Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

TUGASAN PROJEK








TARIKH MULA

3/08/2014 TARIKH HANTAR 7/09/2014
Hasil Pembelajaran Kursus :
1. Menerangkan peranan Matematik, Ahli Matematik dan guru Matematik.
2. Menjustifikasikan perkembangan pendidikan matematik dan kurikulum Matematik di Malaysia
3. Mentafsir Kurikulum Matematik Kebangsaan.
4. Mengenal pasti cara-cara melibatkan diri dalam perkembangan profesionalisme guru-guru
Matematik.
5. Memupuk minat dan nilai dalam pendidikan Matematik.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran1, 2, dan 3.
Objektif Projek
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menerangkan dan menganalisis perkembangan kurikulum pendidikan matematik di Malaysia dari
sebelum merdeka hingga sekarang.
2. Membandingbeza kurikulum pendidikan matematik negara lain dan pengaruhnya terhadap
perubahan dalam kurikulum pendidikan matematik di Malaysia.
3. Mencari pandangan dari guru-guru berpengalaman di sekolah yang menggunakan kurikulum terkini
terhadap pelaksanaan kurikulum tersebut dan menganalisis pandangan tersebut secara akademik .
4. Menghasilkan satu penulisan refleksi .

Tugasan Projek (100%)
Tugasan individu (80%)
Kurikulum Pendidikan Matematik di Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan kehendak semasa.
Dengan itu anda dihendaki untuk menerangkan secara terperinci perubahan dan perkembangan kurikulum
pendididikan Matematik di Malaysia dari seluruh aspek. perkembangan tersebut merangkumi dari sebelum
merdeka, tahun awal kemerdekaan, KBSR
(1984) ,KBSR (1994) KBSM , KSSR.

Kurikulum negara luar banyak mempengaruhi pembentukan kurikulum Matematik negara kita. Senaraikan
kurikulum-kurikulum negara luar dan lakukan perbandingan di antara setiap kurikulum tersebut. Anda juga perlu
mengkaji kesannya terhadap perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia. Huraian anda mestilah merangkumi
projek-projek matematik yang terlibat di negara tersebut. Tunjukkan perbandingan ini dalam bentuk jadual.

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberi peluang kepada anda merasai kehidupan sebagai
warga sekolah. Selain itu anda berpeluang menimba pengalaman serta ilmu guru-guru yang telah lama mengajar. .
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki mencari pandangan guru-guru berpengalaman dalam pelaksanaan
Kurikulum Matematik di sekolah dan pandangan tersebut hendaklah merangkumi keberkesanan, kelebihan serta
kekurangan kurikulum yang digunapakai sekarang. Anda dikehendaki menemubual sekurang-kurangnya 3 orang
guru berpengalaman dan pandangan serta nama penuh mereka mestilah dinyatakan dalam tugasan. Seterusnya
anda dikehendaki menganalisis pandangan tersebut secara akademik.
PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :
KOD DAN NAMA KURSUS : MTE 3023
KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

SEMESTER : 1
Tugasan berkumpulan (20%)
Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan anda di atas. Penulisan refleksi anda perlu
merangkumi aspek berikut;
i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini
ii. Sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kehafaman anda
tentang Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia.
iii. Beri kritikan terhadap kurikulum matematik yang lalu dan kurikulum sekarang serta cadangan-cadangan
untuk penambahbaikan.

Panduan Pelaksanaan Projek
1. Kerja kursus ini adalah tugasan berkumpulan yang terdiri daripada 2 - 3 orang serta terdapat tugasan
individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;
2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
2.2 Fon Arial
2.3 Saiz huruf 11pt
2.4 Langkau 1.5 baris
2.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3. Rujukan dan lampiran tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
4. Amalan Plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut;
2.1 Penerangan yang lengkap mengenai perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia.
2.2 Penerangan yang lengkap tentang Kurikulum pendidikan matematik negara lain dan pengaruhnya
terhadap perubahan dalam kurikulum pendidikan matematik di Malaysia.
2.3 Mencari dan menganalisis dengan baik pandangan dari guru-guru berpengalaman di sekolah
mengenai Kurikulum Pendidikan Matematik yang terkini.
2.4 Menghasilkan penulisan refleksi berkaitan tugasan.
3. Bukti dan bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan
tiada kesalahan ejaan.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:


(MOHD AZIZI BIN MAT SOM)
Penyelaras Kursus MTE3023 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik


Disahkan oleh:


(Ketua Jabatan Matematik)
RUBRIK PEMARKAHAN ANALITIK

ASPEK YANG DINILAI DAN
PEMBERATAN
KRITERIA Cemerlang Sederhana Lemah

Perkembangan kurikulum
pendidikan di Malaysia.
( 20%)


Membuat rujukan, mencari
dan memilih bahan
maklumat dari pelbagai
sumber

(15 - 20)

Kesemua maklumat dipilih
tepat, sesuai, lengkap dari
pelbagai sumber

(10 - 14)

kebanyakkan maklumat yang
dicari dan dipilih kurang
tepat,sesuai,lengkap dari
pelbagai sumber

(0 - 9)

Maklumat tidak
tepat,sesuai,lengkap dari
pelbagai sumber


Kurikulum pendidikan
matematik negara lain dan
pengaruhnya terhadap
perubahan dalam kurikulum
pendidikan matematik di
malaysia.( 20%)


Membuat rujukan, mencari
dan memilih bahan serta
projek yang terlibat dari
pelbagai sumber rujukan.

( 15-20 )
Penerangan rujukan dan
projek di negara yang terlibat
lengkap, sesuai, tepat dan
berkaitan dengan
perkembangan kurikulum
pendidikan di malaysia.

(10 14)
Penerangan rujukan dan
projek di negara yang terlibat
kurang lengkap, kurang
sesuai, tepat dan kurang
berkaitan dengan
perkembangan kurikulum
pendidikan di malaysia.

( 0 9)
Penerangan rujukan dan
projek di negara yang terlibat
tidak lengkap, tidak sesuai,
tepat dan tiada berkaitan
dengan perkembangan
kurikulum pendidikan di
malaysia.


Pandangan dari guru-guru
berpengalaman di sekolah
mengenai Kurikulum
Pendidikan Matematik yang
terkini.
( 20%)





Mendapatkan pandangan
guru dengan kaedah yang
betul, menulis pandangan
dengan jujur dan
menganalisis setiap
pandangan dengan baik.


( 15-20 )
Kaedah pengumpulan
pandangan guru amat
bersesuaian,penulisan
pandangan yang jujur,
analisis pandangan yang
baik mengikut malumat yang
tepat .Kefahaman yang amat
meluas.

( 10 14 )
Kaedah pengumpulan
pandangan guru agak
bersesuaian,penulisan
pandangan yang jujur,
analisis pandangan yang
agak baik mengikut malumat
yang tepat .Kefahaman yang
meluas.

( 0 9 )
Kaedah pengumpulan
pandangan guru kurang
bersesuaian,penulisan
pandangan yang jujur,
analisis pandangan yang
kurang baik.Kefahaman yang
memuaskan.


Menghasilkan penulisan
refleksi berkaitan pandangan
dan pengalaman guru. (20%)


Menghasilkan penulisan
secara individu dan
bermutu


(15 - 20)
Penulisan yang amat kritis.
Kekuatan dan kelemahan
dinyatakan dengan matang
dan profesional. Idea
penambahbaikan sangat
baik dan bermutu.

(10 - 14)
Penulisan yang kritis.
Dinyatakan kekuatan dan
kelemahan.

(0 - 9)
Penulisan bentuk perihalan
sahaja

Anda mungkin juga menyukai