Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN KEPADA MISKONSEPSI DALAM PECAHAN

Miskonsepsi boleh ditafsirkan sebagai suatu kepercayaan atau pegangan yang


terbentuk apabila seseorang belajar sesuatu ilmu yang tidak betul. Apabila kita menganalisis
perkara ini, murid sekolah sering menjadi mangsa kepadanya khususnya dalam pembelajaran
topik pecahan. Menurut Maznah Mahmood (2000), tajuk pecahan adalah antara tajuk yang
sering kali murid membuat kesilapan terutamanya tidak memudahkan pecahan dalam bentuk
pecahan wajar. Pecahan merupakan salah satu topik daripada sukatan pelajaran matematik di
sekolah rendah. Jadi, miskonsepsi dalam pecahan menjadi satu halangan kepada para murid
untuk mempelajari topik ini dengan betul.
Hal ini berlaku apabila seseorang rakan mengajar sesuatu soalan matematik dengan
kaedah atau cara yang salah maka murid-murid mengikutinya. Apabila mereka mula
mengaplikasikan konsep yang salah ini, maka timbulnya miskonsepsi dalam kalangan muridmurid. Jadi, sebagai seorang pendidik, guru haruslah mengawasi pemahaman murid-murid
dengan memberikan lembaran kerja yang secukupnya. Apabila guru memeriksa lembaran kerja
maka guru dapat mengenalpastikan miskonsepsi murid-murid dalam sesuatu topik.

MISKONSEPSI PERTAMA

Penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar merupakan salah satu fahaman asas
dalam pecahan. Jika, murid tidak menguasai fakta asas ini, maka mereka tidak dapat membuat
pengiraan-pengiraan pecahan yang berikut iaitu penambahan, penolakan, pendaraban, dan
pembahagian yang melibatkan penukaran nombor bercamput kepada pecahan tak wajar.
Berikut adalah situasi di mana ramai murid sekolah rendah menganggap konsep penukaran
nombor bercampur kepada pecahan tak wajar dengan salah:

Situasi:
Soalan:

Jawapan murid:

Tukarkan

2
4

kepada pecahan tak wajar.

3 2 5
+ =
4 4 4

Jika kita menganalis situasi di atas, maka kita dapat mengetahui bahawa murid tidak dapat

membezakan nombor bulat (3) dan nombor pecahan ( 4

).

Oleh hal yang sedemikian, murid

menggangap 3 merupakan pecahan kepada 4 juga.

Cara mengatasi:
Guru haruslah menjelaskan konsep penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar
dengan menjelaskan pembezaan nombor bulat dan nombor bercampur. Seterusnya, guru
haruslah menjelaskan kepada murid, kaedah penukaran nombor bercampur kepada pecahan
tak wajar. :-

2
4

= 3

adalah nombor bulat dan

2
4

2
4

adalah nombor pecahan.

jadi, 3 darab 4 lalu tambah dengan 2. Seterusnya, tuliskan jawapan tersebut di atas.
4 kekal di bawah.
Dengan penukaran nombor bercampur kepada pecahan tak wajar maka murid akan
dapat jawapannya seperti berikut:

14
4

MISKONSEPSI KEDUA

Miskonsepsi yang kedua yang saya didapati daripada merujuk beberapa sumber adalah
mengenai miskonsepsi berkaitan operasi penambahan dan penolakan dalam pecahan.
Pertamanya adalah, murid-murid hanya medarabkan penyebut sahaja dengan tidak
mendarabkan pengangka dalam operasi sebegini. Keduanya pula ada juga segelintir pelajar
yang terus menambah atau menolakan dua pecahan yang tidak mempunyai penyebut yang
sama tanpa mendarabkan penyebut dan pengangka. Situasi pertama dan kedua adalah seperti
berikut:
Situasi pertama:

Soalan

3
6

Jawapan murid

3
6

:
=

1
3

3
6

3
6

=?
1
3
1
3X 2

1
6

2
6

Situasi kedua:

Soalan

Jawapan murid

3
6

3
6

1
3

1
3

=?

3
6

1
3

2
3

cara mengatasi:

Guru haruslah mengajar para murid tentang operasi penambahan dan penolakkan yang
melibatkan pendaraban penyebut dan pengangka dengan jelas. Guru juga haruslah
menekankan jika kita mendarab sebuah penyebut, maka pendaraban pengangka itu adalah
wajib. Di samping itu, guru juga sepatutnya menjelaskan kepada pelajar bahawa tanpa
sebarang pecahan yang mempunyai nilai penyebut yang sama, maka kita tidak dapat
melakukan operasi tersebut. Maka, menjadikan kedua-dua penyebut itu adalah wajib. Contoh
penyelesaian bagi kedua-dua situasi di atas adalah seperti berikut:

Penyelesaian

3
6

3
6

3
6
1
6

1
3

X2
1
3X2
2
6

MISKONSEPSI KETIGA

Masalah dalam topik pecahan yang sering dialami oleh para murid sekolah rendah adalah
menentukkan pecahan setara bagi sesuatu pecahan. Walaupun soalan-soalan sebegini adalah
sangat senang dan boleh mendapatkan markah yang penuh, dengan ketidak fahaman konsep,
ramai murid memilih jawapannya secara rawak dan ada juga sesetengah pelajar yang tidak
menjawapnya. Di samping itu, ada juga segelintir pelajar yang menggangap pecahan setara

adalah pecahan yang sama nilainya. Misalnya, soalan memberikan

adalah pecahan yang mempunyai nilai yang sama iaitu

1
2

1
2

maka pecahan setara

. Selain itu, ada juga pelajar yang

menggangap bahawa dua pecahan yang setara tidak memiliki nilai yang sama. Umpamanya,

1
2

adalah tidak sama dengan

3
6 . Contoh situasi miskonsepsi dalam menentukan

pecahan setara adalah seperti berikut:

Soalan: pilihkan pecahan setara bagi pecahan

a.)

2
3

b.)

1
2

3
6

c.)

3
3

Jawapan murid: ketidakfahaman konsep ataupun frasa pecahan setara mengakibat para murid
sukar menentukan jawapannya. Maka mereka memilih jawapannya secara rawak.

Cara mengatasi: guru haruslah menjelaskan konsep atau pecahan setara kepada para murid
sebelum mengajarkan cara penentuan pecahan setara. Pecahan setara adalah bentuk
termudah sesuatu pecahan. Justeru, para guru juga boleh mengajarkan pecahan setara
menggunakan jadual-jadual dan Bahan Bantu Mengajar dalam bentuk maujud. Contohnya, bagi
menjelaskan pecahan setara para guru juga boleh menggunakan kaedah lipatan kertas. Contoh
yang paling mudah adalah menggunakan nombor garis seperti berikut:

1 2 3 4 5 6 7
, , , , , , ,
2 4 6 8 10 12 14
Jadi, dengan mengajarkan garis nombor pengandaan seperti di atas, murid dapat mengenal

pastikan jawapan bagi

3
6

adalah

1
2 . Jawapannya adalah b.

2
5

4
X

8
5

MISKONSEPSI KEEMPAT

Seterusnya adalah para murid salah menganggap konsep pendaraban dalam pecahan di mana
mereka membiarkan penyebut tanpa menambahkannya. Hal ini sedemikian kerana, mereka
salah menggangap konsep pendaraban ataupun mereka mencampur adukan konsep
penambahan dan pendaraban. Dalam penambahan, kita hanya membiarkan penyebut yang
sama manakala dalam operasi pendaraban pula kita akan mengumpulkan kedua-dua penyebut.
Jadi, masalahnya adalah murid menngaplikasikan konsep yang sama kepada kedua-dua iaitu
konsep penambahan kepada pendaraban atau pendaraban kepada penambahan. Contohnya
adalah seperti berikut:

Jika kita melihat situasi di atas, murid tersebut tidak mahu mendarabkan penyebut lalu dia
hanya mengekalkan penyebut tersebut seperti konsep penambahan. Jadi, para pendidik boleh
menangani situasi sebegini dengan membandingkan dua situasi iaitu operasi penambahan dan
penolakan. Dengan membanding bezakan kedua-dua operasi tersebut, murid-murid dapat
mengenalpasti cara yang sesuai dan betul yang boleh digunakan bagi operasi tambah dan
operasi darab dalam pecahan. Di samping itu, guru juga boleh meminta para murid untuk

menyediakan soalan berkaitan dengan operasi tambah dan tolak lalu menyelesaikannya.
Sekiranya, mereka menyediakan soalan sendiri lalu menyelesaikannya, mereka dapat
mengenalpastikan cara yang sesuai dan betul untuk mengaplikasinya.

KESIMPULAN

Miskonsepsi merupakan suatu perkara yang normal serta telah menjadi biasa kepada
seseorang penerima ilmu. Bukan sahaja murid sekolah rendah sahaja mengalami masalah
miskonsepsi, malah kita sebagai pendidik juga sedang ataupun akan menghadapi miskonsepsi
apabila kita mempelajari sesuatu ilmu yang baharu. Tetapi, apabila orang dewasa mengalami
miskonsepsi dalam sesuatu topik, mereka boleh membetulkannya dengan diri sendiri iaitu
dengan merujuk pelbagai sumber. Hal ini tidak sama dengan murid sekolah rendah di mana kita
sebagai seorang pendidik terpaksa mengenalpastikan miskonsepsi yang mereka telah alami
lalu patut menganganinya.
Para guru boleh mengenalpastikan miskonsepsi yang murid di alami dengan
memberikan latih tubu ataupun lembaran kerja. Dengan memberikan latih tubi kepada para
murid, guru dapat mengenalpastikan miskonsepsi murid pada topik yang tertentu lalu guru
boleh mengambil pendekatan yang sesuai untuk menganganinya. Seterusnya, guru juga
disarankan untuk tidak menggunakan banyak kaedah untuk mengajarkan sesuatu topik. Hal ini
sedemikian kerana, sekiranya guru menggunakan banyak kaedah untuk mengajarkkan sesuatu
topik maka murid-murid akan keliru serta peluang untuk berlaku miskonsepsi adalah tinggi.
Dalam hal ini, guru harus mengenalpastikan pendekatan yang mudah dan sesuai bagi sesuatu
topik sebelum mengajarkannya.

RUJUKAN

Aida Suraya Md. Yunus, Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. (1992). Analisis Kesilapan
Masalah-Masalah Berkaitan Nombor Perpuluhan Dan Pecahan Bagi Pelajar Tahun
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan 12: 15-33. Diakses Pada 22
September 2015.
BCMaths (Pengarah Video). (2011). addition of fractions misconception [Gambar Bergerak].
Dr See Kin Hai. (2008). Introduksi Miskonsepsi Dalam Matematik.
Http://Khsee2007.Blogspot.Com/2008/11/Ps-4305-213-Misconception-In-Maths.Html
Diakses Pada 22 September 2015.
Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11-12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan
Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia.
Maznah Mahmood (2000). Miskonsepsi Dalam Operasi Penambahan Pecahan. Universiti
Teknologi

Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

McLogan, M. (Pengarah Video). (2012). Pre-Algebra - Fraction misconception adding the


numerator and the denominator 1/4 + 2/4 [Gambar Bergerak].

Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib . Pengetahuan
Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 131 153

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai