Anda di halaman 1dari 4

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS


CADANGAN PROGRAM TRANSISI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
PENGENALAN:
Program transisi bagi murid tahun satu pada awal persekolahan arus perdana
adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid bagi
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada
pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah arus perdana.Dalam masa
yang sama program ini juga akan dapat memastikan agar semua murid tahun satu
yang datangnya dari latar belakang sosio ekonomi yang berbeza akan dapat
memulakan proses pembelajaran pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Program yang akan dijalankan selama tiga minggu pertama persekolahan ini
juga dijangkan akan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri dikalangan
murid disamping dapat memantapkan lagi pemupukan nilai-nilai murni dan
seterusnya akan dapat merangsang diri murid untuk terus belajar dengan suasana
yang lebih menyeronokkan.

TUJUAN:
1.

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan


rakan-rakan baru dalam masa yang singkat sebelum memulakan persekitaran
pembelajaran yang formal.

2.

Guru-guru

dapat menyelaras keperluan

kognitif,emosi,kerohanian dan

jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran


dan pengajaran secara formal di tahun satu.
3.

Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa


menghadapi banyak masalah.

4.

Bagi mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk


memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang seterusnya.

CADANGAN PROGRAM TRANSISI


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

MINGGU

TAJUK & AKTIVITI


Tajuk : Menyebut huruf-huruf tunggal berbaris satu di atas.

Aktiviti :
- Murid menyebut Huruf Hijaiyah tunggal mengikut guru.
- Latih tubi membaca Huruf Hijaiyah tunggal.
- Mewarna Huruf Hijaiyah tunggal.
Tajuk : Salam
Aktiviti:
- Lakonan keluar dan masuk kelas.
- Latih tubi melafazkan salam dan menjawab salam.
- Aktiviti mewarna.
Tajuk : Bersuci (Hadas)
Aktiviti :
- Murid menyebut doa bersuci mengikut guru.
Sahaja aku beristinjak kerana Allah Taala
- Latih tubi membaca doa ketika bersuci/hadas.
- Murid menyebut cara bersuci.
Tajuk : Allah Maha Berkuasa
Aktiviti :
- Guru bercerita tentang penciptaan Alam ini.
- Murid menyebut ciptaan Allah dan ciptaan manusia.
(Aktiviti PLBD)
- Mewarnakan ciptaan Allah dan ciptaan manusia dengan
bimbingan guru.

MINGGU

TAJUK & AKTIVITI


Tajuk : Menyebut huruf-huruf Jawi tunggal.

Aktiviti :
- Guru memperkenalkan huruf jawi tunggal (kad huruf/carta)
- Murid menyebut Huruf-huruf jawi tunggal mengikut guru.
- Latih tubi menyambung titik titik bagi membentuk huruf jawi
tunggal.
Tajuk : Adab Makan.
Aktiviti:
- Lakonan, tayangan ketika makan atau lawatan ke kantin.
- Sumbang saran adab adab makan.
- Bacaan doa sebelum dan selepas makan.
Tajuk : Kalimah Syahadah
Aktiviti :
- Guru memperdengarkan Lafaz Kalimah Syahadah melalui nasyid.
- Latih tubi menyebut Lafaz kalimah Syahadah dan makna secara kelas dan
kumpulan.
- Murid menyebut Lafaz Kalimah Syahadah dengan maknanya dihadapan kelas
secara individu.
Tajuk : Bercerita Kisah-Kisah Nabi / Kisah Teladan
Aktiviti :
- Guru bercerita Kisah Kisah Nabi Terpilih
- Tayangan Kisah Teladan
- Murid bercerita semula hasil dari tayangan dan cerita guru.
Tajuk : Adab di Surau
Aktiviti :
- Lawatan ke surau sekolah.
- Penerangan guru tentang tatacara semasa berada di surau.

MINGGU

TAJUK & AKTIVITI


Tajuk : Bacaan Surah:Surah al-Fatihah,Surah an-Nas,Surah alFalaq, Surah al-Ikhlas

3
Aktiviti :
- Guru memperdengarkan bacaan surah.
- Murid membaca surah bersama guru.
- Murid memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.
Tajuk : Adab Masuk dan Keluar Tandas.
Aktiviti:
- Lawatan ke tandas.
- Penerangan guru tentang adab masuk dan keluar tandas.
- Tunjuk cara penggunaan tandas yang betul.
Tajuk : Kaedah penulisan Jawi
Aktiviti :
- Guru menerangkan cara menulis jawi bermula dari kanan ke kiri.
- Latihan menyambung titik membentuk huruf huruf jawi
tunggal
Tajuk : Mari berwuduk
Aktiviti :
- Menyebut anggota wuduk daripada tayangan gambar / kad.
- Murid melakukan simulasi wuduk bersama pasangan.
Tajuk : Kenali Solat
Aktiviti :
- Guru memperdengarkan lagu Waktu Solat
Solat Subuh di awal pagi
Solat Zohor di tengahari
Waktu petang Solat Asar
Tunai solat dengan sabar
Solat Maghrib matahari terbenam
Solat Isyak di waktu malam
Lima waktu sehari semalam
Tanda abdi kepada Tuhan
(irama trek tek tek)
- Guru bersoal jawab mengenai nama dan waktu solat.
- Latih tubi menyebut nama nama solat fardhu.

## Agihan dan pemilihan tajuk bergantung kepada kesesuaian jadual waktu transisi
sekolah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai