Anda di halaman 1dari 2

5.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

Terdapat beberapa kesalahan major dan minor yang dilakukan oleh para peserta sama ada disedari atau tidak, dapat menjejaskan lompatan yang dilakukan. Antaranya adalah : 1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.

2)

Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong.

3)

Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

4)

Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.

5)

Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.

6)

Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.

7)

Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.

8)

Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.

9)

Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.

10) Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.

11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

6.0

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Bagi peserta yang akan menyertai acara lompat tinggi, mereka perlulah menitikberatkan beberapa aspek keselamatan agar tidak terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini mahupun kecederaan kerana seperti yang dapat kita lihat, acara ini agak berisiko dan mampu mengundang malang yang sememangnya tidak dapat kita jangka.

Pakaian yang sesuai dan mengikut syarat pertandingan perlu dipatuhi agar keselamatan para peserta lebih terjamin. Di samping itu, sebelum memulakan acara, peserta perlu melakukan senaman regangan ataupun aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan. Hal demikian kerana badan kita perlulah bersedia sebelum melakukan pergerakan fizikal yang banyak dan lebih ekstrem daripada biasa. Lompatan yang dilakukan tanpa memanaskan badan dapat mengundang risiko seperti patah, terseliuh, otot terkoyak , terkehel dan sebagainya. Aktiviti ini boleh dimulakan dengan larian secara perlahan diikuti dengan aktiviti regangan yang dimulai dari bahagian kepala sehingga kaki. Selain dapat mengurangkan risiko kecederaan otot, ia juga dapat menyediakan badan kita untuk berhadapan dengan aktiviti lasak.

Selain daripada itu, adalah sangat penting bagi pengacara dan juga peserta iti sendiri untuk memastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat adalah selamat dan tidak akan menyebabkan sebarang kemudaratan. Jika terdapat kerosakan, pihak yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan segera dengan menukar tilam tersebut sebelum berlaku apa-apa kecederaan terhadap para peserta acara lompat tinggi. Di samping itu, periksa juga tiang yang digunakan semasa peserta melakukan lompatan. Pastikan tiang diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. Tiang yang jatuh secara tiba-tiba mungkin akan menyebabkan kecederaan yang serius pada peserta manakala palang pula mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan. Jika sebaliknya terjadi, kecederaan bakal dialami oleh peserta tanpa disedari menyebabkan kesan jangka masa panjang.

Anda mungkin juga menyukai