melakukan gabungan operasi ke atas nombor bulat, integer dan
perpuluhan,
dengan bantuan penggunaan kalkulator.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2 UKURAN 2.1 Menggunakan ukuran 2.1.1 Mengukur panjang garis yang diberi termasuk jejari dan
panjang. diameter bulatan dengan menggunakan pembaris dalam unit
Memahami dan
standard yang berbeza (mm, cm, m).
menggunakan ukuran.
2.1.2 Menukar unit metrik ukuran panjang (mm, cm, m dan km).
2.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan panjang.

2.2 Menggunakan ukuran jisim. 2.2.1 Mengukur jisim objek menggunakan alat penimbang yang
sesuai.
2.2.2 Menukar unit metrik jisim (mg, g, kg, tan).
2.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim.

2.3 Mengukur masa dalam saat, 2.3.1 Menentukan ukuran masa yang sesuai bagi peristiwa tertentu.
minit, jam, hari, minggu,
bulan dan tahun. 2.3.2 Menukar unit ukuran masa (saat, minit, jam, hari, minggu, bulan
dan tahun).

2.4 Mengukur tempoh masa


2.4.1 Menukar masa dalam sistem dua belas jam kepada sistem dua
dalam saat, minit, jam, hari,
puluh empat jam dan begitu juga sebaliknya.
minggu, bulan dan tahun..
2.4.2 Menentukan tempoh masa antara dua waktu yang diberi.

3 PERIMETER Memahami 3.1 Menentukan perimeter suatu 3.1.1 Mengenal pasti perimeter suatu rajah yang diberikan.
dan menggunakan rajah.
3.1.2 Mengira perimeter suatu rajah yang diberikan:
konsep perimeter .
a) apabila ukuran sisi diberi,
b) menggunakan pembaris apabila ukuran sisi tidak diberikan.
3.1.3 Menentukan perimeter kawasan yang dilingkungi garis lurus.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

4 STATISTIK 4.1 Mengelas, mengumpul dan 4.1.1 Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh dikumpul
merekod data. secara:
Mengurus, mewakilkan,
a) mengira.
memproses dan mentafsir
b) mengukur.
data.
4.1.2 Mengumpul dan merekod data secara sistematik
4.2 Mewakilkan dan 4.2.1 Membina carta palang dan carta pai untuk mewakilkan data.
mentafsir data dalam:
4.2.2 Memperoleh maklumat daripada piktograf, carta palang dan
(i) piktograf carta pai.
(ii) carta palang 4.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan piktograf, carta
palang, dan carta pai.
(iii) carta pai
untuk menyelesaikan
masalah.

4.3 Memahami dan 4.3.1 Menentukan mod bagi :


menggunakan konsep mod, a) set data ;
median dan min untuk data b) data dalam jadual kekerapan.
tak terkumpul.
4.3.2 Menentukan mod daripada carta palang dan carta pai.
4.3.3 Menentukan median bagi :
a) set data ;
b) data dalam jadual kekerapan.

4.3.4 Mengira min bagi :


a) set data ;
b) data dalam jadual kekerapan.

4.3.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod, median dan min.


Terbitan
:

xviii

Anda mungkin juga menyukai