Anda di halaman 1dari 14

Bahan Bantu Mengajar

R.HEMACHANDARAN M. TINESH

Jenis Dan Contoh BBM


Definisi Bahan Bantu Mengajar

Atan Long (1982) mengatakan bahawa alat-alat yang

menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar . Bahan bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

J.S. Farrant (1981)

Alat bantu mengajar asas Papan hitam , buku teks, buku kerja, gambar dan carta, papan flannel, peta , atlas

Alat bantu mengajar elektrik. Layar dan penggelapan, jalur filem dan slaid, wayang gambar, televisyen

W.F. Connel(1981)

Alat bantu mengajar am. Papan hitam dan buku bercetak

Alat pandang-dengar model, patung, gambar, graf, radio, alat pemain piring, pita rakaman suara

Alat ciptaan baru. Modul dan mesin mengajar, alat multimedia

Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Bahan Maujud .-bahan sebenar atau asli yang guru

membawa ke bilik darjah sama ada buatan manusia atau semulajadi,seperti sayur-sayuran,buah buahan,bunga dan sebagainya. Bahan Separa Maujud .- bahan-bahan dan peralatan yang tidak memerlukan alat pengunjuran atau tayangan semasa digunakan,seperti carta,model,gambar foto,kartun,gambar rajah.

Jenis-Jenis Bahan Separa Maujud


Bahan 2D-bahan dua dimensi(2d),visual yang dihasilkan di atas

kepingan kertas yang rata seperti gambarfoto dan carta. Bahan 3D-bahan tiga dimensi(3D).menyerupai bentuk asli modelnya.yang dibuat sama saiz dengan benda asal atau pun dikecilkan ,cthnya model kereta dan model rumah. Papan Pengajaran- sebarang jenis papan besar yang digunakan oleh guru untuk membuat catatan isi dan bahan-bahan pengajaran yang lain untuk salinan atau tatapan pelajar,seperti papan kapur, papan hitam, atau papan putih. Papan Pamer-papan yang digunakan untuk mempamerkan visual visual tertentu seperti papan flanel,papan kenyataan dll.

Abstrak-bahan yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat

dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran(tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan,kecantikan da dll).Bahan bahan ini selalu dibincangkan dengan pelajaran moral,agama,bahasa, dan keseniaan dan dll.

Penggunaan Dan Penyimpanan BBM


Organisasi Penyimpanan BBM Kita hendaklah menyusun BBM secara berasingan

mengikut mata pelajaran dan diletak dalam tempat yang sesuai serta mudah didapati. Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah kita simpan untuk rujukkan. Ruang bacaan hendaklah kita lengkapi dengan buku-buku cerita untuk digunakan menjalankan aktiviti membaca secara berkumpulan. Bahan pembelajaran seperti gambar, spesimen, carta, lukisan, dan hasil kerja pelajar boleh kita gantung pada papan kenyataan.

Kaedah-kaedah penyimpanaan.
Almari khas - bahan 2D dan 3D boleh disimpan dai dalam

almari almari berasingan. Fail-fail ringkas carta, poster, dan gambarajah yang mempunyai saiz yang sama besar ataupun mempunyai topik yang serupa boleh kita cantumkan menjadi satu fail berjilid dengan menggunakan tali atau gegelang. Album plastik gambar foto harus disimpan didalam album plastik kerana ini memudahkan kerja-kerja memilih gambar foto tersebut. Kotak- bahan-bahan 3D boleh di simpan dalam kotak.

Cara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar


Tujuan
Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.

Menghasilkan pembelajaran lebih kekal dan konkrit.


Membantu pemahaman dan perkembangan

perbendaharaan kata pelajar.

Garis panduan menggunakan BBM BBM/AMB seperti carta hendaklah digantung di suatu tempat

yang sesuai supaya pelajar boleh melihatnyan dengan mudah. Sebelum bahan atau peralatan kita edarkan kepada pelajar untuk kerja praktis atau amali, kita harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat. BBM harus ditunjukkan kepada pelajar hanya pada masa yang perlu sahaja. Kita harus membimbing pelajar membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam BBM. BBM yang telah selesai kita gunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di tempat yang selamat.

Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Penggunaan teknologi moden dalam sistem pendidikan

menjadikan usaha meringkas dan memudahkan BBM amat perlu supaya kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan mudah memahami pengajaran guru dan juga bagi meningkatkan keberkesanan P&P guru di samping minat dan tumpuan murid dapat ditarik menerusi penggunaan BBM Perlu dilaksanakan secara proaktif oleh guru bagi memastikan pengajaran guru berjalan dengan baik dan pembelajaran murid sentiasa menarik. Penggunaan ICT, dapat memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan dan kemahiran.

Membolehkan pembelajaran secara sendiri berlangsung dan

secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran. Semasa merancang BBM yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini, segala persiapan perlu dilakukan dengan baik dan teratur. Ia juga perlu mempunyai perkaitan dengan topik yang hendak di ajar di kelas. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu sesuai dengan kehendak kurikulum pada masa ini, tahap perkembangan murid serta untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen-komponen seperti mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan dan memberi latihan serta menilai pencapaian

TMK boleh digunakan sebagai alat pemudah komunikasi

antara guru dengan murid apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan TMK pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai bentuk. Kesediaan guru untuk menghadapi situasi perubahan dari segi TMK perlu seiring dengan kemajuan ini bagi membolehkan penggunaan TMK dalam penggunaan BBM dapat dikuasai dengan baik oleh para guru.

Anda mungkin juga menyukai