Cara Balutan Anduh
Cara Balutan Anduh
Dalam Kelas HSM 225 pada khamis yang lalu kami mempelajari jenis-jenis balutan seperti pembalut cincin,anduh kecil dan anduh besar.
Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.
Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. -Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.