Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

MINGGU

TAJUK & AKTIVITI

Tajuk : Menyebut huruf-huruf tunggal berbaris satu di atas. 1 Aktiviti : - Murid menyebut Huruf Hijaiyah tunggal mengikut guru. - Latih tubi membaca Huruf Hijaiyah tunggal. - Mewarna Huruf Hijaiyah tunggal.

Tajuk : Salam Aktiviti: - Lakonan keluar dan masuk kelas. - Latih tubi melafazkan salam dan menjawab salam. - Aktiviti mewarna.

Tajuk : Bersuci (Hadas) Aktiviti : - Murid menyebut doa bersuci mengikut guru. Sahaja aku beristinjak kerana Allah Taala - Latih tubi membaca doa ketika bersuci/hadas. - Murid menyebut cara bersuci.

Tajuk : Allah Maha Berkuasa Aktiviti : - Guru bercerita tentang penciptaan Alam ini. - Murid menyebut ciptaan Allah dan ciptaan manusia. (Aktiviti PLBD) - Mewarnakan ciptaan Allah dan ciptaan manusia dengan bimbingan guru.

MINGGU

TAJUK & AKTIVITI

Tajuk : Menyebut huruf-huruf Jawi tunggal. 2 Aktiviti : - Guru memperkenalkan huruf jawi tunggal (kad huruf/carta) - Murid menyebut Huruf-huruf jawi tunggal mengikut guru. - Latih tubi menyambung titik titik bagi membentuk huruf jawi tunggal.

Tajuk : Adab Makan. Aktiviti: - Lakonan, tayangan ketika makan atau lawatan ke kantin. - Sumbang saran adab adab makan. - Bacaan doa sebelum dan selepas makan.

Tajuk : Kalimah Syahadah Aktiviti : - Guru memperdengarkan Lafaz Kalimah Syahadah melalui nasyid. - Latih tubi menyebut Lafaz kalimah Syahadah dan makna secara kelas dan kumpulan. - Murid menyebut Lafaz Kalimah Syahadah dengan maknanya dihadapan kelas secara individu.

Tajuk : Bercerita Kisah-Kisah Nabi / Kisah Teladan Aktiviti : - Guru bercerita Kisah Kisah Nabi Terpilih - Tayangan Kisah Teladan - Murid bercerita semula hasil dari tayangan dan cerita guru.

Tajuk : Adab di Surau Aktiviti : - Lawatan ke surau sekolah. - Penerangan guru tentang tatacara semasa berada di surau.

MINGGU

TAJUK & AKTIVITI

Tajuk : Bacaan Surah:Surah al-Fatihah,Surah an-Nas,Surah alFalaq, Surah al-Ikhlas 3 Aktiviti : - Guru memperdengarkan bacaan surah. - Murid membaca surah bersama guru. - Murid memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.

Tajuk : Adab Masuk dan Keluar Tandas. Aktiviti: - Lawatan ke tandas. - Penerangan guru tentang adab masuk dan keluar tandas. - Tunjuk cara penggunaan tandas yang betul.

Tajuk : Kaedah penulisan Jawi Aktiviti : - Guru menerangkan cara menulis jawi bermula dari kanan ke kiri. - Latihan menyambung titik membentuk huruf huruf jawi tunggal

Tajuk : Mari berwuduk Aktiviti : - Menyebut anggota wuduk daripada tayangan gambar / kad. - Murid melakukan simulasi wuduk bersama pasangan.

Tajuk : Kenali Solat Aktiviti : - Guru memperdengarkan lagu Waktu Solat Solat Subuh di awal pagi Solat Zohor di tengahari Waktu petang Solat Asar Tunai solat dengan sabar Solat Maghrib matahari terbenam Solat Isyak di waktu malam Lima waktu sehari semalam Tanda abdi kepada Tuhan (irama trek tek tek) - Guru bersoal jawab mengenai nama dan waktu solat. - Latih tubi menyebut nama nama solat fardhu.

Anda mungkin juga menyukai