Anda di halaman 1dari 3

Nama: 1. K. Arivintthan A/L Krishnan 2.

Prabutharan A/L Chandran Nama Kursus : Wacana Penulisan

Etika Online (etika media komunikasi )


Hukum dan etika media komunikasi merupakan peraturan perilaku formal yang dipaksakan oleh otoritas berdaulat, seperti pemerintah kepada rakyat atau warga negaranya. Dalam ranah media massa, ada beberapa regulasi yang mengatur penyelenggaraan dan pemanfaatan media massa.

Selain undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang dibuat oleh lembaga legislatif ataupun pemerintah tersebut, perlu adanya pedoman berperilaku lain yang tidak memberi sanksi fisik, baik berupa penjara atau denda, namun lebih pada sanksi moral untuk mengatur manusia dalam berinteraksi dengan media yang memiliki aspek yang kompleks berupa etika.

Komunikasi adalah

"suatu proses dalam

mana

seseorang

atau

beberapa dan lain".Pada

orang, kelompok, organisasi, menggunakan informasi agar

dan masyarakat menciptakan, terhubung denganlingkungan dan orang

umumnya, komunikasi dilakukan secara lisan atau verbal yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal.

Harta intelek dan cara mengelakkan plagiat


Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP ) dalam bidang undangundang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik,sastera dan seni,reka cipta dan simbol, nama, imej dan reka bentuk

yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hakhak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta. Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan

pengetahuan. Terdapat pelbagai matlamat Dasar Harta Intelek Negara. contohnya, Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial. Matlamat utama dasar harta intelek negara adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial masyarakat dengan

mempergunakan harta intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan, melindungi, penguatkuasaan yang efektif, mengurus dengan baik dan memaksimumkan

pengeksploitan komersial harta intelek. Selain itu, memperkukuhkan Daya Saing Negara. Memperkukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri harta intelek sebagai industri matang dan termaju yang menghasil, mengurus dan memperdagangankan harta intelek. Selain itu, Malaysia sebagai Hab Harta Intelek Terkemuka. Membangunkan Malaysia sebagai hab harta intelek terkemuka di mana penghasilan nilai ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan berasaskan harta intelek memperkukuhkan keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia. dengan industri harta intelek yang matang dan termaju Malaysia boleh menjadi pengeksport harta intelek. Selain itu, Penubuhan Budaya Harta Intelek. Memaju dan menanamkan budaya harta intelek di kalangan masyarakat perniagaan dan industry serta orang awam. Harta intelek perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara. Sebagai aset berharga,hartaintelek perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi, dibangunkan selanjutnya dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.

Dalam dunia akademik, penciplakan oleh pelajar merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman seperti diberikan gred gagal pada kerja kursus yang dilakukan (di peringkat sekolah) ataupun bagi subjek yang diambil (bagi peringkat universiti). Bagi kes penciplakan berulang (seperti menghantar hasil kerja orang lain yang ditiru dan dijadikan hasil kerja sendiri), pelajar tersebut boleh digantung atau dibuang universiti. Kebanyakan pelajar berasa tertekan untuk menyiapkan kertas kerja yang baik pada masa yang ditetapkan, maka melalui capaian kepada teknologi baru (khususnya Internet) pelajar boleh menciplak dengan mudah melalui kaedah "salin dan tampal" dari sumber lain. Kaedan sebegini sangat mudah dikesan oleh guru atau pensyarah atas beberapa sebab. Pertama, kekerapan pemilihan sumber yang tidak asli oleh pelajar berkenaan; pensyarah sering membaca perenggan sama yang disalin daripada sumber popular oleh beberapa orang pelajar. Kedua, biasanya agak mudah untuk memastikan sama ada pelajar menggunakan "suara" sendiri ataupun tidak". Ketiga, pelajar mungkin memilih sumber yang tidak sesuai, terkeluar daripada tajuk, ataupun mengandungi maklumat salah. Keempat, sesetengah pensyarah mungkin menggunakan perisian pengesan penciplakan dalam talian bagi memeriksa kerja kursus para pelajar. Di kebanyakan universiti, ijazah atau sijil akademik boleh dibatalkan sebagai hukuman kepada pelajar yang menciplak. Bagi kalangan profesor dan penyelidik, penciplak biasanya dihukum melalui sekatan yang merangkumi daripada penggantungan sehinggalah kepada pemberhentian, bersama-sama kehilangan kredibiliti dan integriti masing-masing. Dakwaan memplagiat yang dilakukan oleh pelajar dan profesor selalunya dibawa ke lembaga tatatertib dalaman universiti. Oleh kerana bidang kewartawanan memerlukan kepercayaan orang ramai, kegagalan wartawan untuk menyatakan sumber-sumber mereka akan menjejaskan integriti dan kredibiliti bagi sesebuah akhbar dan rancangan televisyen. Wartawan yang dituduh menciplak seringkali digantung daripada tugas kewartawanan. Teks elektronik yang mudah dihasilkan semula daripada sumber-sumber dalam talian seringkali memerangkap sebilangan wartawan untuk melakukan penciplakan: Terdapat wartawan yang ditangkap kerana menghasilkan rencana "salin dan tampal" daripada beberapa laman web.

Anda mungkin juga menyukai