Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 1. SMK. SULTANAH ASMAH, KEDAH 2. SMP. ST. GEORGE.

PP KEKUATAN: Sekolah ini telah lama estblished iaitu sudah lebih 125 tahun SMP.St.George,PP; sekolah telah ada nama di peringkat negeri dan kebangsaan. Majoriti Ibu bapa berpendidikan dan berkesedaran tinggi tentang kepentingan pendidikan dan kecemerlangan.Mereka ini lebih mudah faham dengan pencapaian murid dan malu jika menghantar anak yang tidak cemerlang dalam akademik dan kokum. Sekolah ada autonomi dalam banyak perkara; soal penerimaan guru dan murid. Sekolah menerima peruntukan besar; banyak program bagi kepentingan pelajar boleh dibuat.

1. KARISMA PEMIMPIN ( PENGURUSAN),semua pentadbir; set higher target dlm banyak perkara. Keunggulan dalam banyak bidang; pencapaian sehingga ke peringkat global. Persaingan di peringkat antarabangsa. 2. PENGORBANAN GURU; guru bukan hanya menjalankan tanggungjawab malah memberi sumbangan bermakna dan seterusnya yang paling tinggi ialah pengorbanan seseorang guru bagi menjayakan segala perancangan sehingga berjaya. - Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. 3. PELAJAR TEPILIH; semuanya cemerlang dari tingkatan satu lagi; kriteria pemilihan pelajar amat ketat. Pelajar mesti cemerlang dalam pelajaran,aktif kokurikulum dan berdisiplin tinggi. Semangat kekitaan amat tinggi dalam kalangan mereka apatah lagi semuanya perempuan.Elemen inilah antara kelebihannnya di sek.ini. Sebilangan pelajar yang ditemui amat suka bersekolah di sini kerana mereka tidak mahu terlibat dalam gejala sosial seperti budaya couple. Tumpuan 100% pada pelajaran, kegiatan kokum dan pembangunan sahsiah dapat dilakukan. Bakat pelajar pula diasah dalam menjalankan sesuatu tanggungjawab. Contoh ketika presentation kebitaraan koperasi dan keusahawanan. Disampaikan oleh pelajar tingkatan 4. -Pelajar dilatih sebagai guru muda/mentor; jika ketiadaan guru kerana menghadiri kursus dll. Pelajar menggantikan tempat guru. Suasana p&p juga berlaku. 4. KOMITMEN IBUBAPA; ibubapa amat mementingkan aspek kecemerlangan anak. Menjadi supporter dan menjadi ahli kelab penyokong sehingga sanggup sehati memakai pakaian yang seragam ketika berlangsungnya sesuatu acara anak mereka. Mereka juga membantu guru dan pelajar apabila diperlukan, malah tanpa perlu diminta. 5. KEKUATAN ALUMNI; lulusan/keluaran pelajarnya yang telah berjaya dalam segenap bidang tanpa ada rasa kepentingan peribadi menyumbang kejayaan sekolah.; 6. JARINGAN DGN. AGENSI LUAR/ NGO; kerjasama erat dengan university UUM,USM, Universiti Swasta dll, sekolah berprestasi tinggi yang lain, sekolah lain, agensi kerajaan,agensi luar negara.

7. Galeri/muzium; banyak kejayaan,sumbangan,dokumen penting,peralatan lama dll disimpan dengan baik. Tidak dibuang begitu sahaja/peralatan seperti mesin jahit dll. 8. Suasana sekolah yang cantik dan kondusif untuk warganya. Terdapat banyak kata-kata hikmat, motivasi, hadis, Zikrullah dll. 9. Persaingan hebat bagi mengekalkan kehebatan sekolah masing-masing. Cadangan/Harapan: Cadangan masa kan datang kita lihat sekolah yang memp

Boleh diaplikasikan dalam bebrapa perkara :


1. Kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar sekolah 2. Kebersihan dan keceriaan sekolah

Anda mungkin juga menyukai