Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1 Terangkan tiga kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran 1.

Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir. 2. Menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori. Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan 3. Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai