Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pengajaran.

1. Murid boleh membuat keputusan sendiri dalam pelbagai situasi Penyelesaian masalah, penerokaan dan penyiasatan matematik banyak membantu murid-murid dan menggalakkan mereka berfikir aras tinggi. Melalui KBAT, murid boleh membuat keputusan sendiri dalam pelbagai situasi. Mereka mempunyai sebabsebab tersendiri yang boleh dijelaskan mengenai keputusan yang diambil. Muridmurid tidak terikat dengan pilihan jawapan yang diberikan tetapi bebas memilih dan membuat keputusan sendiri mengikut apa yang difikirkan betul oleh mereka.

2. Murid berpeluang melahirkan idea baru dan objek baru KBAT menggunakan alat pemikiran. Melalui KBAT, murid-murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan setiap permasalahan. Apabila diberikan sesuatu permasalahan yang baru, murid-murid akan meneroka secara matematikal dan berfikir tentang situasi tersebut dan seterusnya berkembang menjadi satu idea yang baru. Murid-murid akan menggunakan alat pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan meneroka pelbagai kemungkinan melalui pemikiran kreatif mereka.

3. Berkemahiran dalam menyelesaikan masalah bukan rutin dengan pelbagai kaedah Melalui KBAT, murid-murid akan menjadi lebih mahir dalam menyelesaikan masalah bukan rutin dengan pelbagai kaedah yang baru. Murid pada masa kini terlalu bergantung pada soalan atau masalah yang rutin. Mereka boleh menyelesaikan masalah rutin tersebut hanya dengan menghafal langkah-langkah pengiraan sahaja tanpa memerlukan kemahiran berfikir. Oleh yang demikian, dengan adanya penyelesaian masalah bukan rutin dalam KBAT ini, murid-murid akan lebih terbuka dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan mencuba pelbagai kaedah kerana masalah bukan rutin tidak boleh dihafal. Ia mememerlukan set aktiviti yang

sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai