Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan kepada pembacaan dua artikel berikut, anda dikehendaki membuat refleksi tentang pengalaman anda sebagai pemimpin

dan menilai kepimpinan anda berdasarkan idea-idea yang diutarakan dalam dua artikel tersebut. Kepimpinan Berdendam dan amalan Tranformasi merupakan Dua amalan kepimpinan yang berbeza . Amalan Tranformasi merupakan suatru amalan yang dikaitkan dengan pelbagai gaya pimpinan yang positif contohnya karismatik ,logikal , kesungguhan , pengagihan kuasa dan kawalan kendiri dan jika diamalkan oleh seseorang pemimpin maka ianya akan berjaya meluaskan kapasiti pimpinannya. Keadaan ini berbanding dengan Kepimpinan Berdendam yang banyak memberi kesan negative seperti rasa tidak puas hati , hilang kawalan diri dan pelbagai lagi.Jika ianya diamalkan oleh seseorang pemimpin di sekolah maka sekolahnya akan menuju ke arah keruntuhan sama ada dari segi hubungan atau pencapaian sekolah. Berdasarkan pengalaman saya lebih daripada 22 tahun dalam bidang pendidikan dan melalui pelbagai corak kepimpinan , ternyata kedua-dua amalan ini wujud dan ianya memang memberi kesan. Contohnya semasa di SK Bukit Sekilau Kuantan selama 17 tahun saya sebagai guru dan sempat dipimpin oleh Lima orang Guru Besar , saya melihat bahawa kedua-dua amalan ini memang diamalkan dan ianya memberi impak kepada prestasi sekolah. Untuk pengetahuan sekolah ini pada suatu ketika dahulu iaitu dari tahun 1989 hingga 1996 telah berjaya menjadi sekolah yang terbaik di daerah Kuantan dan negeri Pahang . Ini kerana ia dipimpin oleh Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan Transformasi iaitu di bawah Guru Besarnya En.Ibrahim Bin Ali dan Pn.Hajjah Noraini. Amalan kedua-dua Guru Besar ini yang mempunyai ciri ciri karismatik , logikal, mengambil besat , prihatin telah berjaya mewujudkan suasana bekerja sebagai satu pasukan yang mana setiap kejayaan adalah kejayaan bersama begitulah sebaliknya. Ini yang membawa kepada kecemerlangan di SK Bukit Sekilau ketika itu , Tetapi perkara ini berubah apabila berlaku perubahan kepimpinan yang mana ada di antara mereka mengamalkan kepimpinan Berdendam maka SK Bukit Sekilau mula menuju kemerosotan dan tidak lagi menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik Berdasarkan pengalaman saya juga , ketika kepimpinan Berdendam ini diamalkan di sekolah , suasana kerja menjadi tidak ceria , perasaan tidak puas hati sentiasa wujud dalam kalangan guru-guru , semangat untuk bekerja hilang , mengajar seolah-olah melepaskan batuk di tangga , wujud puak-puak tertentu , sikap mengampu dalam kalangan warga sekolah tinggi dan pelbagai lagi kesan negatif yang mana akhirnya membawa kepada kemerosotan prestasi SK Bukit sekilau contohnya pada tahun 1997 bilangan murid 5A adalah 44 orang tetapi pada tahun 1998 telah merundum kepada 24 orang. Ini adalah pengalaman benar saya. Justeru itu , dengan pelbagai pengalaman selama 22 tahun ini , saya membuat kesimpulan bawa penentu kejayaan sesebuah sekolah adalah daripada penerajunya iaitu Guru Besar , tetapi sebagai guru kita juga perlu mempunyai kepimpinan Kendiri kerana dengan kepimpinan Kendiri yang kukuh dalam diri kita akan menjadikan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kepemimpinan yang wujud dalam kalangan pemimpin sekolah iaitu Guru Besar. Bagi diri saya

sejak mula saya melangkah kaki ke dunia pendidikan iaitu 01 Januari 1990 saya telah mengamalkan kepimpinan Kendiri. Ini sebenarnya telah membantu saya untuk terus menunaikan tanggungjawab terhadap pelanggan utama saya iaitu murid. Apa jua kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar saya sepanjang tampoh 22 tahun itu hanya sebagai pondorong atau saya anggap sebagai motivasi sekiranya Guru Besar itu mengamalkan kepimpinan Tranformasi dan jika mengamalkan kepimpinan berdendam pula maka saya anggap amalan Guru Besar itu menjadi panduan kepada saya untuk tidak melakukan perkara yang sama , seandainya saya nanti menjadi Guru Besar. Kesimpulannya sebagai pendidik maka kita perlu menetapkan matlamat. Sekiranya kecemarlangan matlamat kita , maka kita harus mencari jalan untuk mencapai matlamatnya. Pada pendapat saya , cara kepimpinan merupakan tonggak utama untuk kita mencapai matlamat. Oleh itu sebagai pemimpin kita perlu memilih amalan kepemimpinan yang tepat untuk mencapai matlamat kita.

Anda mungkin juga menyukai