Anda di halaman 1dari 14

Penjajahan mental

Beberapa cendekiawan:

pandangan

ahli

Bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap

penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Ibnu Khaldun (13321406)

Fenomena kedwibahasaan mencipta kesan-kesan yang sangat bertentangan dengan kebudayaan kebangsaan kita masing-masing." Malek Bennabi (1905 1973)

Islam hanyalah suatu ajaran agama, spiritual dan moral, dan tidak ada kaitan dengan soal politik dan pemerintahan. Ali (1954) Abdul Razik

Minda orang Melayu tidak berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan tidak mahu berfikir dengan mendalam. Pemikiran masyarakat Melayu ini sebahagiannya adalah sisasisa pengaruh penjajahan British. Prof. Diraja Ungku Aziz

Sehingga hari ini, kita melihat penjajahan minda masih dominan dalam pemikiran anak muda sekarang. Penjajahan pada masa sekarang datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz. Sekarang mereka masuk melalui wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid Pengerusi IKIM

Berdasarkan pandangan pandangan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran masyarakat kita mudah dipengaruhi oleh penjajah. Mereka terlalu taksub dan mengagungagungkan penjajah lebih daripada negara sendiri. Hal ini tidak dapat dilihat secara terus tetapi jika kita perhatikan dan mengkaji sikap segelintir masyarakat kita, kita akan melihat perspektif minda penjajah dalam diri mereka melalui cara hidup yang diamalkan, cara mereka menjalinkan hubungan sosial dan cara mereka memimpin.

Beberapa contoh penjajahan mental

Dari segi ekonomi, dalam era globalisasi sekarang, minda rakyat kita sudah dipengaruhi dengan minda koperat yang sibuk mengumpul harta peribadi. Kita akan megah melihat pembangunan di negara kita, tanpa kita sedari bahawa akhirnya saham-saham syarikat yang berkepentingan negara dikuasai oleh bangsa asing, hanya kerana satu minda yang dijajah dan masih belum merdeka.

Sikap mementingkan diri sendiri kian menjadi-jadi. Pengagihan ekonomi yang tidak adil juga menular. Timbullah beberapa kelompok yang ditindas dari segi ekonominya. Dalam negara membangun, rakyat mereka dihimpit oleh gejala-gejala sosial hanya kerana sesetengah pemimpin mereka sibuk meningkatkan ekonomi peribadi sehingga terlupa meningkatkan pembangunan sahsiah dan insaniah

Dari segi budaya, cara hidup Barat masih diagungagungkan oleh sesetengah masyarakat Melayu kerana mereka berpendapat bahawa cara hidup Barat ini merupakan cara hidup yang moden, maju dan tidak ketinggalan zaman. Bagi mereka, pergaulan bebas, berpakaian mencolok mata, mengunjungi kelab-kelab hiburan bersama pasangan masingmasing adalah lumrah bagi mereka sesuai dengan zaman globalisasi kini walaupun perilaku ini bertentangan dengan agama Islam dan norma-norma masyarakat Melayu

Sambutan hari kekasih merupakan budaya baru dalam masyarakat Melayu moden yang diadaptasikan daripada budaya Barat. Bagi mereka, pernyataan kasih sayang perlu

dilahirkan secara lahiriah dengan pemberian hadiah sehingga sumbang. Kesan daripada penjajahan minda ini lahirlah masyarakat minda kelas ketiga yang mana minda masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat mereka terjerumus kepada perlakuan

Malaysia amnya susah untuk berubah.

Sesungguhnya bagi melahirkan masyarakat minda kelas pertama, selari satu anjakan paradigma perlu dunia

dilakukan

dengan

perkembangan

globalisasi serta pembangunan sains dan teknologi negara. Hasrat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 tidak akan terlaksana selagi masyarakat Malaysia masih terbelenggu dengan sikap-sikap minda kelas ketiga

Oleh itu, satu perkara yang harus kita sedar ialah setiap perbuatan kita datangnya dari satu organ iaitu hati. Tetapi pepatah ada mengatakan , ikut hati mati, ikut rasa binasa. Maka di sinilah fungsi minda yang memainkan peranan penting bagi menentukan baik buruknya setiap perbuatan manusia dalam membentuk peribadi dan jati diri. Renung-renungkan dan selamat beramal!

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai