Anda di halaman 1dari 4

DengannamaAllahyangMahaPengasihlagiMahaPenyayang.

SegalapujibagiAllah,
kamimemujiNyadankamimemohonpertolonganNyadankamimemohon
keampunanNya,dankamiberlindungkepadaAllahdarikeburukandirikamidandari
keburukanperbuatankami.SesiapayangdiberipetunjukolehAllahmakatiadalah
kesesatanbaginyadansesiapayangdisesatkanolehAllahmakatiadalahpetunjuk
baginya.KamibersaksibahawatiadatuhankecualiAllahyangMahaEsa,tiadasekutu
bagiNyadankamibersaksibahawaMuhammadadalahhambaNyadanRasulNya.

Alhamdulillah,
dengan izinNya dapat kita bertemukembali dalambuku
SiriKetiga dalamrangka
menjelaskan
Jawapan Ahl alSunnah Kepada Syiah alRafidhah Dalam Persoalan Khalifah.
Buku
Siri Ketiga ini akan membahas hadishadis yang masyhur dijadikan hujah oleh
Syiah alRafidhah
(seterusnya diringkaskan sebagai
Syiah
sahaja) untuk mendakwa bahawa khalifah yang layak selepas
kewafatanRasulullah
shallallahu'alaihiwasallam
ialahAlibinAbiThalib
radhiallahu'anh.Inidiikutidengan
jawapannya oleh
Ahl alSunnah wa alJama'ah
(seterusnya diringkaskansebagai
Ahl alSunnah
sahaja)
yangmematahkanhujahhujah
Syiah
tersebut.
Memang, sudah lebih setahun jaraknya antara buku
Siri Ketiga ini dengan buku
Siri Kedua
.
Terdapatduasebabutamamengapasayasengajamenangguhkanpenerbitanbuku
SiriKetiga
ini:
Pertama:
Memberi tempoh kepada para pembaca sekalian untuk memberi apaapa maklum balas
daripada buku
Siri Pertama dan
Siri Kedua
. Ini adalah penting supaya maklum balas tersebut
dapatsayaterapkandalambuku
SiriKetiga
ini.
Alhamdulillah
saya menerima maklum balas yang baik daripada para pembaca sekalian
daripada buku
Siri Pertama dan
Siri Kedua
. Maklum balas yang saya maksudkan bukan dari
sudut jumlah jualan tetapi dari sudut penilaian para pembaca yang menganalisa dan
membandingkanantarahujahhujah
Syiahd
anjawapannyaoleh
AhlalSunnah
.
Kedua:
Memberi tumpuan kepada menjawab hujahhujah aliran
Islam Liberal yang nampaknya
semakin hangat diMalaysia.Setakatinijawapanyangsayaberikanialahdalambentukrisalahatau
artikel yang diterbitkan dalam majalahmajalah agama dan secara terbuka di beberapa forum
perbincangan di alam maya (internet).
Alhamdulillah risalahrisalah tersebut kemudian saya
himpunkan dan diterbitkan dalam bentukbukudengan judul
Himpunan RisalahDalam Beberapa
Persoalan Ummah
(Jahabersa, JohorBahru). Sehingga kinitelah diterbitkan buku tersebut dalam
tigasiri.
Secara umum boleh dikatakanterdapat dua arus yangsedangkuatmelanggarumatIslam
masa kini.
Arus Pertama datang daripada aliran
Syiah
yang bijak mempergunakan dalildalil
alQuran dan alSunnah untuk memberipengaruhpalsukepadaumatIslam,kononnyaIslamyang
sebenarberada pada pihak mereka. Arus ini bergerak melaluipenerbitanbukubuku,lamanlaman
webdialam mayadandakwah secara tersembunyi olehwakilwakilmereka.Arusinipaling deras
bergerakdipusatpusatpengajiantinggi.
Arus Keduadatangdaripadaaliran
IslamLiberalyangbijakmengolahdalildalilakal untuk
memberi solekan palsu kepada umat Islam, kononnya Islam yang sebenar adalah satu ruang
vakum yang boleh diisidengan apasahaja yang dikehendakioleh akaldannafsu seseorang.Arus
ini bergerak lancar melalui beberapa badan bebas (N.G.O.) yangmenggunakan namaIslamdan
memiliki sokongan kuat daripada akhbarakhbar tempatan. Ramaiyangterpengaruhdengan arus
ini,khasnyamerekayangkononnyaberpemikiranmodendanberpendidikanBarat.
Semoga Allah
Subhanahu wa Ta'ala
memberikemudahandankekuatankepadasaya dan

umatIslamyanglainnyauntukmenahan,menjawabdanmengubahhaluankeduaduaarusini.

Hukumorangyangbermazhab
Syiah.

Di antara maklum balas yang paling kerap saya perolehi daripada para pembaca yang budiman
sekalian adalah hukum orang yang bermazhab
Syiah.
Mereka bertanya,sama ada bagipihakdiri mereka
sendiri atau bagi pasangan hidup,ahlikeluarga, saudara maradanrakanrakan,apakahhukumbagiorang
yang pada asalnyabermazhab
Ahl alSunnah
lalu kemudian beralihkeMazhab
Syiahsetelahterpengaruh
dengandakwahmereka?
Memandangkan ini adalah persoalan yang masyhur di kalangan para pembaca, saya akan
mengambilsedikitruangdalam
KataPengantar
iniuntukmenjelaskanjawapannya.
Disisi
AhlalSunnah,
Mazhab
SyiahalRafidhah
adalah mazhabyangsesat.Akantetapibukanlah
menjadi manhaj
Ahl alSunnah
untukmenghukum setiap orang yangbermazhab
Syiah
sebagai sesat. Ini
kerana
Ahl alSunnah
membezakan antara sesuatu mazhab dan orang yang mengikut mazhab tersebut.
Sesuatu mazhab mungkin dinilai sesat berdasarkan doktrindoktrinnya, akan tetapi orangyang mengikuti
mazhab tersebut tidak semestinya sesat selagi manabelum ditegakkan hujah kepadamereka,diluruskan
apaapa kekeliruan yang dialami dan diperhatikansamaada merekamelakukannya dengansengaja atau
terpaksa.
Merujuk kepada orangorang yang terpengaruh dengan Mazhab
Syiah,
manhaj
Ahl alSunnah
dalam ini ialah menangguhkan apaapa hukum kerana mereka asalnya adalah orangorang yang tidak
mengetahuisehinggaakhirnyaterkeliru.
Ini kerana umat Islam di Malaysia umumnya tidak didedahkan kepada ilmuilmu Islam secara
mendalam, mahupun apa yang membentuk dasardasarnya. Mereka tidak kenal Islam kecualimelaluiilmu
Fardhu Ain, iaitu satu bentuk pengajian Islam yang berbentuk menghafal beberapa poin demi lulus
peperiksaan atau temuduga perkahwinan. Ini adalah satu bentuk pengajian Islam yang memiliki banyak
kelemahan dan kemudaratan. Disebabkan pengajian seperti inilah ramai umat Islam tidak menghayati
agama mereka, malah memilih untuk hidup bebas, hidup dalam agama lain (murtad) atau beralih ke
mazhablainseperti
IslamLiberal
dan
Syiah.
Merujuk kepada umat Islam yang terpengaruh dengan dakwah
Syiah,
ia adalah sesuatu yang
mudahterjadi keranadakwah
Syiah
itusendiripadazahirnyakelihatanseolaholahkuat, kemasdan ilmiah
berlandaskan dalildalildaripadaalQuran,alSunnah dankisahkisahsejarah. Dakwah
Syiah
yangbersifat
sedemikian dengan mudah dapat mempengaruhi umat Islam tanah air yang sebelum ini tidak pernah
didedahkan kepadapengajian Islamyang bersifathujahdanilmiah,tidakpernahmengenalikaedahkaedah
tafsir, kaedahkaedah menilai darjat kekuatan hadis dan manhaj menganalisakisahkisah sejarah. Dalam
suasana kekosongan ilmu ini, sebahagian umat Islam mudah terpengaruh dengan sesuatu yangmereka
temui yang disangkakan dapat memenuhi kekosongan tersebut.Antara yang merekatemui ialahMazhab
Syiah,
lalu mereka memenuhi dirimerekadengan mazhab tersebut. Tanpa ilmuyangcukupuntuk menilai
benar atau salah Mazhab
Syiah,
mereka terus menerimanya dan memenuhi kokosongan yang mereka
hadapisebelumini.
Oleh itu manhaj
Ahl alSunnah
dalam masalah seperti ini adalah menangguhkan hukum.
Penangguhan ini berlaku sehingga ditegakkan kepada mereka hujah yang benar, diluruskan apaapa
kekeliruan yang mereka hadapi dan diperhatikan sama ada mereka melakukannya dengan sengajaatau
terpaksa.Dalil
AhlalSunnah
dalammasalahiniadalahsepertiberikut:

Pertama:
Ditegakkan hujahuntukmenerangkan apayang benar danapayangsalah, sebagaimana
firmanAllah
SubhanahuwaTa'ala
:
Dan tiadalah Kami mengazabkansesiapapunsebelumKamimengutuskanseorang

Rasul(untukmenerangkanyangbenardanyangsalah).[
alIsra17:15]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa seseorang itu tidak akan dihukum
sehinggalah diutus seorang Rasul kepadanya yang menerangkan apa yang benar dan apayang
salah. Setelah kewafatan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,
tugas ini dipegang oleh para
ilmuan yang mewarisi tugas Rasulullah dalam menerangkan apa yang benar dan salah kepada
orangramai.
Selagi manaseseorang individu ataukaum tidaksampaikepadanya hujahyang jelasyang
menerangkan apa yang benar dan apa yang salah, Allah
Subhanahu wa Ta'ala
tidak akan
menjatuhkan apaapa hukum ke atasnya. Malah kemungkinan besar dia dimaafkan berdasarkan
sifatAllahyangMahaPemaaflagiMahaPengasih.
Yang dimaksudkan dengan menegakkan atau menyampaikan hujah bukanlah dengan
mengatakan Itu salah, ini benar atau Itu halal, ini haram atau Saya betul, dia sesat tetapi
adalah dengan menegakkan dalildalil alQuran dan alSunnah serta dijelaskan bagaimana
kefahamanyangsebenarterhadapdalildaliltersebut.

Kedua:
Meluruskan apaapasalahfahamdankekeliruanyangmungkinwujudpadadiri seseorang.
Hal ini penting kerana seseorang itu mungkin sebelumnya telahterpengaruhdengan hujahhujah
yangditegakkansecarabatil.Allah
SubhanahuwaTa'alab
erfirman:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan


dannasihat pengajaranyangbaik,dan
berbahaslah denganmereka(yangengkauserukan
[itu)dengancarayanglebihbaik.[
alNahl16:125
PerhatikanbahawaAllah pada mulanyamenyuruhkitamenyerusecarahikmahdannasihat
pengajaran yang baik. Ini sinonim dengan menegak dan menyampaikan hujah. Seterusnya Allah
menyuruh kita untuk berbahas, yakni berdialog dan bertukartukar hujah agar dengan itu orang
yang kita serudapat menyedaridi mana letaknyakesalahan hujah yang mereka pegangsebelum
itu.

Ketiga:
Diperhatikan sama ada orang tersebut melakukan sesuatu kesalahan ataspilihan dirinya
sendiri atau atas sebab tidak sengaja dan terpaksa. Ini kerana Allah
Subhanahu wa Ta'ala
tidak
akanmenghukumseseorangyangmelakukankesalahandengantidaksengajadanterpaksa:

Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu
tersilap{
melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang
disengajakan oleh
hati kamu untuk melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
[Mengasihani.
[alAhzab33:05

Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan
danazab dariAllah),
kecualiorangyangdipaksa(melakukankafir)sedanghatinyatenang
tenteramdenganiman.
[alNahl16:106]
Apabila seseorang itu tetap secara rela memilih Mazhab
Syiah
setelah ditegakkan kepadanya
hujah yangbenar dandiluruskan salah faham yang dihadapinya, maka barulah dijatuhkanhukuman sesat
ke atasnya. Akan tetapi penghukuman ini ditangguhkan lagi kerana usaha menegakkan hujah dan
meluruskan kekeliruan adalahsesuatuyangtidakmemilikitempohminimadan maksima.Malah adakalanya
seseorangitu tetap memilihMazhab
Syiah
disebabkanhujahyangditegakkankepadanyaadalahtidakjelas
dan dialog yang dihadapinya bukan bersifat meluruskan kekeliruan tetapi bersifat tengkingan dengan
bahasayangkasardemimembezakansiapayanglebihhebatdalamperdebatan.

Oleh itu nasihat saya kepada para pembaca yang bertanya ialah, jauhilah diri dari sikap ingin
menghukum orang yang terpengaruh dengan dakwah
Syiah. Sebaliknya berilah tumpuan kepada
menegakkan hujah kepada mereka danberdialog demi meluruskankekeliruan mereka. Hendaklah proses
penegakkanhujahdan meluruskan kekeliruandilakukansecarabertahaptahapdenganpenuhhikmahdan
kebijaksanaan. Lakukanlah ia untuk membetulkan mereka, bukan untuk menyalahkan mereka. Jangan
tergesagesamengharapkan perubahansertamertakeranamerupakansatukelazimanbagimanusia untuk
merasaberatmengakuisalahterhadapapayangpadaawalnyadisangkakanbenar.
Demikianlah penjelasan ringkas saya berkenaan apakah hukum orangorang yang terpengaruh
denganMazhab
Syiah.

ManhajPerbahasan
Manhaj perbahasan dalam buku
Siri Ketiga ini tidak jauh berbeza daripada buku
Siri Kedua
.
Ringkasnyabuku ini membahas dan menjawab tujuh hadisyangpaling masyhurdisisi
Syiah
yangmereka
jadikan dalil dan hujah untuk mendakwa hak kekhalifahan ke atas Ali bin Abi Thalib dan
Ahl
alBait
nya
radhiallahu 'anhum.
Perbahasan sengaja dihadkan kepada tujuh buah hadis keranahadishadis
tersebut adalah apa yangmembentukasaskepada doktrin mereka. Dengan terjawabnya tujuh hadis ini,
ditambah dengan enam ayat alQuran yang dijawab dalam buku
Siri Kedua
, maka runtuhlah doktrin
Syiah
secarakeseluruhannya.
Kepada para pembaca yang baru kepada
Siri Ketiga ini, disyorkan agar memulakan kajian
daripadabuku
SiriPertama
dan
SiriKedua
demimenjaminkefahamanyangmantap.
Sedikit perbezaan dalambuku
Siri Ketiga ini adalahsayatidakmengemukakansenarairujukandi
akhir buku sebagaimana buku
Siri Pertama
dan
Siri Kedua
.
Ini kerana dirasakan memadai dengan
rujukanrujukantersebutdisebutsekaliketikamengemukakannyadalamperbahasanbukuini.

Penghargaan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pembaca yang sekian lama menunggu penerbitan
buku
SiriKetiga
ini.Diharapkanperbahasandalambukuinimenepatiapayangdiharapharapkan.
Pada waktu yang sama,terimakasihjugadiucapkankepadaisteridanrakanrakansayayangtelah
membantu menjayakan buku ini. Semoga Allah memberi mereka ganjaran yang lebih baik di dunia dan
akhirat.
Dialualukan apaapapembetulandan pembaikan daripadaparapembaca sekalian. Penulisboleh
dihubungi melalui emel di alamat hafizfirdaus@yahoo.com, SMS di nombor 0193848467 atau
suratmenyuratyangdialamatkankepadapenerbit.
Wassalamualaikum waRahmatullah waBarakatuh.
Hafiz Firdaus bin Abdullah.
MarchJuly2005

Sumber:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/buku_syiah/siri3/kata.htm

Anda mungkin juga menyukai