Anda di halaman 1dari 3

PELAN STRATEGIK BIDANG KURIKULUM PANITIA MATEMATIK ( 2014 2015)

PENDAHULUAN
Matlamat wawasan Negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuam dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik. Antara usaha ke arah wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam Matematik supaya dapat membuat keputusan yang berkesan.

MATLAMAT
Bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran Matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik yang berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

OBJEKTIF
1. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan nombor. 2. Menguasai kemahiran asas Matematik bermula dari Tahun 1. 3. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 4. Menghubungkaitkan ilmu Matematik dalam kehidupan seharian dan bidang yang lain. 5. Bersikap positif terhadap Matematik. 6. Menghargai kepentingan dan keindahan Matematik.

FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN


1. Menentukan target kelas UPSR dan kelas lain dalam Perancangan Peningkatan Prestasi. 2. Melaksanakan program yang telah dirancang. 3. Mengadakan kelas tambahan dan kelas pemulihan untuk kelas tahun 6 dan kelas lain. 4. Menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sistematik dan kondusif. 5. Memberi banyak latihan berfokus dan kerja rumah untuk pelajar. 6. Menyedarkan pelajar kepentingan Matematik dalam bidang kerjaya dan kehidupan seharian. 7. Mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bagi menyedarkan ibubapa terhadap pencapaian anak-anak mereka.

PERLAKSANAAN
1. 2. 3. 4. 5. Guru menghabiskan sukatan pelajaran sebelum Ujian Akhir Tahun. Menjalankan latih-tubi bagi topik-topik yang diajar. Menjalankan ujian PRA UPSR (Daerah dan Negeri) untuk Murid Tahun 6. Menjalankan ujian bulanan dan semester bagi kelas lain. Mengadakan aktiviti menarik berkaitan Matematik seperti permainan Matematik, Kuiz dalam perjumpaan Kelab Matematik dan Kelas Matematik. 6. Mengalakkan guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. 7. Meminta ibubapa menyemak kerja pelajar dari masa ke semasa.

MASALAH YANG DIHADAPI Masalah pelajar


1. Pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran Matematik disebabkan sikap dan latar belakang pelajar. 2. Lemah asas Matematik kerana pelajar kurang memahami asas operasi Tahap 1. 3. Mental Blok di mana pelajar menganggap Matematik susah dan tidak menarik. 4. Penguasaan dan pemahaman Matematik agak lemah.

Masalah guru
1. Tiada guru option Matematik di sekolah masa kini. 2. Penyampaian guru tidak mengikut kebolehan pelajar sebab jurang antara yang pandai dan lemah agak berbeza. 3. Kurang kepakaran dan pendedahan kaedah dan strategi dalam PdP Matematik. 4. Kurang latihan bertulis. 5. Konsep-konsep Matematik kurang difahami.

Sekolah kebangsaan pedaun bawah, bau


Pelan strategik bidang kurikulum Panitia matematik

2014 2015

Disediakan oleh : Noraini ak kunji

Anda mungkin juga menyukai