Anda di halaman 1dari 3

Mengapa Shiah Begitu Fanatik Dengan Kubur Imam-Imam?

Oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya


w w w .darulkautsar.net

Para imam tidak pernah mengajar pengikut mereka menyembah kubur. Tetapi ulama atau marja Shiah mereka-reka pelbagai riwayat yang menunjukkan betapa besar dan pentingnya kubur di sisi mereka. Riwayat Para Imam Tentang Kubur: Abu Jafar iaitu Muhammad al-Baqir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan kamu semua jadikan kuburku sebagai qiblat dan tempat sujud kerana sesungguhnya Allah s.w.t. melanat orang-orang yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat sujud. (al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 100, hal. 128, Ilal al-Shara`i, hal. 358, Man La Yahduru al-Faqih, jil. 1, hal. 178) Daripada Abu Abdillah katanya, Rasulullah s.a.w. melarang sembahyang di atas kubur, duduk di atasnya atau dibina bangunan di atasnya. (al-Tusi, Tahdhib al-Ahk am, jil. 1, hal. 130, al-Tusi, al-Istibsar, jil. 1, hal. 482, al-Amili, Wasa`il al-Shiah, jil. 2, hal. 869) Ulama Shiah Menyalahi Para Imam Mereka Ini pula pendapat pembesar ulama Shiah yang menganjurkan ziarah qubur dengan ritualnya yang tersendiri. Bagi Shiah, kubur para imam mempunyai istilah yang tersendiri iaitu mashhad () atau jamanya mashahid ( )dan mereka mempunyai kitab-kitab khusus tentangnya iaitu Manasik al-Mashahid ( acara ibadat di kubur-kubur) Antara adab-adab ziarah kubur Imam ialah mandi sebelum masuk ke mashhad, berdiri dan meminta izin dari tuan punya kubur. (Bihar al-Anwar, jil. 97, hal. 134 dan jil. 101, hal. 369) Tentang berdiri menghadap kubur dan mengucupnya, Ayatullah al-Uzma Muhammad al-Shirazi menyatakan, kami mengucup kubur-kubur mereka (para imam) sebagaimana kami mengucup Hajarul Aswad. (Muhammad al-Shirazi, Maqalah al-Shiah, hal. 8) Haydar al-Husayni pula menyatakan, hendaklah meletakkan pipi di atas kubur mereka. (Umdah al-Za`ir, hal. 31). Al-Majlisi menegaskan, tidak larangan atau tidak makruh mengucup kubur-kubur bahkan ia adalah sunnat di sisi kita. (Bihar al-Anwar, jil. 100, hal. 136) Mengadap ke kubur adalah mesti sehingga lebih daripada mengadap qiblat. Al-Majlisi menyatakan, mengadap ke kubur adalah perkara yang mesti sekalipun tidak bertepatan dengan mengadap qiblat. Bagi orang yang menziarahi kubur, mengadap kubur sama seperti mengadap kiblat, dan ia adalah Wajah Allah!!. (Bihar al-Anwar, jil. 100, hal. 369) Puak Shiah mengajar doa khusus, mereka mengatakan, apabila kamu sampai ke pintu, berdiri di luar kubah dan pandanglah ke arah kubur dan ucapkanlah:

, . ... ....
Wahai tuank u, k ek asihk u, Wahai Abu Abdillah, Wahai anak Rasulullah, (ini) hambamu, anak hamba lelak imu, anak hamba perempuanmu yang hina di hadapanmu, yang mencuaik an pada k etinggian k emuliaanmu, yang mengak ui hak mu, datang dengan meminta perlindungan dengan dirimu, menuju k e k awasan tanah sucimu, dengan penumpuan k epada maqammu. Wahai tuank u, dak u datang dalam k eadan tak ut mak a k amu berilah k eamanan k epadak u, dak u datang dengan meminta perlindungan mak a lindungilah dak u dan ak u datang dalam k eadaan faqir mak a berilah k ek ayaan k epadak u wahai tuank u, engk aulah k ek asihk u dan tuank u. Mahaguru Shiah mengganggap perkara syirik ini sebagai qurubat (perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah) yang paling utama dan mengelirukan para pengikut mereka dengan menyatakan ianya sebagai perkara yang membawa kepada keampunan dosa, masuk syurga, dihapuskan dosa dan diangkat darjat serta dikabulkan doa. Untuk tujuan ini al-Majlisi membuat satu bab khusus dan mengemukakan sebanyak 37 riwayat. (lihat Bihar al-Anwar, jil. 101, hal. 21-28) Antara Haji Dan Ziarah Kubur Sayyidina Husayn Ulama Shiah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang menemui Abu Abdillah lalu berkata kepadanya, saya telah melakukan haji sebanyak 19 kali. Berdoalah kepada Allah agar saya diberikan rezki untuk menggenapkan 20 kali. Abu Abdillah bertanya, adakah kamu menziarahi kubur Husayn (a.s.)? Orang itu menjawab, tidak. Beliau berkata, menziarahinya (kubur Husayn) lebih baik daripada 20 kali haji. (al-Wafi, jil. 7, hal. 219, al-Kulayni, al-Kafi, jil. 4, hal. 581, al-Hurr al-Amili, Wasa`il al-Shiah, jil. 14, hal. 447, al-Saduq, Thawab al-Amal, hal. 94)

: : : : : :
Dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah dik atak an berk ata, demi Allah, sek iranya ak u menceritak an k epada k amu k elebihan menziarahinya (k ubur Husayn) dan k elebihan k uburnya pasti k amu ak an meninggalk an haji sama sek ali dan tidak ak an ada seorangpun di k alangan k amu yang mengerjak an haji. (Bihar al-Anwar, jil. 98, hal. 33, jil. 101, hal. 33, ibn Qulawayh al-Qummi, Kamil al-Ziyarat, hal. 266) Ulama Shiah meriwayatkan dari Imam Jaafar al-Sadiq, katanya, sesungguhnya Allah s.w.t. pada petang hari Arafah memulakan dengan melihat mereka yang menziarahi kubur Husayn bi Ali (a.s.) sebelum melihat jemaah yang wukuf di Arafah. Beliau ditanya, sebelum melihat jemaah yang wukuf di Arafah? Bagaimana

begitu? Beliau menjawab, kerana di kalangan mereka itu ada anak-anak zina dan tidak ada di kalangan mereka ini anak-anak zina. (al-Tusi, Tahdhib al-Ahk am, jil. 6, hal. 50, al-Tabarsi, Mustadrak al-Wasa`il, jil. 10, hal. 282) Kelebihan Sembahyang Di Kawasan Tanah Suci Kubur Imam Husayn Abu Abdillah berkata tentang sembahyang di perkarangan kubur Imam Husayn, bagi setiap ruku yang kamu tunduk di sisinya seperti pahala haji seribu kali, umrah seribu kali dan memerdekakan seribu hamba dan seolah-olah berdiri di jalan Allah beribu-ribu kali bersama dengan nabi yang diutuskan. (al-Kashani, al-Wafi, jil. 8, hal. 223, al-Tusi, Tahdhib al-Ahk am, jil. 6, hal. 73, al-Amili, Wasa`il al-Shiah, jil. 14, hal. 568)

Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4176

Anda mungkin juga menyukai