Anda di halaman 1dari 8

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 1 of 8

To Search, just type and

myHPA Group News


Herba HPA merawat dan Mencegah penyakit

Home About myHPA Group Register

Ini adalah blog rasmi myHPA group(myHPAGr) yang bertindak sebagai info terkini tentang aktiviti myHPA Group, produk keluaran HPA, pengumuman rasmi myHPA group, dan sebagainya. Blog ini akan ssentiasa diupdate dari masa ke semasa. Oleh itu, kepada semua members myHPA group, jangan ketinggalan mendapatkan info terkini dari kami. dan untuk memudahkan anda semua, kami telah memasukkan headlines blog ini di laman utama myHPA Group.

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah


28.09.2007 by usdin Category Info Terkini, Suci Zahir Batin
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. PRAKATA Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam. Tuhan yang memiliki perbendaharaan yang ada di langit dan juga semua yang ada di bumi. Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang . Dengan kasih sayangnya maka kita masih berada di dunia , menikmati segala macam kenikmatan yang tidak terhingga. Solawat dan salam untuk insan agong junjungan besar Rasululamin Muhammad S.A.W yang telah membawa risalah Islam dengan penuh tanggongjawab bagi menyelamatkan manusia dalam menempuh kehidupan di dunia dan akhirat.

MLM SYARIAH tajuk risalah kecil ini ditulis adalah dengan harapan ianya dapat menerangkan dengan jelas kedudukan perniagaan MLM dari sudut pandangan Islam. Tajuk ini begitu penting diperjelaskan memandangkan industri MLM banyak melibatkan umat Islam. Ada sumber yang mengatakan penglibatan umat Islam adalah disekitar 70-80 peratus. Kefahaman yang kabur tentang perniagaan MLM akan menjerumuskan umat Islam kedalam satu usaha syubhat/haram dalam mencari rezki tanpa mereka sedari. Begitulah tipu daya syaitan yang cukup halus dan barangsiapa tiada mendapat petunjuk sudah tentu akan tertipu. Semoga Allah memberi petunjuk yang terang dan jelas kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai peniaga muslim. PENDAHULUAN Alif, Laam, Miim{1}Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.{2} (Al-Baqarah:1-2) Dalam membincangkan apa sahaja tajuk untuk menuju kepada satu keadaan kesempurnaan, Al-Quran hendaklah dijadikan rujukan kerana kesempurnaan itu adalah seperti apa yang dikehendaki oleh Khaliq iaitu pencipta kepada semua sistem kehidupan. Ayat diatas adalah satu penegasan daripada Allah betapa perlunya kita mengambil Al-Quran sebagai petunjuk untuk keselamatan di dunia dan akhirat. Tingkatan kepada taqwa itu adalah sejauh mana kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan. Keyakinan terhadap Al-Quran tersimpul didalam rukun iman yang kedua iaitu kepercayaan kepada kitab. Keyakinan yang benar terhadap kalam Allah itulah yang mempengaruhi amalan seorang muslim. Tauhid Uluhiyyah adalah kepercayaan bahawa Allahlah tempat tertumpunya seluruh peribadatan seperti yang ditegaskan oleh Al-Quran bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(AzZariat:56) Oleh kerana kejadian manusia untuk beribadah dan ianya diperkuatkan lagi dengan janji manusia sendiri kepada tuhan seperti yang terdapat dalam ayat 172 surah Alaraf . Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.(Al-Araf:172)

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 2 of 8

Seandainya kehidupan manusia menyimpang dari manhaj dan sistem hidup seperti yang telah dijanjikan maka Allah akan membalas penyimpangan tersebut dengan dosa dan bala bencana. Dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.(As-Syura:30) Tempoh kerasulan Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun, dakwah,jihad dan perjuangan beliau telah menyempurnakan satu contoh kehidupan yang boleh diikuti disetiap masa dan zaman tanpa ada kekurangan walaupun sebesar zarrah. Namun setelah kewafatan beliau selama lebih 1400 tahun, umat Islam kini sedang menghadapi zaman kelemahan dan penindasan yang memerlukan jihad dalam satu arus kebangkitan dalam semua system kehidupan termasuk dalam bidang perniagaan. PENGENALAN MLM MLM (Multi Level Marketing) atau Pemasaran Berbilang Aras adalah di antara beberapa system yang dicipta di barat sebagai satu strategi menghadapi persaingan dalam bidang perniagaan. MLM menyelesaikan beberapa masalah besar dalam perniagaan kovensional. 1. Masalah perlawanan harga (Price war- price undercutting) MLM menawarkan harga yang sama bagi semua kategori pengedar. 2. Masalah network atau jaringan yang lebih besar 3. Modal yang rendah untuk memulakan perniagaan 4. Hubungan yang lebih akrab antara pengilang dan pengguna. 5. Penyampaian ilmu produk knowledge yang lebih berkesan. 6. Perniagaan dalam satu team/jamaah yang lebih tersusun. 7. Keuntungan atau pendapatan yang tidak terbatas. 8. Penguasaan pasaran yang lebih cepat. MLM terbukti merupakan satu system perniagaan yang mampu menyempurnakan matlamat kepada pemasaran itu sendiri iaitu memberi kepuasan kepada pengedar dan juga pengguna diatas produk yang dipasarkan. Walaupun MLM dicipta dibarat sebagai umat Islam kita boleh mengambil dan melaksanakannya selagi ianya tidak mempunyai unsur yang bercanggah dengan syariat. Sebuah hadis ada menyebut Ilmu yang bermenafaat adalah barang tercicir orang mukmin, apabila terjumpa dialah yang lebih berhak akan dia. Mengikut perangkaan yang boleh dipercayai terdapat disekitar (70-80)% umat Islam terlibat dengan perniagaan MLM di Malaysia. Sudah tentu ianya memberikan pulangan yang baik terhadap ekonomi Negara dan juga kepada ekonomi ummah. Namun banyak perkara2 yang berlaku dalam industri MLM itu sendiri yang walaupun tidak nampak jelas tetapi sebenarnya ianya menggugat keimanan insan dalam perjalanan mencari keredhaan Allah.

PERKARA-PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM DALAM INDUSTRI PERNIAGAAN MLM 1. SKIM CEPAT KAYA BERSELINDUNG DI SEBALIK MLM Terdapat dikalangan masyarakat yang menyamakan perniagaan MLM dengan skim cepat kaya. Tanggapan ini adalah akibat daripada terdapatnya syarikat2 yang bersembunyi disebalik Akta Jualan Langsung bagi mencapai tujuan dan maksud sekim cepat kaya. Ada syarikat MLM yang mengenakan bayaran tertentu seperti RM350 semasa pendaftaran dan diberikan produk sebagai memenuhi syarat jual beli lalu dijanjikan dengan keuntungan yang berlipat kali ganda. Ada kalanya walaupun ganjaran yang dijanjikan tidak masuk akal, ianya masih diberi sambutan yang menggalakan oleh segelintir masyarakat yang mahukan keuntungan yang cepat dengan cara yang mudah walaupun ianya tidak langsung memenuhi ciri-ciri dalam perniagaan Islam. Syarikat-syarikat ini akhir nya akan ditamatkan lesen AJLnya dan ditamatkan operasinya. Cara dan Kaedah ini bukan sahaja diharamkan oleh Islam tetapi juga diharamkan oleh kerajaan Malaysia. 2. INVENTORI LOADING Inventori loading juga mirip skim cepat kaya kerana ianya tidak menjadikan menafaat produk itu sebagai harga yang dibayar oleh pengguna. Matlamat penjualan adalah untuk mendapat pendapatan yang dijanjikan oleh system. Merekamereka ini akan bekerja mengejar pangkat yang ada dalam system tanpa memikirkan menafaat pada pengguna. 3. INSENTIF YANG MENEKAN Terdapat syarikat2 MLM yang mengadakan skim insentif yang mengikat para pengedar untuk mencapai sesuatu tahap jualan bulanan untuk melayakan mereka mendapat tabung kereta dan sebagainya. Kaedah ini secara tidak langsung akan menyebabkan tekanan kepada pengedar berkenaan sehingga memungkinkan mereka mengalehkan matlamat sebenar perniagaan kepada matlamat kebendaan semata-mata. Perniagaan mempunyai matlamat yang lebih mulia iaitu merupakan satu ibadah kepada Allah.

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 3 of 8

4. HARGA YANG TINGGI Produk-produk yang dipasarkan melalui system MLM selalunya mempunyai harga yang tinggi bagi memenuhi insentifinsentif yang ditawarkan. Harga yang tinggi ini akan terpaksa ditanggung oleh pengguna. Dalam hal ini penggunalah yang terpaksa membayar kelebihan tersebut tanpa mendapat apa-apa faedah tambahan. Pengguna sepatutnya hanya perlu membayar faedah atau menafaat dari produk tersebut. 5. STATUS HALAL PRODUK BOLEH DIPERTIKAI Antara (80-90)% syarikat MLM adalah terdiri dari syarikat milik non muslim. Sudah tentu kesahihan tentang halalnya produk tersebut boleh dipertikaikan. Banyak kisah tentang penemuan yang membuktikan produk yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat adalah haram dan meragukan ataupun boleh dikategorikan sebagai shubhat yang akan lebih cenderung menjerumuskan pengguna kepada yang haram. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah sosej yang diperbuat daripada khinzir. Walaupun ianya tidak dipasarkan melalui MLM, ternyata ianya adalah salah satu daripada kelemahan yang terdapat dalam system penguatkuasaan negara kita. Majoriti daripada syarikat2 MLM dalam Negara kita memasarkan produk kesihatan yang kebanyakannya dalam bentuk kapsul yang lebih cenderung kepada yang haram. 6. PENDEKATAN KEBENDAAN Dizaman kebendaan, manusia lebih terangsang untuk melakukan sesuatu berdasarkan kepada imbuhan kebendaan. Bidang perniagaan apa sahaja akan menggunakan formula dan stategi yang sama. MLM juga banyak merangsang pengikutnya dengan kebendaan yang akhirnya akan menyebabkan mereka menjadi kecewa. Ada dikalangan masyarakat yang benci kepada perniagaan ini disebabkan oleh salahnya pendekatan yang digunakan dan bukannya kesalahan kepada system perniaagaan MLM itu sendiri. 7. PERNIAGAAN YANG MENJAUHKAN HAMBA DARI PENCIPTA Enam perkara yang disebutkan terdahulu akan membuatkan pelakunya menjadi semakin jauh dari Allah kerana tujuan daripada kehidupan itu telah menyimpang daripada tujuan sebenar. Bukan redha Allah yang akan diperolehi malah ianya akan mengundang kemurkaannya. Ada diantara mereka yang berjaya mendapat pendapatan yang lumayan tapi tidak mendapat kebahagiaan hidup. Rumahtangga terabai, hubungan keluarga menjadi renggang, ibadah semakin malas dan tidak terasa kemanisan, kikir dalam menafkahkan rezki dan berbagai sifat mazmumah terbentuk dalam diri. Program-program yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang bukan milik orang Islam selalunya akan ada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat yang akan menyebabkan tertanamnya sifat lalai dalam mengingati Allah. Ini adalah satu gejala yang cukup merbahaya kepada kehidupan seorang muslim kerana mereka yang menceburkan diri dalam peniagaan MLM akan melibatkan diri secara sepenuh masa dan ianya akan menjadi sebahagian dari kehidupan. Allah memperingatkan seperti tertulis dalam Al-Quran Wahai umat manusia, Kenangkanlah nikmat Allah Yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali Yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?(Al-Fathir:3) MLM AL-WAHIDA MLM SYARIAH Syariah merujuk kepada sesuatu system yang menepati kehendak Islam. Oleh kerana MLM adalah satu system perniagaan maka ianya hendaklah menepati kehendak perniagaan dalam Islam. Terdapat beberapa asas yang perlu dipenuhi oleh sesuatu perniagaan jika sekiranya ianya mahu diiktiraf sebagai perniagaan yang berlandaskan syariah. MLM AlWahida memenuhi perniagaan menurut syariat Islam apabila dilihat daripada beberapa sudut utama seperti: 1. Matlamat Perniagaan. a. Matlamat Fardhu Kifayah Menunaikan tanggungjawab menyediakan ubatan2 yang halal bagi umat Islam. b. Mengembalikan manusia kepada Allah dalam urusan mengubati penyakit serta menjauhkan daripada pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik. c. Mempertingkatkan ekonomi ummah untuk kepentingan Islam. Perkataan yang paling sesuai untuk ketiga-tiga matlamat diatas adalah JIHAD yakni perjuangan kepada yang makruf dan mencegah kepada yang mungkar. Perjuangan untuk mengelakan umat Islam dari berobat dengan perkara yang mensyirikan akan Allah serta yang haram. Juga perjuangan untuk menyediakan kekuatan ekonomi bagi maslahat perjuangan secara menyeluruh. Pengedar-pengedar yang bergabung dengan AlWahida adalah merupakan mujahid yang bekerja kearah Matlamat jihad yang telah digariskan oleh syarikat. Kefahaman yang jelas tentang matlamat ini adalah penting untuk menentukan pengedar bekerja atas dasar dan niat yang betul untuk memastikan kedua-dua belah pihak mencapai matlamat yang sama iaitu mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Dalam surah Assyuara ayat 20 Allah berfirman yang bermaksud

Sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 4 of 8

tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.(As-Syura:20) Jihad adalah satu perintah dari Allah yang merupakan satu jalan kearah mencapai keredhaannya. Mujahid yang tidak mempunyai persiapan yang secukupnya akan kecewa dan tumpas yang akhirnya akan digugurkan dari medan perjuangan (Semoga kita semua dilindungi Allah daripadanya). Taqwa, tawakkal dan redha serta sentiasa mengharapkan perlindungan Allah adalah diantara sifat yang perlu diusahakan dan ditingkatkan dalam pekej perjuangan ini. Yakin dan percayalah bahawa Allah akan menunaikan janjinya bagi membimbing dan menunjuki jalan bagi orang yang berjuang dan berjihad seperti firmannya:

Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).(AlAnkabut:69) Salah satu persiapan untuk mencapai status pengedar yang berjaya ialah persiapan dari segi ilmu. Barangsiapa yang mahu berjaya didunia dengan ilmu,diakhirat dengan ilmu dan kedua-dua dunia, akhirat juga dengan ilmu-maksud hadis (semoga kita termasuk dalam golongan yang ketiga). Oleh kerana AlWahida memasarkan produk kesihatan, pengedar perlulah menguasai ilmu perubatan/perawatan dalam Perubatan Jawi yang dibawa oleh HPA dalam program-program yang dianjurkan oleh KPJ (Kolej Perubatan Jawi) dan juga oleh Al Wahida Training & Motivation). Keperluan mempersiapkan ilmu dalam bidang perubatan adalah sangat dituntut seperti yang terdapat dalam Hadith riwayat Abu Dawud, Nasai dan Ibnu Majah Barangsiapa melakukan pekerjaan tabib sedangkan dia tidak mengerti tentang ilmu ketabiban, maka dia harus bertanggungjawab Pencapaian akhir (Rezki) daripada urusan perniaagaan adalah merupakan ganjaran pahala diakhirat dan juga ganjaran kewangan didunia. Saya meyakini bahawa ganjaran kewangan hanyalah 10% sahaja daripada rezki yang diperolehi didunia seperti firman Allah dalam surah Saba ayat 45: Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat Yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) Yang Kami beri kepada umat-umat Yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (Mereka pun dibinasakan). Dengan Yang demikian perhatikanlah Bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka). (Saba:45) Pengedar yang tidak bergerak kearah matlamat seperti yang digariskan oleh Syarikat akan dianggap gagal walaupun mencapai bonus yang tinggi kerana mereka hanya menikmati 10% daripada ganjaran yang diberi oleh Allah. 90% lagi ganjaran adalah apa yang dihasilkan (diterjemahkan) oleh pahala yang akan diperolehi di akhirat dalam bentuk kebaikan2 seperti ketenangan, kebahagiaan rumah tangga, kemampuan membuat kebajikan dan apa sahaja yang ditakrifkan sebagai amal kebajikan yang mampu dilakukan didunia. Kalau 90% penyakit adalah berpunca daripada Roh (Spiritual,Mental, emosi) maka 90% daripada rezki juga akan mempengaruhi roh. Adalah begitu penting para pengedar benar-benar memahami serta menganuti kefahaman ini supaya usaha HPA untuk memperkembangkan Perubatan Jawi adalah selari dengan Pemasaran produk yang dijalankan oleh AlWahida Marketing. Walaupun angka 10% nampak kecil tetapi ianya boleh mewakili sebarang angka yang tidak terbatas seperti yang dijanjikan oleh perniagaan MLM AlWahida. Ia boleh mencapai puluhan ribu malah sehingga ratusan ribu. Persoalan yang lebih penting dilihat bukanlah besarnya angka tetapi apakah nilai kebajikan dan kebaikan yang boleh diberikan kepada ummah daripada angka tersebut. Apakah bila angka pendapatan menjadi lebih besar, lebih banyak anak2 yatim akan terbela? lebih banyak sekolah agama akan menerima infak? Lebih banyak industri yang tumbuh atas dasar untuk menyelesaikan masalah ummah? Dan apakah ianya dapat digunakan untuk memperbaiki keadaan umat Islam yang sedang ternanti-nanti akan pertolongan dan bantuan?. Angka 10% bukan angka yang melemahkan tetapi adalah angka keramat yang akan menyemarakan semangat juang bagi mengisi 90% kelemahan dan kekosongan yang ada pada umat. Pengedar-Pengedar yang telah disahkan sebagai rakanniaga Al Wahida setelah membayar RM20.00 , pada hakikatnya telah menyahut seruan perniagaan sebenar seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran surah Asshaf ayat1014

Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?{10} Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).{11}(dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga Adn . itulah kemenangan Yang besar.{12}Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.{13}Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)? mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah! (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 5 of 8

orang Yang menang.{14}(As-Shaf:10-14) Terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dibuat daripada ayat di atas: 1. Peniaga muslim hendaklah menjadikan matlamat sebenar perniagaan adalah untuk mendapat keselamatan diakhirat 2. Harta dan diri adalah modal yang sangat berharga yang boleh digunakan untuk tujuan jihad. 3. Peniaga yang berjihad akan diampunkan dosanya oleh Allah dan dimasukan kedalam Syurga Adn yang mengalir sungai dibawahnya serta tempat kediaman yang indah. 4. Dalam berjihad Allah menjanjikan berita gembira kepada orang mukmin bahawa ia akan memberi pertolongan bagi mencapai kemenangan yang dekat. 5. Peniaga muslim adalah penolong kepada Agama Allah, lalu Allah memperkuatkan keimanan mereka sehingga mereka mencapai kemenangan. Dalam perjuangan pasti ada ujian sebagai ukuran kepada betulnya jihad. Ganjaran kewangan yang diterima tidak boleh dijadikan ukuran kepada kejayaan kerana ianya sendiri adalah ujian dari Allah dalam bentuk harta benda. Saya meyakini bahawa sekiranya harta kekayaan telah ditetapkan oleh Allah untuk meningkatkan darjat seseorang pengedar disisinya, maka pengedar berkenaan akan memperolehinya. Sekiranya dalam pengetahuan Allah perkara disebaliknya akan berlaku sudah tentu dengan kasih sayangnya harta kekayaan akan tidak dikurniakan. Inilah sebenarnya yang akan berlaku sekiranya perjuangan berada diatas landasan yang betul dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah. Erti kekayaan sebenar seperti yang telah diperjelaskan oleh Al-Quran dan hadith bukanlah kekayaan kebendaan tetapi adalah rasa kaya dihati. Maksud hadith: Orang yang ketika pagi menjadikan Akhirat urusan utamanya,Allah akan menghimpunkan segalanya menjadikan kekayaan berada didalam hatinya dan dunia datang kepadanya tanpa dia kehendaki.Sedangkan orang yang ketika pagi menjadikan dunia sebagai urusan utamanya maka Allah akan mengacak2 urusannya menjadikan kemiskinan berada didepan kedua matanya dan dunia datang kepadanya hanya yang telah dituliskan Allah untuknya saja. Maksud hadih: Barangsiapa meluangkan masa beribadah kepada ku, akan aku campakan kekayaan dihatinya dan aku jadikan rezkinya berada di tangan dan barangsiapa yang menjauhkan diri dariku akan ku campakan kefakiran dihatinya dan ditangannya penuh dengan kesibukan. Kefahaman tentang erti sebenar kekayaan adalah penting untuk memastikan pengedar AlWahida tidak terpengaruh dengan fahaman kebendaan yang akan merosakan matlamat kehidupan (iaitu beribadah kepada Allah bagi mencapai keredhaannya). Kekayaan yang dicampak oleh Allah dihati akan membuatkan pengedar merasa redha, bershukur, bertawakkal dan cukup dengan apa yang dikurniakan Allah dan akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Rasa cukup tidak bererti usaha dihentikan, semangat menurun dan harapan menjadi pudar tetapi usaha dipertingkatkan, semangat menjadi semakin membara dan harapan kepada Allah menjadi semakin besar supaya dikurniakan rezki yang melimpah. Rezki untuk ummat kerana orang yang beriman dan bertaqwa apabila dikurniakan rezki, mereka akan menginfakan sebahagian daripadanya untuk jalan Allah. Sifat mereka ini disebut di dalam Al-Quran seperti dalam surah Al Fathir ayat 29&30. Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;{29}Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadanya).{30}(Al-Fathir:29-30) Inilah urusniaga yang kedua dengan Allah setelah urusniaga pertama dalam bentuk jihad menyelamatkan pengedar muslim daripada siksa yang pedih. Hadiah serta kurnia Allah yang lebih besar sedang menanti beserta dengan pengampunan diatas segala dosa. Pengedar AlWahida menyempurnakan perniagaannya dengan baik dalam kedua-dua situasi. Dalam keadaan rezki yang melimpah atau tidak semuanya berakhir dengan kebaikan. Konsep perniagaan yang berlandaskan Islam yang dianuti oleh Syarikat dan juga pengedar seperti yang dihuraikan diatas diyakini dapat menghasilkan rezqi yang barokah yang akan berkembang biak bagi membantu kerja-kerja menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kemungkaran. Bagaimana menempa kejayaan bersama AlWahida? 1. Niat Yang Jujur dan Ikhlas Kerana Allah Menyediakan pengobatan yang halal dan bersih dari unsur2 yang mensyirikan Allah kepada seluruh umat Islam serta mengukuhkan ekonomi ummah adalah sebab utama mengapa seseorang pengedar itu bersama dengan AlWahida. Niat ini cukup penting kerana setiap amalan itu dinilai oleh Allah mengikut niat seperti yang tersebut dalam hadith. 2. Membina diri sebagai herbalis muslim serta mengajak masyarakat supaya kembali kepada pengobatan Tabie yang lebih selamat. 3. Memahami Plan Pemasaran serta bergerak mengikut garispanduan yang telah disediakan supaya mendapat imbuhan kewangan yang bersesuaian. 4. Menjadikan Ilmu Herba serta Perawatan sebagai kaedah untuk menembusi pasaran dan menyediakan generasi pelapis yang akan meneruskan perniagaan dimasa hadapan.

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 6 of 8

5. Kesanggupan berkorban dan mengharapkan pertolongan Allah adalah dua sifat yang perlu ada pada herbalis yang berjihad bersama AlWahida. 6. Kekayaan menjadi impian supaya dapat diinfakan kejalan Allah supaya tergolong dalam golongan seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu orang-orang beriman yang membelanjakan hartanya dijalan Allah. 7. Bekerja kearah mewujudkan pusat rawatan Perubatan Jawi diseluruh Negara serta melahirkan tabib2 yang bertanggongjawab didunia dan akhirat Al-Wahida mengharapkan agar pengedar-pengedar yang berjaya yang dilahirkan oleh system MLM SYARIAH akan menjadi mereka-mereka yang seperti disebutkan dalam Al-Quran sebagai orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menafkahkan harta mereka pada jalan Allah. Golongan inilah sebenarnya peniaga yang akan memasuki syurga Allah tanpa hisab dengan mendapat keuntungan didunia dan juga diakhirat. Wassalam

Trackback URI | Comments RSS

One Response to MLM AL-WAHIDA MLM Syariah


1. # 1 paklong Says:
October 7th, 2007 at 9:16 pm

macam pernah baca je artikel ni

Leave a Reply
Name (required) Mail (will not be published) (required) Website

Submit Comment

Kenapa anda Perlu bersama HPA [Video]Bagaimana Stroke Menyerang Anda!!!

Vote Us

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 7 of 8

Earn $$ with WidgetBucks!

MLM Scam - GDI MLM Scam Multilevel Marketing, MLM Scam. GDI MLM Scam or No Scam? Truth Revealed
www.gdi-scam.com

Photobox & Studiobox Peluang Usaha Baru Fotografi Studio Foto Instan & Otomatis
www.PhotoNPrint.biz

MLM
www.teamsizzle.com/?id=1191

WARNING Considering MLM Network Marketing Read This Free Report or Peril! Beat The Trend
www.Secrets-of-MLM.com

Frustrated With MLM? Discover New MLM Secrets That Your Upline Never Told You
NewNetMarketingSecrets.com

Category
Info Terkini Suci Zahir Batin Teknik Tapak Tangan

Info Herba dan Ubatan Info Kesihatan Info Produk

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

MLM AL-WAHIDA MLM Syariah | myHPA Group News

Page 8 of 8

Recent Comment

mkeseri: jangan guna obat gigi ini kerana mengandungi racun dan florida - sejenis bahan kimia beracun / merbahaya... usdin: Elok jugak cadangan tunanti admin nak plan elok2.. usdin: hehe..takkan kena buat peraduan pulak; tapi tak pernanti kita fikirkan bersama :)) paklong: macam pernah baca je artikel ni paklong: kena ubah taktik sikit supaya ramai orang masuk . bagi satu orang satu downline free. yang lain depa cari...

Popular

Ubat Gigi Herba HPA - alternatif Ubat Gigi syubhah dan merbahaya.. Pengobatan Herba AWAS!!!UBAT GIGI BUATAN CHINA - Colgate & Darlie Isi kandungan kit Niaga yang diperolehi oleh ahli V.I.P Pendaftaran 4 lagi produk kosmetik beracun dibatal Apakah Konsep Perubatan JAWI? Anda perlu bersedia dari sekarang untuk berjaya!! Kenapa Tubuh kita Perlu kepada HERBALISME ketahui cara mudah hapuskan hutang! MLM AL-WAHIDA MLM Syariah

Archives
December 2007 November 2007 October 2007 September 2007

Meta
Register Login Valid XHTML XFN

WordPress

myHPA Group News 2007 All Rights Reserved. I am proudly using WordPress Engine for my Blogging Engine. Entries and Comments.

http://myhpagroup.net/blog/?p=5

28/02/2008

Anda mungkin juga menyukai