Anda di halaman 1dari 5

SIM SHIAN NEE PISMP BC SEM 6

Sub tugasan 5: Menghasilkan ulasan kritis berhubung kedudukan mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganengaraan yang hanya diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diperkenalkan pada tahun 2005 merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Seperti apa yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran pendidikan sivik dan

kewarganegaraan peringkat sekolah rendah, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya

masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.

Mata pelajaran ini telah dilaksanakan selama 7 tahun sehingga tahun ini dan hanya dipelajari oleh pelajar sekolah rendah tahap dua, iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Matlamat mata pelajaran ini saling berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berasaskan falsafah tersebut, pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pegetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan dapat mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SIM SHIAN NEE PISMP BC SEM 6

untuk menjadi seorang yang dapat memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara pada masa depan dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Bagi memenuhi kehendak era dunia ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan satu rancangan yang baru pada tahun 2011, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semua mata pelajaran mengalami perubahan yang besar bagi selaras dengan kurikulm baru. Mengikut kurikulum yang baru ini, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah dan tidak lagi merupakan satu mata pelajaran yang bebas.

Pada

pendapat

saya,

mata

pelajaran

Pendidikan

Sivik

Kewarganegaraan mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan harian. Selain tema 5 Malaysia Negaraku, tema-tema lain seperti tema 2 Sayangi keluarga dan tema 3 Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat adalah berkaitan dengan kehidupan sebenar. Contohnya, melalui tema 2, pelajar belajar mengenali keluarga sendiri dan memahami peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas. Dengan ini, murid akan mengaplikasi ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan menjalankan tanggungjawab sendiri sebagai salah satu anggota keluarga. Semua kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian seseorang murid. Justeru, murid akan dapat mencapai objektif mata pelajaran ini yang merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala mata pelajaran Sejarah lebih kurang berkaitan dengan peristiwa yang berlalu pada masa dahulu. Oleh sebab peristiwa yang berlaku kurang berkaitan dengan kehidupan harian murid, jadi murid susah memahami sifat tokoh-tokoh yang dihormati seperti yang dinyatakan dalam sejarah Negara kita. Berbanding dengan mata pelajaran PSK, murid lebih jelas peranan sendiri dengan melaksanakan tanggungjawab mengikut situasi. Contohnya, semasa di rumah, murid berperanan anak dan bertanggungjawab

menghormati ibu bapa dan mengekalkan hubungan erat dengan ahli keluarga, manakala semasa di sekolah, murid berperanan sebagai seorang pelajar dan

SIM SHIAN NEE PISMP BC SEM 6

bertanggungjawab belajar dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya tidak setuju dengan kedudukan mata pelajaran Pendidikan Sivik

Kewarganengaraan yang hanya diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Selain daripada itu, saya berpendapat kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan harus dipupuk sejak kecil lagi untuk menjadi kebiasaan seseorang murid. Contoh kemahiran yang boleh dipelajari ialah kemahiran berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat melalui tema 3 serta kemahiran membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira

kepentingan diri dan orang lain melalui tema 6. Contoh nilai pula ialah menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga melalui tema 2 serta menyayangi alam sekitar melalui tema 3. Kemahiran dan nilai yang seperti di atas susah untuk didapati dalam mata pelajaran sejarah. Kandungan mata pelajaran sejarah lebih kurang menerangkan kehidupan rakyat semasa zaman penjajahan pihak asing dan peristiwa tokoh Negara kita menuntut kemerdekaan untuk membebaskan Negara kita daripada tangan pihak asing. Walaupun peristiwa sejarah penting untuk menyedarkan para murid supaya belajar sifat tokoh yang begitu berani, tetapi kurang menyentuh tentang nilai yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Di samping itu, mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan sejarah boleh dikatakan sebagai dua mata pelajaran yang mempunyai perbezaan yang besar. Mata pelajaran PSK menitikberatkan aplikasi manakala mata pelajaran sejarah memerlukan murid menghafalkan

pengetahuan kerana kebanyakan fakta yang digunakan dalam mata pelajaran ini. Fakta sejarah yang memerlukan masa panjang untuk dihafalkan mungkin akan menyebabkan bahagian PSK diabaikan jikalau guru tidak bijak mengagihkan masa. Oleh itu, pengajar memainkan peranan yang penting dalam memastikan mata pelajaran ini seimbang dari segi PSK dan sejarah. Pada pendapat saya, murid akan lebih berminat terhadap kandungan PSK kerana ia berkait rapat dengan kehidupan realiti dan murid lebih mudah

SIM SHIAN NEE PISMP BC SEM 6

menerima apa yang dipelajari. Berbanding dengan sejarah, kandungannya harus dihafalkan dengan betul dan tidak dapat diubah. Contohnya, tahun peperangan, tempat peperangan, sebab penjajahan, langkah tokoh Negara menuntut kemerdekaan dan sebagainya. Semua peristiwa ini harus diingati dengan baik supaya murid menghargai usaha dan jasa tokoh-tokoh yang kita hormati. Justeru, mata pelajaran PSK dan sejarah boleh dipisahkan untuk menjadikan dua mata pelajaran yang berlainan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelebihan bagi kedudukan mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganengaraan diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang patriotik dan cinta akan Negara. Misalnya, melalui tema 5 PSK, iaitu Malaysia negaraku, topic-topik yang akan dipelajari oleh murid-murid ialahkenali Malaysia, bangga dengan identiti Negara, kenali sistem kerajaan Malaysia, kenali dan hormati pemimpin Negara, hargai perjuangan tokoh-tokoh serta

tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan. Selain tema 5, tema 4 kenali budaya Malaysia juga menyentuh unsur menghargai budaya yang terdapat dalam Negara kita kerana rakyat Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Fenomena ini amat unik kerana kurang terdapat negara lain yang boleh mengekalkan keamanan apabila pelbagai kaum hidup bersama dalam Negara tersebut. Manakala mata pelajaran sejarah pula menerangkan bagaiamana pelbagai kaum dapat hidup secara aman selepas kemerdekaan dan berapa pentingnya rakyat Malaysia mengekalkan keamanan dan bertolak ansur untuk menahan Negara sendiri supaya tidak dijajah oleh pihak asing. Hal ini demikian kerana peristiwa sejarah telah menyedarkan kita bahawa kehidupan rakyat begitu susah semasa zaman penjajahan. Melalui peristiwa tokoh Negara menuntut kemerdekaan juga memberi kesedaran kepada para murid agar menghargai jasa tokoh-tokoh yang berusaha mendapat

kemerdekaan. Kedua-dua mata pelajaran ini dapat memupuk sifat patriotik dalam jiwa murid dan murid akan cinta akan Negara serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara pada masa depan. Dengan

SIM SHIAN NEE PISMP BC SEM 6

adanya

matlamat

yang

sama,

mata

pelajaran

Pendidikan

Sivik

Kewarganengaraan boleh diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Pendek kata, walaupun terdapat kelemahan semasa mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganengaraan diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), tetapi terdapat juga kebaikan yang membolehkan pihak tertentu melaksanakan kurikulum tersebut. Sebagai seorang bakal guru, saya harus mengambil masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar diri sendiri supaya dapat mengambil tindakan susulan yang betul untuk mengurangkan kelemahan tersebut agar murid dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang baru.

Anda mungkin juga menyukai