Anda di halaman 1dari 8

Tajuk Jurnal

: Inovasi dalam pengajaran sains di prasekolah melalui penggunaan modul INKUIRI.SAINS

Penulis Bil muka surat Sumber Abstrak

: Zaidah bt Muhaini , Anna Christina bt Abdullah : 11 : Universiti Sains Malaysia :

Pengajaran dan pembelajaran sains adalah satu proses yang aktif, kreatif dan melibatkan aktiviti penerokaan, di mana kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai bentuk pengetahuan untuk membina teori tentang dunia di sekeliling mereka. Sains diperoleh melalui perasaan ingin tahu kanak-kanak yang membawa kepada penemuan dan penerokaan dan disokong dengan bantuan dan galakan guru. Kajian ini adalah tentang pengajaran sains di peringkat prasekolah dan makna sains pada kanak-kanak. Keperluan mengajar sains di peringkat prasekolah dan sebab-sebabnya juga dinyatakan bagi menyokong idea bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada pendidikan sains sejak dari awal lagi. INKUIRI.SAINS yang sedang dalam fasa pembinaan yang dibangunkan dengan tujuan untuk membantu guru menjalankan proses pengajaran sains di kelas prasekolah secara aktif, menyeronokkan dan menggunakan pendekatan inkuiri.

Pengenalan

Sains itu ialah satu cara untuk meneroka alam semulajadi, salah satu subjek yang dipelajari untuk memahami rahsia alam semesta, aktiviti tentang uji kaji, makmal, radas dan sebagainya atau pun ramai orang berfikir bahawa ia adalah tentang senarai panjang fakta untuk dihafal seperti mana tanggapan yang biasa tentang subjek sains di sekolah. Sains adalah satu bidang ilmu yang sarat dengan pengetahuan yang dibina oleh manusia melalui proses penemuan mengenai alam semula jadi bagi

menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman tentang alam ini.

Kanak-kanak sentiasa membina pengetahuan mereka secara berterusan dan guru yang peka dengan apa yang kanak-kanak sudah tahu dan fikir boleh membantu mereka memperbaiki dan menambah pengetahuan itu. Selalunya idea pengetahuan ini berkembang daripada apa yang mereka pelajari melalui kandungan kurikulum spesifik yang telah ditetapkan. Penglibatan dalam bidang sains boleh membangunkan kemahiran pemerhatian, interaksi, kerjasama, ramalan dan lain lain

Sains Bagi Kanak Kanak

Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri , proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi dan satu penemuan dari alam sekeliling mereka .

Pembelajaran sains adalah satu proses yang aktif, kreatif dan melibatkan aktiviti penerokaan, di mana kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai bentuk pengetahuan untuk membina teori tentang dunia di sekeliling mereka.Kanak-kanak dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan kemahiran berfikir melalui pengalaman dan aktiviti sains yang mereka lakukan .

Kanak-kanak

sentiasa

bersedia

untuk

belajar

perkara

yang

berlaku

disekelilingnya setiap hari dan amat tertarik kepada aktiviti penyiasatan, membawa sifat atau daya ingin tahu tentang hal yang berlaku dalam dunia sekelilingnya dan bagaimana fenomena terjadi amat menarik perhatian kanak-kanak. Kanak-kanak cenderung untuk mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di persekitarannya Kanak-kanak boleh digambarkan sebagai ahli sains semula jadi disebabkan fitrah mereka yang memiliki rasa ingin tahu yang tinggi terhadap fenomena yang berlaku disekeliling mereka.

Sains diperoleh melalui perasaan ingin tahu kanak-kanak yang membawa kepada penemuan dan penerokaan dan disokong dengan bantuan dan galakan guru. Sains melibatkan tiga komponen utama iaitu kandungan, proses dan sikap. Kanakkanak seperti juga saintis, perlu mempraktikkan kemahiran proses sains seperti meramal, memerhati, mengklasifikasi, membuat hipotesis, membuat eksperimen dan berkomunikasi.Kanak-kanak memerlukan peluang untuk memikirkan tentang

penemuan mereka, cara mereka mencapai penemuan tersebut dan bandingan penemuan itu dengan idea sedia ada dan idea orang lain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat digalakkan membina sikap seorang saintis iaitu mempunyai rasa ingin tahu dan keinginan untuk mencabar teori dan berkongsi idea-idea baru. Penerokaan saintifik memberikan peluang yang autentik kepada kanakkanak untuk membangunkan dan menggunakan kedua-dua kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif. Oleh kerana sains bagi kanak-kanak adalah satu pemerolehan ilmu pengetahuan melalui interaksi dengan alam sekitar, maka amat perlu bagi seorang guru untuk menyediakan peluang kepada mereka untuk meluahkan idea dan pandangan mereka tentang kejadian alam. Peluang pembelajaran ini boleh didapati melalui pendekatan pembelajaran yang aktif, seronok dan melibatkan inkuiri seperti penerokaan atau penyiasatan yang mudah dan terbimbing.

PENGAJARAN SAINS DI PRASEKOLAH: SATU KEPERLUAN

Kanak-kanak boleh melakukan penyiasatan dan mengambil bahagian dalam proses inkuiri dan aktiviti saintifik di prasekolah dan ini akan mempengaruhi sikap jangka masa panjang kanak-kanak terhadap sains. Kepentingan pendedahan awal kepada kandungan sains dan program yang berkaitan dengannya juga boleh mempengaruhi kecekapan kanak-kanak, sikap, nilai dan konsepsi terhadap sains.

Kajian oleh Eshach dan Fried (2005), menunjukkan terdapat dua justifikasi yang dipertimbangkan kenapa perlu mengajar sains di usia awal kanak-kanak iaitu (i) sains adalah mengenai dunia sebenar dan (ii) sains membangunkan kemahiran penaakulan. enam sebab bagi menyokon idea bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada sains. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut: a) Kanak-kanak secara semula jadi seronok membuat pemerhatian dan memikirkan tentang alam semula jadi b) Mendedahkan kanak-kanak kepada sains boleh membangunkan sikap yang positif terhadap sains c) Pendedahan awal kepada fenomena saintifik membantu kanak-kanak

memahami konsep saintifik dengan lebih baik dan hal ini memudahkan pembelajaran sains kanak-kanak seterusnya secara formal d) Penggunaan bahasa saintifik pada usia awal kanak-kanak mempengaruhi pembangunan konsep saintifik yang boleh digunakan dalam pengajaran sains seterusnya. e) Kanak-kanak dapat memahami konsep-konsep sains dan boleh menaakul secara saintifik f) Sains adalah satu cara yang berkesan untuk membangunkan pemikiran saintifik.

Guru mesti mengambil peranan yang spesifik untuk membantu dan menyokong pembelajaran sains secara aktif. Sains perlu diajar berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak, menarik, dan berhubung kait dalam pelbagai bidang terutamanya bahasa, matematik dan kemahiran sosial. Cara memupuk rasa ingin tahu secara saintifik dalam kalangan kanak-kanak ialah melalui memberi perhatian dan responsif, demonstrasi dan menunjukkan perasaan kegembiraan dan ingin tahu, menggalakkan soal jawab, membangkitkan perhatian kanak-kanak, menunjuk cara dan mengambil bahagian dalam proses inkuiri, menggunakan cerita, permainan dan gambar-gambar, mendedahkan dan menyediakan akses kepada rangsangan dan menggunakan kaedah pangajaran pelbagai deria.

Bagi menggalakkan murid berminat mempelajari sains, guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap umur mereka, kaedah penyampaian yang menekankan aktiviti hands on yang menarik kerana sains itu merujuk kepada frasa kerja yang melibatkan penglibatan aktif bukan sahaja secara hands-on tetapijuga minds on dan pengajaran sains perlulah dilaksanakan melalui satu pendekatan yang bersifat inkuiri atau penemuan. Pendidikan sains dianggap sebagai penyumbang kepada pembangunan pemikiran saintifik apabila melibatkan kanak-kanak secara aktif terutamanya dalam aktiviti inkuiri.

ISU PENGAJARAN SAINS DI PRASEKOLAH

Pengajaran sains awal di prasekolah menimbulkan isu apabila di dapati guru tidak mahir dan cekap mengajar sains di kelas, kurangnya keyakinan dalam pengajaran sains, pemahaman yang terhad dalam konsep sains dan banyak lagi kelemahan yang dilaporkan. Selain itu, guru juga tidak mahir merancang aktiviti dan tidak pandai menggunakan bahan yang ada di prasekolah dan persekitarannya untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar sains. Cabaran yang biasa juga dalam pengajaran sains ini ialah apabila terdapat guru yang mempunyai keyakinan yang rendah untuk mengajar sains. Hal ini kerana mereka bimbang mereka tidak dapat mengajar kanak-kanak dengan berkesan, kurang yakin dalam mengajar dan menggunakan peralatan sains, kekurangan masa dan kefahaman yang terhad tentang konsep sains. Kebanyakan guru prasekolah berasa ragu-ragu untuk memperkenalkan sains di dalam kelas prasekolah kerana seringkali berhadapan dengan pengalaman pendidikan sains mereka yang tidak menyeronokkan. Antara masalah dalam pengajaran sains yang telah dikesan ialah murid kurang motivasi belajar sains, pencapaian dalam sains tidak memberangsangkan, murid pasif, kurang kesungguhan dan minat belajar sains, murid kurang keyakinan untuk meneroka sains secara bersendirian, murid

mengharapkan guru memberi jawapan, idea dan mencurahkan ilmu dan, murid lebih memilih untuk mendiamkan diri ketika mata pelajaran ini di ajar dan tidak memberikan jawapan apabila disoal atau menyatakan pendapat.

Pendekatan yang terlalu berfokus kepada akademik seperti mengajar kanakkanak kemahiran asas dalam bahasa, literasi, numerasi juga menyumbang ke arah penglibatan pasif dalam sains kerana kanak-kanak kurang diberi peluang untuk penerokaan dan proses inkuiri yang dapat menggalakkan kreativiti, inisiatif dan motivasi intrinsik kanak-kanak.

INOVASI

DALAM

PENGAJARAN

SAINS :

DI

PRASEKOLAH

MELALUI

PENGGUNAAN MODUL INKUIRI SAINS

Modul dipilih sebagai bahan pengajaran kerana modul dapat membantu guru mengajar sesuatu tajuk melalui pelbagai aktiviti tersusun untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.Dalam konteks kajian ini, modul yang digunakan ialah modul yang mengandungi satu pakej pengajaran yang lengkap meliputi satu unit konsep. Ia mengandungi ringkasan pelajaran dan aktiviti bagi satu unit konsep, rancangan pelajaran, bahan bantu mengajar yang diperlukan ( buku cerita, carta, kad imbasan, perisian komputer dan sebagainya), alatan permainan, bahan kuiz dan latihan-latihan pengukuhan. Modul ini dinamakan sebagai INKUIRI.SAINS kerana konsep pengajaran yang digunakan dalam modul ini adalah berdasarkan pendekatan inkuiri. Pembelajaran sains oleh kanak-kanak prasekolah menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan, aktif, dijalankan secara kolaboratif, memperkembangkan kemahiran berbahasa, matematik, sosial serta meningkatkan kemahiran berfikir. Pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran menitikberatkan pembelajaran melalui proses mencari bukti, maklumat dan fakta serta penyelesaian masalah melalui prosedur dan kaedah yang sistematik. Murid dibimbing menyelesaikan masalah melalui aktiviti pencarian maklumat dan sesi soal jawab yang terbuka. Pendekatan inkuiri ini dapat membantu mengubah amalan pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Dalam konteks pendidikan prasekolah, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan mempelajari kemahiran baru melalui cuba jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Aktiviti hands-on dan minds-on boleh membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Selain itu aktiviti hands-on yang disediakan oleh guru yang menggunakan pendekatan inkuiri mampu melatih kanak-kanak bertanya soalan, memberi pendapat dan menyelesaikan masalah yang diberi secara berkesan. Di samping itu , aktiviti sains secara hands-on boleh dilakukan dalam pelbagai cara supaya keupayaan dan kebolehan kanak-kanak boleh dicabar tanpa rasa kecewa atau bosan kerana merupakan aktiviti yang aktif dan menyeronokkan dengan bantuan dan galakan guru. Kanak-kanak belajar melalui interaksi, bukan sahaja dengan orang dewasa tetapi rakan sebayanya. Interaksi dengan orang lain boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang dalam modul yang sedang dibangunkan ini menggalakkan interaksi dan kerjasama rakan sebaya. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk membuat pilihan supaya mereka boleh menjadi pemikir yang aktif dan boleh mencabar kebolehan diri mereka sendiri Aktiviti sains dirancang secara berstruktur. Guru memilih barang-barang tertentu untuk eksplorasi atau kajian. Guru memberikan beberapa arahan kepada aktiviti kanakkanak.Interaksi guru dan kanak-kanak adalah dalam bentuk perbualan dan komunikasi fizikal. Aktiviti yang dirancang harus memberi pengalaman formal. Kanak-kanak memilih aktiviti dan tindakan manakala guru berhak campur tangan dengan sesi penyoalan, cadangan dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti.

Kesimpulan

Pendidikan awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan penggunaan peralatan mudah yang diperoleh di dalam kelas prasekolah atau kawasan persekitarannya. Tunjang Sains dan Teknologi di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

mementingkan penguasaan kemahiran dalam kalangan kanak-kanak berbanding pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk Pengajaran dan pembelajaran sains di prasekolah haruslah bersifat dinamik, penerokaan,

menyeronokkan, penglibatan aktif dan bermatlamat untuk memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan memahami konsep sains dengan jelas. Pengajaran dan pembelajaran sains juga mesti mengutamakan pendekatan berpusatkan kanakkanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dan bertema, belajar secara bermain, pembelajaran kontekstual serta pembelajaran berasaskan projek .

Anda mungkin juga menyukai

  • RPH M3 - Anggota Badan
    RPH M3 - Anggota Badan
    Dokumen20 halaman
    RPH M3 - Anggota Badan
    Rubini Devi Mutthusamy
    100% (1)
  • Celoteh
    Celoteh
    Dokumen2 halaman
    Celoteh
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen5 halaman
    Assignment
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Refleksi Praktikum
    Refleksi Praktikum
    Dokumen1 halaman
    Refleksi Praktikum
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Borang Pemantau
    Borang Pemantau
    Dokumen1 halaman
    Borang Pemantau
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen5 halaman
    Assignment
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Tema 3 Anggota Badan (16ms) PDF
    Tema 3 Anggota Badan (16ms) PDF
    Dokumen16 halaman
    Tema 3 Anggota Badan (16ms) PDF
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen5 halaman
    Assignment
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Manual Pengguna EPrasekolah Peringkat PPD - PPW - JPN
    Manual Pengguna EPrasekolah Peringkat PPD - PPW - JPN
    Dokumen7 halaman
    Manual Pengguna EPrasekolah Peringkat PPD - PPW - JPN
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Harian Isnin
    Harian Isnin
    Dokumen1 halaman
    Harian Isnin
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Latihan Tatabahasa PDF
    Latihan Tatabahasa PDF
    Dokumen1 halaman
    Latihan Tatabahasa PDF
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Ashwitha A/P Karthik
    Ashwitha A/P Karthik
    Dokumen8 halaman
    Ashwitha A/P Karthik
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Refleksi Swot
    Refleksi Swot
    Dokumen2 halaman
    Refleksi Swot
    Siti Rohayu Rohan
    100% (1)
  • Ola Ole Math PDF
    Ola Ole Math PDF
    Dokumen28 halaman
    Ola Ole Math PDF
    Anonymous TKl0HahT
    Belum ada peringkat
  • Sa 1.0
    Sa 1.0
    Dokumen6 halaman
    Sa 1.0
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • 2.0 Baik Hati 3.0 Bertanggungjawab 4.0 Berterima Kasih 5.0 Hemah Tinggi
    2.0 Baik Hati 3.0 Bertanggungjawab 4.0 Berterima Kasih 5.0 Hemah Tinggi
    Dokumen6 halaman
    2.0 Baik Hati 3.0 Bertanggungjawab 4.0 Berterima Kasih 5.0 Hemah Tinggi
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • 5 6271328748163825676
    5 6271328748163825676
    Dokumen42 halaman
    5 6271328748163825676
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Moral
    Pengenalan Moral
    Dokumen1 halaman
    Pengenalan Moral
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Kumpulan 4
    Kumpulan 4
    Dokumen2 halaman
    Kumpulan 4
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Webtema Umum Sayur
    Webtema Umum Sayur
    Dokumen1 halaman
    Webtema Umum Sayur
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Moral
    Pengenalan Moral
    Dokumen1 halaman
    Pengenalan Moral
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Penutup Pengakap
    Penutup Pengakap
    Dokumen2 halaman
    Penutup Pengakap
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Khusus Sayur
    Khusus Sayur
    Dokumen1 halaman
    Khusus Sayur
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • SPM 1
    SPM 1
    Dokumen9 halaman
    SPM 1
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • SPM 1
    SPM 1
    Dokumen9 halaman
    SPM 1
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Latih B
    Latih B
    Dokumen1 halaman
    Latih B
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Web Tema Umum Haiwan
    Web Tema Umum Haiwan
    Dokumen1 halaman
    Web Tema Umum Haiwan
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Latih A
    Latih A
    Dokumen1 halaman
    Latih A
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat
  • Penanda Wacana BM
    Penanda Wacana BM
    Dokumen6 halaman
    Penanda Wacana BM
    Nurhidayah Othman
    Belum ada peringkat
  • Bujur
    Bujur
    Dokumen6 halaman
    Bujur
    Pavitrra Subbramaniyam
    Belum ada peringkat