Anda di halaman 1dari 7

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi


Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon
keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan
dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka
tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah
petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya
dan Rasul-Nya.

Pengenalan
Buku ini merupakan Siri Keduadalam rangka membahas dan menjawab
hujah-hujah asas yang lazim dikemukakan oleh Syiah al-Rafidhah ke atas Ahl
al-Sunnah wa al-Jamaahdalam persoalan Khalifah (al-Imamah). Sebelum ini
alhamdulillah telah diterbitkan Siri Pertama yang membahas Definisi, Sejarah
Kemunculan dan 5 Strategi Asas yang digunakan oleh Syiah al-Rafidhahapabila
berhujah ke atas Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
Buku Siri Kedua ini insya-Allaha kan memberi tumpuan kepada membahas dan
menjawab ayat-ayat al-Quran yang lazim dijadikan hujah olehSyiah al-Rafidhah
dalam persoalan khalifah.
Atas tujuan singkatan perkataan,Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah akan disebut sebagai
Ahl al-Sunnah sahaja manakala Syiah al-Rafidhah akan disebut sebagai Syiah
sahaja.

Aspek Perbahasan
Yang dimaksudkan sebagaiPersoalan Khalifah ialah: Siapakah yang berhak
menjawat kedudukan Khalifah Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam adakah Abu Bakar, Umar dan Utsmanatau Ahl al-Bait Rasulullah
yang terdiri daripada Ali dan keturunannya,radhiallahu 'anhum?

Mazhab Ahl al-Sunnah:


Ahl al-Sunnah berpendapat jawatan khalifah selepas kewafatan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam ditentukan berdasarkan pilihan dan kesepakatan
majoriti umat Islam. Pemilihan dilakukan oleh para tokoh (Ahl al-Hal wa al-Aqd)
manakala kesepakatan dibuktikan dengan janji taat setia (baiah) yang diberikan
oleh umat Islam kepada tokoh yang telah dipilih. Abu Bakar al-Shiddiqradhiallahu
anh telah dipilih sebagai khalifah sejurus selepas kewafatan Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam dan beliau kemudiannya diberi janji taat setia (baiah) oleh umat
Islam pada saat itu.

Mazhab Syiah:
Syiah pula berpendapat jawatan khalifah ditentukan oleh sumber wahyu, jauh
sekali daripada campur tangan manusia. Selanjutnya Syiah berpendapat bahawa
sumber wahyu, yakni nas al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, telah menentukan
Ahl al-BaitRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang terdiri daripada Ali bin Abi
Thalib dan keturunannyaradhiallahu 'anhum sebagai khalifah yang hak. Akan tetapi
ketentuan ini telah dikhianati oleh majoriti umat Islam yang telah memilih dan
memberi janji taat setia kepada Abu Bakar radhiallahu anh.

Metode Perbahasan.
Insya-Allah kita akan mengkaji, membahas dan menjawab dakwaanSyiah bahawa
kekhalifahan Ali dan keturunannya telah ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Untuk buku Siri Kedua ini, kita akan memberi tumpuan kepada dakwaan atau
hujah yangSyiah bina daripada ayat-ayat al-Quran.
Penulis tidak akan mengemukakan semua ayat yang dijadikan hujah olehSyiah
melainkan beberapa sahaja yangmembentuk asas mazhab mereka. Ayat-ayat
asas ini juga adalah yang paling masyhur diperhujahkan olehSyiah dan yang
paling memberi kesan (impact) kepada masyarakat awam Ahl al-Sunnah. Para
pembaca yang terdiri daripada mereka yang (1) berada di dalam Mazhab Syiah,
(2) pernah didakwah oleh Syiah dan (3) bakal didakwah oleh Syiah akan
mendapati bahawa mereka (Syiah) tidak akan lari daripada menggunakan
ayat-ayat ini sebagai hujah, sama ada secara sebahagian atau keseluruhannya.
Ini kemudiannya diikuti dengan jawapan Ahl al-Sunnah ke atas ayat-ayat yang
dijadikan hujah oleh Syiah. Apabila dijawab dan diruntuhkan ayat-ayat ini yang
membentuk asas MazhabSyiah, sekaligus akan runtuh jugalah hujah-hujah Syiah
yang lain.
Secara terperinci, metode kajian, perbahasan dan jawapan penulis terbahagi
kepada beberapa langkah:

Langkah Pertama:
Memberi pengenalan ringkas kepada ayat yang dijadikan hujah seperti nama
gelarannya dan kepentingan ayat tersebut kepadaSyiah. Syiah lazimnya memberi
nama gelaran tertentu kepada ayat-ayat yang mereka jadikan hujah, seperti Ayat
al-That-hir bagi ayat 33 surah al-Ahzab,Ayat al-Wilayah bagi ayat 55 surah
al-Maidah dan begitulah seterusnya.

Langkah Kedua:
Menjelaskan bagaimana Syiahmenjadikan ayat tersebut sebagai hujah bagi
membuktikan kekhalifah Ali bin Abi Thalib dan keturunannya, radhiallahu 'anhum.
Hujah-hujah tersebut penulis himpun daripada pelbagai sumberSyiah sendiri.
Tumpuan khas diberikan kepada buku yang berjudul Limaza Akhtartu Mazhab
al-Syiah (Kenapa Aku Memilih Mazhab Syiah) karangan Muhammad Mari al-Amin
al-Anthaki () . Terdapat dua sebab penulis memberi tumpuan
kepada buku ini:

1. Ia adalah antara buku terkini yang hebat sesudah al-Murajaat dalam


mengemukakan hujah-hujah Syiahke atas Ahl al-Sunnah dalam membuktikan
kebenaran MazhabSyiah dan kekhalifahan Ali bin Abi Thalib.

2. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu pada tahun 1993 oleh salah
seorang pensyarah universiti tempatan. Ini adalah satu pencapaian ulung
memandangkan tokoh-tokoh di Malaysia lazimnya memiliki minat yang sangat
minimum dalam bidang penterjemahan. Edisi terjemahan tersebut kini boleh
dimuat turun (download) daripada beberapa laman web Syiah.

Walaubagaimanapun perlu digariskan bahawa penulis tidak bermaksud untuk


menjawab dan membongkar pelbagai jenayah ilmiah yang terdapat di dalam buku
Limaza Akhtartu Mazhab al-Syiah tersebut. Penulis hanya menggunakannya
sebagai alat untuk memberi gambaran kepada para pembaca sekalian tentang
bagaimana Syiah menjadikan sesebuah ayat sebagai hujah.

Langkah Ketiga:
Menjawab dan membatalkan hujah-hujah yang Syiah bina daripada ayat tersebut.
Perlu dibezakan bahawa metode penulis bukanlah membanding dan memilih yang
paling kuat (rajih)antara hujah Syiah dan hujah Ahl al-Sunnah. Ini kerana metode
perbandingan dan pemilihan yang terkuat (tarjih) hanya dilakukan ke atas
beberapa pendapat yang sama-sama memiliki kebenaran. Hujah-hujah yangSyiah
bina daripada ayat-ayat al-Quran tidak memiliki apa-apa kebenaran, bahkan yang
tepat ia hanyalah penyelewengan ke atas ayat-ayat suci tersebut. Teruskan
membaca dan mengkaji buku ini, insya-Allah para pembaca yang budiman sekalian
akan menemui apa maksud penulis di atas.
Jawapan dan pembatalan yang penulis kemukakan adalah berdasarkan
prinsip-prinsip Ahl al-Sunnah dalam berinteraksi dengan ilmu-ilmu Islam. Justeru
pemahaman terhadap ayat al-Quran adalah berdasarkan ilmu Usul Tafsir dan Usul
Fiqh yang ditetapkan oleh para ahli tafsir dan ahli fiqh Ahl al-Sunnah.[1] Demikian
juga, apa-apa hadis yang dikemukakan sebagai tafsiran ayat akan diukur darjat
kekuatannya berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh para ahli hadis Ahl
al-Sunnah.[2] Inilah yang penulis maksudkan sebagai Jawapan Ahl al-Sunnah
kepada Syiah

Langkah Keempat:
Memberi kesimpulan ringkas bagi memantapkan kefahaman para pembaca.

Ulangkaji Ke Atas Lima Strategi Asas Syiah Dalam Berhujah


Yang penting bukanlah mengetahui jawapan bagi semua hujah Syiah tetapi
mengenal pasti strategi Syiah dalam berhujah ke atas Ahl al-Sunnah. Terdapat
lima strategi asas Syiahapabila berhujah ke atas Ahl al-Sunnah. Lima strategi asas
ini telah penulis gariskan dalam buku Siri Pertama, lengkap dengan perinciannya.
Memandangkan lima strategi asas ini adalah sangat penting dan sering kali
digunakan dalam menjawab hujah-hujah Syiah di dalam buku ini, penulis akan
mengemukakannya semula di sini secara ringkas bagi kemudahan para p
embaca:

Strategi Asas Syiah yang Pertama:


Mengkhususkan nas yang pada asalnya berbentuk umum

Jawapan Ahl al-Sunnah ke atas Strategi Asas Syiah yang Pertama:


Setiap nas hendaklah diambil berdasarkan bentuknya y ang asal melainkan
wujud petunjuk lain yang mengubah bentuk asal tersebut.

Strategi Asas Syiah yang Kedua:


Mengkhususkan perbahasan berdasarkan sebab turun dan kelahiran nas.

Jawapan Ahl al-Sunnah ke atas Strategi Asas Syiah yang Kedua:


Yang diambil adalah keumuman lafaz
dan bukan kekhususan sebab.

Strategi Asas Syiah yang Ketiga:


Jumlah rujukan yang banyak menjadi bukti kebenaran hujah

Jawapan Ahl al-Sunnah ke atas Strategi Asas Syiah yang Ketiga:


Kebenaran hujah tidak diukur d
engan jumlah rujukan tetapi hujah yang
terkandung di d alam rujukan itu sendiri

Strategi Asas Syiah yang Keempat:


Adakalanya darjat hadis dinilai sahih dengan merujuk kepada pensahihan al-Hakim
di dalam kitabnya al-Mustadrak.
Jawapan Ahl al-Sunnah ke atas Strategi Asas Syiah yang Keempat:
Penilaian hadis oleh al-Hakim h
anya dapat diterima jika ia disemak dan dipersetujui
oleh ahli hadis yang lain.

Strategi Asas Syiah yang Kelima:


Menggunakan pendekatan psikologi untuk menarik
keyakinan orang awam.

Jawapan Ahl al-Sunnah ke atas Strategi Asas Syiah yang Kelima:


Kejayaan pendekatan secara psikologi tetap bergantung kepada faktor kesahihan
fakta dan kebenaran hujah.

Sumber Rujukan.
Teks ayat-ayat al-Quran Resam Uthmani disalin terus (copy & paste) dari edisi
cdrom al-Mushaf v1.0keluaran Harf Information Technologies, Kaherah
(www.harf.com). Terjemahan ayat-ayat al-Quran al-Karim dirujuk kepada
kitabTafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran oleh Abdullah
Basmeih yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia, dirujuk terus dari
edisi cdrom Holy Quran v6.31keluaran Harf IT, Kaherah. Dalam beberapa kes
terpencil terjemahan diambil dari rujukan yang lain dan hal ini akan dicatit di
bahagian notakaki.
Hadis-hadis Rasulullah shallallahu alaihi wasallam disemak (takhrij)kepada
kitabnya yang asal. Di sini wujud perbezaan yang besar antara Ahl al-Sunnah dan
Syiah dalam manhaj mengemukakan hadis sebagai hujah. Manhaj Ahl al-Sunnah
dalam mengemukakan hadis ialah merujuk kepada kitab-kitab asal yang
mengemukakan hadis tersebut lengkap dengan sanadnya. Kitab-kitab lain yang
menukil hadis tanpa sanad tidak termasuk dalam kategori kitab-kitab asal.
Berbeza dengan Syiah di mana manhaj mereka ialah mengemukakan hadis dengan
merujuk kepada kitab-kitab yang menukilnya tanpa mengira sama ada ia memiliki
sanad atau tidak. Malah majoriti kitab yang dirujuk olehSyiah bukanlah kitab asal
yang memiliki sanad. Tujuan Syiah memilih manhaj ini ialah untuk memberi
pengaruh palsu kepada para pembaca mereka, seolah-olah jumlah rujukan yang
banyak menjadi bukti kebenaran hujah.
Oleh itu dalam mentakhrij hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh Syiah, penulis
tidak akan memberi perhatian kepada rujukan-rujukan hadis yang dikemukakan
oleh Syiah. Sebaliknya penulis akan mentakhrijnya berdasarkan kitab-kitab hadis
yang asal dan lengkap bersanad. Selain itu, hadis-hadis daripada kitab Shahih
al-Bukharidan Shahih Muslim adalah sahih dengan sendirinya manakala hadis-hadis
daripada kitab yang lain dirujuk darjat kekuatannya kepada penilaian para ahli
hadis yang diiktiraf.
Sumber rujukan lain akan dicatit di bahagian notakaki. Dalam rangka
menjawab hujah-hujah Syiah daripada al-Quran dalam buku Siri Kedua ini,
penulis banyak merujuk kepada kitab-kitab tafsir para tokoh Ahl al-Sunnah.
Sebahagian rujukan ini penulis catitkan di notakaki manakala sebahagian lagi tidak
kerana yang penting bukanlah sumber rujukan tetapi hujah yang dikemukakan.
Di mana mungkin, sumber rujukan yang terdiri daripada kitab klasik akan
penulis catitkan nama bab bagi memudahkan kajian semula oleh para pembaca. Ini
kerana kitab-kitab klasik ini adakalanya memiliki lebih dari satu penerbit dengan
disunting (tahqiq) oleh para peneliti yang berlainan sehingga rujukan mukasurat
bagi satu edisi akan berbeza dengan edisi yang lain. Jika kitab klasik tersebut tidak
memiliki bab, penulis akan berikan rujukan mukasurat bagi beberapa edisi yang
sedia ada. Bagi sumber rujukan terkini di mana penerbitnya hanya satu, penulis
akan catitkan nama dan tempat penerbit tanpa disertai dengan nama bab.

Penghargaan.
Penghargaan yang besar dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada
guru-guru penulis dalam ilmu tafsir al-Quran, khasnya al-Ustaz Abdullah Yasin dan
al-Ustaz Abdul Kariman Abdul Muin. Semoga Allah memelihara mereka, menambah
ilmu mereka dan memberi kemudahan kepada mereka untuk menyampaikan ilmu
agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Tidak ketinggalan ialah penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada isteri penulis, Maryati Mat Nasir dan rakan-rakan,
khasnya Haezal Hezri Omar, Hazman Hasan, Mohd. Fikri Che Husain, Mohd. Khairul
Mohamed, Muhammad Rafiq Muhammad dan Mohd. Yaakub Mohd. Yunus. Tanpa
bantuan, semakan dan suntingan mereka, buku ini tidak akan dapat
disempurnakan. Semoga Allah menganjari mereka dengan sesuatu yang lebih baik.
Dialu-alukan apa-apa pembetulan dan pembaikan daripada para pembaca
sekalian. Penulis boleh dihubungi melalui e-mel di alamat afizfirdaus@yahoo.com,
SMS di nombor 019-3848467 atau surat-menyurat yang dialamatkan kepada
penerbit.

Wassalamualaikum waRahmatullah waBarakatuh.


Hafiz Firdaus bin Abdullah.
Oktober 2003 April 2004

[1] Ahl al-Sunnah dan Syiahmemiliki kaedah usul yang tersendiri. Lebih
lanjut lihat buku Ali Ahmad al-Salus Baina al-Syiah wa al-Sunnah: Dirasat
Muqaranah fi al-Tafsir wa al-Ushul (Dar al-Ithishom, Kaherah tp.thn.)
Yang dimaksudkan denganilmu Usul Tafsir dan Usul Fiqh ialah kaedah,
formula dan peraturan mengeluarkan pemahaman yang benar daripada nas
al-Quran dan al-Sunnah.
[2] Yang dimaksudkan dengandarjat kekuatan hadis ialah status Sahih,
Hasan, Dhaif (lemah), Dhaif Jiddan (sangat lemah) dan Maudhu (palsu).

Anda mungkin juga menyukai